Professional Documents
Culture Documents
QGK 3023
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH:
TARIKH SERAH:
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pengenalan 2
2.0 Tujuan Dan Matlamat 2
3.0 Dasar Sekolah SK Perantau Damai 4
4.0 Kepentingan Program Kesihatan Sekolah 4
5.0 Laporan 1 : Program Rawatan Pergigian Dan Mulut 5
5.1 Carta Organisasi 5
5.2 Perlaksanaan Program 6
5.3 Cara Penambahbaikan Program 8
5.4 Keberkesanan Program Terhadap Kesihatan Pelajar 9
6.0 Laporan 2 : Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 9
6.2 Objektif RMT 10
6.3 Carta Organisasi 11
6.2 Sumber Kewangan 11
6.3 Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Murid RMT 12
1
6.4 Kaedah dan Pemilihan Tender RMT 12
6.5 Kaedah Pembayaran Kepada Pihak Yang Menyediakan RMT 12
6.6 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Perserta RMT 13
6.7 Kaedah Pemilihan Pekerja Yang Terlibat Dengan RMT 13
6.8 Pemilihan Bahan Mentah 14
6.9 Menu Makanan Yang Disediakan 14
6.10 Cara Penyediaan Menu RMT 15
6.11 Keberkesanan Program Terhadap Murid 16
6.12 Cadangan Penambahbaikan Program RMT 16
7.0 Rumusan 18
8.0 Bibliografi 20
1.0 PENGENALAN
Program Kesihatan Sekolah adalah antara program yang diwujudkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima
dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
Keutamaan adalah kepada murid-murid sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh
Malaysia. Rawatan yang disediakan adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh
kerajaan.
1. Pra-sekolah
2. Tahun 1
3. Tahun6
4. Tingkatan 3
2
2.0 TUJUAN DAN MATLAMAT
2.1 Program kesihatan ini dirangka oleh kementerian bagi tujuan seperti berikut:
2.3 Terdapat Enam Teras Utama dalam melaksanakan Program Kesihatan ini yang
merupakan kaedah pendekatan pihak kementerian untuk menjayakan program ini
iaitu;
3
1. Polisi Kesihatan Sekolah
2. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat.
3. Persekitaran sosial sekolah yang selamat.
4. Penglibatan komuniti.
5. Kemahiran kesihatan diri.
6. Perkhidmatan kesihatan sekolah.
Disamping Enam Teras Utama di atas, pihak kementerian menerusi program ini juga
turut mengambil kira beberapa kriteria penting bagi menjayakan program ini dan agar
program ini sesuai dengan persekitaran dan iklim sekolah seperti berikut;
1. Kurikulum Sekolah.
2. Keadaan fizikal dan sosial sekolah.
3. Perkhidmatan kesihatan sekolah
4. Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.
3.1 Dasar sekolah merujuk kepada polisi sesebuah sekolah itu dalam melaksanakan
sesuatu piagam. Hal ini termasuklah aspek terpenting iaitu kesihatan murid. Berikut
merupakan dasar sekolah SK Perantau Damai dengan kesihatan murid-murid. Sekolah
akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa dalam keadaan baik melalui
program-program yang dirancang seperti :
Selain itu juga, pihak sekolah akan mendapatkan maklumat tahap kesihatan tiap
pelajar daripada ibu bapa atau penjaga. Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar
didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. Dengan cara ini, pihak sekolah akan
terus berurusan dengan pihak hospital tanpa perlu merujuk menghubungi penjaga
4
terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik. Pihak sekolah akan bertanggungjawab
sepenuhnya dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.
Antaranya;
Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat
penting. Program rawatan pergigian dan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan
kesedaran kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan
gigi. Program ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang
lebih baik dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan
banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah perlu dalam penjagaan
gigi.
Program sedemikian bukan sahaja menerangkan mengenai penjagaan gigi tetapi juga
merangkumi kesihatan mulut yang tanpa disedari ianya boleh membawa kepada gejala
penyakit mulut yang kronik. Ini kerana masyarakat pada masa sekarang terdedah
dengan pelbagai jenis makanan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan
tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan masalah sakit gigi
atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen sebegini di setiap
sekolah kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak ke!il
5
5.1 CARTA ORGANISASI
PENGERUSI
GURU BESAR
EN. ANUAR LUDDIN
NAIB PENGERUSI
GPK HEM
EN.MOHD NAZRI XULKIFLY
Gambar 1: Penerangan tentang cara-cara yang betul memberus gigi oleh jururawat.
6
Perkhidmatan ini dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah. Klinik-
klinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah dan
menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai
perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolah-sekolah
khas. Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi
atau ingin mencabut gigi mereka. perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan
masalah kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanak-
kanak sekolah rendah.
Selain itu,
perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Pasukan
ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah
termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman.
Biasanya, mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian sementara akan
diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan menggunakan peralatan mudah alih.
7
Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru
kesihatan setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terke!uali
daripada menjaga gigi dan mulut mereka. tambahan lagi rawatan pergigian ini juga
dijalankan melalui Klinik Pergigian Bergerak. Klinik ini merupakan sebuah kenderaan
yang diubahsuai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini
memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah yang mempunyai ruang
terhad. Klinik bergerak ini memudahkan sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang
terhad memberi perkhidmatan pergigian.
Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak
ada sekolah yang tidak menerima rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanak-
kanak memiliki gigi yang cantik serta mempunyai gigi yang cantik, bersihdan menarik
ketika mencecah usia dewasa kelak.
8
semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang telah diberi keizinan
oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan secara percuma ini.
Di samping itu, Program Senyuman Ceria Masa Depan Gemilang yang dijalankan
oleh syarikat swasta Colgate Sdn.Bhd. adalah salah satu usaha kesihatan membabitkan
penjagaan gigi dan mulut dijalankan secara global. Pada tahun 2010, program
berkenaan membabitkan semua sekolah rendah kerajaan di Malaysia. Matlamat
program ini adalah berkongsi maklumat kepada kanak-kanak dan keluarga mereka
yang membabitkan usaha penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan
objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membantu mengurangkan
masalah gigi di kalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah
kaviti yang menjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia. Program ini
mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu, murid-murid, ibu bapa dan
guru-guru dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik.
Program rawatan pergigian dan mulut yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi
kesan kepada mereka yang terlibat se!ara langsung dan tidak langsung dalam program
ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu pelajar, guru, pengusaha kantin yang
menyediakan makanan, dan masyarakat telah berubah pandangan tentang penjagaan
gigi dan mulut serta amalan harian. Pelajar mula mengamalkan amalan menggosok
gigi iaitu sebanyak tiga kali seharian pada waktu tertentu. Menjaga kebersihan gigi
dengan cara yang betul. Mereka juga akan membawa balik pengetahuan, sikap, dan
amalan yang dipelajari di sekolah ke dalam keluarga masing-masing dan juga
masyarakat. Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak.
9
Kanak-kanak akan mampu menjaga gigi mereka apabila menyedari manfaatnya untuk
jangka panjang. Program ini juga menjadi sumber pengetahuan untuk ibu bapa
termasuk ibu bapa yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul.
Akhir sekali, program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka
akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi
yang !antik dan senyuman yang ceria.
Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri dan
kemudiannya diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet Menteri yang telah mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada
tahun 1979. RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan
daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan perkapita
RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Program ini di bawah
pengurusan guru RMT dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).
Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak RM247
juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di seluruh
negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi
peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta
berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini berlaku kerana pada mulanya RMT ini akan
dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang
membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun terdapat pelbagai masalah
berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak
telah tercicir daripada senarai yang menerima bantuan.
10
Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan mengikut Sistem Maklumat Murid (SMM) yang
dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang benar-benar layak menerima
bantuan. Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu
ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta
kesihatam mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu
menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah
mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid dan dimasak se!ara bergilir-gilir
daripada 20 menu yang ditentukan.
Di samping itu juga ia bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang rasa serta
amalan yang berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan, dan kebersihan
alam sekitar. Akhir sekali, RMT mampu menggalakkan penglibatan dan penyertaan
masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT secara telus dan amanah.
11
PENGERUSI
GURU BESAR
EN.ANUAR LUDDIN
NAIB PENGERUSI
GPK HEM
EN.MOHD NAZRI
ZULKIFLY
AJK
PENYELARAS SETIAUSAHA
GURU KELAS
PN. FATIMAH BT IBRAHIM EN.AHMAD AMIR B ISHAK
SEMUA GURU
b. Murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ahli keluarga yang ramai.
12
c. Murid yang kedudukan rumahnya jauh dari sekolah.
13
6.6 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Perserta RMT
Pihak pengusaha kantin sekolah biasanya yang diberikan hak untuk pengurusan dan
penyediaan RMT di sekolah ini telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi
setiap murid RMT mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas akan mengambil kad-
kad tersebut 10 minit sebelum masa rehat dan mengedarkannya kepada murid RMT
yang terdapat di kelas masing- masing. Murid- murid RMT ini akan keluar 5 minit
lebih awal sebelum loceng rehat dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di
kantin. Pekerja kantin yang bertugas mengedarkan makanan akan mengambil kad
RMT murid tersebut sebelum memberikan makanan RMT.
i. mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan memberi tenaga dan
mencegah penyakit.
ii. Segar tidak rosak dan tidak busuk.
iii. Mampu mengenyangkan.
iv. Tidak mengandungi bahan kimia pewarna dan lain-lain yang boleh
merosakkan kesihatan.
Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas didapati menerusi kajian yang
dijalankan pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan
makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Tidak
berbahaya kepada murid serta mampu member tenaga.
Penyelaras RMT iaitu GPK Hal Ehwal Murid di sekolah ini telah menyediakan syarat
menu makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak pengusaha kantin. Menu
makanan ini disediakan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan tender
RMT dengan pengurus kantin sekolah.
15
Berdasarkan menu makanan yang dipilih dan disediakan oleh pihak kantin sekolah
makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan objektif RMT seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini.
Pengurusan dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah ditadbir sendiri oleh
pihak kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus bertanggungjawab terhadap
kebersihan pengurusan dan penyediaan makanan RMT murid. Berdasarkan tinjauan
yang dibuat didapati pihak pengusaha kantin mula menyediakan makanan RMT pada
jam 9.00 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan 15
minit sebelum masa rehat murid. Makanan yang telah dimasukkan ke dalam bekas
plastik disusun di atas sebuah meja di tepi kantin. Cara penyediaan makanan RMT ini
kelihatan terurus dengan sistematik.
16
6.11 Keberkesanan Program Terhadap Murid
Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada pelajar
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang
terlibat dalam program ini iaitu pelajar,guru, dan pengusaha kantin iaitu orang yang
menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan
dan amalan pemakanan. Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala
peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan
kepada murid-murid untuk mengelakkan daripada berlakunya keracunan makanan dan
penyakit-penyakit yang berjangkit. Pelajar akan mula mengamalkan membasuh tangan
sebelum makan. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan, duduk dengan
cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan
menjaga kebersihan sekeliling. Membawa balik pengetahuan sikap dan amalan yang
dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat.
Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak
mendapat kerjasama daripada ibu bapa disebabkan menu yang kurang sesuai dengan
selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini
mampu meningkatkan peratus murid RMT untuk mengambil makanan pada waktu
awal pagi.
18
Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang
tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu
meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk
makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.
7.0 RUMUSAN
Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima
dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
Keutamaan diberi kepada murid-murid Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh
Malaysia. Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah
berlandaskan rasional-rasional iaitu untuk mengurangkan masalah kesihatan dalam
kalangan murid sekolah selain dapat mengawal penyakit bawaan vektor dan
memantau tahap kebersihan di persekitaran sekolah khususnya di kawasan kantin
sekolah dan membuat penanda aras tentang tahap kebersihan dan keselamatan di
persekitaran sekolah.
19
Selain itu juga, program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah telah banyak
mengubah amalan gaya hidup di kalangan kanak-kanak kerana mereka telah
didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru dan boleh dikongsi bersama ahli
keluarga lain seterusnya masyarakat. Program ini juga membantu pihak kerajaan
Malaysia khususnya dalam memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa terjamin dan
terhindar dari sebarang gejala penyakit yang berbahaya dan mengancam keselamatan
umum. Matlamat dan objektif kementerian yang terlibat secara keseluruhan juga
tercapai dan terbukti bahawa kerajaan sentiasa peka dalam hal-hal kebajikan rakyat
terutamanya generasi akan datang.
8.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Latif Ahmad, 2002. Pengenalan Program Kesihatan Sekolah. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff & Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed, 2010.
Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam: Penerbitan Kosmik.
Green L. W., Krueter M. W., 2005. Health Program Planning: An Educational and
Ecological Approach, 4th Edition. New York: McGraw-Hill.
Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian. Telah dimuat turun pada 18 April 2016
dari http://smkbtkokurikulum.blogspot.com/2013/07/pelajar- mendapat -
kemudahan - rawatan - gigi.html Alyssa Faizureen 2013.
10 Penyebab Sakit Gigi. Telah dimuat turun pada 20 April 2016 dari
https://cauchymurtopo.wordpress.com/2013/03/25/10-penyebab-sakit-gigi/
Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar 2012.
21