You are on page 1of 15

LAPORAN SESI TEMUBUAL BERSAMA GURU

SJK(C) HIN HUA,KLANG.

Bangsa di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum di mana setiap kaum mempunyai
bahasa,budaya,kepercayaan dan juga adab budaya masing-masing. . Laporan ini
adalah berkenaan tentang kepelbagaian bangsa di Malaysia ,kesan dan implikasinya
terhadap pembangunan pendidikan. Sesi temubual telah dilaksanakan pada 15 Feb
2023 semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah SJK(C)
Hin Hua bersama Pn. Siti Mariyam . Berikut merupakan maklumat sesi temubual ini
dilaksanakan.

Tarikh 15 Feb 2023


Hari Rabu
Masa 10:30 a.m

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, didapati bahawa Pn. Siti berpendapat
bahawa Cikgu Siti bangga sebagai seorang rakyat di Malaysia disebabkan negara
kita mempunyai pelbagai bangsa ,sebab kita berpeluang untuk mengenali adat
bangsa lain ,cara mereka mengamalkan kepercayaan,adat resam,cara
kehidupan .Hal ini akan mewujud variasi di sesebuah negara.Tambahan lagi,saya
suka sangat dengan makanan pelbagai kaum di Malaysia contohnya, roti tisu,kuih
bulan, tau fu fah dan sebagainya.

Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan
kukuh sebagai negara membangun ,Bagi memastikan negara tidak dijajajah
dan digugat oleh negara asing, perpaduan kaum sangat penting demi
menjamin ketenteraman negara ini.Dalam hal ini, Cikgu Siti berpendapat
bahawa Bahasa adalah elemen yang terpenting dalam mengekalkan perpaduan di
Malaysia.Oleh disebabkan kita berada dalam negara Malaysia,jadi setiap bangsa
perlu menguasai bahasa Melayu supaya isu ketidaksalahfaham antara satu sama
lain tidak akan berlaku.

Terdapat kesan- kesan kepelbagaian bangsa terhadap pembangunan pendidikan di


sekolah. Pada pendapatan Cikgu Siti,kesan dari segi positifnya adalah guru akan
dapat belajar dan mengetahui kepelbagaian latar belakang pelajar dengan lebih
mendalam. Setiap pelajar datang dari pelbagai latar belakang tidak kira dari segi
ekonomi keluarga, dari segi tahap pendidikan dan dari segi taraf hidup seseorang.
Melalui maklumat yang diperoleh dari setiap para pelajar, ini akan membantu guru
dalam memahami para pelajar dengan lebih baik dan secara tidak langsung, ini akan
membantu dalam memastikan penyampaian sesuatu maklumat adalah lebih
berkesan. Selain itu , Murid-murid juga berpeluang belajar pelbagai bahasa dan
dapat bergaul dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa inggeris,Bahasa Melayu ,Cina
dan Tamil. Sebagai contoh murid-murid kaum Melayu berpeluang belajar bahasa
Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan juga dapat berkomunikasi dengan
murid-murid bangsa Cina.

Seterusnya ,bagi kesan negatif kepelbagaian budaya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah kepada Cikgu Siti adalah wujudnya jurang
komunikasi di antara guru dan pelajar. Contohnya, murid-murid akan mempraktikkan
penggunaan bahasa Malaysia dalam pertuturan seharian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah jarang disebabkan para pelajar terbiasa
dengan gaya pertuturannya setiap hari. Kekerapan menggunakan bahasa ibunda
sendiri untuk bertutur akan menyebabkan komunikasi tidak berjalan dengan
lancar.Sebagai contoh ,kebanyakkan murid cina tahun rendah tidak mahir dalam
berbahasa Melayu dan Cikgu perlu memberi perhatian dalam membimbing dan
mengalakkan murid untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

Menurut pendapatan Cikgu Siti, Implikasinya kepelbagaian bangsa terhadap


pembangunan pendidikan di sekolah adalah murid dapat memupuk semangat
koperatif antara satu bangsa ke bangsalain . Dalam hal ini, ia dapat meningkatkan
motivasi dan prestasi murid dan seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang
positif. Pada masa yang sama, murid berpeluang Mengenali antara satu sama lain
merujuk kepada pelajar akan dapat mengetahui perbezaan latar belakang antara
satu sama lain. Sebagai contoh, pelajar di sekolah adalah berbilang kaum. Dengan
adanya kepelbagaian latar belakang, pelajar dapat mengenali latar belakang setiap
kaum dan juga belajar bahasa setiap kaum yang berbeza-beza.Hubungan
silaturahim antara bangsa dapat dipupuk dan mewujudkan sesebuah negara yang
bersatupadu.

Kesimpulannya, temubual ini telah membuka minda terhadap dunia sebenar


pendidikan. Kepelbagaian bangsa sememangnya memberi kesan implikasi kepada
murid, guru, sekolah dan masyarakat. Justeru, pengajaran kepelbagaian bangsa dan
pengajaran kepelbagaian murid harus menjadi amalan dan pegangan guru supaya
dapat memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza
RUJUKAN

Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bennett, C. I, (2003). Comprehensive Multicultural Education: Theory and Practice.


(5th ed.). Boston, MA: Pearson Education Company.

Goay Teck Chong et al. (2013). Teks Pra-U Pengajian Am Penggal 2 . Kuala Lumpur:
Pearson Malaysia Sendirian Berhad.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lambert, N. M. 1994. Seating arrangements in classrooms. The International


Encycliopedia of education (2nd ed.), 9,5355-5359.

Mardlina. (2006). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Strategi Perancangan dan


Pelaksanaan: Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Noriati. (2009). Murid dan Alam Belajar. Siri Pendidikan Guru Oxford Fajar Kuala
Lumpur.

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk Dpli Pedagogi:
Kuala Lumpur Kumpulan Budiman.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.
Soalan Protokol Temubual - Aspek Bangsa

1. Apakah yang anda tahu tentang bangsa di Malaysia?

2. Apakah yang anda tahu tentang bangsa anda?

3. Adakah anda berasa bangga anda terdiri daripada negara yang pelbagai
bangsa? Justifikasi terhadap jawapan anda.

4. Pernahkah anda menghadiri majlis yang diadakan oleh bangsa lain? Berikan
contoh.

5. Apakah keunikan yang anda dapat lihat dalam majlis tersebut? Bandingkan
dengan bangsa diri.

6. Apakah elemen yang anda rasa terpenting dalam mengekalkan perpaduan


antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa?

7. Pada pendapatan anda, apakah implikasi/kesam kepelbagaian bangsa


terhadap pembangunan pendidikan di sekolah?

8. Apakah strategi Pdp yang sesiai digunakam oleh guru dalam bilik darjah yang
terdiri daripada pelbagai kaum ?

9. Apakah cabaran dalam menangani kepelbagaian bangsa di sekolah?

10. Bolehkah cikgu berikan kebaikan dan kelemahan penerapan kepelbagaian


bangsa ke atas pdpc.
LAMPIRAN

Transkripsi Temu Bual dengan Guru SJK (C) Hin Hua


Tarikh: 15 Feb 2023
Masa: 10:30 a.m
Tempat: Pejabat SJK (C) Hin Hua
Sesi temu bual telah dijalankan dengan Pn. Fahimah Bt Tajudin, iaitu guru di SJK
(C) Hin Hua.

Yu Xin : Selamat sejahtera cikgu. Maaf ganggu cikgu. Saya ingin


meminta kebenaran cikgu untuk menanyakan beberapa
soalan.

Cikgu Siti : Selamat sejahtera. Tak ganggu sebenarnya. Kebetulan


saya,ada masa lapang pada waktu ini. Apakah yang
boleh saya bantu?

Yu Xin : Baik cikgu. Saya memperkenalkan diri dahulu. Nama


saya Tee Yu Xin.Setakat ini ,saya merupakan guru
pelatih dari Institut Pendidikan
Guru Ilmu Khas opsyen Pendidikan Muzik .Minggu ini
saya akan menjalani PBS di sekolah sambil
meguruskan tugasan kerja
kursus sepanjang 1 minggu. Di sini ,bolehkah saya tahu
sedikitlatar belakang terhadap cikgu.
Cikgu Siti : Hi, siswa guru Yu Xin. Name saya ,Siti Mariyam .Boleh
panggil saya Siti.Saya sudah mengajar Bahasa Melayu
di sekolah ini
sepanjang 5 tahun.Sebelum ini,saya mengajian di
Institut Pendidikan Bahasa Melayu .
Yu Xin : Baiknya Cikgu Siti. Apakah yang cikgu Siti tahu tentang
bangsa di Malaysia?

Cikgu Siti : : Pada pendapatan saya ,Bangsa di Malaysia terdiri


daripada pelbagai kaum di mana Setiap kaum
mempunyai bahasa,budaya,kepercayaan dan juga adab
budaya masing-masing.

Yu Xin : Betul guru, Malaysia kita bukan sahaja terdiri daripaca


orangMalayu, Cina dan India malah juga merupakan
tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 kaum etnik
terutamanya Baba dan Nyonya,Kadazandusun dan
Iban.Seterusnya,apakah yang Cikgu Siti
tahu tentang bangsa anda?

Cikgu Siti : Baik .Bagi bangsa Melayu adanya kepercayaan , agama


yang perlu ditekankan, kita perlu buat apa yang disuruh
oleh agama kita termasuklah ibadah, cara sembayang ,
pemakanan,cara pergaluan dengan lelaki dan
perempuan dan sebagainya.

Yuxin : Baik Cikgu. Adakah anda rasa bangga anda bertempat


di negara yang terdiri daripada pelbagai
bangsa?Berikan justifikasi.

Cikgu Siti : Ia,saya suka berduduk di Malaysia disebabkan ade


pelbagai bangsa ,sebab kita berpeluang untuk
mengenali adat bangsa lain ,cara mereka mengamalkan
kepercayaan,adat resam,cara kehidupan .Hal ini akan
mewujud variasi di sesebuah negara.Tambahan
lagi,saya suka sangat dengan makanan pelbagai kaum
di Malaysia contohnya, roti tisu,kuih bulan, tau fu fah
dan sebagainya.
Yu Xin : Menariknya Kehidupan di Malaysia ini,saya juga gemar
makan kuih muih yang dibuat oleh kaum Melayu.Soalan
seterusnya, pernah cikgu menghadiri majlis yang
dilaksanakan oleh bangsa lain ? Berikan contoh.

Cikgu Siti : Ya. Sebagai contoh di SJKC Hin Hua ada mengadakan
majlis menyambut Tahun Baru Cina.

Yu Xin : Wah, Apakah keunikkan yang dapat anda lihat dalam


majlis tersebut ?Bincangkan dengan bangsa diri.

Cikgu Siti : Bagi sambutan Tahun Baru Cina ,saya berpengalaman


bermakan besar dan mengaul Yee Sang bersama guru-
guru dan murid-murid .Terdapat juga persembahan
tarian singa,tarian tradisi Kaum Cina serta pertandingan
kaligrafi .Bagi kaum saya,kita meraikan sambuatan Hari
Raya Aidilfitri.Bagi hari raya ,kita ade pemberian duit
dipanggil duit raya manakalah bangsa Cina ade juga
pemberian Angpau.Seterusnya,bangsa melayu tiada
tarian singa dan adelah tarian melayu bangsa
sendiri.Tambahan lagi ,Melayu juga akan mengamalkan
amalan Hari Raya Aidilfitri ialah bermaaf-maafan. Bulan
syawal juga dianggap sebagai bulan kemaafan.
Disebabkan itu, semasa 1 syawal, ahli keluarga akan
berkumpul beramai-ramai untuk bersalam-salaman dan
meminta maaf.
Yu Xin : Betul cikgu, bagi kaum Cina,majlis makan besar amat
dipentingkan untuk meraikan setiap ahli keluarga dari
tempat lain untuk berkumpul semula. Selain itu, Apakah
elemen yang anda rasa terpenting dalam mengekalkan
perpaduan antara masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai bangsa?

Cikgu Siti : Rupa-rupanya .Pada pendapat cikgu,cikgu rasa Bahasa


adalah elemen yang terpenting dalam mengekalkan
perpaduan di Malaysia.Oleh disebabkan kita berada
dalam negara Malaysia,jadi setiap bangsa perlu
menguasai bahasa Melayu supaya isu
ketidaksalahfaham antara satu sama lain tidak akan
berlaku.

Yu Xin : Betul cikgu .Pada pendapatan cikgu,apakalah implikasi


dan kesan kepelbagaian bangsa terhadap
pembangunan pendidikan di sekolah?

Cikgu Siti : Pada pendapat saya, saya dapat belajar dan


mengetahui kepelbagaian latar belakang pelajar dengan
lebih mendalam manakala-murid dapat bergaul dalam
pelbagai bahasa seperti Bahasa inggeris,Bahasa
Melayu dan Cina. Seterusnya,kesan negatif
kepelbagaian budaya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah kepada guru adalah
wujudnya jurang komunikasi di antara guru dan pelajar
Contohnya, mempraktikkan penggunaan bahasa
Malaysia dalam pertuturan seharian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah
jarang disebabkan para pelajar terbiasa dengan gaya
pertuturannya setiap hari. Kekerapan menggunakan
bahasa ibunda sendiri untuk bertutur akan
menyebabkan komunikasi tidak berjalan dengan lancar.
Implikasinya adalah murid dapat memupuk semangat
koperatif antara satu bangsa ke bangsa lain .
Maka, dapat meningkatkan motivasi dan prestasi murid
dan seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang
positif.Dalam hal ini, murid berpeluang Mengenali antara
satu sama lain merujuk kepada pelajar akan dapat
mengetahui perbezaan latar belakang antara satu sama
lain. Sebagai contoh, pelajar di sekolah adalah berbilang
kaum. Dengan adanya kepelbagaian latar belakang,
pelajar dapat mengenali latar belakang setiap kaum dan
juga belajar bahasa setiap kaum yang berbeza-beza.

Yu Xin : Baik cikgu,apekah strategi Pdp yang anda rasa seseuai


digunakan oleh guru di dalam bilik darjah yang terdiri
daripada pelbagao kaum?

Cikgu Siti : Pada pendapat saya, strategi pembelajaran koperatif


boleh digunakan. Berdasarkan PAK21,saya suka
menjalani aktiviti kumpulan .Apabila murid berbeza
kaum dan budaya berada dalam kumpulan, merka boleh
belajar bersama-sama dan mengenali budaya secara
tidak langsung. Lama-kelamaan, mereka akan
menghormati dan toleransi terhadap satu sama lain.
Ada satu cara lagi, boleh melibatkan ibu bapa untuk
memberi pendedahan budaya etnik masing-masing dari
segi makanan, pakaian, adat ataupun pantang larang.
Mereka lebih memahami dan mahir dalam aspek ini.
Tambahan pula, ini boleh menarik minat murid untuk
mendengar kerana ibu bapa mereka sendiri yang
memberi penerangan. Sebagai guru, kami perlu
menerima dan memahami kepelbagaian latar belakang
murid yang berbeza budaya, etnik bahasa dan kelas
sosial secara positif. Kami perlu menghormati dan
menyediakan bahan bantu pengajaran yang sesuai
untuk murid.

Yu Xin : Wah, nampaknya guru perlu berusaha yang banyak


untuk menerapkan kepelbagaian sosiobudaya. Nak
tanya cikgu lagi, apakah cabaran dalam menangani
kepelbagaian bangsa di sekolah?

Cikgu Siti : Cabaran yang biasa saya hadapi ialah persediaan murid
untuk teriman perbezaan dan kepelbagaian budaya
kaum. Mungkin dalam satu kelas, ada murid Melayu,
Cina dan India. Tidak semua murid yang terdedah
dengan budaya masyarakat lain terutamanya murid
Tahun 1 yang baru. Mereka tidak kenal antara satu
sama lain dan belum pernah mengetahui budaya kaum
lain. Contoh, murid India akan membuat tanda putih di
dahi dan murid Melayu akan memakai songkok. Apa
yang boleh terjadi ialah murid-murid akan mengejek
mereka dan mungkin akan mewujudkan
pendiskriminasian kaum.Di sini ,guru harus mempunyai
ilmu tentang sosial budaya secara mendalam dan
memberi bimbingan dan teguran bagi murid-murid
mempunyai konsep hormat-menghormati bagi setiap
bangsa.

Yu Xin : Oh rupanya. Oleh itu, dapat dilihat setiap murid adalah


unik dan berbeza dari segi latar belakang mereka yang
berlainan. Mereka membesar dan terbentuk hasil
interaksi dalam persekitaran masing- masing. Keadaan
ini telah mewujudkan kepelbagaian sosioudaya di dalam
bilik darjah.Seterusnya,boleh,ah cikgu berikan kebaikan
dan kelemahan penerapan kepelbagaian bangsa ke
atas Pdpc?

Cikgu Siti : Kebaikannya murid berpeluang untuk berkenalan


dengan bangsa yang berbeza. Ini dapat meluaskan
pengetahuan mereka dan memupuk nilai-nilai seperti
toleransi dan hormat-menghormati. Murid juga boleh
membuat perbandingan dengan budaya mereka dengan
budaya global. Untuk kelemahan pula, guru perlu
berhati-hati menerapkan atau memberi pendedahan
bangsa kepada murid kerana terdapat juga budaya
negatif yang berlaku di global seperti penagihan dadah,
ajaran sesat dan sebagainya. Guru perlu mengambil
perhatian agar murid tidak terikut-ikut dengan budaya
negatif.

Yu Xin : Betul cikgu. Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan


masa menjawab soalan saya. Selamat bertugas cikgu.

Cikgu Siti : Sama-sama Yu Xin.


Lampiran

Sesi temu bual bersama Cikgu Siti

You might also like