You are on page 1of 14

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Pontian,


JKR 1927 P, Jalan Alsagoff,
82000 Pontian,
Johor Darul Ta’zim

KERTAS KERJA
KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT
DAERAH PONTIAN 2023

KELOLAAN
JAWATANKUASA KOAKADEMIK BAHASA MELAYU
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN

3 Julai 2023
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

1.0 PENDAHULUAN

Karnival Bahasa Melayu adalah merupakan antara aktiviti wajib yang ada dalam kalender
koakademik Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap tahun penganjurannya telah melibatkan
penyertaan sebahagian besar sekolah di bawah payung kementerian. Penganjurannya yang
dilaksanakan berperingkat bermula di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan telah berjaya
mencungkil bakat dalam kalangan murid melalui beberapa pertandingan seperti pidato, bercerita dan
berpuisi.

Bermula pada tahun 2021, penganjuran Karnival Bahasa Melayu telah dilaksanakan secara
atas talian sepenuhnya sesuai dengan situasi semasa negara ketika itu dalam usaha menangani
wabak Covid-19. Namun, selaras dengan perubahan masa dan situasi, untuk tahun 2023 beberapa
pertandingan telah dilaksanakan secara bersemuka bagi memastikan peserta yang berkualiti tinggi
boleh dicungkil bakatnya dengan lebih telus.

Penganjuran Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023 telah menawarkan 8
jenis pertandingan selaras dengan penganjurannya di peringkat kebangsaan. Pengajuran untuk 8
pertandingan ini telah dibahagikan kepada 3 fasa bergantung pada tarikh tutup penyertaan di
peringkat negeri.

2.0 RASIONAL

Kemahiran berbahasa amat penting pada semua murid. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa
pertama negara bukan sahaja penting untuk melayakkan murid mendapat sijil SPM sahaja, bahkan
ianya lebih penting untuk diaplikasikan dalam pelbagai aspek.

Penganjuran pertandingan seperti pidato, bahas, puisi dan sebagainya terbukti boleh
melahirkan murid yang berdaya saing dalam berkomunikasi, berpengetahuan luas dan bijak dalam
bertutur. Ianya penting kerana tanpa penguasaan yang menyeluruh, mungkin Bahasa Melayu hanya
dianggap penting untuk menjawab soalan peperiksaan sahaja. Oleh sebab itu, penganjuran Karnival
Bahasa Melayu sentiasa dianggap penting dalam kalender koakademik setiap tahun kerana
melaluinya bakat dalam kalangan murid sentiasa ada dan dicungkil bagi memastikan kemenjadian
seimbang pada diri murid yang terlibat.

Penglibatannya yang menyeluruh tanpa mengira batas lokasi juga membolehkan ada bakat
yang dicungkil daripada kawasan pedalaman. Kesannya, murid dengan kreadibiliti bahasa yang baik
boleh dikenal pasti walaupun mereka bersekolah di kawasan yang jauh daripada bandar dan pusat
pendidikan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberikan pendedahan kepada murid tentang kemahiran seni Bahasa Melayu melalui
penganjuran pertandingan
2. Mencungkil bakat dalam bidang koakademik Bahasa Melayu di kalangan murid sekolah
rendah
3. Mengesan pelajar yang berkualiti untuk mewakili daerah Pontian dalam karnival Bahasa
Melayu Peringkat Negeri Johor 2023
4. Memberi nilai tambah pada perekodan PAJSK murid yang terlibat melalui penyertaan dan
pencapaian koakademik di peringkat daerah.

2
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

4.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DALAM KARNIVAL BAHASA MELAYU 2023 DAN TEMPOH
PERLAKSANAAN

Terdapat 8 acara yang dipertandingkan dalam Karnival Bahasa Melayu 2023. Penganjuran
pertandingan bagi setiap acara telah dibahagikan kepada 3 fasa karnival mini yang disusun
bergantung pada tarikh tutup penyertaan acara di peringkat negeri Johor.

5 acara iaitu pidato piala di raja, pertandingan bercerita tahap 1, pertandingan bercerita
tahap 2, pertandingan mendeklamasikan sajak dan pertandingan dendangan syair masih lagi
dijalankan secara rakaman video dan bersemuka bagi 10 orang peserta yang layak ke pusingan
kedua manakala untuk pertandingan bahas ala parlimen, bicara berirama dan pesta pantun
dilaksanakan secara bersemuka sepenuhnya. Berikut adalah jadual acara, tarikh penjurian dan lokasi
pertandingan mengikut fasa

FASA 1 : KARNIVAL MINI SOLO


LOKASI PERTANDINGAN : SK SERI BAHAGIA, BENUT, PONTIAN

Tarikh tutup penghantaran video : 20 Julai 2023


Tarikh penjurian video : 23 Julai 2023
Tarikh pertandingan pusingan akhir : 26 Julai 2023

1 Pertandingan Pidato Piala Diraja (video)


2 Pertandingan Bercerita Tahap 1 (video)
3 Pertandingan Bercerita Tahap 2 (video)

FASA 2 : KARNIVAL MINI BERKUMPULAN


LOKASI PERTANDINGAN : SK PARIT SELANGOR, PEKAN NANAS, PONTIAN

Tarikh pertandingan: 7 Ogos 2023

4 Pertandingan Bicara Berirama (bersemuka)


5 Pertandingan Bahas Ala Parlimen (bersemuka)

FASA 3 : KARNIVAL MINI PUISI


LOKASI PERTANDINGAN : SK PENEROK, KUKUP, PONTIAN

Tarikh tutup penghantaran video : 21 Ogos


2023 Tarikh penjurian video : 24 Ogos 2023
Tarikh pertandingan pusingan akhir : 4 September 2023

6 Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (video)


7 Pertandingan Dendangan Syair (video)
8 Pesta Pantun (bersemuka terus bertanding pada 4 September 2023)

3
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

5.0 TEMPOH PERLAKSANAAN PROGRAM KARNIVAL

Operasi perlaksanaan Karnival Bahasa Melayu 2023 telah mengambil masa lebih kurang 2 bulan
bermula daripada proses sebaran maklumat sehinggalah pendaftaran peserta yang mewakili daerah
Pontian ke pertandingan di peringkat negeri Johor.

BIL OPERASI TARIKH TINDAKAN


1 Mesyuarat Penyelaras Pegawai Teknikal Koakademik 1.7.2023 GM
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Pontian
2 Penghasilan poster iklan dan borang pendaftaran secara 2-4.7.2023 Unit Teknikal
atas talian. Poster yang lengkap dengan kertas konsep Koko BM
dan link borang pendaftaran dimasukkan dalam kumpulan
KP BM SK Daerah Pontian.
3 Taklimat Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah 3.7.2023 GM / Taklimat
Pontian 2022 bersama Ketua-ketua Panatia BM Sekolah- bersemuka
sekolah Rendah Daerah Pontian
4 Proses latihan dan penghasilan karya di peringkat sekolah 4.7.2023 – Bersemuka di
tarikh tutup sekolah
hantar video masing-
masing
5 Tarikh tutup penyertaan Fasa 1 . Semua karya dan link 20.7.2023 Teknikal ICT
video pertandingan mini karnival fasa 1 telah dimuat naik PTU Pidato,
dalam link yang diberikan dalam iklan. Pembayaran Bercerita
sumbangan berpusat di SK Bandar Pontian Tahap 1 dan 2

6 OPERASI PEMBAYARAN SUMBANGAN 20.7.2023 Pengelola


PENYERTAAN KARNIVAL BAHASA MELAYU 2023 Lokasi Fasa 1,
2 dan 3
Tempat : SK Bandar Pontian (SK Seri
Bahagia, SK
Parit Selangor
dan SK
Panerok)
7 PENJURIAN SARINGAN FASA 1 23.7,2023 PTU Pidato,
(PIDATO, BERCERITA TAHAP 1, Bercerita
BERCERITA TAHAP 2) Tahap 1,
- Dapatkan 10 peserta terbaik setiap acara. Tahap 2
- Penjurian Berpusat di SK Seri Bahagia, Benut

8 Sebaran makluman kepada 10 peserta yang layak untuk 24.7.2023 Teknikal ICT
bertanding di pusingan akhir pertandingan pidato, PTU Pidato,
bercerita tahap dan bercerita tahap 2 Bercerita
Tahap 1,
Tahap 2

4
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

9 FASA 1: KARNIVAL MINI SOLO 26.7.2023 Penjurian


(PIDATO, BERCERITA T1, BERCERITA T2) 8.00 pg berpusat
KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH secara
DAERAH PONTIAN 2022 bersemuka

Tempat : SK Seri Bahagia, Benut

10 Pendaftaran peserta pidato, bercerita tahap dan bercerita 31.7.2023 PTU Pidato,
tahap 2 yang mewakili daerah Pontian ke peringkat Bercerita
negeri Johor Tahap 1,
Tahap 2
Guru
Pembimbing

11 FASA 2: KARNIVAL MINI BERKUMPULAN (BAHAS, 7.8.2023 Penjurian


BICARA BERIRAMA) 8.00 pg berpusat
KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH secara
DAERAH PONTIAN 2022 bersemuka

Tempat : SK Parit Selangor, Pekan Nanas, Pontian

12 Pendaftaran peserta bicara berirama dan bahas ala 8.8.2023 PTU Bicara
parlimen yang mewakili daerah Pontian ke Berirama dan
peringkat negeri Johor Bahas. Guru
Pembimbing
13 Tarikh tutup penyertaan fasa 3. Semua karya dan link 21.8.2023 Teknikal ICT
video pertandingan mini karnival fasa 3 telah dimuat naik PTU
dalam link yang diberikan dalam iklan. deklamasi
sajak,
dendangan
syair
14 PENJURIAN SARINGAN FASA 3 KARNIVAL MINI 24.8.2023 PTU
PUISI (DEKLAMASI SAJAK, DENDANGAN SYAIR) deklamasi
- Dapatkan 10 peserta terbaik. sajak,
- Penjurian Berpusat di SK Penerok dendangan
syair
15 Sebaran makluman kepada 10 peserta pusingan akhir 25.8.2023 Teknikal ICT
pertandingan deklamasi sajak dan dendangan puisi PTU
deklamasi
sajak,
dendangan
syair
16 FASA 3 : KARNIVAL MINI PUISI 4.9.2023 Penjurian
(DEKLAMASI SAJAK, DENDANGAN SYAIR, PESTA 8.00 pg berpusat
PANTUN) secara
KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH bersemuka
DAERAH PONTIAN 2022

Tempat : SK Penerok, Kukup, Pontian

5
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

16 Pendaftaran peserta mendeklamasikan sajak, dendangan 5.9.2023 PTU sajak,


syair dan pesta pantun yang mewakili daerah Pontian ke syair, pantun,
peringkat negeri Johor guru
pembimbing

6.0 SASARAN

Penyertaan bagi setiap acara daripada semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
daerah Pontian.

7.0 JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL

Penaung : TN HAJI ABDUL RAHMAN BIN SALLEH


(PPD Pontian)
Pengerusi : EN MOHD ARIF BIN RABAN
(Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Pontian)
Naib Pengerusi 1 : EN ASMAN BIN MD NOR
(Guru Besar SK Parit Selangor/ Pengelola Fasa 2)
Naib Pengerusi 2 :
(Guru Besar SK Seri Bahagia/ Pengelola Fasa 1)
Naib Pengerusi 3 :
(Guru Besar SK Penerok/ Pengelola Fasa 3)
Pengerusi Teknik : EN MOHD FAUZI BIN MOHMAD
(Pengerusi Teknik Koakademik Bahasa Melayu PPD
Pontian)

Pengelola Lokasi Fasa 1 : : PN MARIA BINTI JANTAN (Ketua)


Karnival Mini Solo EN MOHAMAD ZAKI BIN MOHAMED SOM
(SK Seri Bahagia, Benut) (Pegawai Teknikal Unit Pidato)
PN SITI RAFIDAH BINTI GIMIN
(Pegawai Teknikal Unit Bercerita Tahap 1)
PN FADILAH BINTI RIDHUAN
(Pegawai Teknikal Unit Bercerita Tahap 2)

Pengelola Lokasi Fasa 2 : : PN SITI ROHANI BINTI MD TAIB (Ketua)


Karnival Mini Berkumpulan PN NURZAMZARINA BINTI MAHALI
(SK Parit Selangor, Pekan Nanas) (Pegawai Teknikal Unit Bahas/ Bicara Berirama)

Pengelola Lokasi Fasa 3 : PN NORHAFIZAH BINTI HANIF (Ketua)


Karnival Mini Puisi PN NAZIAH BINTI ZAILANI
(SK Penerok, Kukup) (Pegawai Teknikal Unit Dendangan Syair)
PN UMI KALSOM BINTI BACHOK
(Pegawai Teknikal Unit Pantun)
PN MARIA BINTI JANTAN
(Pegawai Teknikal Unit Deklamasi Sajak)

6
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

8.0 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Syarat dan peraturan pertandingan telah diwartakan melalui kertas konsep bagi setiap acara yang
dikeluarkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid Kementerian Pendidikan Malaysia. Kertas Konsep,
Borang Penyertaan, Tarikh Tutup Penyertaan, Tarikh Pertandingan dan Nilai Sumbangan Penyertaan
bagi setiap acara telah disebar luaskan kepada semua ketua panatia Bahasa Melayu
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan daerah Pontian melalui iklan karnival pada 6
Julai 2023.

7
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

8
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

9.0 SUMBER KEWANGAN DAN SUMBANGAN PENYERTAAN

Merujuk kepada surat kelulusan Kelulusan Kutipan Yuran Penyertaan Bagi Program Koakademik
Secara Atas Talian Peringkat Daerah Pontian 2023 yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan
Negeri Johor ( Rujukan surat : JPNJ.800.-4/5/11(96)) yang bertarikh 21 Jun 2023, pihak sekolah
dibenarkan menggunakan Wang Akaun Suwa untuk membayar sumbangan penyertaan acara dalam
karnival Bahasa Melayu 2023.

Bayaran menggunakan cek hendaklah dibayar kepada sekolah yang mengelolakan 3 fasa
karnival mini iaitu SK Seri Bahagia, SK Parit Selangor dan SK Penerok pada 20 Julai 2023.

Operasi pembayaran (menggunakan cek) secara berpusat akan dilaksanakan seperti


ketetapan berikut :

Perkara : Operasi Pembayaran Sumbangan Penyertaan Karnival


Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023
Tarikh : 20 Julai 2023
Hari : Khamis
Tempat : Dewan SK Bandar Pontian
Wakil Pengelola / : 1. Pn Maria Binti Jantan (SK Seri Bahagia, Benut)
Penerima Cek 2. Pn Siti Rohani Binti Md Taib (SK Parit Selangor)
3. Pn Norhafizah Binti Hanif (SK Penerok)

** Pihak pengelola akan menerima cek sumbangan


penyertaan bagi semua acara yang dijalankan di sekolah
masing-masing.

BIL ACARA NILAI SUMBANGAN


PENYERTAAN

FASA 1
KARNIVAL MINI SOLO

Pengelola/ Tempat : SK SERI BAHAGIA BENUT PONTIAN


Pertandingan
Tarikh Pertandingan : 23 Julai 2023 (Penjurian Video)
26 Julai 2023 (Pusingan Akhir)
Nama Bank : CIMB BANK
Nama Bank : SEK KEB SERI BAHAGIA BNT
No Akuan : 8005875247

1 PIDATO PIALA DIRAJA (VIDEO) RM15.00/


peserta
2 BERCERITA TAHAP 1 (VIDEO) SKM : RM10.00
3 BERCERITA TAHAP 2 (VIDEO)

9
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

FASA 2
KARNIVAL MINI BERKUMPULAN

Pengelola/ Tempat : SK PARIT SELANGOR, PEKAN NANAS,


Pertandingan PONTIAN
Tarikh Pertandingan : 7 Ogos 2023
Nama Bank : CIMB BANK
Nama Bank : SEK KEB PT SELANGOR
No Akuan : 8005875154

4 PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA RM120/sekolah


5 PERTANDINGAN BAHAS RM70/sekolah

FASA 3
KARNIVAL MINI PUISI

Pengelola/ Tempat : SK PENEROK, KUKUP, PONTIAN


Pertandingan
Tarikh Pertandingan : 24 Ogos 2023 (Penjurian Video)
4 September 2023 (Pusingan Akhir)
Nama Bank : CIMB BANK
Nama Bank : SEKOLAH KEBANGSAAN PENEROK
No Akuan : 8005884605

6 MENDEKLAMASIKAN SAJAK RM15.00/


peserta
7 DENDANGAN SYAIR
SKM : RM10.00
8 PESTA PANTUN RM70/sekolah

10
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

10.0 ANGGARAN KOS

10.1 ANGGARAN KOS KARNIVAL MENGIKUT FASA

FASA 1 : KARNIVAL MINI SOLO SK


SERI BAHAGIA BENUT, PONTIAN.

BIL PERKARA KOS


1 Hadiah Dan Cenderahati
- Medal pemenang Pertandingan Pidato (RM10 x 4 unit) RM 40.00
( Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat )
- Medal pemenang Pertandingan Bercerita Tahap 1 (RM10 x RM 40.00
4 unit)
( Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat )
- Medal pemenang Pertandingan Bercerita Tahap 2 (RM10 x RM 40.00
4 unit)
( Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat )
- Medal pemenang Pertandingan Pidato (RM 8 x 6 unit) RM 48.00
( Kelima, Keenam, Ketujuh, Kelapan, Kesembilan dan
Kesepuluh )
- Medal pemenang Pertandingan Pidato (RM 8 x 6 unit) RM 48.00
( Kelima, Keenam, Ketujuh, Kelapan, Kesembilan dan
Kesepuluh )
- Medal pemenang Pertandingan Pidato (RM 8 x 6 unit) RM 48.00
( Kelima, Keenam, Ketujuh, Kelapan, Kesembilan dan
Kesepuluh )

2 Jamuan Pegawai dan Peserta


Penjurian pertama ( Isnin / 24.7.2023 )
- Jamuan hakim dan pegawai pertandingan (RM13.30 x 24 orang) RM 319.20

Penjurian akhir ( Rabu / 26.7.2023 )


- Jamuan hakim dan pegawai pertandingan (RM13.30 x 24 orang) RM 319.20
- Jamuan AJK pengelola (RM 13.30 x 22 orang) RM 292.60

JUMLAH KOS RM 1195.00


11
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

FASA 2 : KARNIVAL MINI BERKUMPULAN


SK PARIT SELANGOR, PEKAN NANAS, PONTIAN.

BIL PERKARA KOS


1 Hadiah Dan Cenderahati
- Medal pemenang Pertandingan Bicara Berirama RM 420.00
(RM10 x 2 pemenang x 21 peserta)
- Medal pemenang Pertandingan Bahas Ala Parlimen RM 100.00
(RM10 x 2 pemenang x 5 peserta)
- Cenderahati hakim dan pegawai Pertandingan Bicara Berirama RM 90.00
- (RM15 x 6 unit)
- Cenderahati hakim dan pegawai Pertandingan Bercerita Tahap RM 90.00
1 (RM15 x 6 unit)
- Cenderahati AJK pengelola RM 150.00
- (RM10 x 15 unit)

2 Jamuan Pegawai dan Peserta


- Jamuan hakim dan pegawai pertandingan (RM8 x 18 orang) RM 144.00
- Jamuan AJK pengelola (RM8 x 10 orang) RM 80.00
- Jamuan tetamu kehormat dan guru pembimbing RM 100.00
(RM10 x 10 orang)

3 Kertas Sijil (RM 80.00 x 3 rim) RM 240.00


4 Banner utama (RM50 x 1 unit) RM 50.00
JUMLAH KOS RM 1464.00

FASA 3 : KARNIVAL MINI PUISI


SK PENEROK, KUKUP, PONTIAN.

BIL PERKARA KOS


1 Hadiah Dan Cenderahati
- Medal pemenang Pertandingan Deklamasi Sajak RM 40.00
(RM10 x 4 unit)
- Medal pemenang Pertandingan Dendangan Syair RM 40.00
(RM10 x 4 unit)
- Medal pemenang Pertandingan Pesta Pantun RM 100.00
(RM10 x 2 pemenang x 5 peserta)
- Cenderahati hakim dan pegawai Pertandingan Deklamasi RM 90.00
Sajak (RM15 x 6 unit)
- Cenderahati hakim dan pegawai Pertandingan Dendangan RM 90.00
Syair (RM15 x 6 unit)
- Cenderahati hakim dan pegawai Pertandingan Pesta Pantun RM 90.00
(RM15 x 6 unit)
- Cenderahati AJK pengelola RM 150.00
- (RM10 x 15 unit)

12
Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian 2023

2 Jamuan Pegawai dan Peserta


- Jamuan peserta pertandingan (RM8 x 30 peserta) RM 240.00
- Jamuan hakim dan pegawai pertandingan (RM8 x 18 orang) RM 144.00
- Jamuan AJK pengelola (RM8 x 10 orang) RM 80.00
- Jamuan tetamu kehormat dan guru pembimbing RM 100.00
(RM10 x 10 orang)

3 Kertas Sijil (RM 80.00 x 3 rim) RM 240.00


4 Banner utama (RM50 x 1 unit) RM 50.00
JUMLAH KOS RM 1454.00

10.2 SUMBER KOS

Wang Suwa sekolah yang terlibat ( SK Seri Bahagia, SK Parit Selangor, SK Penerok) hasil
daripada pengumpulan sumbangan penyertaan daripada sekolah yang terlibat

11.0 KAWALAN DAN PENYELIAAN

Semua guru penolong kanan Ko-kurikulum dan guru pembimbing yang menyertai semua acara dalam
karnival ini bertanggungjawab untuk mempersiapkan pasukan masing-masing, menepati peraturan
yang ditetapkan dalam kertas konsep, memuat naik karya persembahan pasukan masing-masing
(bagi acara yang memerlukan rakaman video) dan mendaftarkannya sebelum tarikh yang ditetapkan
oleh pihak penganjur.

12.0 PENUTUP

Semoga karnival Bahasa Melayu 2023 dapat dijalankan dengan sempurna seperti mana yang
dirancangkan. Pihak pengurusan Jawatankuasa Koakademik Bahasa Melayu Daerah Pontian
berharap agar setiap unit teknikal berjaya mengesan bakat dalam kalangan murid sekolah-sekolah
daerah Pontian seterusnya mampu bersing dalam Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Johor
2023.

Disediakan oleh :

.........................................
(En Mohd Fauzi Bin Mohmad)
Pengerusi Teknik
Jawatankuasa Koakademik Bahasa
Melayu PPD Daerah Pontian 2023

13

You might also like