You are on page 1of 11

TEMA : SEJARAH DAN WARISAN

Kuih seri muka, kuih wade, dan kuih bulan merupakan kuih warisan masyarakat majmuk di
Malaysia. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memperkenalkan kuih warisan
tersebut kepada generasi seterusnya.
Bincangkan.

TEMA : SEJARAH DAN WARISAN

Terompah tempurung, kabadi, mahjung merupakan antara permainan tradisional masyarakat


majmuk di Malaysia. Permainan tradisional ini perlu dipertahan supaya tidak lapuk ditelan
zaman.

Jelaskan sebab-sebab permainan tradisional ini perlu dipertahan.

TEMA : SEJARAH DAN WARISAN

Pelbagai permainan tradisional seperti gasing, congkak, yoyo Cina dan banyak lagi warisan
budaya pelbagai kaum yang menjadi kebanggaan masyarakat di Malaysia perlu dikekalkan.

Ulaskan.

TEMA : SEJARAH DAN WARISAN

Negara Malaysia kaya dengan tempat-tempat bersejarah dan tempat seni warisan.

Berikan pendapat anda faedah-faedah yang diperoleh jika kita melawat tempat bersejarah
dan tempat seni warisan seperti seni batik dan seni lukis.

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

Semangat patriotisme sangat penting dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.
Semangat patriotisme merujuk rasa cinta dan kesetiaan kita kepada negara.

Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda menunjukkan penghargaan terhadap


sejarah, budaya dan warisan negara kita?

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

Pelibatan golongan remaja dalam pelbagai aktiviti komuniti dan kemasyarakatan seperti
aktiviti gotong-royong dan khidmat sukarela semakin kurang disebabkan pelbagai faktor.

Ulaskan penyataan tersebut


TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

Pelbagai pihak berperanan penting untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam diri
remaja.

Bincangkan.

TEMA : KERJAYA

Penghasilan filem animasi Upin Ipin dan filem aksi Polis Evo telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada orang ramai.

Bincangkan faedah-faedah menyokong industri perfileman tempatan.

TEMA : KERJAYA

Kuala Lumpur : Kita biasa dengar pekerja kolar biru dan kolar putih tetapi ada satu lagi bidang
pekerjaan yang mungkin kurang diberi perhatian iaitu kolar baharu. Seseorang pekerja kolar
baharu ialah individu yang memajukan diri dengan kemahiran teknik dan vokasional yang
mempunyai banyak kelebihannya.

Ulaskan pernyataan tersebut.

TEMA : KERJAYA

Pihak sekolah bertanggungjawab untuk memberikan pendedahan tentang kerjaya kepada


murid.

Bincangkan.

TEMA : KERJAYA

Persaingan untuk memperoleh peluang pekerjaan semakin sengit sehingga mereka perlu
membuat persediaan agar dapat bersaing dan memperoleh pekerjaan yang diidamkan.

Bincangkan.

TEMA : KERJAYA

Pelbagai pihak perlu memastikan golongan remaja bersedia menghadapi alam kerjaya.

Bincangkan.
TEMA : KERJAYA

Setiap individu sudah pasti memasang impian untuk mempunyai pekerjaan yang baik dan
bergaji lumayan. Walau bagaimanapun, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para graduan
ialah peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak sesuai dengan minat dan kecenderungan
mereka.

Bincangkan.

TEMA : PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN

Industri perikanan merupakan industri yang semakin berkembang di Malaysia. Usaha untuk
memajukan industri ini perlu diberi perhatian sepenuhnya.

Bincangkan.

TEMA : PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN

Kita ingin mencapai matlamat memperoleh pendapatan tinggi dalam pertanian kerana
mampu mengubah cara hidup dan memacu kehidupan manusia. Sebagai contoh, menerusi
sains, benih padi boleh meningkatkan hasil berkali ganda.

Berikan pendapat anda, cara-cara untuk meningkatkan hasil dalam bidang pertanian.

TEMA : KESELAMATAN

Sebanyak 1145 kes kemalangan jalan raya direkodkan pada hari kelima sempena musim
perayaan pada tahun 2023.

Bincangkan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya.

TEMA : KESELAMATAN

Kejadian penipuan dalam talian semakin merisaukan masyarakat. Walaupun banyak


peringatan sentiasa diberikan oleh pihak berkuasa, namun setiap hari ada sahaja yang
menjadi mangsa.

Bincangkan punca-punca berlakunya penipuan jenayah siber.


TEMA : PENDIDIKAN

Slogan ABC (Anak yang Baik lagi Cerdik) sering diuar-uarkan dalam proses kemenjadian
murid.

Huraikan ciri-ciri untuk menjadi anak-anak yang baik lagi cerdik.

TEMA : PENDIDIKAN

Budaya membaca sukar dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ketagihan terhadap
peranti elektronik. Membaca juga turut dilihat sebagai membebankan dan membosankan.

Bincangkan cara-cara memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

TEMA : PENDIDIKAN

Pembelajaran maya ataupun pembelajaran secara dalam talian merupakan wahana baharu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan pada masa ini.

Bincangkan.

TEMA : PENDIDIKAN

Peranan ibu bapa dan pihak-pihak lain menjadi faktor kejayaan anak-anak dalam pelbagai
bidang.
Bincangkan.

TEMA : PENDIDIKAN

Murid mesti menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran pada zaman persekolahan.

Bincangkan.
TEMA : PELANCONGAN

Malaysia kaya dengan pelbagai ciri tarikan pelancongan. Salah satu daya tarikan pelancong
yang perlu diberi perhatian ialah pelancongan di kawasan tanah tinggi.

Ulaskan pernyataan tersebut.

TEMA : PELANCONGAN

Tempat-tempat pelancongan di Malaysia seperti Tanah Tinggi Cameron, Pulau Langkawi dan
Kundasang menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong tempatan atau pelancong asing.

Bincangkan faedah-faedah industri pelancongan tersebut

TEMA : PELANCONGAN

Terdapat banyak faktor yang menjadikan sesuatu kawasan itu berpotensi sebagai kawasan
pelancongan.

Jelaskan.

TEMA : PELANCONGAN

Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menarik kedatangan pelancong sama ada pelancong
asing atau pelancong tempatan ke destinasi-destinasi pelancongan yang menarik di negara
kita.

Ulaskan penyataan tersebut

TEMA : PELANCONGAN

Jauh perjalanan luas pandangan merupakan ungkapan yang amat sinonim dengan kebaikan
melancong.

Bincangkan kebaikan-kebaikan sektor pelancongan kepada masyarakat dan negara.

TEMA : PELANCONGAN

Industri pelancongan menyumbang sumber pendapatan kepada negara .

Berikan pendapat anda langkah –langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dan
rakyat untuk memajukan industri pelancongan.
TEMA : PELANCONGAN

Negara kita kaya dengan tempat pelancongan tanah tinggi seperti Cameron Highlands,
Genting Highlands dan Bukit Fraser.

Berikan pendapat anda faktor-faktor yang menyebabkan orang ramai suka melancong di
kawasan pelancongan tanah tinggi.

TEMA : PERPADUAN

Jiran sangat penting kerana mereka ialah sahabat kita dan orang yang akan memberikan
bantuan apabila kita menghadapi kesusahan.

Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat kejiranan

TEMA : PERPADUAN

Perpaduan kaum amat penting dalam membina negara yang makmur. Pemupukan
perpaduan kaum ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Dengan itu, perpaduan yang sedia
ada dapat diperkukuh dan dikekalkan demi kepentingan generasi akan datang.

Ulaskan pernyataan tersebut.

TEMA : KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA

Negara Malaysia terkenal dengan kebudayaan dan kesesian masyarakat pelbagai kaum.
Kepelbagaian dalam budaya dan seni ini menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang
unik sehingga mampu menarik pelancong untuk melancong ke Malaysia.

Bincangkan kepentingan budaya dan seni pelbagai kaum di Malaysia.

TEMA : PERINDUSTRIAN

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) didefinisikan sebagai industri yang melibatkan perusahaan
atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan bagi menghasilkan
sesuatu produk seperti industri penyediaan makanan dan minuman.

Bincangkan manfaat-manfaat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada rakyat dan negara.
TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Teknologi Hijau menjadikan alam sekitar lebih baik untuk generasi akan datang. Terdapat
pelbagai kebaikan teknolgi hijau kepada manusia.

Bincangkan.

TEMA : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Pembinaan negara bukan sahaja terletak pada kemajuan material, tetapi perlu seiring dengan
kematangan pemikiran rakyat dan pembangunan jati diri bangsa melalui penghasilan karya
sastera.

Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mendaulatkan bahasa dan sastera Melayu.

TEMA : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Banyak faktor yang menyebabkan generasi kini tidak menggunakan bahasa Melayu dengan
betul semasa berkomunikasi.

Bincangkan.

TEMA : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa utama negara dan juga merupakan subjek teras dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Berikan pendapat anda cara-cara untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini.

TEMA : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang lebih mengutamakan bahasa kedua seperti
bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan masyarakat.

Ulaskan.
TEMA : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

Kebersihan diri menjamin kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Bincangkan.

TEMA : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

Masyarakat berperanan mencegah penyakit berjangkit daripada terus berleluasa.

Bincangkan.

TEMA : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

Gaya hidup masyarakat kini sering juga dikaitkan dengan pengambilan makanan segera.
Keadaan ini berlaku disebabkan tuntutan masa seharian yang menyebabkan mereka lebih
gemar makan makanan segera. Namun, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan
tidak terkawal boleh menjejaskan kesihatan.

Bincangkan.

Tema : SIHAT DAN BERSIH PILIHANKU

Setiap orang mesti mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan mereka.

Berikan pendapat anda cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.
TEMA : SUKAN DAN REKREASI

Badan cergas otak cerdas perlu diamalkan oleh setiap individu agar menjamin kehidupan
yang lebih berkualiti.

Ulaskan.

TEMA : SUKAN DAN REKREASI

Aktiviti sukan dan rekreasi mendtangkan pelbagai faedah kepada masyarakat pada hari ini.

Ulaskan.

TEMA : SUKAN DAN REKREASI

Generasi muda lebih suka bermain permainan video daripada melibatkan diri dalam aktiviti
sukan dan rekreasi secara fizikal.

Jelaskan.

TEMA : SUKAN DAN REKREASI

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara merosot.


Bincangkan.
TEMA : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

Program Kitar Semula kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

Bincangkan.

TEMA : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

Pembangunan pesat yang berlaku pastinya memberikan kesan kepada kelestarian alam
sekitar, sama ada di bandar ataupun di desa. Berdasarkan hakikat ini, teknolgi hijau menjadi
medium yang strategik untuk menangani isu alam sekitar.

Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar.

TEMA: PENTADBIRAN POLITIK

Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri tertentu menjamin keharmonian dan kestabilan sesebuah
negara.

Bincangkan.

TEMA: PENTADBIRAN POLITIK

Murid perlu bersedia bagi menjadikan diri mereka pemimpin pada masa hadapan.

Bincangkan.

Tema : DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN

Pemimpin memainkan peranan yang penting kepada masyarakat dan negara.

Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri yang perlu ada pada setiap pemimpin.
TEMA: INTEGRITI

Nilai-nilai murni perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak bermula di rumah.

Bincangkan.

TEMA: INTEGRITI

Gejala rasuah merupakan gejala yang tidak bermoral dan boleh merosakkan negara.

Berikan pendapat anda punca-punca berlakunya rasuah dan langkah-langkah untuk mengatasi
gejala rasuah di negara kita.

Tema : EKONOMI DAN PENGURUSAN KEWANGAN

Peribahasa sikit-sikit lama-lama menjadi bukit dapat dikaitkan dengan usaha yang dilakukan
dalam amalan menabung.

Bincangkan kebaikan-kebaikan yang diperoleh sekiranya seseorang itu mengamalkan amalan


menabung.

Tema : DUNIA SELAMAT MILIK KITA

Negara yang aman dan harmoni amat penting kepada masyarakat.

Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk menjadikan negaranya aman dan
harmoni.

Tema : SAYANGI MALAYSIAKU

Amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat kita terutamanya yang tinggal di bandar-
bandar besar semakin terhakis.

Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menyuburkan semangat kejiranan


dalam kalangan masyarakat

Tema : EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWA

Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab terhadap negara.

Sebagai seorang remaja yang berwawasan, jelaskan tanggungjawab anda kepada negara.

You might also like