You are on page 1of 15

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH – PPM

SEMESTER 1/SESI 2022 / 2023

KPP 4023 : APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN:

MASALAH KOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH JENIS


KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) DI DAERAH KAJANG

KUMPULAN 7

BIL NAMA NO MATRIK


1. YOUAZLIN BINTI ARIS (KETUA) L20221012725
2. MAIZATUL HANA BINTI MOHD SOM L20221012700
3. FARIZAH BINTI ZAMBRI L20221012701
4. AZIZON BINTI AHMAD L20221012710
5. NOR SUHAILA BINTI HUSAIN L20221012719

6. NORZULIATI BINTI MOHD DZAHIR L20221012720

NAMA PENSYARAH :
DR. NORLIZA BINTI ABDUL MAJID
ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Mukasurat

Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 2-3
2.0 Permasalahan Isu 3
3.0 Faktor-faktor penguasaan lemah komunikasi Bahasa Melayu
3.1 Pengunaan Bahasa Rojak yang semakin meluas. 4
3.2 Sikap murid 4–5
3.3 Bahasa ibunda sebagai Bahasa pertama (rasmi) 5
3.4 Kurang motivasi untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu 5–6
3.5 Silibus Bahasa Melayu yang tinggi 6
4.0 Teori-teori yang digunakan.
4.1 Teori Perkembangan Robert Havighurst 6
4.2 Teori Analisis Kesalahan Bahasa Corder 7
5.0 Kesan-kesan kelemahan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
5.1 Kurang semangat Patriotisme 7
5.2 Wujud perselisihan faham. 8
5.3 Gejala bahasa rojak semakin tinggi. 8
6.0 Langkah-langkah mengatasi kelemahan berkomunikasi
6.1 Mewujudkan kelas pemulihan dan kelas tambahan. 8–9
6.2 Memperbanyakkan program-program semarak Bahasa Melayu. 9
6.3 Sikap ibu bapa dan penjaga 9 – 10
6.4 Program pertukaran murid. 10
6.5 Teori Pelaziman Operan Skinner 10 – 11
7.0 Kesimpulan 11
Rajah 1 : Kerangka Konseptual 12

8.0 Bibliografi 13 – 14
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T,
kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kami menyiapkan penulisan ilmiah
yang bertajuk Masalah Komunikasi Dalam Kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) Di Daerah Kajang dengan jayanya walaupun telah menempuhi pelbagai
dugaan dan rintangan. Alhamdulillah, dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Norliza Binti Abdul Majid selaku Pensyarah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam subjek Aplikasi Psikologi Pendidikan
(KPP 4023) di atas kesabaran, sokongan, nasihat, kritikan dan bimbingan yang diberikan
oleh beliau, telah banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan penulisan ilmiah
ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar
kami untuk menjadi seorang penyelidik dan pendidik yang baik untuk generasi akan datang.
Terima kasih juga kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Di Daerah Kajang
kerana telah memberi sokongan dan kerjasama yang penuh dalam kerja lapangan dan
memudahkan proses untuk pengumpulan data.

Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh setiap ahli kumpulan ini
amat kami hargai dan akan kami ingati sepanjang hayat ini. Semoga penyelidikan dan
penulisan ilmiah ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi
akan datang.

Sekian, wassalam.
1.0 PENGENALAN

Kajian ini telah dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang terletak
di Kajang. Sekolah ini mempunyai 100 orang murid yang terdiri daripada 80 orang murid
perdana dan 20 orang murid prasekolah. Sekolah ini mempunyai 6 kelas perdana dan 1 kelas
prasekolah. Sekolah ini terletak di kawasan pinggir bandar dan murid-murid majoritinya
tinggal di kawasan yang didiami oleh kaum India. Berdasarkan kepada keadaan persekitaran
dan beberapa faktor lain, terdapat isu permasalahan komunikasi yang berlaku di sekolah ini.

Penguasaan berbahasa kebangsaan adalah perlu untuk meningkatkan ilmu, kemahiran


dan kompetensi seseorang murid. Bagi murid bukan Melayu, kemahiran berbahasa Melayu
merupakan kemahiran tambahan dalam berbahasa dan mempunyai perbezaan yang ketara
dengan kemahiran menggunakan bahasa ibunda. Perbezaan bahasa akan menyebabkan
wujudnya perbezaan antara dua kelompok penutur dari aspek budaya dan pemikiran.
Kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu wajib dikuasai oleh setiap murid di
Malaysia untuk kelangsungan hidup atau kelangsungan dalam kalangan masyarakat yang
pelbagai etnik di Malaysia.

Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar. Bahasa pengantar boleh


didefinisikan sebagai bahasa yang ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang
digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah
kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil untuk
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah setelah penyemakan semula Akta pelajaran (1961) yang berasaskan Penyata
Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang mana bertujuan untuk menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dan menjadi teras
perpaduan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KPM, 2003) menggariskan
tiga kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah.

Kemahiran-kemahiran berbahasa tersebut adalah kemahiran lisan, kemahiran


membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini turut diambil berat
dalam menzahirkan matlamat kerajaan untuk mewujudkan pendidikan berkualiti untuk
semua (Zamri, 2014). Menurut Zamri (2021) menyatakan bahawa isu bahasa tidak pernah
lekang bermula daripada Laporan Fenn Wu (1951) hinggalah wujudnya Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006- 2010 (KPM, 2006) dan Pelan Pembangunan Pendidikan

2
Malaysia 2013-2025 (KPM, 2013). Hal ini menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan
usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini.

2.0 PERMASALAHAN ISU

Kemahiran berkomunikasi adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui komunikasi yang baik, guru dapat menyampaikan ilmu serta maklumat secara tepat
dan padat. Namun, permasalahan dan isu kemahiran berkomunikasi perlu diberi perhatian.
Permasalahan utama adalah kebanyakan murid di SJKT masih lemah dalam penguasaan
kemahiran berkomunikasi Bahasa Melayu dan ini dapat dilihat melalui pencapaian murid
yang sangat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Permasalahan kemahiran berkomunikasi Bahasa Melayu dalam kalangan murid di


SJKT dapat di lihat dari pelbagai sudut. Permasalahan kedua yang dihadapi adalah murid
tidak boleh berkomunikasi dengan kaum lain kerana tidak memahami maksud, struktur atau
penggunaan tatabahasa sesuatu ayat. Kelemahan ini mengakibatkan proses komunikasi akan
menjadi tidak lancar dan gagal dalam menyampaikan mesej dengan jelas. Kebanyakan
pelajar yang mempelajari sesuatu bahasa mendapati kemahiran bertutur lebih sukar
berbanding kemahiran-kemahiran lain. Seterusnya, kesan daripada kurangnya motivasi,
keyakinan diri dan perasaan malu untuk bertutur dalam bahasa selain bahasa ibunda mereka,
murid menjadi kurang berinisiatif untuk berkomunikasi. Bagi murid yang bukan berbangsa
Melayu, mereka menganggap bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua mereka.
Mereka lebih suka menggunakan bahasa ibunda yang sememangnya mereka gunakan dalam
kehidupan seharian mereka. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar, namun
pencapaian murid dalam subjek ini masih lagi pada tahap yang rendah. Kebanyakan kajian
dijalankan mendapati pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di SJKT masih belum
mampu mencapai matlamat dan objektif yang sebenar.

3
2.0 FAKTOR-FAKTOR PENGUASAAN LEMAH KOMUNIKASI BAHASA
MELAYU

3.1 Penggunaan Bahasa Rojak Yang Semakin Meluas

Fenomena perkembangan teknologi komunikasi telah banyak mempengaruhi cara individu


berkomunikasi. Kemunculan media arus pada masa kini telah mempengaruhi cara
masyarakat berkomunikasi ianya disokong melalui teori Robert Havighurst (1971), di mana
faktor persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak. Disebabkan
itu wujudlah penulisan bahasa yang pelbagai di garis masa (timeline) media sosial masing-
masing di mana pengguna bebas untuk menonjolkan persepsi, pendapat dan budayanya
mengikut kesefahaman bahasa mereka. Maka wujudlah istilah-istilah bahasa yang baru atau
moden serta percampuran Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris yang dirojakkan bagi
menerangkan sesuatu fenomena dan situasi.

Pemerhatian telah dilakukan selama seminggu di SJKT ini dan mendapai murid-
murid di SJKT kerap menggunakan bahasa Melayu rojak kerana lebih mudah untuk
berkomunikasi berbanding menggunakan Bahasa Melayu yang sebenar. Penggunaan bahasa
yang tidak terkawal dari aspek aturan bahasa dan tatasusila menyebabkan Bahasa Melayu
terjebak dalam kemerosotan mutunya dan ini kerana penggunaan bahasa rojak yang semakin
meluas penggunaanya pada masa kini. Penggunaan bahasa rojak secara berleluasa oleh
stesen televisyen dan penerbitan akan membebankan tugas pendidik untuk memperbetulkan
tatabahasa serta pemahaman Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abdul Adzis Abas berkata penggunaan Bahasa Melayu
rojak yang menggabungkan Bahasa Inggeris dan berbunyi pelik memberi kesan jangka
panjang kepada pelajar.

3.2 Sikap Murid

Selain itu, salah satu kekangan yang dihadapi adalah dari segi sikap murid itu sendiri
menjadi titik tolak kelemahan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu iaitu sikap perasaan
malu, tiada motivasi, gangguan bahasa ibunda, faktor budaya, faktor umur dan masalah
sebutan. Majoriti murid di SJKT ini hanya bergaul dengan kelompok mereka sahaja
menyebabkan mereka merasakan, mereka tidak perlu untuk berkomunikasi dalam Bahasa
Melayu. Apabila kurang berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu, mereka kekurangan
kosa kata dan menghadapi masalah dari segi sebutan. Penguasaan kosa kata yang terbatas

4
dalam Bahasa Melayu menyebabkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid bukan
penutur Bahasa Melayu terhad. Murid hanya dapat berkomunikasi dengan perkataan lazim
yang pendek. Kesan pengaruh dialek yang kuat menyebabkan mereka juga sering melakukan
kesalahan semasa berkomunikasi. Hal ini menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk
menggunakan Bahasa Melayu melainkan untuk tujuan peperiksaan semata-mata.

3.3 Bahasa Ibunda Sebagai Bahasa Pertama (Rasmi)

Gangguan bahasa ibunda merupakan faktor terbesar dan satu kekangan yang dihadapi oleh
murid kaum india terutamanya untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Semasa di rumah
mereka akan menggunakan dialek atau bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Gangguan
bahasa juga merupakan fenomena yang terhasil akibat daripada kebiasaan ujaran Bahasa
ibunda. Semasa perjumpaan ibubapa di SJKT ini, dapat membuktikan bahawa penggunaan
bahasa ibunda yang sangat kuat antara anak dan ibubapa semasa perbincangan dilakukan.

Zamri (2022) menjelaskan bahawa gangguan adalah merujuk kepada situasi


penguasaan bahasa yang kuat atau bahasa yang lebih dominan kepada seseorang terhadap
bahasa yang lemah. Kewujudan dua bahasa, iaitu bahasa ibunda dan bahasa sasaran yang di
fikiran seseorang ini dapat membuatkan kaedah bahasa yang paling difahami murid boleh
mendominasi kaedah yang baharu dipelajarinya. Selain itu, gangguan juga adalah tabiat lama
atau old habit yang merupakan bahasa ibunda yang dimiliki oleh seseorang sejak kecil
mereka yang menggangu dan mempengaruhi tabiat baharu atau bahasa sasar ketika proses
pembelajaran bahasa. Kesalahan bahasa berlaku berpunca daripada gangguan bahasa ibunda
atau dialek bahasa pertuturan harian, bahasa daerah, bahasa lisan dan bahasa pasar. Hal ini
berlaku kerana ketiadaan bentuk dan struktur yang serupa dalam bahasa dialek atau bahasa
pertuturan dengan bahasa yang dipelajari.

3.4 Kurang Motivasi Untuk Berkomunikasi Dalam Bahasa Melayu

Begitu juga dengan kajian Jeyagobi (2011), murid India di SJKT tidak dapat berkomunikasi
menggunakan bahasa kedua kerana jarang mempunyai rakan Melayu atau Cina di sekolah.
Pengaruh bahasa ibunda mendorong pelajar bukan Melayu sering melakukan kesalahan
semasa berkomunikasi akibat penguasaan kosa kata dalam Bahasa Melayu terhad. Perkara
tersebut mengakibatkan murid India kurang bermotivasi menggunakan bahasa Melayu dalam
pertuturan dan hanya belajar bahasa kedua untuk lulus dalam peperiksaan sahaja. motivasi
rendah memberikan impak terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan (Jerie dan Zamri,
2011). Misalnya, motivasi murid terhadap pembelajaran akan menjadi rendah sekiranya

5
murid tidak berminat belajar bahasa kedua. Motivasi rendah mengakibatkan wujudnya
masalah pembelajaran bahasa kedua. Motivasi murid dapat dicungkil sekiranya
mempamerkan keinginan tinggi dan mendalam untuk belajar bahasa kedua.

3.5 Silibus Bahasa Melayu Yang Tinggi

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang awalnya diperkenalkan di peringkat sekolah
menengah atas alasan untuk memperkasakan sistem pendidikan setaraf negara maju, kini
turut diterapkan di sekolah rendah. Langkah itu mendapat kritikan kerana ia memperlihatkan
tahap pendidikan kebangsaan yang tidak setara dengan usia pelajar. Untuk rekod,
Kementerian Pendidikan (KPM) mula memberi perhatian serius untuk pelaksanaan KBAT
sejak 2013. Ia adalah kesinambungan pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK) yang diperkenalkan KPM sejak tahun 1994. Ini menyebabkan murid
khususnya murid India di SJKT ini keciciran dalam subjek Bahasa Melayu dan ada yang
tidak meneruskan persekolahan, ada juga yang masih gagal menguasai 3M (membaca,
menulis, mengira).

4.0 TEORI-TEORI YANG DIGUNAKAN

4.1 Teori Perkembangan Robert Havighurst

Perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna


perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta
budaya masyarakat dan persekitarannya. Menurut Teori Perkembangan Robert Havighurst
(1971) faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang
individu. Berdasarkan kepada hasil kajian, murid di sekolah ini lebih selesa berkomunikasi
sesama mereka menggunakan bahasa ibunda. Ini kerana tahap pemahaman dan penyampaian
lebih mudah. Kawasan kejiranan mereka dibesarkan juga dikelilingi oleh majoriti berbangsa
India. Secara tidak langsung, budaya masyarakat persekitaran mendorong mereka untuk
berkomunikasi menggunakan bahasa Tamil sahaja.

4.2 Teori Analisis Kesalahan Bahasa Corder

Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian daripada ahli psikologi pendidikan yang
terdahulu mengenai konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran
dan proses pembelajaran. Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam

6
pemerolehan bahasa kedua seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami juga oleh murid-
murid India. Persekitaran bahasa murid-murid tersebut masih didominasi oleh bahasa Tamil.
Bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutama dalam berkomunikasi dengan
individu atau kelompok daripada suku yang sama. Teori kesalahan merupakan teknik untuk
mengukur kemajuan belajar bahasa dengan mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-
kesalahan yang dibuat oleh seseorang atau kelompok. Menurut Coder (1981), analisis
kesalahan juga dapat memberikan maklumat tentang punca kesilapan murid yang perlu
diberikan tumpuan dan daripadanya dapat dicadangkan langkah-langkah pembaikannya.

Kesalahan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang


daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur bahasa seperti tatabahasa,
ejaan, sebutan, penggunaan perkataan dan istilah. Teori Analisis Kesalahan (Corder, 1981)
menjelaskan terdapat empat kategori kesalahan bahasa, iaitu pengguguran unsur yang perlu,
penambahan unsur yang tidak perlu, penyusunan unsur yang salah, dan kesalahan dalam
bidang linguistik seperti morfologi, sintaksis dan lesikon. Dalam kajian ini, jenis kesilapan
yang difokuskan ialah kesilapan dalam bidang linguistik. Dalam teori ini juga, bentuk bahasa
yang salah dihasilkan oleh para murid sebagai kesalahan yang berlaku berulang-ulang. Coder
(1981), mengistilahkan sesetengah kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penutur jati bukan
kerana si penutur tidak mengetahui dan memahami peraturan-peraturan bahasa ibunda. Hal
ini adalah kerana sifat bahasa itu sendiri yang membenarkan wujudnya bentuk mengelirukan
sehingga membuka ruang kepada penutur melakukan kesalahan seandainya tidak berhati-hati.

5.0 KESAN KELEMAHAN BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA MELAYU

5.1 Kurangnya Semangat Patriotisme

Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan
memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan
budaya. Ini juga akan menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang
mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang. Penghayatan terhadap bahasa
Melayu semakin berkurang dan semangat patriotisme akan berkurang. Ini dibuktikan dengan
pengutamaan penggunaan bahasa Tamil di SJKT ini dalam segala medium penyampaian
terutama semasa perhimpunan rasmi. Selain itu murid di SJKT ini tidak menghormati lagu
Negara Ku kerana tidak memahami bahasa yang digunakan. Negara memiliki bangsa yang
gagal berkomunikasi dengan baik akan menurunkan kedudukan bahasa Melayu.

7
5.2 Wujud Perselisihan Faham

Pendidikan tentang komunikasi antara budaya juga selari dengan sasaran 4.7 dalam
Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 yang menekankan tentang penghargaan
kepelbagaian budaya. Seperti mana bentuk komunikasi-komunikasi lainnya, komunikasi
antara budaya juga semakin mencabar dalam era media sosial yang menyebabkan sesuatu
mesej termasuklah yang negatif berkaitan budaya disampaikan secara pantas tanpa batasan
geografi. Kewujudan fenomena tular dalam media sosial juga menyebabkan salah faham
tentang budaya semakin membesar dan rumit sehingga kadang-kala boleh mendatangkan
kesan yang lebih buruk seperti buli siber.

5.3 Gejala Bahasa Rojak Semakin Tinggi

Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara
impak penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai
bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya. Fenomena ini akan memperlihatkan situasi
masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan
seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung akan
menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan masyarakat. Ini
akan menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang
gagal berkomunikasi dengan baik. Selain itu, menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam
masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KELEMAHAN BERKOMUNIKASI

6.1 Mewujudkan Kelas Pemulihan Dan Kelas Tambahan

Guru bahasa Melayu merupakan orang yang dapat mempengaruhi sikap murid untuk
membaca buku dalam bahasa Melayu memandangkan peranan guru sebagai model dan orang
yang paling dihormati di sekolah. Maka, untuk meningkatkan minat berkomunikasi murid-
murid India ini, guru-guru di SJKT ini telah meluangkan satu waktu khas untuk kelas
pemulihan atau tambahan untuk membantu murid-murid India yang kurang mahir
berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Murid digalakan oleh guru melibatkan diri dengan
interaksi secara langsung di dunia sebenar menerusi aktiviti seharian, berinteraksi dengan
pekerja natif di sekolah seperti kerani, pengawal keselamatan, pekerja kantin, dan

8
menggalakkan murid berkmunikasi menggunakan bahasa Melayu sesama mereka di luar
kelas.

6.2 Memperbanyakkan Program-Program Semarak Bahasa Melayu

Selain itu, usaha pihak SJKT ini adalah dengan memperbanyakkan program membaca dan
bahan bacaan serta penulisan dalam bahasa Melayu. Usaha ini direalisasikan dengan
kerjasama Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu
menyediakan bahan bacaan bahasa Melayu yang berbentuk buku cerita, majalah dan akhbar
untuk dibaca oleh murid di bawah program semarak membaca seperti Klinik Bahasa atau
Minggu Bahasa Melayu. Malahan pada hari-hari tertentu, murid akan diminta untuk
berkongsi dengan rakan mengenai bahan bacaan dengan membuat penceritaan semula atau
mengulas bahan bacaan mereka. Usaha ini sekali gus membantu membina kosa kata dalam
penggunaan kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKT. Selain itu,
program ini juga membantu murid untuk menggunakan bahasa Melayu dengan penuh yakin
di khalayak ramai. Para pendidik, pihak sekolah dan KPM perlu melipat gandakan usaha
bagi memastikan setiap murid profesien dalam bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Keadaan ini akan menunjukkan bahawa perpaduan dan intergrasi nasional telah dipupuk
dengan tidak mendiskriminasikan pelajar mengikut kaum untuk menggunakan pusat sumber.

6.3 Sikap Ibu Bapa Dan Penjaga

Manakala ibu bapa dan penjaga di SJKT ini diberi pendedahan agar membantu anak-anak
mereka dengan membeli buku bacaan bahasa Melayu. Tabiat suka membaca harus dipupuk
menjadi amalan seharian, dan bukannya menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran
peperiksaan semata-mata. Ibu bapa juga digalakkan berkomunikasi dalam Bahasa melayu di
rumah untuk menambah kosa kata anak-anak mereka dalam bahasa Melayu.

Salah satu hambatan dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua ialah
sikap murid terhadap bahasa itu. Mereka lebih teransang untuk membaca atas dorongan
kawan kerana kawan adalah teman sekelas dan teman sepermainan yang dapat
mempengaruhi sikap murid terhadap bahan yang dibaca, terutama dalam bahan dan buku
dalam bahasa Melayu. Murid juga harus digalakkan berusaha sendiri untuk menguasai
kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu. Keupayaan murid mencapai
keputusan cemerlang dalam kemahiran bertutur dipengaruhi oleh strategi yang digunakan
oleh mereka.

9
6.4 Program Pertukaran Murid

Terdapat juga program pertukaran murid-murid antara sekolah SJKT dengan SK yang
berhampiran sebanyak sebulan sekali. Ini dijalankan supaya dapat membina perpaduan dan
integrasi nasional agar dapat mengenali dan memahami murid dari sekolah yang berlainan.
Keadaan ini akan membolehkan murid sekolah mendapat peluang untuk berinteraksi dengan
murid dari sekolah yang berlainan dan sekali gus mewujudkan perpaduan di antara mereka.

Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan
kaum-kaum di dalam Malaysia. Ini akan menimbulkan rasa hormat dalam kalangan murid
terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan persefahaman di antara murid yang
berlainan kaum. Salah faham dan perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan
kerana ikatan persahabatan setiap murid akan menjadi erat dan kukuh.

6.5 Peneguhan Positif

Pelaksanaan peneguhan positif (Teori Pelaziman Skinner) dalam bidang pendidikan dapat
dilakukan dalam bidang pendidikan. Guru di SJKT ini memberi ganjaran berbentuk piala dan
hamper sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang dapat berkomunikasi dalam bahasa
Melayu sepenuhnya mengikut penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang betul. Pemberian
peneguhan positif dapat dilakukan dalam bentuk lisan dan bukan lisan kepada murid India
bagi membantu meningkatkan komunikasi dalam bahasa Melayu. Dalam bentuk lisan,
peneguhan postif dapat diberikan dengan memberi galakan (Nurul Azura Che Hashim, Mohd
Hanafi Mohd Yasin, & Mohd Mokhtar Tahar, 2016), pujian (Nurul Azura et al., 2016; Sang,
2008; Khalim Zainal, 2008; Fhatin Nurnaqibah Alyaa Mohd Noor, & Mohd Hanafi Mohd
Yasin, 2016; Sajap.t.th) dan penghargaan (Sang, 2008). Manakala peneguhan positif dalam
bentuk bukan lisan seperti pelukan (Nurul Azura et al., 2016), senyuman (Nurul Azura et al.,
2016; Gordan, 2014), masa rehat (Khalim Zainal, 2008), hadiah (Sang, 2008; Khalim Zainal,
2008; RK Rusli & MA Kholik, 2013), ganjaran (McLeod, 2015), pemberian markah, duduk
dekat dengan murid, meluangkan aktiviti bersama murid, memberi pilihan berbeza kepada
murid dan memfokuskan kepada tingkahlaku positif mereka (Gordan & Krishanan, 2014).
Pemberian peneguhan positif ini membuatkan murid merasa mereka dihargai dan diberi
perhatian. Hal ini mengukuhkan keinginan murid untuk terus mengamalkan tingkahlaku
positif dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) (Nurul Azura et al., 2016).

10
7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dilihat kepentingan penguasaan kemahiran


berkomunikasi dalam kalangan murid di sekolah jenis kebangsaan tamil. Walaupun populasi
tidak menyeluruh, namun dapat dirungkaikan mengenai fenomena yang berlaku di kalangan
murid bukan melayu di sekolah jenis kebangsaan tamil. Melalui kajian ini juga dapat
membantu guru memahami situasi sebenar yang dialami oleh murid di SJKT. Tahap
penguasaan kemahiran bertutur murid di SJKT masih kurang lancar. Tindakan bagi
mengukuhkan penguasaan bertutur perlu selari dengan anjakan kedua Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia agar menjelang 2025 semua murid di Malaysia profesien bertutur
menggunakan bahasa Melayu. Bagi melahirkan murid bukan melayu yang profesien dalam
berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu, usaha secara bersepadu dari semua pihak amat
diperlukan. Murid bukan sahaja perlu mempraktikkan bahasa Melayu dalam perbualan
harian tetapi semua pihak perlu memberikan rangsangan yang kuat untuk mereka menguasai
bahasa kebangsaan di SJKT.

Penguasaan berbahasa Melayu semasa berkomunikasi perlu dipupuk sejak murid di


sekolah rendah untuk membentuk jati diri dan keperibadian warganegara Malaysia yang
berdaulat. Pengunaan bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan seharusnya dijadikan
bahasa utama sebagai lambang dan jati diri rakyat Malaysia. Kesemua pihak hendaklah
memberikan kerjasama yang serius untuk memastikan martabat bahasa Melayu sebagai
Bahasa kebangsaan akan terus terpelihara tanpa sebarang ancaman yang mampu
mempengharui kedudukan di dalam bahasa Malaysia. Sebagai antara warga pendidik perlu
menggandakan usaha untuk menterjemahkan dasar dan stratergi pengukuhan penguasaan
Bahasa Melayu dalam bentuk pelaksanaan yang paling berkesan. Ketekalan dan cekal dalam
usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, intelektual dan bahasa tamadun
adalah perlu supaya ia mampu membentuk kemajuan Malaysia dalam acuan kita sendiri.
Akhir kata, bahasa menunjukkan bangsa, dan maju bahasa majulah bangsa.

11
Rajah 1: Kerangka Konseptual

Silibus
Kurang tinggi
Motivasi
Sikap Kelas Pemulihan
dan Tambahan
Bahasa
Bahasa Ibunda
Program
Rojak
Semarak
Bahasa
Faktor-faktor penguasaan
Lemah Komunikasi Bahasa
Melayu
Langkah-langkah Mengatasi Peneguhan
Kelemahan berkomunikasi Positif
Kesan Kelemahan
Berkomunikasi Bahasa
Melayu
Sikap Ibu
Bapa
Kurang
semangat
Patriotisme Gejala
Bahasa
Rojak Pertukaran
Murid

Wujud
Perselisihan
Faham

12
8.0 BIBLIOGRAFI

Bailey, K.M. (2005). Pratical English Language Teaching: Speaking. New York : McGraw-
Hill ESL/ELT. ISBN 0-07-310210-1.
Corder, S.P. (1981). Error Analysis and Interlanguage. London: Oxford University Press.
Gordan, M.& Krishanan, I.A (2014). A review of B.F Skinner’s “reinforcement theory of
motivation.” International Journal of Research in Education Methodology, 5(3), 680–
688.
Haizah Bukari, Norazana, Awang Kechik (2022). Pengaruh Bahasa Ibunda Terhadap
Kemahiran Bertutur Dalam Kalangan Murid India di Sebuah Sekolah Rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu.
Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. (2010). Sikap dan motivasi murid Iban dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1 (1): 13-25.
Jeyagobi Dhamodarem. (2011). Gaya pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
India. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Putrajaya: Pusat Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.
Khalim Zainal. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari Perspektif
Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian
Umum, 9, 43–56.
Nurul Azura Che Hashim, Mohd Hanafi Mohd Yasin, & Mohd Mokhtar Tahar. (2016).
Mengubahsuai tingkahlaku makan meggunakan tangan kiri melalui teknik peneguhan
sosial. https://www.researchgate.net/profile/Mohd_Yasin3/publication/311105424
Sang, M. S. (2008). Psikologi pendidikan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Skinner, B. F. (1950). The psychological review are theories of learning necessary?57(4)
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan
Ketiga. Tanjung Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod. (2022). Linguistik Terapan dan Pengajaran Bahasa Melayu. Edisi
Kedua. Bangi. Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

13

You might also like