You are on page 1of 2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Berbahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

LATIHAN SET 1

a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menukarkan imbuhan,
serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i) eksperimen

ii) eksport

iii) ekstra

iv) ekstrem

v) eksekutif

vi) ekspres

(6 markah)

b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

i) Gajah liar itu telah merosakkan tanaman penduduk Kampung Sedili.

ii) Kita mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

iii) Saya melukis gambar pemandangan matahari terbenam petang semalam.

(6 markah)

c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu.semula.

i) Golongan belia haruslah mempunyai penahanan diri yang kental demi mengikis gejala negatif
yang boleh mengkucar-kacirkan masa depan mereka.

ii) Pihak polis telah berjaya menemui kereta yang ditinggalkan oleh perompak perompak itu ditepi
sebuah estet kelapa sawit.

iii) Pasaran saham setempat mencatat kejatuhan besar apabila Indek Komposit Kuala Lumpur
menyusut sebanyak 123.11 mata semalam.

(6 markah)
d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan penggunaan tatbahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Encik Zainal telah membuat temu janji dengan pegawai bank untuk menyelesaikan masalah
rumahnya yang hendak dijual oleh pihak bank kerana dia gagal menyelesaikan bayaran balik
pinjaman bank.

ii) Badrul Bahktiar telah diserahkan kad kuning oleh pengadil dalam perlawanan bola sepak
persahabatan antara Malaysia dan Laos.

iii) Sikap tidak bertanggungjawab penternak lembu yang sering membiarkan ternakan mereka
berlegar-legar di lebuh raya boleh mengundang bahaya pada orang ramai yang menggunakan lebuh
raya tersebut.

(6 markah)

e) Beri peribahasa yang mempunyai maksud yang sama untuk setiap peribahasa tersebut.

i) Seperti cincin dengan permata

ii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya

iii) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(6 markah)

You might also like