You are on page 1of 4

Cerpen MENUAI EMAS

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Sayup mata memandang. Tenang hati Alif ketika menyeluruhi peta kemas di hadapannya.
Suara abah acap kedengaran di cuping telinga. Wajah tenang abah terasa-rasa mesra di penjuru
mata. Ya, abah tidak lama lagi kita akan menuai emas, hatinya berbisik.

Kesyukuran terjarum menusuk hati. Ini ganjaran daripada sebuah kesabaran. Ini imbuhan
daripada sebuah keredaan. Datang pula suara emak melantun-lantun di telinga. Terima kasih
yang tidak terkimah, emak, selalu mendidik anakmu ini makna syukur, sabar dan reda.

Alif tersentak ketika gegendangnya ditujah bunyi hon singkat tetapi keras. Sebuah motosikal
hamper melanggarnya. Dia berundur selangkah seraya mengelopak senyuman apabila
bersabung pandang dengan sipenunggang motosikal.

(Dipetik daripada Menuai Emas, antologi “Baik Budi Indah Bahasa”,


Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn Bhd)

(i) Nilai-nilai murni sangat penting pada seseorang insan. Berikan nilai yang boleh dicontohi
berdasarkan petikan cerpen tersebut. [3 markah]

(ii) Berdasarkan cerpen Menuai Emas, nyatakan dua perwatakan Alif. [3 markah]

(iii) Setiap murid disarankan agar berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai
impian.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif jika kita berjaya menggapai impian
tersebut? [4 markah]
Skema Jawapan :

i) Nilai- nilai murni. [ 3 markah ]

– Bersyukur, sabar, reda, berterima kasih


*Isi cukup : 2 daripada isi di atas

ii) Dua perwatakan Alif [ 3markah ]

– Seorang anak muda yang berwawasan tinggi


– Berani menghadapi cabaran serta yakin akan kebolehan diri sendiri
– Seorang anak yang menghormati ibu bapa
*Isi cukup : 2 daripada isi di atas

iii) Kesan-kesan positif jika kita Berjaya menggapai impian


[ 4 markah ]

– Boleh menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa.


– Menggubah nasib seseorang kea rah yang lebih baik.
– Dipandang mulia oleh ibu bapa.
*Isi cukup : 2 daripada isi di atas atau isi-isi lain yang relevan
LATIHAN TATABAHASA

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

(i) Baju sejuk yang dikait oleh nenek itu ialah untuk cucu sulungnya.

__________________________________________________________________________

(ii) Semua pegawai-pegawai pasukan keselamatan tidak dibenarkan bercuti sehingga


masalah pencerobohan di Sabah dapat diselesaikan.

__________________________________________________________________________

(iii) Mesyuarat itu akan diadakan daripada pukul sembilan pagi hingga pukul empat petang.

__________________________________________________________________________

(iv) Sultan Abdul Halim Syah menganugerahkan perajurit itu bintang kebesaran.

__________________________________________________________________________

2. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pingat emas acara taekwando yang baru sahaja dipertandingkan tadi telah dimenangi oleh
peserta dari Negara Thai.

__________________________________________________________________________

(ii) Kakak meminta ibu membelikannya losyen tangan di pasar raya nanti.

__________________________________________________________________________

(iii) Kontingen Malaysia telah berjaya meraih enam pingat emas dalam temasya
SukanKomanwel ke-20

__________________________________________________________________________
3. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i) Saya ada masa pada hujung minggu ini.

Saya akan ke pesta buku itu.

__________________________________________________________________________

(2 markah)

(ii) Rumah-rumah di kawasan itu kurang elok binaannya.

Harga rumah-rumah di kawasan itu mahal.

__________________________________________________________________________

(2 markah)

(iii) Saya mesti menghantar tugasan ini.

Tempoh akhirnya minggu ini.

__________________________________________________________________________

(2 markah)

(iv) Kami mendapat berita.

Azmi telah melanjutkan pelajaran ke luar negara.

__________________________________________________________________________

(2 markah)

(v) Semua pelajar Tingkatan 3 Amanah berkumpul di dewan sekolah.

Helmi tidak berkumpul di dewan sekolah.

__________________________________________________________________________

(2 markah)

[10 markah]

You might also like