You are on page 1of 12

SUBJEK :

GGGE6323
SOSIOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA
TAJUK:
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA
MELAYU MURID IBAN TAHAP 1 SEKOLAH RENDAH

DISEDIAKAN OLEH:
MARIYA BINTI HUSIN (P82036)
NOR AMIRAH BINTI AB AZIZ (P82001)
SALINA BINTI MD.YUNAS (P82014)
SARJANA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. DR.ZAMRI BIN MAHAMOD
CIK NURHAZUWAHANUM

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyeragamkan pelaksanaan pendidikan bahasa


Melayu sebagai bahasa pengantar seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta
Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 juga memperakui bahawa kemajuan negara dari segi
ekonomi, sosial, rohani, moral dan etika perlu dicapai melalui satu sistem pendidikan
kebangsaan yang mempunyai hanya satu bahasa pengantar dan bahasa kebangsaan serta dapat
menggunakan satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama (KPM, 2003). Melalui
sistem pendidikan ini juga diharapkan dapat memenuhi tuntutan dan aspirasi negara untuk
menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya pada tahun 2020.
Sehubungan itu, murid-murid perlu menguasai bahasa Melayu dengan baik bagi
meningkatkan tahap kecemerlangan akademik walaupun bahasa Melayu adalah merupakan
bahasa kedua (B2) mereka. Kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu
sama ada bagi murid Melayu itu sendiri atau bukan Melayu seperti Cina, India dan etnik
peribumi seperti Iban merupakan suatu kelebihan kepada mereka. Menurut Jabatan Perangkaan
Malaysia (JPM) 2016, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 31.7 juta orang, iaitu
peningkatan sebanyak 0.5 juta berbanding 31.2 juta orang pada 2015 dengan kadar pertumbuhan
penduduk tahunan 1.5 peratus bagi tempoh yang sama. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia
terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Orang Asli adalah pribumi di
Semenanjung Malaysia dan secara umumnya terbahagi kepada tiga suku terbesar, iaitu Negrito,
Senoi dan Melayu Proto. Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi dan etnik
majoritinya ialah etnik Kadazan-Dusun. Manakala penduduk Sarawak terdiri daripada 27
kumpulan etnik dan etnik Iban ialah etnik majoriti.
Proses mempelajari dan menguasai kemahiran asas seperti kemahiran mendengar,
bertutur, membaca serta menulis adalah amat penting bagi menguasai bahasa Melayu
berdasarkan sukatan yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(2011). Namun, pencapaian murid Iban masih berada pada tahap kurang memuaskan. Menurut
Abdul Rasid Jamian dan Zulkifli Abu Zarin (2008), pencapaian murid-murid bukan Melayu
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu masih kurang memuaskan.

PERNYATAAN MASALAH
Proses pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu sebagai B2 dalam kalangan murid berbangsa
Iban yang berumur 7 hingga 9 tahun merupakan satu cabaran kepada guru-guru di sebuah
sekolah kawasan PPD, Alor Gajah, Melaka. Pemerolehan bahasa kedua didefinisikan sebagai
proses pembelajaran bahasa asing selepas mengetahui asas bahasa pertama, yang bermula pada
peringkat umur lima tahun atau selepasnya (Dulay, Burt & Krashen 1982 dalam Abdullah 2004).
Cook (1991) pula mendefinisikan bahasa kedua sebagai bahasa yang dipelajari oleh seseorang
individu sebagai tambahan kepada bahasa ibunda yang sedia ada. B2 dalam kajian ini merujuk
kepada bahasa Melayu yang dipelajari oleh murid-murid Iban, manakala bahasa Iban merupakan
bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas bahasa Melayu untuk murid-murid
sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
permasalahan

tentang

kemahiran

menulis bahasa Melayu

dalam kalangan

murid

sekolah rendah di luar bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011). Kemahiran menulis merupakan
suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis.
Keupayaan menulis merupakan satu proses penyaluran maklumat bersifat mekanikal dan
disalurkan secara bersistem, iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens dan
gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran
yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta
merangkumi

pelbagai

disiplin

ilmu

di

sekolah.

Pencapaian

dan

kebolehan

yang

tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan tahap penguasaan
pembelajaran murid dalam bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian,
2011).
Abdul Rasid dan Zulkafli (2008) berpendapat bahawa masalah untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata
pelajaran bahasa Melayu adalah disebabkan oleh ketidakcekapan mereka menguasainya.
Sebanyak 84.8% murid tidak berminat dan sangat malas untuk belajar bahasa Melayu adalah
disebabkan penggunaan strategi pengajaran guru tidak berkesan (Tay, 2003). Permasalahan
membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru untuk mengecam huruf besar dan

huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat
menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak diketahui makna
atau gagal membunyikannya. Keadaan ini akan menimbulkan cara bacaan yang merangkak dan
pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.
Sehubungan itu, kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran
ejaan dalam bahasa Melayu murid Iban bagi Tahap 1 di sebuah sekolah rendah daerah Alor
Gajah, Melaka. Selain itu, kajian ini turut meninjau kesalahan ejaan yang kerap dilakukan serta
mengenal pasti sikap dan pengetahuan mereka terhadap kemahiran ejaan berdasarkan jantina.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran ejaan dalam
bahasa Melayu murid Iban bagi Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sebuah sekolah
rendah daerah Alor Gajah, Melaka. Selain itu, kajian ini turut meninjau kesalahan ejaan yang
kerap dilakukan serta mengenal pasti sikap dan pengetahuan mereka terhadap kemahiran ejaan
berdasarkan jantina.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran ejaan bahasa Melayu murid Iban Tahap 1.
2. Menganalisis kesalahan ejaan yang kerap dilakukan oleh murid Iban Tahap 1.
3. Mengenal pasti sikap dan pengetahuan murid Iban Tahap 1 terhadap kemahiran ejaan
berdasarkan jantina.
SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap penguasaan kemahiran ejaan bahasa Melayu murid Iban Tahap 1?
2. Apakah kesalahan ejaan yang kerap dilakukan oleh murid Iban Tahap 1?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap dan pengetahuan murid Iban
Tahap 1 terhadap kemahiran ejaan berdasarkan jantina?

b.

Sorotan Literatur

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang
penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui aspe
penulisan ini. Seperti yang
Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat
beberapa kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer dan
Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox (2007).
Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose Hamidah
(2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh
kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59
orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filem animated cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka
disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis
mengikut peringkat-peringkat aspek yang hendak dikaji, iaitu morfologi dan sintaksis.
Hasil

kajian

mereka

menunjukkan

bahawa

sebanyak

50%

adalah

kesilapan

menggunakan simple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition sebelum frasa
nama. Mereka menambah lagi, punca kesilapan
pelajar berkenaan

adalah berpunca

bahasa

berlaku

di kalangan

daripada pengaruh bahasa ibunda,

para

dialek-dialek

bahasa Inggeris yang tidak standard dan pengaplikasian peraturan-peraturan

tatabahasa

yang tidak sistematik.


Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 24),
iaitu

kajian

berdasarkan

masalah-masalah

yang

dihadapi

oleh

pelajar Thailand dalam mempelajari bahasa Inggeris di Universiti Ohio. Hasil


menunjukkan

bahawa

aspek

yang

menjadi

masalah

kepada

pelajarkajian

pelajar-pelajar tersebut

adalah penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang berlainan. Sebanyak
44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense
yang dilakukan oleh para pelajar tersebut.

c.

Fokus Kajian.

Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah kajian yang
dialami dalam kalangan murid Tahun 4 Jaya. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat
murid yang tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan
penggunaan huruf b dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan ayat
majmuk dan tidak boleh membina peta minda dengan betul.
Hasil perbincangan dengan Puan Hayati (Guru Kelas Tahun 4 Jaya), antara masalah utama
dikalangan murid Tahun 4 Jaya ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p
ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya membuat semakan buku tulis
dan karangan mereka.Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang
mempunyai huruf b dan p dibelakang perkataan.
Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Jaya yang berpotensi
untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B. Keadaan ini adalah
kerana murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan mereka
masih tidak mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk mendapatkan
markah yang baik dalam penulisan.Justeru itu secara tidak langsung prestasi murid-murid ini
semakin merudum.
Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah bagi
mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan
mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah penting kerana
mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis
dengan baik.
d.

Objektif Kajian

Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti masalah dalam
kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-murid sekolah rendah di luar bandar.
Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :
1.

Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya.

2.

Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan dalam kalangan murid-

murid Tahun 4 Jaya.


3.
e.

Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Jaya dalam aspek penggunaan huruf b dan p
Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut :
1.

Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalangan

murid Tahun 4 Jaya.


2. Apakah kaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulis huruf b dan p dalam
sesuatu perkataan.

3.

Sejauh

manakah

prestasi

murid

Tahun

Jaya

meningkat

setelah

menggunakan kaedah K&K


f.

Kumpulan Sasaran.

Praktikal fasa 3 kali ini saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar iaitu
merupakan sebuah sekolah gred B dan juga merupakan Sekolah Kurang Murid.Sekolah
Kebangsaan Malim Nawar ini terletak berdekatan dengan Pekan Malim Nawar.Ia merupakan
sebuah pekan yang beradap di mukin Jeram dan daerah Kampar.
Malim Nawar merupakan sebuah pekan kecil dipinggir bandar yang mana kebanyakkan
penduduknya merupakan masyarakat Melayu sebagai kaum yang utama diikuti oleh masyarakat
Cina dan India.Masyarakat Malim Nawar ini majoritinya berpendapatan sederhana dan punca
utama rezeki mereka adalah bertani dan bercucuk tanam.Justeru itu, dapat dilihat bahawa muridmurid di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini berlatar belakangkan keluarga yang sederhana
dan berpendapatan rendah.
Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4 Jaya.Ini
adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas
tersebut.Kelas Tahun 4 Jaya ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi kepada 8 orang

murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai kerana sekolah ini
ditempatkan bilangan murid yang sedikit dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai pelbagai
aras dan tahap pencapaiannya.
Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Jaya ini berada ditahap yang sederhana
dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang
memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang betul.

METODOLOGI
Pengenalan
Dalam bahagian metodologi kajian ini, proses mengumpul dan menganalisis data harus
mempunyai perancangan yang disusun rapi agar pelaksanaan kajian berjalan dengan sistematik.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesalahan ejaan dalam kalangan murid tahap satu bagi
mata

pelajaran

Bahasa

Melayu. Turut dianalisis dalam kajian ini adalah kesilapan penggunaan tanda baca. Bahagian ini
akan menerangkan secara jelas cara kajian ini akan dilaksanakan.Antara aspek yang terkandung
dalam bahagian ini adalah seperti reka bentuk kajian, instrumen kajian, sampel dan populasi
kajian, kaedah pelaksanaan kajian dan kaedah penganalisisan data.
Reka Bentuk kajian
Kajian ini bermatlamatkan meninjau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran
menulis mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Sehubungan dengan itu, reka bentuk
kajian deskriptif untuk mengenal pasti dan melaporkan perkara sebenar yang berlaku (Mohd
Majid: 2005). Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah analisis kandungan. Kaedah ini
digunakan untuk menganalisis hasil karangan murid Tahun 5 di SK Kem Terendak Kem II dan
seterusnya mengenal pasti kesalahan-kesalahan umum dalam penulisan yang dilakukan oleh 30
murid sebagai sampel kajian. Analisis dilakukan bagi menentukan skop kesalahan murid. Kaedah
ini sesuai kerana mudah memandangkan maklumat hanya dianalisis secara deskriptif iaitu dalam
bentuk kekerapan dan peratus sahaja.

Populasi dan Sampel


Menurut Sidek Mohd Noah (2002), populasi ialah semua kes atau subjek yang kita minat untuk
mengkajinya. Sementara itu, beliau juga menerangkan bahawa pensampelan ialah cabutan
kesatuan subjek daripada satu populasi. Dalam kajian ini, populasi adalah murid Tahun 2 di
Daerah Alor Gajah. Oleh kerana populasi terlalu ramai persampelan akan dilakukan. Sampel
terdiri daripada murid dari salah satu sekolah rendah di daerah ini. Seramai 30 murid Tahun 2 di
SK Kem Terendak II, Alor Gajah dipilih sebagai sampel secara rawak. Sampel terdiri daripada
murid lelaki dan perempuan dalam nisbah yang seimbang iaitu 15:15. Pemilihan dilakukan
berdasarkan tahap kecekapan mereka yang lemah dalam bidang penulisan Bahasa Melayu.

Alat Kajian/ Instrumen


Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua instrumen iaitu borang soal selidik dan ujian
pengesanan.

Borang Soal Selidik


Borang soal selidik dibina untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan latar belakang setiap
murid. Misalnya data seperti jantina, bangsa dan pekerjaan ibu bapa. Borang ini hanya akan
diberi kepada sampel kajian yang terlibat iaitu seramai 30 orang. Murid diberi masa antara 45
minit hingga 1 jam untuk melengkapkan borang ini. Borang yang telang diisi dengan lengkap
akan dikepilkan bersama dengan jawapan hasil karangan murid.
Ujian Pengesanan
Ujian pengesanan diberikan kepada semua sampel melalui ujian menulis karangan. Ujian ini
dilakukan dengan tujuan untuk mengumpul data berkenaan dengan kekerapan kesalahan bahasa
seperti
kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan dan penggandaan. Ujian dikendalikan oleh pengkaji sendir

i selaku guru Bahasa Melayu Tahun 5 di SK Kem Terendak II dan dibantu oleh dua orang guru
sebagai pemantau bagi memastikan murid tidak meniru antara satu sama lain bagi memastikan
kesahihan data. Murid dikehendaki menulis sebuah karangan dalam 50 patah perkataan. Ujian ini
dilakukan dalam 1 jam dan 30 minit.
Prosedur dan Teknik Kutipan Data
Data dikutip secara langsung daripada pelajar melalui ujian bertulis. Kaedah ini dipercayai dapat
menguji keupayaan sebenar pelajar (Johnson 1992:115). Situasi peperiksaan sebenar diwujudkan
agar pelajar merasakan seolah-olah berada dalam peperiksaan sebenar. Tajuk karangan yang
diberikan merupakan karangan berbentuk pengalaman, sesuai dengan tahap pelajar tingkatan
satu untuk mendapatkan data yang mempunyai kualiti yang hampir sama dengan peperiksaan
sebenar.
Walaupun responden kajian ini terdiri daripada murid Tahun 5 sahaja tanpa melibatkan
murid-murid lain, hal ini tidak menjadi masalah kerana tujuan kajian ini menggunakan strategi
kenal pasti awal adalah untuk melihat kesalahan-kesalahan umum pelajar agar dapat dibetulkan
pada peringkat awal, supaya tidak terlewat apabila pelajar menghadapi peperiksaan sebenar,
UPSR umpamanya.

Selain itu, murid Tahun 5 juga sudah terdedah dengan cara penulisan

karangan. Pelajar diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menghasilkan karangan yang panjangnya
kira-kira 50 patah perkataan. Borang soal selidik diedarkan sejurus selepas ujian karangan tamat
dan pelajar diberikan masa 45 minit hingga 1 jam untuk melengkapkan ruang yang disediakan.

Kaedah Analisis Data


Dapatan data yang diperoleh daripada ujian pengesanan dijadikan sebagai data maklumat.
Pengkaji akan meneliti setiap hasil karangan pelajar yang telah dipilih sebagai sampel kajian.
Setiap kesalahan ejaan yang dilakukan akan ditanda, dicatat dan dikategorikan berdasarkan jenisjenis

kesalahan

telah ditetapkan. Data yang diperoleh akan dianalisis denganmenggunakan

yang
statistik

deskriptif

untuk mendapatkan kekerapan dan peratus. Kesalahan-kesalahan yang telah dikenal pasti

berdasarkan jenisnya akan ditambah untuk mendapatkan kekerapan. Manakala

bagi

mendapatkan peratus keseluruhan kesalahan pula adalah berdasarkan formula berikut:Jumlah


kesalahan = Jumlah kesalahan keseluruhan x 100 = peratus(%) kesalahan murid.
3.6 Rumusan

Data-data yang diperoleh daripada kajian ini akan dijadikan bahan analisis selari dengan
kehendak kajian. Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan data yang boleh dipercayaikejituan
dan kejujuran semasa proses mengumpul data dilakukan adalah amat diperlukan.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis
Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen
Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.
Popp (1964), Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad .Melalui jurnal Fakulti Pendidikan
Universiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85)

Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 dalam
Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM
KBL.

Sasson, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripada
http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan-masalah.html.

Pada

13 Februari 2012.
Awang Had Salleh (1981). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan (1980). Pencemaran Bahasadari
Perspektif Budaya dlm. Dewan Masyarakat XVIII (3) : 3-4
Corder, P.S. (1974). The Significance of Learners Errors dlm. Error Analysis Perspectives
onSecond Language Acuisition oleh Richard, J.C. London: Longman Group Limited Idris
Sharma, S.K (1981). Error Analysis: Why and How? dlm Forum19(3) : 21-25
Ismail Dahaman. (1996). Pedoman Ejaan dan Sebutan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
danPustaka
Nik Safiah Karim. (1980). Pencemaran Bahasa Melayu dan Kesannya Terhadap PengajaranBah
asa Melayu dlm. Jurnal Dewan Bahasa 24 (10) : 10-20
Sidek Jais MD. (1990). Analisis Kesilapan dalam Penulisan Karangan Murid Tahun Lima
diSalah Sebuah Sekolah kebangsaan dalam Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan:Satu
kajian. Tesis Sarjana, Institut Pendidikan Sultan
Tay M.H.2003. Satu Tinjauan terhadap sikp dan masalah guru bahasa melayu di sekolah rendah
jenis kebangsaan. http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan /jurnal(20 Mac 2016)
Webber, R.D (1981). A Practical Design for Identifying and Classifying Language-Learning
Errors dlm. ForumXIX (4) :10-15
Rujukan individu
http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/04/3-Kesalahan-Bahasa.pdf

You might also like