You are on page 1of 4

Bahasa Melayu, Bahasa Rasmi, Bahasa Kebangsaan

[Translate] Entah mengapa sehingga lebih lima puluh tahun merdeka, istilah bahasa Melayu masih dipolemikkan sejak dahulu sehingga kini dengan nama bahasa Malaysia. Bagi sesetengah orang perkara ini kecil dan remeh. Tidak perlu diperbesar. Malangnya jika betul remeh dan kecil sahaja hal ini, makanya tak perlulah kita bersusah payah dan beria -ria untuk menegakkan penggunaan istilah bahasa Malaysia yang sebenarnya tidak betul dan lain maksudnya. Misalnya mengapa kita tidak sebut begini yang pastinya lucu memartabatkan bahasa Malaysia (nama negara), memperkukuh bahasa England (juga nama negara). Orang berbangsa Amerika, Australia, New Zealand dan lain-lain tidak pun mengambil kisah untuk menukar bahasa English tersebut kepada nama bahasa Amerika, Australia, New Zealand, India, Korea, Jepun atau Filipina. Walau di ceruk mana sekalipun itulah sahaja namanya, Inggeris atau English. Begitu juga halnya dengan orang di utara England atau Scotland yang sekalipun kedengaran juga berasa kurang selesa dengan orang Inggeris di England. Martabat bahasa Melayu sepatutnya dijaga daripada sekecil-kecil perkara termasuk nama, sehinggalah kepada hal yang lebih besar berkaitan dengan pengisiannya, pembakuan sebutan, tatabahasa, istilah dan laras bidang ilmu. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 merupakan punca kuasa utama usaha memperkasa bahasa Melayu di Malaysia. Apabila bahasa Melayu diisytiharkan dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu (atau kemudiannya Malaysia) itu bererti bahasa Melayu sudah berubah taraf dan fungsi sebagai bahasa kebangsaan BANGSA Melayu kepada bahasa kebangsaan NEGARAMalaysia. Peranan atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara merentas sempadan dan kepentingan etnik; fungsinya ialah sebagai alat pembangunan negara, bukan semata-semata sebagai alat pembangunan dan kepentingan bangsa Melayu sahaja. Fungsinya juga tidak hanya bersifat simbolik atau sebagai alat perpaduan kaum sahaja tetapi bersifat instrumental atau functional,pragmatik dan developmental (Razaleigh Hamzah, 2007:11). Bermula daripada nama bahasa yang sah lagi sahih iaitu bahasa Melayu maka sebagai asas dan dasar, nama tersebut juga perlu diperkasakan dan digunakan di samping hal-hal lain. Bahasa Melayu diabsahkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sebenarnya bukan nama gantian bagi bahasa Melayu tetapi taraf dan peranan yang diberi kepada bahasa Melayu. Contoh mudahnya katakanlah ada seorang individu yang namanya Ali. Beliau berjawatan sebagai Pengurus Besar sebuah syarikat. Ali itu namanya dan Pengurus Besar itu jawatan atau peranannya walaupun memanglah Ali dan Pengurus Besar itu orang yang sama. Justeru bahasa Melayu itu namanya dan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan itu peranan atau taraf yang diberi kepada bahasa Melayu di negara ini. Istilah kebangsaan bukan berkaitan dengan semangat nasionalisme Melayu sahaja tetapi berkaitan dengan kepentingan dan perpaduan negara. Justeru bahasa Melayu wajib digunakan dalam setiap majlis atau acara rasmi seperti mesyuarat, taklimat, kursus, segala urusan bertulis atau surat-menyurat (khususnya dalam negara), hebahan atau pengumuman rasmi seperti iklan jawatan dan seumpamanya melalui media elektronik dan media cetak, pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan peringkat rendah, menengah (Tingkatan Enam dan Matrikulasi) dan pengajian tinggi.

Semua kaum perlu sentiasa guna bahasa Melayu untuk berkomunikasi Berita Harian
June 30, 2012

30 JUN Pendirian tegas kerajaan untuk terus memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara adalah satu jaminan untuk membela, memelihara serta memartabatkan bahasa Melayu, sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan.Dalam mengharungi era globalisasi, bahasa Melayu berdepan pelbagai cabaran bagi menghalangnya menjadi bahasa ilmu.Pelbagai bentuk pencemaran bahasa akibat ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memburukkan lagi keadaan, sekali gus menuntut usaha bersepadu semua pihak bagi menjadikan bahasa Melayu terus relevan sebagai bahasa ilmu seiring perkembangan semasa.Walaupun kedudukan bahasa Melayu dijamin Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan, usaha memastikan bahasa Melayu digunakan secara ilmiah di samping dapat menggambarkan citra Melayu perlu diperkukuhkan. Toleransi dalam bertutur menggunakan bahasa ibunda mengikut kaum di negara ini memang sudah sebati, namun alangkah lebih manis jika semua kaum di negara ini menjadikan bahasa Melayu sebagai medium utama dalam berkomunikasi tanpa sebarang prejudis.Komitmen ditunjukkan kerajaan untuk mempertahan bahasa Melayu tidak sepatutnya dipandang serong atau diiringi dengan perasaan perkauman kerana bahasa lain juga bebas dituturkan di negara ini. Selepas 57 tahun Malaysia merdeka, rakyat sepatutnya tidak lagi memandang negatif terhadap kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi seperti digunakan secara meluas dalam bidang sains, teknologi dan perundangan termasuk digunakan dalam dokumen perjanjian serta surat-menyurat.Hakikat sebenar yang mungkin kurang diketahui umum ialah kita sebenarnya mempunyai ribuan istilah dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi di dalam kamus serta glosari yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Panduan penggunaan bahasa kebangsaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam pekelilingnya adalah antara formaliti yang harus dikekalkan, manakala kelemahan yang masih wujud adalah satu isu yang harus ditangani dengan berkesan.Namun demikian, mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tinggi akan terkubur sekiranya rakyat sendiri tidak peka ke arah itu.Sekiranya bahasa Melayu tinggi dipraktikkan dengan meluas dalam kalangan rakyat, maka amalan itu akan meningkatkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.Amalan penggunaan bahasa Melayu rendah, seperti bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) dan bahasa rojak wajar dihindarkan dengan harapan martabat bahasa Melayu terus terpelihara.Sebagai rakyat yang terdedah dengan bahasa Melayu, semua pihak perlu bersikap positif untuk menggunakan bahasa Melayu tinggi dalam semua urusan tanpa mengira status atau keturunan. Berita Harian ## Ini pendapat persendirian. Artikel di atas menggesa agar rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa untuk komunikasi harian. Masalah bahasa Melayu gagal menjadi bahasa ilmiah adalah disebabkan oleh penggunaan BM yang "ntah pape" di kalangan kawan-kawan bangsa Melayu. Saya dididik di sekolah rendah dan menengah kebangsaan, jadi saya masih mampu memahami BM casual. Tapi bagi pelajar2 di sekolah jenis kebangsaan yang lain, mereka (diorang :P) memang ada mempelajari bahasa baku, tapi saya rasa, bahasa baku tidak dipraktikkan langsung selain daripada rancangan TV, berita dan surat pekelilingan dari kerajaan. Masalahnya bukan prejudis, tapi sebab orang tidak menggunakan BM dengan rasa hormat. Bagi rakyat Msia yang penutur bahasa Cina (macam saya) yang mempelajari BM di sekolah, bila mereka dengar dan membaca profile Pesbuk (!!) kengkawan bangsa Melayu, mesti mereka rasa macam orang KL yang mendengar loghat Kelantan untuk kali pertama. Susah juga hendak difahami...... Bagi saya, Bahasa Melayu itu indah dan bermakna. Saya juga pernah jatuh cinta dengan bahasa ini. Saya rasa kita perlukan kempen untuk mengingatkan rakyat kita sendiri tentang keindahan BM, kalau mahu mengembalikan kegemilangan bahasa ini dalam era globalisasi. Strategi "paksa-rela" atas penggunaan bahasa antara rakyat tidak akan berbuah jika kita sendiri tidak ada kemahuan untuk belajar. Lagipun dalam era globalisasi ini, kita tidak boleh terus bersembunyi di bawah tempurung, globalisasi adalah cabaran yang perlu dihadapi. Yang penting, Bahasa Malaysia adalah untuk mengikatkan silaturrahim antara pelbagai kaum. Memaksa penggunaan BM bukan caranya. Tetapi, sebenarnya kita perlu mengetepikan rasa sangsi dan rasa ketidakpercayaan antara kaum yang sering dilaung-laungkan oleh kerajaan kita.... kita sebagai rakyat Malaysia perlu membuka hati dan cuba mengenali sesama sendiri tanpa mengira kaum dan kerakyatan. Sebenarnya, kami semua manusia biasa dan tidak ada perbezaan :)

Kerajaan keluar pekeliling urusan rasmi penjawat awam mesti guna bahasa kebangsaan DURIAN TUNGGAL: Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. "Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam. Beliau berkata, sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat. GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan, katanya. Katanya, Malaysia wajar mencontohi sikap beberapa negara maju dan sedang berkembang maju yang tidak meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing, meskipun masih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris. Sementara itu, Rais berkata, menteri, timbalan menteri serta pemimpin pada peringkat negeri digalak bertutur dalam bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan di samping berusaha memberi pesanan ringkas mengenai kepentingan masyarakat mempertahankannya sebagai bahasa rasmi negara.

@@Menurutnya lagi, media elektronik khususnya stesen televisyen kerajaan dan swasta hendaklah menjadi model penggunaan bahasa Melayu tinggi kerana pengaruhnya yang kuat terhadap penguasaan dan penggunaan bahasa kanak-kanak dan remaja. Tambahnya lagi, bagi menjayakan resolusi ini juga akhbar perdana bahasa Melayu perlu berperanan lebih agresif, sistematik dan berada di barisan hadapan dalam perjuangan memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu. Malah kata Hashim, Persidangan ini juga dengan jelas menyatakan bahawa tanggungjawab memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu perlu dipikul oleh setiap warganegara Malaysia. Menurut Hashim lagi, usaha ini dengan hasrat untuk memantapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan memperkasakan kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan jati diri Malaysia.

#$ Soalan: Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat daerah. Sediakan teks pidato itu selengkapnya. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuai dengan Slogan 1Mal aysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman. Saudara saudari yang dihormati sekalian, Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila. Hadirin sekalian, Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bah asabahasa antarabangsa yang lain di dunia ini. Rakan-rakan dan hadirin sekalian, Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan

rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita. Hadirin sekalian, Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian. Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like