You are on page 1of 2

KUIZ SEMPENA BULAN ANTIDADAH

PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2021


SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
JABATAN PENDIDIKAN PAHANG

ANJURAN:
UNIT HEM – PPDa
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

1.0 PENGENALAN

Usaha memperkasakan pendidikan pencegahan amat penting dilaksanakan


biarpun hasilnya tidak dapat dilihat dalam tempoh yang singkat namun usaha
ini amat perlu diambil serius oleh semua pihak. Oleh yang demikian, Jabatan
Pendidikan Pahang memainkan peranan melalui Unit HEM - PPDa sentiasa
berganding bahu dan memberi peluang kepada semua murid negeri ini melalui
program-program bersifat kepimpinan dan pencegahan bagi memerangi
penyalahgunaan dadah serta bahan-bahan terlarang di sekolah bersesuaian
dengan visi ‘Sekolah Terkawal Dadah’. Walaupun berdepan dengan situasi
sukar dan terbatas iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),
pihak jabatan akan sentiasa merancang dan melaksana program bagi
meneruskan agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk mendapatkan


sijil penyertaan peringkat negeri serta markah di dalam PAJSK
2.2 Menyebarkan mesej kesedaran dan pengajaran di kalangan murid
tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.
2.3 Memberi inspirasi ke arah pembangunan sahsiah murid yang jitu dan
mampan

3.0 KETERANGAN AKTIVITI

3.1 Semua soalan kuiz ini berbentuk objektif (aneka pilihan) dan
mempunyai 40 soalan untuk sekolah menengah, manakala 30 soalan
untuk sekolah rendah.
3.2 Kuiz yang dianjurkan ini BUKAN berbentuk pertandingan. Kuiz ini lebih
terbuka yang bertujuan untuk memberi informasi dan kefahaman murid
berkaitan penyalahgunaan dadah serta bahan-bahan terlarang DARVIH
(Dadah, Arak, Rokok, Vape, Inhalan serta HIV AIDS.
3.3 Kuiz ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah TAHAP 2 dan
semua murid sekolah menengah (TINGKATAN 1 HINGGA 5).
3.4 Setiap murid hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja.
3.5 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
3.6 Murid perlu menjawab kuiz secara atas talian (online) dengan
menggunakan aplikasi Google Form yang disediakan.
3.7 Sijil Penyertaan hanya dikeluarkan kepada peserta yang berjaya
menjawab soalan sekurang-kurangnya 80% markah yang betul.
3.8 Pastikan peserta mendaftar dengan mengisi maklumat dengan betul
dan tepat untuk melayakkan mendapat SIJIL.

4.0 KAEDAH AKTIVITI DISALURKAN

Makluman berkaitan kuiz ini akan dimuat naik ke portal rasmi Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang dan pihak sekolah di minta untuk memuat turun
maklumat berkaitan serta membuat hebahan kepada semua murid-murid.

5.0 TEMPOH MENJAWAB

Bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac 2021

6.0 PERKARA LAIN

Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma


serta maklumat kuiz tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-
bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

Disediakan oleh:

PPDa
Unit HEM
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

You might also like