You are on page 1of 3

SMK Taman Universiti 2

Johor Bahru, Johor

KERTAS KERJA PROGRAM PENGHARGAAN SIJIL 100% HADIR


MULAI JULAI SEHINGGA NOVEMBER 2018

1.0 PENGENALAN

Masalah ponteng merupakan masalah yang sering melanda pelajar dipelbagai peringkat
bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi iaitu Institusi Pengajian
Tinggi (IPT). Gejala ini merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Hal ini amat
membimbangkan ramai pihak khususnya pihak sekolah. Justeru masalah ponteng ini perlu di
atasi dengan segera untuk mengelakkan pelbagai gejala yang tidak sihat dalam kalangan
pelajar akibat daripada gejala ponteng tersebut.

Isu besar yang dikenalpasti dan dibincangkan dalam isu ini adalah kehadiran harian kurang
daripada 93%. (2) Kehadiran pelajar pada hari Ahad adalah kurang daripada 90%. (3)
Kehadiran pelajar sebelum dan selepas hari perayaan pula adalah kurang 90%. Hal ini amat
merisaukan pihak pentadbir sekolah kerana isu kehadiran pelajar yang menurun akhir-akhir ini
telah mendapat perhatian Jabatan dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program sijil penghargaan
kehadiran 100% ini bertujuan untuk meningkatkan kehadiran pelajar sehingga 93.3%.
Sehubungan dengan itu program ini dijalankan bagi mengatasi masalah tersebut.

Sijil Penghargaan Kehadiran 100% memerlukan pembelian sijil untuk pelajar yang hadir
100% pertengahan tahun dan akhir tahun.

2.0 RASIONAL
Menyedarkan murid bahawa gejala ponteng akan menyebabkan kesan buruk terhadap
masa depan mereka sekiranya tidak di atasi.

3.0 MATLAMAT

Program ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar dan semua
guru betapa pentingnya peranan guru dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah. Hal ini
demikian kerana secara tidak langsung akan membaiki tahap disiplin dan pencapaian akademik
setiap pelajar sekaligus meningkatkan reputasi SMK Taman Universiti 2.

4.0 OBJEKTIF

1. Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam
kelas setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.

2. Pelajar dapat mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng sekolah.

3. Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan pelajar SMK
Taman Universiti 2.

4. Menyediakan penghargaan kepada murid yang hadir 100% supaya menggalakkan murid
hadir setiap hari.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar SMK Taman Universiti 2.

6.0 TEMPAT
SMK Taman Universiti 2, Johor Bahru, Johor.

7.0 ANJURAN
Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan dan Kaunseling

8.0 PERBELANJAAN

PCG Bimbingan dan Kaunseling (RM1020.00)

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Sila rujuk Lampiran B

10.0 PENILAIAN PROGRAM


Penilaian Jangka Pendek - Pengurangan gejala ponteng dalam kalangan pelajar.
Penilaian Jangka Panjang – Program Intervensi Peningkatan Kehadiran Pelajar.

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Program Sijil Penghargaan Kehadiran 100% ini dapat berjalan dengan
lancar atas kerjasama ahli jawatankuasa pelaksana yang dilantik. Melalui Program Ponteng
Sifar ini diharapkan dapat menyedarkan murid-murid tentang implikasi gejala ponteng.

Disediakan oleh :

…………………………………..

(HJ. AHMAD YASSIN B.LAUTO)

Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Disahkan oleh:

……………………………………...

(PN.HJH. AMINAH BINTI HJ ZAINI)

Pengetua,

SMK Taman Universiti 2

You might also like