You are on page 1of 11

SULIT 1103/2

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]

Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama terbitan. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama terbitan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa dan nama khas.

Hutang seperti pinjaman dan pembiayaan peribadi, kereta, rumah, barangan dan
sebagainya bole dikatakan sudah menjadi kebiasaan. Jika individu bijak menguruskan
kewangan dengan teliti dan sistematik, hutang boleh membantunya untuk memenuhi
kehendak dan keperluan peribadi. Individu juga perlu mempunyai pengetahuan kewangan
untuk membantu pengurusan kredit yang berhemat dan tingkah laku kewangan yang
positif. Oleh itu, dengan merancang perbelanjaan dan kewangan, tidak mustahil anda juga
boleh mencapai kebebasan kewangan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengurusan Kewangan Bijak' oleh
Mahanum Abdullah Dewan Masyarakat, Bil. 7/2017

[6 markah]

Soalan 2 : Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek : ___________________________________________
Predikat : ___________________________________________

Terarium ialah ekosistem miniatur tumbuhan hiasan di dalam bekas. Terarium boleh
menggunakan pelbagai jenis lumut. Pemilihan balang amat penting. Pembuatan terarium
ini agak rumit. Set terarium ringkas boleh disiapkan dalam tempoh tidak sampai satu jam.
Terdapat pembeli menjadikan hiasan ini sebagai hadiah.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Terarium obsesi Nazrol Ikhwan’


Oleh Arzina Mohamad Azaman, Sinar Harian, 20 Februari 2020

[6 markah]

1
SULIT 1103/2

Soalan 3: Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Laporan Perkhemahan Pengakap Perdana
Pada 16 September hingga 18 September 2021, kumpulan Pengakap Perdana Sekolah
Menengah Kebangsaan Jelutong Idaman telah mengadakan perkhemahan bertempat di tapak
perkhemahan Wangsa Maju , Kuala Ketil kedah. Program ini dijalankan selama tiga hari dan
mendapat biaya sepenuhnya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Program
ini disertai oleh 200 orang pengakap di seluruh Pulau Pinang. Objektif perkhemahan ini
diadakan adalah untuk memberikan kemahiran asas ikhtisas hidup dan memupuk semangat
kekitaan di kalangan ahli pengakap.
[5 markah]

Petikan 2
Periuk kera ialah tumbuhan yang hidup merata dan dapat ditemukan di hutan Malaysia.
Kawasan hutan pergunungan menjadi habitat yang menampung jumlah spesis periuk kera
tanah tinggi yang banyak. Bagi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, periuk kera
sering dipergunakan untuk memasak lemang pada musim perayaan. Periuk kera juga
mendapat permintaan yang tinggi untuk menjadikan sebagai tumbuhan hiasan disebabkan
oleh keunikan rupa bentuknya. Masyarakat perlu menyedari tentang kepentingan dan nilai
tumbuhan ini untuk mengelakkan kepupusan kahzanah hutan hujan tropika ini seterusnya
membolehkannya dinikmati oleh generasi akan datang.
[6 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard


Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia
berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri
Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka
Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, "Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya
ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah
maka demikian pekerti tuan hamba?”
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam
antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
[6 markah]

2
SULIT 1103/2

Soalan 5: Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai
berdasarkan situasi tersebut.

Fatihah : Berikutan wabak penyakit yang menular baru-baru, orang ramai semakin berhati-
hati setiap kali pergi membeli barangan keperluan.
Suheeda: Betul Fatihah,,rakyat di negara kita sudah mula peka dengan peraturan. Hanya
kerana seseorang yang tidak mengikut peraturan, ramai orang telah dijangkiti
wabak ini.
Fatihah : Selain itu, para petugas hospital bertungkus lumus membantu pesakit yang telah
dijangkiti Covid-19 walaupun sedar bahawa mereka juga terdedah dengan
jangkitan yang sama.
Suheeda: Kita hanya mampu mendoakan segala pengorbanan mereka kerana segala
kepayahan dan kesukaran yang ditempuhi hanya diketahui oleh mereka sahaja.
Cheng : Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bersatu padu untuk memastikan pandemik
ini dapat dibanteras daripada berleluasa.
[6 markah]

3
SULIT 1103/2

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 markah]

Soalan 6: Petikan Umum


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
TUARAN: Rekaan pereka fesyen diinspirasikan pakaian tradisi etnik Rungus dari Sabah,
dinobatkan di tempat ketiga sempena pertandingan International Borneo Fest 2019 yang
berlangsung di St.John Church, Hyde Park, London, baru-baru ini.
Difahamkan, seramai 15 peserta berentap dengan masing-masing dua model
peragaan sebelum disenarai pendek kepada Sembilan peserta yang layak ke peringkat akhir
bagi Kategori Borneo Designer Award dianjurkan Borneo Street Kuala Lumpur.
Peserta, Ahmad Fikri Gompul , 31, berasal dari Kampung Pangadawan Kiulu,
Tuaran di sini, berkata rekaan itu dihasilkan daripada kain tenun pakaian tradisi etnik
Rungus yang digabungkan bahan Corduroy (Denim) dan Chiffon untuk membolehkan
kelahiran baju berkonsep ‘sedia untuk dipakai’.
“Konsep pertandingan ini bertujuan menghasilkan pakaian moden yang
menggunakan corak serta warna daripada pakaian tradisional etnik di Sabah dan Sarawak.”
“Saya harap usaha ini menjadi contoh kepada pereka fesyen tempatan yang boleh
menarik generasi baharu mengekalkan pemakaian tradisi kekal relevan walaupun
mengalami perubahan yang pesat,”katanya.

Bahan 2

Pakaian Tradisional Melayu

BAJU KURUNG

Setelah kedatangan Islam, wanita Melayu mula memakai baju kurung yang sopan. Baju
kurung lazimnya diketahui sebagai baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut
dan dipadankan kain labuh yang berlipat tepi. Baju tersebut meliputi seluruh tubuh,
memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihatkan sebagai mematuhi peraturan pakaian
Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti songket atau batik.
Digandingkan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai dipakai
dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.

BAJU MELAYU

Pakaian tradisional bagi kamu lelaki Melayu ialah baju Melayu. Baju Melayu seakan
kemeja longgar yang dipakai dengan seluar Panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan
4
SULIT 1103/2

dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggan dan bersongkok. Baju melayu bagi
rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu, baju Melayu potongan Teluk Belanga dan baju
Melayu potongan cekak musang. Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga biasanya
samping dipakai di sebelah dalam baju. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah
samping di sebelah luar baju.

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud kekal relevan.. [2


markah]
ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan pakaian moden berunsurkan
tradisional dan pakaian tradisional Melayu. [3 markah]

iii) Banyak usaha yang boleh diambil untuk mempopularkan pakaian tradisional negara di
peringkat global.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha tersebut. [3 markah]

iv) Anda menyertai kumpulan pereka sekolah anda untuk menyertai Pertandingan Mereka
Busana Tradisional Abad ke-21 peringkat antarabangsa di luar negara.
Apakah unsur-unsur yang anda akan tekankan dalam usaha mereka pakaian tradisional
yang
memenuhi cita rasa pengguna abad ke-21 ini? [4 markah]

5
SULIT 1103/2

Soalan 7: Petikan Sastera


Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Posmen : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
Aiman : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
Posmen : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk
menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur abang
macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini.
Aiman : Abang buang sahaja surat ini. Saya tidak berminat langsung. Buat apa nak bersusah
payah sertai program macam ni. Ayah saya ada banyak duit. Apa yang saya nak,
semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga sahaja program macam ini. Untuk orang
susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan
pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi...ha...ha...ha.
Posmen : Tak baik cakap macam itu, banyak kebaikannya program seperti ini. Cuba jangan
fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan
pengalaman yang akan diperoleh nanti

Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan
Pustaka

Bahan 2
Syair Remaja Bersukan

Dengarkanlah remaja pesanan bestari, Badan berpeluh bersukan sentiasa,


Mari bersukan setiap hari, Berbau busuk tidak biasa,
Usah malas merajai diri, Orang memandang tidak selesa,
Tubuh mengembang penyakit mencari. Penampilan diri rosak binasa.

Ramai ramaja leka di rumah, Remaja kini tidak bersukan,


Bermain peranti mulut tak ramah, Kurang kesedaran juga didikan,
Aktif bersukan menyimpan hikmah, Keluarga menghalang pelajaran diutamkan
Tidak berdaya badan pun lemah. Tiada motivasi galakan rakan.

Roslan Daud
Taman Melawati

6
SULIT 1103/2

i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menyimpan hikmah. [2 markah]

ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan punca-punca remaja kini tidak berminat
dengan aktiviti luar. [4
markah]

iii) Aktiviti luar seperti bersukan dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada
remaja. Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat aktiviti luar yang disertai
oleh remaja? [3
markah]

iv) Seorang rakan anda amat meminati bidang sukan. Dia telah menyertai pelbagai
aktiviti kokurikulum dan pertandingan sukan pada peringkat sekolah, daerah dan
negeri. Dia juga bercita cita menjadi seorang atlet sukan yang berjaya. Dengan itu,
dia boleh menjadi salah seoarang daripada jutawan sukan seperti Christiano
Ronaldo dan Lionel Messi.
Sebagai rakan yang prihatin, berikan cadangan kepada rakan anda tentang cara-
cara yang boleh rakan anda lakukan untuk mencapai cita-citanya menjadi atlet
sukan yang berjaya? [4
markah]

7
SULIT 1103/2

Soalan 8 : Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Pagi tadi dia okey ke?” soal Aqram lagi. Nafasnya semakin laju, dicengkam rasa
cemas.
Saat itu baru Shida teringat kelakuan Farisha yang agak aneh ketika mereka dalam
perjalanan ke Cyberjaya. Farisha langsung tidak bercerita seperti biasa. Dia hanya duduk
diam di dalam kereta. Shida tidak tahu sama ada dia jaga atau terlena kerana dia
mengenakan sepasang kaca mata hitam yang besar, sesuatu yang jarang dilakukannya.
Bibirnya kelihatan pucat tetapi Shida tidak berani hendak menegur.
“Farisha tidak ceria pagi tadi. Tapi saya tak tahu sebabnya.” Shida merenung mata Aqram.
Baru dia perasan betapa sempurnanya penampilan lelaki itu.

Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara,


karya Dayang Noor, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

i. Nyatakan keadaan Farisha seperti yang digambarkan oleh Shida. [4 markah]

ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.

a. Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin


b. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
c. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
d. Silir Daksina, karya Nizar Parman

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang boleh dijadikan
panduan hidup oleh pembaca. [6 markah]

8
SULIT 1103/2

BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]
Bahan 1 - Petikan
Baca petikan dan pantun di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Depresi atau kemurungan merupakan sejenis penyakit kesihatan mental. Penyakit


kemurungan telah di kenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang
menyumbang kepada penyakit global yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika
ini. Faktor yang mencetuskan kemurungan dalam kalangan remaja lazimnya adalah berkaitan
dengan isu harga diri, kegiatan buli, prestasi akademik yang rendah, dan pernah menjadi
mangsa penderaan fizikal atau seksual. Disebabkan kemurungan selalunya membabitkan
anggota keluarga, maka genetik ataupun baka keturunan memainkan peranan penting.
Mereka yang mempunyai keluarga yang menghidap penyakit ini berisiko mengalami masalah
yang sama. Perubahan dalam kesimbangan hormon badan juga mungkin menjadi antara
penyebab berlakunya kemurungan.

Sehubungan dengan itu, kita tidak boleh membiarkan penyakit kesihatan mental ini
terus melanda anggota masyarakat terutama golongan muda yang masih panjang jalan hidup
mereka. Individu mengalami masalah depresi sebenarnya dapat mengatasi tersebut dengan
mudahnya. Antaranya termasuklah melakukan senaman ringan, beriadah, beramah mesra
dengan orang yang dipercayai, serta melakukan aktiviti yang dapat menyenangkan hati.
Kebanyakan remaja perempuan berisiko untuk mengalami depresi serta perubahan emosi
yang ketara seperti berasa sedih, tidak bersemangat dan suka memendam perasaan. Dalam
situasi sedemikian, anggota keluarga perlu lebih peka, memberikan kasih sayang dan
membuka minda remaja yang menghadapi masalah ini. Amalan tersebut dapat membantu
mereka untuk membebaskan diri daripada kemurungan yang berpunca daripada masalah akil
baligh.

Pengidap depresi pula usah berserah diri dan berasa terlalu sedih, sebaliknya mereka
harus tabah dan cekal hati. Mereka hendaklah mencari jalan untuk menyelamatkan diri
dengan meminta bantuan daripada ibu bapa, saudara-mara, sahabat handai, kaunselor, atau
pakar psikiatri. Selain itu, mereka perlu meluahkan perasaan kepada sesiapa yang dapat
9
SULIT 1103/2

dipercayai untuk mendapatkan sokongan moral. Pada zaman ini, anak-anak yang memasuki
alam remaja lebih memahami masalah emosi yang dihadapi perlu ibu mereka. Oleh itu,
interaksi antara anak dengan ibu adalah jauh lebih baik daripada interaksi antara ibu dengan
bapa kerana anak-anak lazimnya menaruh simpati terhadap ibu mereka dan mencuba untuk
menyelami kepedihan yang dialami oleh ibu mereka. Melatih keupayaan untuk bertolak ansur
dan menerima perkara buruk yang berlaku melalui tingkah laku yang sihat juga merupakan
antara cara untuk mengatasi kemurungan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mengapakah Seseorang


Individu Mudah Mendapat Depresi?’ Dewan Siswa, 201

Bahan 2 – Grafik

DEPRESI

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_____________________________ __________________________
(RAHIDA YANI BINTI RAHIMI) (NORAZAH BINTI AZMAN)
Ketua Panitia Bahasa Melayu GKMP Bahasa
SMK Pai Chee (CF) SMK Pai Chee (CF)

10
SULIT 1103/2

KERTAS SOALAN TAMAT

11

You might also like