You are on page 1of 2

KESIMPULAN

Kajian ini Berjaya memberikan satu gambaran yang jelas mengenai penggunaa ayat
dalam majalah dan pecisan. Namun, kajian tentang kesalahan ayat dalam majalah dan pecisan
sebenarnya merupakan satu kajian yang mencabar kerana kepelbagaian bentuk dan struktur
binaannya yang agak kompleks serta rumit. Penelitian yang mendalam diperlukan bagi
memastikan kajian ini mencapai tujuan kajian. Cara mengatasi masalah bahasa ialah guru
memainkan peranan yang penting dalam megatasi masalah ini di kalangan pelajar. Guru
bahasa Melayu hendaklah terdiri daripada guru yang dilatih khusus untuk megajar Bahasa
Melayu. Guru mestilah bersikap kreatif menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan
teknik dalam mengajar satu-satu aspek ketatabahasaan. Cara ini dapat menarik minat pelajar,
mengelak ras jemu, dan pengajaran akan menjadi lebih berkesan. Guru juga disarankan agar
sentiasa melakukan analisis kesilapan terhadap pelajarnya. Dapatan analisis tersebut akan
membekalan maklumat penting kepada guru untuk menjadikan strategi perancang pengajaran
tatabahasa yang lebih berkesan. Harapan saya ialah bahasa Melayu dapat dipertahankan
sehingga ke anak cucu kita. Selain itu, bahasa rojak perlu dibuang dari minda anak-anak agar
mereka tidak salah menggunakan perkataan bahasa Melayu dalam membuat karangan atau
bertulis. Malahan, sebagai seorang tenaga pengajar yang berdidekasi, kita haruslah menitik
beratkan penggunaan bahasa pelajar dalam pertuturan dan bertulis. Sejarah telah
membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negaranegara di kepulauan Melayu. Maka dengan ini, bahasa melayu amat diperlukan untuk
menunjukan bahawa Negara kita mempunyai keunikan dari segi penggunaan bahasa. Bahasa
Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang
amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan,
agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali, bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.

Unsur patriotisme yang perlu diambil bagi menjaga bahasa kebangsaan ialah jati diri. Ini
menunjukkan bahawa kita mempunyai kekuatan melawan unsur-unsur luar daripada bahasa
kebangsaan kita tercemar dan dek lupuk dek zaman. Selain itu, bahasa Melayu dapat
menitiskan semangat satu bangsa. Perpaduan kaum dapat dikukuhkan dengan mengunakan
satu bahasa yang rasmi dalam sesebuah negara untuk mencapai Wawasan 2020. Sebagai
penutup, kehidupan kita penuh dengan liku-likunya sama seperti bahasa Melayu setiap
peredaran zaman akan berlakunya perubahan dari aspek perkataan, ejaan dan tatabahasa.
Dengan ini, bahasa menunjuk sesuatu bangsa yang bertamadun yang diingat sehingga
sekarang. Tanpa nenek moyang kita terdahalu menempuh dugaan untuk memartabatkan
bahasa Melayu kita tidak dapat menggunakannya pada masa sekarang. Bahasa Melayu
merupakan bahasa yang mudah difahami dan mudah dipelajari. Oleh itu, sebagai rakyat
Malaysia kita haruslah berbangga dengan bahasa kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa.

You might also like