You are on page 1of 3

LATIHAN MEMBINA AYAT SPM - KATA BANYAK MAKNA

1.(a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bangkit

(ii) susut

(iii) bebas
[6 markah]

2. (a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gamat

(ii) bekas

(iii) alamat
[6 markah]

3. (a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bengkel

(ii) daki

(iii) bocor
[6 markah]

4 (a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) cermat

(ii) besar

(iii) diam
[6 markah]
SPM 2010

Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata
tanya yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam
ayat-ayat yang diberi.

(i) Mereka bersenam petang tadi.

(ii) Encik Samad pengurus besar syarikat itu.

(iii) Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.

(iv) Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.

(v) Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.

(vi) Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.

SPM JUN 2011

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat
seruan atau ayat perintah.

(i) Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum.

(ii) Semua murid diminta supaya berkumpul di dewan sekolah selepas waktu rehat.

(iii) Apakah rancangan awak selepas tamat persekolahan nanti?

(iv) Janganlah merokok kerana amalan itu membahayakan kesihatan.

(v) Wah, segaknya awak apabila berpakaian seragam pengakap ini!

(vi) Semangat patriotik anak-anak perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi

SPM 2009

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:

Subjek :_____________________________________________________

Predikat :_____________________________________________________

(i) Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.

(ii) Ketinggian Gunung Kinabalu 4014 meter.

(iii) Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.

(iv) Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.

(v) Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.

(vi) Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.
TATABAHASA SPM

MAHU SERIBU DAYA, TAK MAHU SERIBU DALIH

You might also like