You are on page 1of 6

Transkript Temu Bual

Kok How: Cikgu, adakah kelas yang cikgu ajar mengandungi murid yang mempunyai
sosio budaya yang berbeza?

Cikgu Tan :Memang, setiap kelas menang ada murid yang berlainan dari segi sosial
sebab tiap-tiap keluarga mempunyai ajaran yang berlainan, seperti yang mana kita tahu
setiap keluarga itu mereka ada ajaran yang berbeza, latar belakang keluarga tak sama,
status ekonomi ada yang ibu bapa kedua-duanya bekerja, ada yang juga dari keluarga
tunggal. Di sekolah ini kita juga ada murid yang dijaga oleh datuk nenek. Di sini kita
boleh nampak tahap pengetahuan mereka juga berbeza disebabkan oleh persekolahan
mereka, ibu bapa dan datuk nenek mereka. Dan juga sekolah ini ada kelas yang
mempunyai 3 kaum, kaum Cina, Melayu dan India. Jadi mereka mempunyai bahasa
penghantar yang sangat berbeza.

Kok How : Cikgu ,adakah kepelbagaian sosiobudaya ini mempengaruhi aktiviti


berkumpulan dalam kelas?

Cikgu Tan: Yang tu ,tak. Sosiobudaya ini tiada berkaitan dengan pemilihan aktiviti
kumpulan kecuali ia melibatkan pengenalan kepada budaya orang lain, tetapi biasanya
dalam kelas, kalau (aktiviti berkumpulan dalam) kelas itu berunsurkan kemahiran, kita
akan pilih budak atas kemahiran mereka. Kita akan letak murid yang berkemahiran dan
kurang bermahiran bersama supaya murid yang kurang berkemahiran dapat belajar
dengan murid yang berkemahiran.

Kok How: Jadi, apakah kesan atau implikasi kepelbagaian keunggulan ke atas p&p
cikgu?

Cikgu Tan: Yang piling ketara adalah pemilihan bahan (mengajar) yang sesuai dan juga
perkataan yang sesuai (berkomunikasi) dengan murid-murid. Sebab murid-murid ini
dalam kelas kita ada pelbagai kaum dan pelbagai status keluarga, jadi semasa
bercakap dengan mereka atau memperkenalkan sesuatu kita kena fikirkan keadaan
emosi dan (isi)hati mereka. Semasa memilih bahan itu, kita akan cuba untuk dapatkan
benda yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka sebab ini akan lebih
menyenangkan pdp kita .Mereka faham keadaan dan terima apa yang berlaku dalam
pdp sebab mereka kenal pada benda itu. Yang kedua adalah pemilihan perkataan dan
bahan supaya tidak meyinggung perasaan mana-mana pihak sebab murid-murid kita
terdiri daripada pelbagai kaum dan juga pelbagai status seperti keluarga tunggal, dijaga
datuk nenek, ibu bapa kerja di luar,anak yatim piatu demi menjaga emosi mereka dalam
kelas. Ketiganya ada kebaikannya juga kalau dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai
budaya. Seperti contoh, semasa mengajar budaya kaum lain, mengajar budaya orang
Melayu kepada kaum Cina, sebab mereka(kaum lain) tidak faham kehidupan sebagai
seorang Melayu, jadi kita boleh menggunakan contoh-contoh (daripada murid Melayu)
dalam kelas, kita boleh tanya mereka dan mereka boleh jawan dan memberitahu
kawan-kawan. Jadi secara langsung dan tidak langsung mereka dapat belajar(budaya
lain) daripada kawan-kawan sendiri.

Kok How: Bagaimanakah cikgu menghadapi situasi ini?

Cikgu Tan: Tentang kepelbagaian sosiobudaya yang penting bagi saya adalah kita kena
memahami setiap orang murid sebab mereka datang daripada keluarga yang berbeza
dan mereka adalah individu yang berbeza.

Kok How :Jadi apakah cara yang digunakan oleh guru untuk memahami murid?

Cikgu Tan : Yang pertama saya jumpa dengan guru kelas mereka. Apabila kita
menghadapi (atau) mendapati ada murid yang berbeza atau berkelakuan berlainan, kita
berjumpa dengan guru kelas untuk memahami keadaan mereka dan juga bertanya
tentang keluarga mereka. Kedua ,dialog. Berdialog dengan budak, jangan anggap kelas
itu sebagai kelas yang formal, kadang-kadang kita perlu menjadi tidak formal untuk
memahami situasi budak. Kadang-kadang bertanya khabar adalah satu amalan yang
baik dalam kelas di mana kita dapat tahu keadaan mereka pada hari itu. Selain itu, kita
sebagai seorang cikgu ,pada pendapat saya kita kena bersifat terbuka, ingin belajar dan
ingin tahu kerana kita kena memahami budaya orang lain baru kita boleh secara
berkesan untuk berdialog dan mengajar budak-budak yang daripada budaya berlainan
ini.
Laporan temu bual

Kesan dan implikasi keunggulan sosiobudaya ke atas pembelajaran dan


pemudahcara(Pdpc) di dalam kelas. Pada 20 Feb 2020, saya telah menjalankan sesi
temu bual bersama Cikgu Tan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Chee, Tampin.
Tujuan menjalani sesi temu bual ini adalah untuk mengumpul matlumat tentang kesan
dan implikasi keunggulan kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia. Semasa
melaksanakan sesi temu bual bersama guru tersebut, saya telah menyedia dan
menanya soalan yang susuai dan berkaitan implikasi kepelbagaian sosiobudaya

Berdasarkan temu bual dengan Cikgu Tan yang telah mengajar di SJK(C) selama 8
tahun, saya dapat mengumpul matlumat tentang kepelbagaian sosiobudaya di sekolah
tersebut. Menurut responden, terdapat beberapa aspek kepelbagaian sosiobudaya iaitu
kaum, bahasa penghantar, status ekonomi. Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut
berkenaan dengan aspek sosiobudaya sebab semakin berbilang kaum berlajar di
SJK(C) kebelakangan ini. Noriati A. Rashid et al. (2014) menyatakan bahawa
sosiobudaya merupakan segala perkara yang dicipta oleh manusia dengan pemikiran
dan hati nuraninya untuk kehidupan bermasyarakat. Dari segi bangsa, murid di Sekolah
Jenis Kebangsaan majoritinya berbangsa Cina, terdapat juga murid daripada bangsa-
bangsa lain seperti Melayu dan India. Bagi aspek struktur sosial pula, responden
menyatakan bahawa terdapat dua peringkat struktur sosial di Pay chee iaitu kelas
pertengahan dan kelas bawahan. Bagi aspek bahasa, kebanyakan murid di sekolah
tersebut menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa komunikasi meskipun terdapat
segelintir murid yang menggunakan bahasa ibunda semasa berkomunikasi dengan
kawan.

Cikgu Tan telah menyatakan beberapa kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan


murid-murid Pay Chee. Menurut responden, isi yang pertama dinyatakannya ialah
kepelbagaian latar belakang murid. Dalam sekolah Pay Chee, ada murid berasal dari
keluarga tunggal, ada yang ibu bapa bercerai dan yang ibu bapa bekerja di bandar lain
manakala murid yang diasuhkan oleh datuk dan nenek. Keadaan ini menjejaskan dan
menghadkan masa untuk ibu bapa bersosialisasi bersama anak. Ada pula ibu bapa
yang tidak mengambil tanggungjawab untuk mendidik anak malah menyerahkan tugas
tersebut sepenuhnya kepada pihak sekolah dan datuk nenek di rumah. Bukan itu
sahaja, latar belakang murid juga boleh berkaitan dengan status ekonomi keluarga.
Keluarga yang kurang lengkap akan menwujudkan keadaan dan suasana yang tidak
sesuai bagi perkembangan kanak-kanak.
Menurut Cikgu Tan status ekonomi keluarga murid agak berbeza, latar belakang
murid juga berkaitan dengan kelas sosial keluarga sama ada ia rendah, sederhana
atau tinggi. murid sekolah. Kelas sosial akan mempengaruhi hasil taraf pendidikan dan
taraf sosioekonomi keluarga. Murid daripada golongan kelas sosial rendah mungkin
menghadapi masalah berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan belajar, kurang
kelengkapan untuk belajar dan sebagianya. Pelajar-pelajar ini menghadapi masalah
kurang mendapat perhatian ibu bapa atas sebab kesibukan mencari rezeki. Pelajar-
pelajar kurang bersemangat dan berisiko tinggi untuk melibatkan diri dalam gejala
sosial. Murid daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi pula kurang
menghadapi masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran malahan mereka
berpeluang menghadiri kelas tuisyen, mendapat perhatian dan dorongan daripada ibu
bapa. Hasilnya, peluang mendapatkan pendidikan lebih meluas berbanding mereka
yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah. Jadi seseorang guru
haruslah memberi lebih perhatian dan sokongan kepada murid dari keluarga status
ekonomi rendah.

Seterusnya, sosial budaya yang berbeza dalam kalangan murid ialah penggunaan
bahasa. Dalam hal ini, Cikgu Tan menerangkan bahawa murid Pay Chee ini terdiri
daripada berbilang kaum, walaubagaimanapun bahasa penghantar dalam kelas adalah
Bahasa Cina. Murid-murid akan menggunakan bahasa ibunda apabila berkomunikasi
dengan rakan mereka yang terdiri daripada suku kaum yang sama. Keadaan tersebut
bertepatan dengan pernyataan. Kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid juga
menyebabkan murid Pay Chee ini mengetahui tentang budaya kaum lain. Sekolah juga
selalu mengadakan aktiviti-aktiviti seperti sukan untuk menerusi interaksi sesama murid
yang berbeza kaum. Langkah ini selaras dengan pernyataan profesor madya UPSI Dr
Nur Ikhwan Mohamad iaitu penyatuan sukan antara kaum perlu dimulakan di peringkat
awal anak-anak bagi menyemai perasaan bersatu hati walaupun berbeza kaum, budaya
dan agama. Perkara tersebut bertepatan dengan . kepelbagaian sosiobudaya yang
wujud dalam kalangan murid juga mengakibatkan murid berkumpul mengikut kumpulan
tertentu mengikut bangsa, bahasa dan struktur sosial seperti mana yang dapat dilihat di
Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna.

Dalam sesi temu bual yang seterusnya, kami mula menyentui tentang kesan dan
implikasi kepelbagaian sosio budaya. Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan
salah satu strategi yang selalu digunakan dalam pdp bestari. Jadi, saya menanya Cikgu
Tan untuk mendapat tahu tentang pengaruh sosiobudaya terhadap aktiviti berkumpulan.
Jawapan yang diberi adalah tidak, sebab sosiobudaya tiada berkaitan dengan pemilihan
aktiviti kumpulan kecuali ia melibatkan pengenalan kepada budaya orang lain, guru
akan mengaturkan ahli kumpulan supaya setiap kumpulan mempunyai ahli yang tahu
tentang budaya yang akan dipelajari. Biasanya pembentukan kumpulan akan
berdasarkan kemahiran murid dan guru akan memastikan kemahiran setiap kumpulan
adalah sekata supaya mereka dapat belajar antara satu sama lain. Biasanya dalam
kelas, kalau (aktiviti berkumpulan dalam) kelas itu berunsurkan kemahiran, kita akan
pilih budak atas kemahiran mereka. Kita akan letak murid yang berkemahiran dan
kurang bermahiran bersama supaya murid yang kurang berkemahiran dapat belajar
dengan murid yang berkemahiran.

Seterusnya, Cikgu Tan telah menyatakan beberapa implikasi kepelbagaian


sosiobudaya dalam kalangan murid. Pertamanya sebagai guru yang profesional
haruslah memilih bahan untuk mengajar yang sesuai untuk mengajar. Guru boleh
menghubungkaitkan tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku dengan benda-benda yang
berkaitan tentang kehidupan dan budaya murid-murid. Salah satu contohnya ialah
semasa mengajar subjek sejarah tentang sejarah China, guru boleh
menghubungkaitkan dan membandingkan sejarah China dengan sejarah kesultanan
Melaka sebab murid-murid lebih mengetahui tentang sejarah negara sendiri dan mereka
akan lebih boleh terima konsep-konsep baru jika berkaitan tentang ilmu yang sedia ada.
Bukan itu sahaja, pemilihan perkataan semasa berkomunikasi dengan murid-murid juga
sangat penting. Menurut Cikgu Tan, sekolah Pay Chee mempunyai murid yang dari
keluarga miskin dan keluarga yang tidak lengkap, guru perlulah teliti dan berhati-hati
semasa berinteraksi dengan murid-murid supaya tidak membangkitkan saraf sensitif
murid tertentu. Jika terpaksa menyentuh tajuk tertentu, contohnya mengajar subjek
moral, topiknya keluarga bahagia, guru juga wajar menjaga perasaan murid-murid
tersebut dan menyeru murid lain supaya tidak mengolok-olok dan memandang rendah
akan murid yang kurang bertuah itu.
https://www.sinarharian.com.my/article/59429/BERITA/Sukan/Sukan-wadah-erat-
perpaduan-kaum

You might also like