You are on page 1of 4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU a KAMPUS ILMU KHAS YW, PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN AKHIR OKTOBER 2021 (UJIAN TERBUKA-OBT) PROGRAM (Programme) PIsMP "AMBILAN (intake) Junzo20 ‘SEM : (Sem) (index Number) 2021172990035 Tecknetcareny’ | o2to0stor49s KOD KURSUS ers EDUP3013 ‘NAMA KURSUS (Course Title) FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA TTARIKH PEPERIKSAAN 44 OCTOBER 2021 (Examination Date) ARAHAN KEPADA CALON 1. ‘Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah Kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header. 2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG. 3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain. 4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira telah gagal peperiksaan berkenaan. Untuk kegunaan pemeriksa sahaja TRE PT Pa | PT] — a x © Tanah NO. ANGKA GILIRAN : 2021172340035 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:EDUP3013 BAHAGIAN A Pada pandangan saya ,aktiviti kokurikulum sangat baik.Melalui aktiviti ini semus murid dapat mengisi masa lapang dengan baik.Ibu bapa akan berasa gembira apabila melihat anak menjadi gembira.Seterusnya ,aktiviti ini juga mempunyai banyak kebaikan . Saya rasa aktiviti ini dapat membantu kita pada masa hadapan.Saya juga amat suka akan aktiviti ini.Namun aktiviti kokurikulum sering diabaikan pada masa ini.Hal ini demikian kerana,ibu bapa kurang memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana, ibu bapa terlalu memfokuskan pencapaian anak mereka dalam bidang akademik semata-mata. Sebagai contoh, ibu bapa terlalu keberatan untuk membelikan anak-anak mereka peralatan sukan seperti kayu hoki, raket badminton dan seumpamanya kerana dianggap sebagai pembaziran. Tegasnya, bagi melahirkan insan yang cemerlang, pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum perlulah seimbang. Selain itu, jadual harian yang padat seperti menghadiri kelas tuisyen menjadi satu punca kegiatan kokurikulum kurang mendapat sambutan dalam kalangan murid. Sebagai contoh, murid-murid juga perlu menghadiri kelas tambahan dan kumpulan belajar di sekolah. Hal ini menyebabkan murid-murid tiada masa untuk melakukan kegiatan kokurikulum. Tegasnya, murid-murid mesti bijak menguruskan masa supaya dapat menjalankan aktiviti kokurikulum.Bukan itu sahaja, murid-murid menganggap kokurikulum hanya membuang masa. Hal ini demikian kerana, aktiviti yang diadakan amat membosankan dan tidak menarik. Sebagai contoh, guru yang terlibat tidak memiliki kepakaran atau kemahiran dalam bidang tertentu. Maka, bagi mengatasi kekangan ini, pihak sekolah perlulah melantik jurulatin yang berwibawa dalam pelbagai bidang kokurikulum.Akhir sekali, pihak sekolah tidak menyediakan prasarana yang cukup untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan. Hal ini demikian kerana, pihak sekolah menghadapi masalah kewangan untuk membina gelanggang badminton, tenis dan sebagainya. Oleh sebab murid yang menyertai sukan itu terlalu ramai maka kemudahan seperti kayu hoki, raket badminton dan sebagainya tidak dapat menampung bilangan pelajar. Tegasnya, sekiranya isu ini tidak dapat dibendung, sekolah gagal melahirkan seorang murid’ yang berbakat dan berkebolehan dalam bidang sukan.Sebagai intiha, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlulah berganding bahu bagi mengatasi isu ini daripada terus membarah dalam kalangan murid -murid. Seterusnya, murid-murid haruslah mengubah persepsi negatif mereka terhadap aktiviti kokurikulum agar aktivit ini tidak terus dipandang enteng. NO. ANGKA GILIRAN : 2021172340035 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:EDUP3013 Bahagian B Soalan2 Pada pendapatan saya, Cikgu Ali boleh menggunakan model Kurikulum Stenhouse dalam pengajaran beliau. Secara genarainya .Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menggariskan matlamat dan hasrat pendidikan di negara kita. Transformasi kurikulum yang telah berlaku di negara kita sejak dulu lagi adalah digubal berdasarkan falsafah ini. Transformasi kurikulum merupakan proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah (BPK, 2010). Menurut Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto (1991), perubahan kurikulum ialah inovasi dan perubahan kurikulum merujuk kepada usaha untuk mengubah dan menyesuaikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut kepada nilai, budaya, falsafah dan sumber yang digunakan. Kurikulum perlu disesuaikan mengikut peredaran masa sama ada perubahan masa dan masyarakat dan dunia yang begitu pesat Sejak awal kemunculan pendidikan di negara kita, kurikulum negara telah menerima pelbagai transformasi dan perubahan. Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Kurikulum ini telah disemak pada tahun 2003 kerana dasar pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Selain itu, semakan semula ini juga bertujuan untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Transformasi kurikulum sekali lagi berlaku dalam pendidikan di Malaysia pada tahun 2011 iaitu KBSR digubal menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP).Secara kesimlulannya,Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita agar relevan dengan cabaran dalam era globalisasi kini. Guru memainkan peranan yang penting bagi menjayakan proses P&P seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti bermula dari pendidikan rendah. Semua pihak termasuklah guru, ibu bapa dan pembuat dasar haruslah peka terhadap transformasi kurikulum ini agar matlamat dan hasrat pendidikan dapat dicapai. NO. ANGKA GILIRAN : 2021172340035 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:EDUP3013 Soalan3 Pada pendapatan saya ,Cikgu Maizura telah menghadapi masalah diri sendiri. Terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan olehnya . Pada asasnya, cikgu hendaklah meluangkan masa mereka untuk bersukan. Sukan amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan membantu mengurangkan tekanan. Misalnya, permainan bola sepak, badminton, tenis dan sebagainya bukan sahaja memberi suasana yang berbeza, bahkan juga membantu menyihatkan badan. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui sukan, seseorang mengeluarkan peluh dan hormon endorfin yang mencerdaskan otak, persis badan cergas, otak cerdas. Aktiviti ini boleh dimain di padang, taman permainan atau gelanggang yang berhampiran dengan rumah masyarakat. Dengan bermain bersama rakan-rakan kita, fokus kita akan beralih daripada beban kerja kepada suasana permainan. Kita tidak akan memikirkan kerja seharian dan proses ini boleh merehatkan otak kita. Tegasnya, orang ramai perlu bersukan untuk memperoleh kebaikan serampang dua mata, iaitu mengatasi masalah stres disamping menyihatkan diri, persis sambil menyelam minum air. Selain itu, cikgu juga perlu beriadah dan berekreasi. Aktiviti bermandi-manda di air terjun, makan angindan sebagainya membebaskan kita daripada cengkaman reali. Aktiviti sedemikian boleh diadakan bersama keluarga mahupun rakan sepejabat secara berkala. Contohnya, pada cuti sekolah, hari keluarga dan pelepasan umum. Persekitaran yang berteraskan flora dan fauna serta penuh dengan udara nyaman mampu menyegarkan diri kita. Bunyi air mengalir serta dendangan lagu alam semulajadi dapat menenangkan jiwa kita yang dahulu dikongkong oleh hiruk-pikuk bandar. Suasana yang sejuk dan senyap mengajar kita melepaskan tekanan dengan melelapkan mata di bawah sebatang pokok redup. Hakikatnya, tekanan kita dapat dilepaskan dan diganti pula dengan jiwa yang tenang. Justeru, tidak dinafikan aktiviti beriadah dan berekreasi melepaskan stres kita di samping memberi persekitaran berbeza, bak kata, peribahasa, jauh perjalanan, luas pemandangan. Rentetan itu, individu yang menghadapi masalah yang serius harus berjumpa dengan doktor. Hal ini demikian kerana doktor lebih berpengalaman dan tahu cara mengubatinya, persis kata mutiara, jauhari juga yang mengenal manikam. Apabila kita mengalami sakit kepala atau migrain, doktor dapat memberi khidmat kesihatan dan menasihati kita untuk menangani tekanan. Imbasan CT dapat menunjukkan kondisi otak manakala kepakaran doktor menganalisis dan mendiagnos diri kita untuk mengelakkan masalah ini bertambah ruwet, persis sebelum kudis menjadi tokak. Seterusnya, pemberian ubat-ubatan menenangkan jiwa boleh merawat gejala ini. Kita juga dapat bertanya dan menjelaskan kekeliruan kita. Intihanya, perkhidmatan doktor wajar diperoleh untuk menangani masalah stres kerana doktor memahami anatomi badan kita. ‘Sebagai penggulung segala yang dibincangkan, masalah yang dihadapi oleh cikgu Maizura merupakan satu kekangan serius dan hatus ditangani sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya tidak, nescaya masyarakat tidak dihembusi bayu keharmonian lantaran terikat dengan kehidupan rancak di bandar. Justeru, semua pihak harus bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam mencari jalan penyelesaian serta tidak memandang enteng terhadap polemik ini persis rumput di tepi jalan. Sesungguhnya, Beng Tju, seorang pemikir unggul pernah menukilkan kata- kata, “rakyat ialah akar bangsa, jika akarnya sihat, pokoknya sihat juga”. Tuntasnya, masalah stres perlu dibendung untuk menjamin masa depan masyarakat yang sejahtera, damai dan permai.

You might also like