You are on page 1of 3

MODUL PdP

#LEARNING@HOME
BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TAHUN 2020

BAHASA MELAYU KERTAS 2


KEMAHIRAN TATABAHASA : SET 2

Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
1
LATIHAN PENGUKUHAN
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

SET 2

a. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. ganggang - gelanggang
ii. kuncup - kemuncup
iii. suling - seruling
[6 markah]

b. Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

i. Izyan sedang membaca buku dan Imran sedang membuat latihan Matematik.
ii. Encik Ishak hendak ke pejabatnya di Mersing atau ke bandar Kluang.
iii. Kami membeli rumah yang besar di atas bukit itu.
[6 markah]

c. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Puan Aiza menjaga ibu mertuanya yang baru menjalani penbedahan di Hospital Pakar
Puteri.

ii. Datuk Rahim Razali merupakan juru-ulas sukan yang disegani dan beliau telah banyak
mengulas acara sukan yang terlangsung di negara kita.

iii. Semua stesyen kereta api telah diselenggara dengan baik demi memuaskan hati orang
ramai yang menggunakan perkhidmatannya.
[6 markah]

2
d. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberang jalan raya
untuk mengelakkan diri daripada terlibat di dalam kemalangan.

ii. Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan
pelajaran.

iii. Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan
bapanya telah meninggal dunia.
[6 markah]

e. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-
kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

i. Oleh sebab tamak akan kekayaan, Sazali meninggalkan kerja tetapnya, tetapi kerja baru
yang dipohonnya pula tidak berjaya dimiliki.

ii. Dengan hanya berkelulusan Penilaian Menengah Rendah, Zaki mencuba nasibnya di
ibu kota untuk memohon pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang
lumayan. Oleh sebab kekurangan ilmu dan berpendidikan rendah, dia menemukan
kegagalan dan pulang semula ke kampung.

iii. Orang yang kerap berpindah-randah sukar hendak mengumpulkan harta kekayaan
sepanjang hidupnya.

[ 6 markah ]

You might also like