You are on page 1of 7

MODEL PENGUKUHAN SET 1

SEMESTER 2

A. SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

Latihan Pengukuhan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata sendi nama dan satu kata
hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

Amanat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada awal tahun ini kepada
seluruh warga pendidik di Malaysia melalui Naratif Baharu Amalan Pendidikan telah
menggariskan beberapa perubahan besar yang wajib kita hayati dan patut kita laksanakan
dalam tugas kita.
[4 markah]
Latihan Pengukuhan 2

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Bumi umpama sebagai rumah besar bagi segala benda yang merangkumi manusia,
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, hanya manusia yang dianugerahi akal
dan kebijaksanaan untuk menguruskan bumi ini. Namun begitu, akal dan kebijaksanaan itu
sering disalahertikan termasuklah tindakan manusia melupuskan alam dan melakukan
pembaziran dengan sewenangnya. Perkara ini jelas menunjukkan yang tindakan tersebut
dilakukan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya.
[6 markah]

Dalam petikan terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.

Sejak tahun 1990 hingga 2001, sebanyak 33 peratus pelbagai projek-projek aktiviti
rakreasi dan peranginan di Pulau Langkawi telah mendapat kelulusan. Destinasi pelancongan
bersaiz kecil dibangunkan dahulu pada zon pinggir pantai. Kini, bidang pelancongan mula
bergiat maju dan beberapa aspek turut dibangun untuk menampung keperluan industri.
Antaranya, adalah keupayaan tenaga kerja melalui latihan, memajukan destinasi peranginan
bukit, pulau dan pusat membeli-belah kepada pelancong asing.

Dipetik dan diubah suai daripada


Industri Pelancongan di Malaysia
Berita Harian, 15 Ogos 2019.
[6 markah]

1
Latihan Pengukuhan 3
(a) Nyatakan jenis frasa yang bergaris di bawah sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja
(FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS).

i. Kami akan melancong ke negara Jepun pada bulan depan.


ii. Keluarga Encik Ahmad ke Kota Bharu dengan menaiki kapal terbang.
iii. Baju yang dipakai oleh Syuhada itu sangat tebal kerana dia tidak tahan akan cuaca
yang sangat sejuk.
iv. Kebanyakan nelayan tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh.
v. Kejohanan sukan sekolah kami yang diadakan pada minggu lepas sungguh meriah
sekali.
vi. Kepesatan sektor pelancongan menyumbang kepada peningkatan pendapatan
ekonomi negara.

Latihan Pengukuhan 4

(a) Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian,tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun
menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh
seorang Melayu, bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
[ 3 markah]
Latihan Pengukuhan 5

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak
gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja
berlebih-lebihan.
[ 3 markah]

2
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

1. Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Inap desa adalah satu produk pelancongan yang bermatlamat untuk menggalakkan
penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor perkhidmatan pelancongan. Terdapat
pelbagai keistimewaan program inap desa dan antara fokus utama ialah pelancong boleh
mengenali, mengikuti, mempelajari dan mengamalkan sendiri cara kehidupan seharian
masyarakat desa. Pelancong akan menyewa dan tinggal bersama keluarga angkat. Di sinilah
berlaku interaksi dengan komuniti setempat sekali gus pelancong boleh mempelajari adat
resam, dan budaya seperti membuat wau, gasing dan kueh tradisional.
Inap desa menjanjikan kedamaian jiwa berbandingan kehidupan bandar yang
sibuk. Anda akan mendapati bahawa rentak kehidupan di desa agak santai di sini
berbanding kehidupan di bandar dan bagi mereka yang menghargai ketenteraman hidup di
kampung.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Karangan Pilihan : Inap Desa’
oleh UstazkenaliM
Ustazkenali.wordpress.com,Oktober 2013

Bahan 2

Aktiviti inap desa yang mencerminkan personaliti negara perlu terus dikembangkan
memandangkan industri tersebut mampu memberikan banyak keistimewaan secara
keseluruhan. Aktiviti bermalam di inap desa di luar bandar umpamanya mampu memberikan
kelainan ketika bercuti kerana konsepnya pelancong perlu tinggal serumah dengan pemilik.
Jadi ketika berada di rumah itu, mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama masyarakat
setempat seperti turun ke sawah, memancing, memasak makanan tradisional atau terbabit
dalam acara keraian. Tambahan pula, generasi muda yang tinggal di bandar juga boleh
menjadikan inap desa sebagai salah satu destinasi percutian dalam negara iaitu
mengamalkan konsep bercuti sambil melakukan kerja kampung turut dilihat sebagai
kegiatan menguji mental dan fizikal yang menyeronokkan. Seperti kita tahu golongan muda
hari ini lebih gemarkan aktiviti bersantai. Bagi yang tinggal di bandar tentunya berpeluang
merasai sendiri pengalaman menjalani kehidupan desa,” katanya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kesan positif Inap Desa’
oleh Hafiz Ithnin
Harian Metro, 16 Okt 2018

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud fokus utama. [2 markah]


(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan keistimewaan program inap desa kepada
pelancong. [3 markah]
(iii) Masih terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam memajukan
industri pelancongan di Malaysia.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [3 markah]

3
(iv) Anda melancong ke sebuah pulau dan mendapati keadaan di pulau tersebut telah
tercemar oleh sisa-sisa buangan sampah sarap akibat tindakan oleh manusia yang
tidak bertanggungjawab. Keadaan ini sudah tentu akan mencemarkan pemandangan
persekitaran dan sudah tentu menjejaskan imej negara terutama kepada pelancong
asing.
Sebagai seorang yang prihatin, jelaskan tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan
untuk mengatasi masalah tersebut. [4 markah]

2. Petikan Sastera

Bahan 1
ERA KEMAJUAN

Era ini
Sains dan teknologi menuju kemajuan
Pelbagai kaedah dicipta untuk manusia
Untuk kemudahan dan kemakmuran

Manusia diberi akal dan nyawa


Supaya dapat mencipta
Supaya dapat mengubah
Kehidupan yang lebih sempurna

Sains dan IT
Melengkapi zaman
Ada buruk ada baiknya
Harus diingati harus diawasi
Demi generasi yang bakal memegang dunia

AHMAD AZIF AB.LATIF

Bahan 2
PANTUN HARI RAYA

Terlihat dara di pinggir desa


Menjadi heboh kampung setempat
Pelbagai cara mengisi masa
melalui Teknologi yang bermanfaat

Suluh cahaya memancar gigi


Tangan bermaya lambat dipadu
Rai raya melalui teknologi
Hubungan maya pengubat rindu

Ribut ribut membawa pukat


Pukat di tebar di selat Melaka
Tiba malam telefon Pak Mahat
Mengerat hubungan sesama kita

4
Merah warna bunga kemboja,
Wangi selalu menjadi hairan
Kuih raya menghias meja,
Mana satu jadi kegemaran?

Mohd Yusof Yaakop Yaakop'

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menuju kemajuan. [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kebaikan teknologi komunikasi


moden pada zaman sekarang. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan untuk menangani
masalah penyebaran maklumat dan bahan negatif melalui Internet. [3 markah]

(iv) Ketika mengikuti kelas komputer, anda telah ternampak beberapa rakan anda telah
melayari beberapa laman sesawang yang pada pandangan anda tidak baik untuk sesi
pembelajaran tersebut. Sepatutnya mereka memanfaatkan kemudahan yang
diberikan untuk tujuan mencari maklumat yang berfaedah bagi menyelesaikan
tugasan yang telah diberikan oleh guru. Anda berpendapat adalah perlu perilaku
rakan anda itu dihentikan supaya tidak mempengaruhi rakan yang lain. Cadangkan
tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh anda bagi menyelesaikan masalah
tersebut. [4 markah]

5
BAHAGIAN C : RUMUSAN

Bahan 1 - Petikan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi
negara yang penting. Oleh sebab itu, Malaysia perlu mengambil lebih banyak inisiatif bagi
merancakkan lagi pertumbuhan industri ini selain memberi tumpuan kepada pembangunan
industri berat. Perkembangan industri kecil amat penting dalam konteks pembangunan
sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan hendaklah sentiasa memberikan bantuan
khidmat kepakaran kepada pengusaha-pengusaha IKS agar dapat meningkatkan lagi
produktiviti mereka. Sesungguhnya, pembangunan IKS mempunyai kepentingan yang amat
luas bagi membolehkan Malaysia muncul sebagai negara perindustrian yang dinamik.
Selain menyediakan keperluan dalam negara, IKS juga boleh menumpukan usahanya
dalam mengeksport pelbagai jenis barangan industri. Orientasi kepada penggantian import
dapat mengurangkan pengaliran wang ke negara lain. Malaysia mengimport pelbagai jenis
barang industri dari luar negara termasuk alat ganti kenderaan, bahan makanan, alat-alat
elektronik dan alat-alat pertanian. Alat-alat industri boleh dibuat sendiri dengan
menggunakan bahan-bahan tempatan sekiranya IKS dapat dibangunkan. Langkah ini amat
penting bagi menjadikan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada barangan import yang
semakin membebankan negara dari segi pertukaran mata wang. Pembangunan industri berat
yang berlaku di negara ini terutama industri besi dan keluli, industri motor, petroleum,
elektronik dan percetakan boleh mendorong perkembangan IKS. Di samping itu, IKS juga
dapat membantu kerajaan mengukuhkan sektor perindustrian negara. Pemindahan kepakaran
teknologi boleh berlaku sekiranya industri berat dapat meluaskan skim latihannya kepada
IKS.
Bagi merancakkan lagi perkembangan IKS, institusi kewangan juga disarankan
memberikan kemudahan pinjaman kewangan yang tidak membebankan pengusaha IKS.
Kerajaan sewajarnya mengadakan kempen membeli barangan tempatan bagi meningkatkan
permintaan daripada rakyat. Oleh itu, Malaysia perlu menyediakan pelbagai insentif bagi
membangunkan IKS tempatan. Dengan perkembangan ekonomi yang pesat pada abad ke-21
dan selaras dengan Wawasan 2020, Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan
Industri yang melibatkan pembangunan pelbagai bentuk dan jenis industri agar setanding
dengan negara–negara maju. Melalui Pelan Induk Pembangunan Industri ini, diharapkan
hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian akan dapat dicapai sebelum tahun
2020 menjelang.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam Pembangunan Negara’
oleh Mohd Asri bin Mohamad,
Dewan Ekonomi, April 2018)

6
BAHAGIAN D : KARANGAN

Gambar dan maklumat di bawah berkaitan amalan perpaduan .


Berdasarkan bahan tersebt, huraikan pendapat anda tentang amalan perpaduan .

Panjang karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkaaan.

Sudah menjadi amalan rakyat


Malaysia, tradisi atau amalan rumah
terbuka seakan menjadi kemestian
bagi setiap perayaan utama.

Disediakan oleh :

Cikgu Kamarul Bakri Abdullah,


Guru Cemerlang Bahasa Melayu,
Kolej Vokasional Pasir Mas

You might also like