You are on page 1of 1

BM

Budaya hormat-menghormati perlu dipupuk dalam kalangan remaja

Definisi hormat-menghormati : mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn


memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim

Rakyat Malaysia berasal dari pelbagai kaum dan agama


Hormat budaya / adat resam budaya/kaum lain
Menghargai budi, jasa, pendapat, dan kebolehan orang lain
Memupuk semangat perpaduan dalam setiap kaum
Mengelakkan konflik/ pergaduhan
Mewujudkan suasana belajar yang harmoni
Mengeratkan hubungan antara kalangan remaja
Melicinkan proses perbincangan untuk kerja kumpulan
Mengharumkan nama diri, sekolah, sehingga negara

Kesan jika budaya hormat-menghormati tidak wujud dalam kalangan remaja

Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa aktif menanyakan banyak persoalan intelek.
Persoalan saya kepada tajuk ini ialah, apakah yang akan berlaku jika budaya hormat-menghormati
tidak dipupuk dalam kalangan remaja?

Di antara kesan utama yang berlaku akibat daripada pudarnya nilai hormat menghormati ini
ialah wujudnya kumpulan dalam kalangan masyarakat di negara ini yang berani
mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, bangsa dan agama lain.
Perbuatan seperti ini bukan sahaja boleh menimbulkan perasaan tidak puas kepada mereka
yang terlibat, malah perbuatan berlaku mungkin juga boleh mengakibatkan pertelingkahan
dan juga pergaduhan di antara kumpulan-kumpulan yang terlibat.
Begitu jugalah dalam Kawasan sekolah, jika budaya hormat-menghormati tidak kita amalkan oleh
kita, maka konflik atau pergaduhan akan sering berlaku antara kalangan pelajar. Hal ini disebabkan
kerana seorang yang tidak menghormati kaum atau agama orang lain akan mengeluarkan perkataan
yang meyinggung perasaan orang tersebut. Keadaan ini menyebabkan pergaduhan berlaku antara
pelajar-pelajar yang berlainan kaum atau agama. Pergaduhan yang sering berlaku akan menyebabkan
suasana pembelajaran yang tidak harmoni dan megakibatkan prestasi pelajar dalam kelas dan
menyebabkan kerja kumpulan tidak dapat dijalankan dengan lancar.

Selain itu, jika pergaduhan sering berlaku dalam kalagan remaja, bukan sahaja imej
seseorang akan diceroboh, malahan imej sekolah, negeri sehingga ke negara akan
diceroboh. Sistem Pendidikan negara kita juga akan dikritik pada peringkat antarabangsa
kerana tidak mendidik pelajar tentang kepentingan sikap hormat-menghormati.
Kesimpulannya, kemerosotan budaya hormat-menghormati akan mengakibatkan dari segi
suasana kawasan pembelejaran remaja serta nama diri dan negara. Lain ladang lain
belalang, lain lubuk lain ikannya, aturan di daerah bisa berbeda dengan aturan di daerah
lain, jadi kita harus menghormati perbedaan itu untuk mewujudkan suasana yang harmoni
dan tenang. Sekian, terima kasih.

You might also like