You are on page 1of 3

TUGASAN 1

Perkhidmatan kesihatan sekolah merupakan satu perkhidmatan yang diberikan oleh


Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Keutamaan diberikan kepada murid-murid
sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di
Malaysia pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi
membolehkan lawatan dibuat ke sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia.

Perancangan program kesihatan perlu dilakukan bagi memastikan program kesihatan


dapat dijalankan dengan lancar di sekolah. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah dan
cabaran dalam merancang program-program kesihatan di sekolah. Permasalahan yang
utama dalam setiap perancangan program adalah berkenaan dengan masalah kewangan dan
prasarana sekolah. Namun, peruntukan yang diberi tidak mencukupi untuk menampung
semua perbelanjaan bagi menjalankan aktivit sekolah.

Bagi permasalahan kewangan, pihak sekolah mahupun guru-guru boleh mendapatkan


sumber kewangan dengan mencari sumbangan daripada agensi luar, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) atau ahli politik. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh memohon sumbangan
daripada Pejabat Kesihatan Daerah dengan mengemukakan kertas kerja program yang ingin
dijalankan. Guru-guru juga boleh membuat jualan pada hari kantin mahupun jualan atas talian
bagi mendapatkan dana untuk menyelesaikan masalah kewangan dalam merancang program
kesihatan sekolah. Di samping itu, masalah prasarana sekolah boleh diatasi dengan
menggunakan beberapa cara. Pihak sekolah boleh mengadakan gotong-royong baikpulih
prasarana yang sedia ada atau meminta sumbangan perabot terpakai daripada ibu bapa
mahupun guru-guru. Bagi guru-guru di sekolah luar bandar, mereka tidak perlu begitu risau
tentang prasarana terutamanya pada mas akan datang. Hal ini kerana menurut akhbar Utusan
(2013) mantan Timbalan Perdana Menteri, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan
kerajaan akan terus meningkatkan infrastruktur pendidikan di kawasan luar bandar seiring
dengan penambahbaikan berterusan kualiti pendidikan negara.

Selain itu, masalah yang sering dihadapi dalam perancangan program kesihatan sekolah ialah
guru kurang pengetahuan tentang program kesihatan sekolah. Oleh itu, guru mempunyai
masalah dalam mencadang dan menyediakan aktivti yang sesuai dalam perancangan
program kesihatan sekolah. Menurut Mohd Faizal Jan (2013), berkaitan kesihatan, KPM telah
mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis
Panduan amalan kebersihan sekolah 1997, Buku Panduan PROSTAR, Garis Panduan
Program Susu Sekolah, dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di
Sekolah 2005. Hal ini dapat membantu guru dalam merancang program kesihatan sekolah.
Guru dapat menggunakan buku-buku yang disediakan oleh KPM sebagai rujukan dalam
merancang program kesihatan sekolah. Sekolah juga dapat melahirkan guru yang berkualiti
dan berpengetahuan dalam program kesihatan sekolah. Mohd. Nasiruddin Abd. Nasil (2012)
menyatakan bahawa bidang pertama yang ditekankan selain kecemerlangan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah kualiti guru. Selain itu, pihak sekolah boleh menghantar
guru-guru untuk menyertai kursus berkenaan dengan program kesihatan. Justeru, guru
mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan program kesihatan di sekolah dan
perancangan program kesihatan sekolah dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Program kesihatan sekolah perlu dilaksanakan di sekolah bagi memberi kesedaran


dan pengetahuan berkaitan dengan kesihatan kepada murid. Dengan ini, murid akan
mempunyai kesedaran untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga di samping dapat
menggunakan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan harian.

(484 PATAH PERKATAAN)


RUJUKAN

Mohd Faizal Jan. (2013). Program kesihatan sekolah. Slideshare.net. Retrieved 23 March
2017, from https://www.slideshare.net/MohdFaizalJan/program-kesihatan-sekolah

Mohd Yazid bin Deraman. (2015). Program kesihatan sekolah dan program bersepadu
sekolah sihat. Ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.my. Dipetik pada 24 Mac
2017, daripada http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.my/2015/06/program-
kesihatan-sekolah-dan-program.html

Utusan. (2013). Prasarana pendidikan dipertingkat. Dipetik daripada


http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130130/dn_09/Prasarana-
pendidikan-dipertingkat

You might also like