You are on page 1of 2

Aktiviti A Unit 1 (buku teks ms 10)

A. Baca perbualan di bawah dan jawab soalan yang berikut.

Marcus : Saya tidak lagi menuturkan kata-kata yang menyakiti


perasaan orang lain. Ayah menjelaskan bahawa ajaran
Kristian melarang kita menyinggung perasaan orang lain
dengan kata-kata dan perlakuan yang berniat jahat.
Kevin : Saya gembira dengan perubahan perlakuan kamu itu,
Marcus.

1. Nyatakan pengajaran yang anda peroleh daripada perbualan di atas


- Jangan menyakiti hati orang lain dengan kata-kata yang tidak
berfaedah.
- Agama melarang penganutnya daripada menyinggung perasaan
orang lain.

2. Huraikan perlakuan moral yang boleh anda amalkan dengan rakan-rakan


dan warga sekolah.
- Menggunakan kata-kata sopan ketika berbual.
- Memberi salam kepada semua warga sekolah.
- Menghormati agama dan adat kaum lain.
- Membantu rakan yang berada dalam kesusahan.
- Tidak melibatkan diri dalam gejala sosial.

3. Jelaskan kepentingan sumber moral kepada masyarakat.


- Sebagai panduan kepada setiap penganutnya.
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang individu.
- Melahirkan masyarakat yang berkeperibadian tinggi.
- Membentuk masyarakat yang bersatu padu.
- Menjadikan negara aman dan harmoni.
4. Jelaskan nilai-nilai murni yang boleh dipraktikkan sebagai seorang yang
berpegang pada amalan sumber moral apabila hidup dalam masyarakat
pelbagai kaum.
- Bertoleransi dalam komuniti kejiranan.
- Menghormati anggota masyarakat yang mempraktikkan pelbagai
agama dan kepercayaan.
- Mempraktikkan nilai kepercayaan kepada Tuhan dalam
kehidupan seharian.
- Menunjukkan sikap kesederhanaan dalam setiap perlakuan.

You might also like