You are on page 1of 43

Modul Berfokus Set 2 1

PRAKATA

Puji dan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana atas limpahan rahmat dan kurnia-
Nya, modul ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya menyedari bahawa
terlaksananya tugas menyiapkan modul ini, berkat permuafakatan dan sumbangan
ahli-ahli dalam Grup Telegram Guru BMSPM.
Kumpulan yang diwujudkan ini merupakan medan untuk guru-guru berkongsi ilmu,
pengalaman dan bahan PdPc. Sehubungan dengan itu, kerjasama secara maya dalam
penghasilan modul Bahasa Melayu dapat dilaksanakan.
Penghasilan Modul Berfokus ini merupakan satu usaha murni kumpulan Telegram
Guru BMSPM. Saya sangat memahami bahawa modul yang telah dihasilkan ini
tidaklah sempurna. Oleh sebab itu, saya berharap rakan guru yang budiman dapat
menambah baik kekhilafan yang terdapat dalam modul ini.
Semoga sumbangan rakan penyumbang Modul Berfokus BM Set 2 ini memberikan
manfaat kepada guru-guru dan calon-calon SPM 2020. Akhir kata, saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Telegram Guru BMSPM yang telah
membina Modul Berfokus Set 2 ini untuk manfaat calon SPM 2020.

Sekian.
Roosezah binti Sabri,
SMK Sungai Manik,
36000 Teluk Intan, Perak.
Pentadbir Grup Telegram BMSPM
Ogos 2020

Modul Berfokus Set 2 2


-BIAR BUDI JADI KENANGAN-
SOALAN NAMA PENYUMBANG SEKOLAH

BM1
Bahagian A CIKGU TAN CHAI LONG 32, JALAN ANGGERIK DORITIS BA 31/BA,
KOTA KEMUNING,
40460 SHAH ALAM.
SELANGOR DARUL EHSAN,
Bahagian B TN. HJ. ISHAK BIN MD. SHAH 27, LRG TEKNIK,
LEBUH RAYA SULTAN ABD HALIM,
05400 ALOR SETAR, KEDAH.

BM2
Soalan1 (Rumusan) ROSIDAH BINTI ABU BAKAR SMK TERUSAN,
PETI SURAT 60706,
91117 LAHAD DATU, SABAH.

SOALAN 2: PEMAHAMAN
Soalan 2((a) Petikan ROSIDAH BINTI ABU BAKAR SMK TERUSAN,
Umum PETI SURAT 60706,
91117 LAHAD DATU, SABAH.
Soalan 2(b) Cerpen ZURINA BINTI ARSHAD SMK DATO' UNDANG MUSA AL-HAJ,
71600 KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN.
Soalan 2 (c) Prosa JOEY TAN BERSARA (KUCHING)
Tradisional
Soalan 2 (d) Sajak MASJURAIQAIS BIN CHE SOH MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS,
SANDAKAN, SABAH

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA


Soalan 3 (a) MASZAIRIANI BINTI ZAINAL SM ARAB JAIM ASSYAKIRIN,
77500 SELANDAR, MELAKA.
Soalan 3 (b) NORZARINI BINTI AHMAD SMK KOTA MASAI,
NURDDIN JLN BACANG UTAMA,
TAMAN KOTA MASAI,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
Soalan 3 (c) NORASHIDAH BINTI ARIS SMK PASIR PUTIH,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR.
Soalan 3 (d) NOORAZIAH BINTI ABDULLAH SMK SELAYANG BHARU,
JALAN 29, SELAYANG BHARU,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
Soalan 3 (e) AMINAH BINTI PM MOHAMED SMK ABDUL RAHMAN TALIB,
36000 TELUK INTAN, PERAK

NOVEL
ZON 1 (4a) SABRINA BINTI MD. ISMAIL SMK TAMAN KENARI
09000 KULIM, KEDAH.
ZON 1 (4b) NOR KHALBI BINTI MAHFODZ SMK HUTAN MELINTANG,
36400 HUTAN MELINTANG, PERAK.
ZON 2 (4a) NORAINI BINTI MARKOM SMK BANDAR PUCHONG JAYA A,
JLN PIPIT,
47100 PUCHONG, SELANGOR.
ZON 2 (4b) SUZANAH BINTI ALWI SMK MERU,
BT 7 PEKAN MERU,
41050 KLANG, SELANGOR.
ZON 3 (4a) LATIFAH BINTI HAJI SANI SMK KUHARA,
JALAN KUHARA,
91008 TAWAU, SABAH
ZON 3 (4b) JUILIS MOKUJAL SMK NARINANG,
89158 KOTA BELUD, SABAH.
ZON 4 (4a & 4b) MOHAMAD SHAHARUDDEN MAKTAB SULTAN ISMAIL,
BIN MUHAMAD KALAM SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,
JALAN TELIPOT,
15150 KOTA BHARU, KELANTAN.

Modul Berfokus Set 2 3


1103/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
2020
2 ¼ jam

MODUL BERFOKUS SET 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan Bahagian B.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.


Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan
daripada pengawas peperiksaan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Modul Berfokus Set 2 4


Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada faedah aktiviti gotong-royong.


Huraikan pendapat anda tentang faedah aktiviti gotong-royong. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Modul Berfokus Set 2 5


Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Anda begitu mengagumi seseorang atas jasa dan pengorbanannya kepada


masyarakat dan negara.

Nyatakan tokoh yang anda kagumi itu dan huraikan persediaan anda untuk
mengikuti jejak dan teladannya.

2. Gejala penyakit dan ancaman wabak ialah fenomena yang tidak boleh
dijangkakan.

Huraikan peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar lebih peka dalam
menghadapi sebarang ancaman wabak dan penyakit.

3. Ancaman seperti Pandemik Covid-19 memang suatu penularan yang tidak


boleh dijangkakan. Penularannya telah mengakibatkan situasi tidak stabil
kepada sesebuah negara.

Bincangkan strategi (perancangan) negara dalam menghadapi ancaman


seumpama itu pada masa yang akan datang.

3. Kerjasama global adalah amat mustahak untuk menyokong Pertubuhan


Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani segala isu kesihatan insan
sejagat.

Bincangkan kerjasama global dalam menjaminkan kualiti kesihatan umat


sejagat.

5.

GERUH TIDAK BERBUNYI MALANG TIDAK BERBAU

Ungkapan di atas membawa maksud malapetaka atau bencana tidak pernah


memberikan isyarat, memilih masa dan tempat untuk berlaku.

Bincangkan persediaan-persediaan awal sebelum ditimpa malapetaka dan


bencana.

KERTAS SOALAN TAMAT

Modul Berfokus Set 2 6


1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2020
2½ jam

MODUL BERFOKUS SET 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan
teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Modul Berfokus Set 2 7


Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang punca-punca
obesiti dalam kalangan remaja dan kesannya kepada diri remaja. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Obesiti dapat ditakrifkan sebagai orang yang mempunyai berat badan yang
berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah berat badan yang tidak ideal dengan
ketinggian individu. Pada zaman yang semakin pesat dengan revolusi perindustrian
ini, semakin banyak remaja yang dibelenggu masalah obesiti.

Punca obesiti dalam kalangan remaja pada masa ini ialah remaja tidak
mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. Pada zaman revolusi perindustrian ini,
makanan segera yang berkalori dan berlemak tinggi semakin banyak dihasilkan. Bagi
ibu bapa yang bekerja, hal ini memudahkan proses kehidupan kerana mereka
kesuntukan masa untuk menyediakan makanan anak lantaran terkejar-kejar ke tempat
kerja. Anak dibekalkan dengan makanan segera yang tidak berkhasiat.

Punca lain bagi masalah kegemukan dalam kalangan remaja ialah kurangnya
aktiviti bersukan dan beriadah. Remaja juga leka dengan hiburan di televisyen dan
radio. Remaja kini lebih selesa tidur, ditambah pula dengan sikap malas untuk
bersukan. Remaja cenderung melakukan aktiviti melepak, merokok dan merayau-
rayau. Sikap ini tentulah tidak mendatangkan kesedaran kepada para remaja untuk
menjaga kesihatan diri, malah mendekatkan remaja dengan gejala tidak sihat.

Masalah ini juga tercetus disebabkan sikap remaja itu sendiri. Sikap remaja
yang tidak berpendirian dan mudah terpengaruh apabila melihat iklan tentang
makanan ringan. Remaja yang tidak mengetahui implikasi yang akan dihadapi sebagai
akibat pengambilan berlebihan ini bertindak mengambil makanan yang berlemak serta
berkalori tinggi yang akan akhirnya mengundang obesiti.

Oleh itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak memakan makanan yang
berkhasiat. Masyarakat juga haruslah melakukan anjakan paradigma supaya dapat
membina keluarga yang anggotanya mempunyai badan yang sihat selaras dengan
hasrat kerajaan yang ingin melahirkan insan mempunyai badan yang cergas dan
minda yang cerdas.

Kerajaan juga diharapkan akan mengadakan kempen yang berterusan tentang


kesan dan keburukan obesiti. Komitmen daripada semua pihak sudah pasti dapat
merealisasikan usaha negara untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang
dan terbilang.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Punca Obesiti Remaja’


oleh Lim Jing Sheng , Dewan Siswa, Oktober 2016)

Modul Berfokus Set 2 8


Soalan 2: Pemahaman

[ 35 markah ]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tidak berpendirian. [ 2 markah ]

(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa langkah mengatasi masalah obesiti


dalam kalangan remaja.

Nyatakan langkah-langkah tersebut. [ 3 markah ]

(iii) Penampilan diri adalah sesuatu yang sangat penting kepada seseorang remaja.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara meningkatkan penampilan diri?

[ 4 markah ]

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek
moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda
merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka
bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.’

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang
terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat
untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya
batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu
sebagai warga kota.

Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang
sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan
runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula
budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng
ketaksuban dan kepentingan diri masing-masing.

Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, pihak dan etnik, warna kulit, bahasa
percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas
masing-masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

Modul Berfokus Set 2 9


(i) Mengapakah bonda mengatakan bahawa kota besar itu sudah hilang nilai
tradisinya ?
[ 2 markah ]

(ii) Negara kita ialah negara berbilang kaum.

Pada pandangan anda, bagaimanakah kita boleh mewujudkan perpaduan


dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
[ 4 markah ]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
persoalan lain dalam keseluruhan cerpen ini.
[ 3 markah ]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, endah apatah
pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik
alahkan?”

Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah Seri
Betara,”Segeralah engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu supaya
engkau kujadikan penggawa agung.”

Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan pak aji,
baiklah segera patik suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik
segera kerjakan seperti titah paduka Betara itu.”

Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke
Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh
orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.

Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun
singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun
menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun
sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya
dan saudagar.

(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah reaksi Kertala Sari setelah mendengar titah daripada Seri Betara?

[ 2 markah ]

Modul Berfokus Set 2 10


(ii) Nyatakan tindakan-tindakan Kertala Sari setelah di sampai di Melaka?
[ 3 markah ]

(iii) Keyakinan diri merupakan satu faktor kejayaan dalam hidup.

Bersetujukah anda dengan pernyataan ini? Berikan alasan anda.


[ 4 markah ]

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SANG GEMBALA KUDA

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd. Hashim Othman


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul Berfokus Set 2 11


(i) Berdasarkan rangkap 1, apakah cara yang dilakukan oleh lelaki tersebut untuk
menakut-nakutkan kuda yang sedang berada di padang?

[ 2 markah ]

(ii) Bidang penternakan dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan jika


diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Pada pandangan anda, apakah cara-cara untuk menjadi seorang penternak


haiwan yang berjaya?

[ 3 markah ]

(iii) Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam rangkap 2 hingga rangkap 3
sajak tersebut.
[ 4 markah ]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

(i) gerak
(ii) bergerak
(iii) tergerak
(iv) pergerakan
(v) menggerakkan
(vi) bergerak-gerak
[ 6 markah ]

(b) Tukar perbualan di bawah menjadi karangan biasa tanpa mengubah maksud
asalnya.

Chee Meng : Selamat sejahtera, cikgu. Adakah Cikgu Amira memanggil


saya ke sini?
Cikgu Amira : Ya, silakan duduk, Chee Meng. Tujuan saya memanggil kamu
ke bilik kaunseling ini disebabkan saya ingin menanyakan
masalah kamu. Saya lihat, prestasi pelajaran kamu merosot.
Chee Meng : Sebenarnya, saya sering sakit. Saya sukar tidur.
Cikgu Amira : Ibu bapa kamu maklum tentang masalah ini?

[ 6 markah ]

Modul Berfokus Set 2 12


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Masyarakat pelbagai kaum di negara ini mempunyai keyunikan tersendiri


terutamanya dari segi kegunaan dialek.

(ii) Pembinaan lintasan keretapi tanpa pagar membahaya keselamatan


penduduk di sekitar kawasan tersebut.

(iii) Kempen anti-dadah yang dilancarkan oleh kerajaan telah disambut baik
oleh remaja hasil galakkan daripada ibu bapa.

[ 6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kematangan fikiran merupakan pra syarat utama dalam kelahiran


pemidato yang hebat dalam arena perdebatan.

(ii) Pihak berkuasa mengarahkan supaya tiap barang yang dipaparkan di kedai
itu diletakkan tanda harga untuk mengelakkan penipuan.

(iii) Daging itu mereka perap dengan cili sos, garam, kicap dan rempah dari
malam hingga pagi.

[ 6 markah ]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang sesuai dengan maksud petikan tersebut.

Novel Harga Sebuah Maruah karya Azizi Abdullah memaparkan kisah


Cah sebagai watak utama, seorang ibu tua yang mengerjakan tanah sawah
yang ditinggalkan oleh arwah suaminya. Beliau mempunyai dua orang anak
lelaki, yang dipelihara dengan penuh kasih sayang, iaitu Sulaiman dan Hijrah.
Dua orang anaknya mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Sulaiman
lebih terpelajar berbanding dengan Hijrah yang hanya mendapat pendidikan di
sekolah kampung. Sulaiman hidup makan gaji di Kuala Lumpur, manakala
Hijrah pula hanya membantu Cah mengusahakan beberapa lot tanah sawah.
Konflik timbul apabila hak pengambilan tanah untuk projek pembangunan.
Cah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan tanah sawah
sumber rezekinya, malahan dianggap sebagai lambang maruahnya. Hijrah
bersama ibunya sanggup mempertahankan tanah sawah milik keluarganya,
tindakan Hijrah menyebabkan dia ditangkap dan dipenjarakan. Keberanian
Hijrah menimbulkan rasa bangga Cah apabila Hijrah tetap teguh dan tidak

Modul Berfokus Set 2 13


berganjak dengan tawaran jumlah wang yang bakal diberikan. Konflik
semakin meruncing apabila Sulaiman akan lupa asal usul dan menentang
hasrat ibunya dan mahu menjual tanah sawah itu kepada kerajaan.

[ 6 markah ]

Soalan 4 : Novel (Zon 1)

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin


(ii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(a) Huraikan dua persoalan kasih sayang berserta contoh yang sesuai dalam
sebuah novel yang anda kaji.
[ 7 markah ]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa
menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[ 8 markah ]

Soalan 4 : Novel (Zon 2)

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(ii) Tirani karya Beb Sabariah

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan
kegigihan yang terdapat pada watak utama.
[ 7 markah ]

(b) Watak utama memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada
pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa
yang menampakkan sikap kesungguhan watak utama demi mencapai matlamat
dan bukti yang menunjukkan kesungguhan itu.

Watak Utama Novel


Leftenan Adnan Leftenan Adnan Wira Bangsa
Waheeda Tirani

[ 8 markah ]

Modul Berfokus Set 2 14


Soalan 4 : Novel (Zon 3)

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor


(ii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sinopsis novel tersebut.

[ 7 markah ]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan
keberanian bagi setiap novel tersebut.
[ 8 markah ]

Soalan 4 : Novel (Zon 4)

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin


(ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
[ 7 markah ]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu konflik yang
berlaku antara watak utama dengan watak sampingan dan cara
penyelesaiannya.
[ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Modul Berfokus Set 2 15


SKEMA JAWAPAN KERTAS 1
BAHAGIAN A

CADANGAN KERANGKA KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

PENDAHULUAN

TEMA aktiviti gotong-royong mempunyai sejarahnya yang signifikan di negara


Malaysia
KELOMPOK semua ahli masyarakat yang tinggal di kawasan setempat perlu
melibatkan diri
ISU masih bersikap mementingkan diri – mereka tidak mahu memberikan
kerjasama
UNGKAPAN mereka bersikap bak enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing
ARAHAN mari kita sama-sama mengkaji faedah aktiviti gotong-royong kepada
masyarakat

IDEA 1

IDEA aktiviti gotong-royong dapat membentuk perpaduan nasional dalam diri


komuniti
H – SEBAB dapat berkenalan dengan penduduk berbilang kaum dan agama serta
budaya
CONTOH sama-sama membersihkan longkang dan sampah di kawasan dewan
orang ramai
H – KESAN mengenali budaya dan adat resam melalui perbualan sesama ahli
masyarakat
UNGKAPAN kita haruslah sedar bahawa tak kenal maka tak cinta – memahami
perbezaan
PENEGASAN perpaduan nasional dapat dibentuk dalam kalangan rakyat yang
bergotong-royong

IDEA 2

IDEA aktiviti gotong-royong melahirkan sifat kebertanggungjawaban dalam


diri komuniti
H – SEBAB memikirkan kepentingan bersama – lebih peka akan masalah yang telah
berlaku
CONTOH menjaga kebersihan di kawasan kejiranan untuk mengelakkan kes
demam denggi
H – KESAN kualiti kehidupan rakyat dapat ditingkatkan – mengurangkan kes
demam denggi
UNGKAPAN aktiviti tersebut memerlukan amalan bertolong-tolongan bagai aur
dengan tebing
PENEGASAN sifat kebertanggungjawaban dalam diri dibentuk melalui aktiviti
gotong-royong

Modul Berfokus Set 2 16


IDEA 3

IDEA aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan nilai kesukarelaan


dalam diri kita
H – SEBAB berkhidmat kepada masyarakat tanpa meminta balasan atau apa-apa
habuan
CONTOH berkorban masa dan tenaga agar dapat membersihkan kawasan tempat
tinggal
H – KESAN berjasa kepada masyarakat – menawarkan diri untuk berkhidmat kepada
negara
UNGKAPAN ingatlah peribahasa Melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat
janganlah sekali
PENEGASAN nilai kesukarelaan dapat dizahirkan melalui aktiviti gotong-royong
dalam komuniti

PENUTUPAN

TEMA aktiviti gotong-royong terlalu banyak faedahnya termasuklah yang di


atas
CADANGAN setiap kawasan petempatan haruslah menganjurkan aktiviti gotong-
royong
HARAPAN mewujudkan kesefahaman dan keharmonian dalam kalangan rakyat
kita
UNGKAPAN sama-sama kita menghayati moto Jata Negara, bersekutu bertambah
mutu
HURAIAN aktiviti kemasyarakatan ini membentuk kekuatan dalam diri rakyat
Malaysia
PENEGASAN faedah yang diperoleh daripada aktiviti gotong-royong mestilah kita
hayati

SAMPEL KARANGAN LENGKAP

Aktiviti gotong-royong mempunyai sejarahnya yang signifikan di negara


Malaysia. Semua ahli masyarakat yang tinggal di kawasan setempat perlu melibatkan
diri untuk menjayakan aktiviti gotong-royong. Walau bagaimanapun, amalan gotong-
royong yang telah menjadi darah daging masyarakat zaman dahulu semakin terpinggir.
Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat kini bersikap mementingkan diri bagai
enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Seterusnya, masyarakat
pada masa ini sibuk mencari sesuap nasi dan seteguk air dalam usaha mengejar arus
kemodenan perdana. Kesannya, nilai-nilai murni yang pernah menjadi amalan
masyarakat pada suatu ketika dahulu telah diabaikan. Persoalannya, apakah faedah
aktiviti gotong-royong?
Sebagai cetusan minda saya yang pertama, aktiviti gotong-royong dapat
membentuk perpaduan nasional dalam diri komuniti. Masyarakat dapat berkenalan
dengan penduduk berbilang kaum dan agama serta budaya. Selain itu, masyarakat
pelbagai kaum dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain melalui gotong-
royong. Sebagai contohnya, penduduk kampung bersama-sama membersihkan
longkang dan sampah di kawasan dewan orang ramai Kesannya, penduduk dapat
mengenali budaya dan adat resam melalui perbualan sesama ahli masyarakat.
Masyarakat akan berpegang pada peribahasa masuk ke kandang kambing mengembek,
masuk ke kandang kerbau menguak. Tuntasnya, perpaduan nasional dapat dibentuk
dalam kalangan rakyat yang bergotong-royong.

Modul Berfokus Set 2 17


Seterusnya, isi yang tidak boleh dikesampingkan ialah aktiviti gotong-royong
dapat melahirkan sifat kebertanggungjawaban dalam diri komuniti. Aktiviti ini
merupakan peluang keemasan untuk semua jiran berkumpul dan bekerjasama sambil
berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Masyarakat juga lebih peka akan
masalah yang telah berlaku dalam kawasan kejiranan. Masyarakat haruslah menjaga
kebersihan di kawasan kejiranan untuk mengelakkan kes demam denggi. Masyarakat
perlulah membersihkan longkang bersama-sama untuk mengatasi masalah tersebut.
Dengan berbuat demikian, kematian disebabkan wabak denggi yang telah meningkat
100 peratus dalam tiga bulan dapat dikurangkan. Kualiti kehidupan rakyat juga dapat
dikurangkan. Tegasnya, sifat kebertanggungjawaban dalam diri dibentuk melalui
aktiviti gotong-royong.
Tidak cukup dengan itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan nilai
kesukarelaan dalam diri kita. Hal ini dikatakan demikian lantaran penduduk dapat
berkhidmat kepada jiran tetangga tanpa meminta balasan atau apa-apa habuan.
Amalan ini membolehkan masyarakat mentransformasikan diri sebagai orang yang
lebih disukai dan diterima oleh masyarakat sekeliling. Misalnya, masyarakat
hendaklah berkorban masa dan tenaga mereka agar dapat membersihkan kawasan
tempat tinggal. Impaknya, mereka dapat menawarkan diri untuk berkhidmat kepada
negara dan berjasa kepada masyarakat. Masyarakat perlulah ingat akan peribahasa
Melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat janganlah sekali. Bukan itu sahaja,
mereka dapat memanfaatkan hujung minggu mereka dengan amalan yang bermanfaat.
Sesungguhnya, nilai kesukarelaan dapat dizahirkan melalui aktiviti gotong-royong
dalam komuniti.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong membawa banyak
kemaslahatan kepada diri kita. Setiap kawasan petempatan haruslah menganjurkan
aktiviti gotong-royong untuk mewujudkan kesefahaman dan keharmonian dalam
kalangan negara kita. Sekolah juga hendaklah menganjurkan aktiviti gotong-royong
pada waktu persekolahan pada akhir tahun supaya generasi muda dapat mengetahui
kepentingan amalan gotong-royong dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Seterusnya, kita hendaklah bersama-sama menghayati moto Jata Negara,
bersekutu bertambah mutu kerana aktiviti kemasyarakatan ini dapat membentuk
kekuatan dalam diri rakyat Malaysia. Apabila semua pihak menggembleng tenaga dan
memerah keringat bagi menjayakan amalan gotong-royong, nescaya bumi yang
diduduki akan menjadi tempat yang indah dan selamat selama-lamanya.

Modul Berfokus Set 2 18


BAHAGIAN B

1. Anda begitu mengagumi seseorang atas jasa dan pengorbanannya kepada


masyarakat dan negara.
Nyatakan tokoh yang anda kagumi itu dan huraikan persediaan anda untuk
mengikuti jejak dan teladannya.

Pendahuluan:
Tokoh tersohor Mahatma Gandhi pernah berkata, “Kekuatan tidak datang daripada
keupayaan fizikal, melainkan datang daripada kemahuan dan kegigihan”. Kata-
kata tersebut amat berkesan sebagai rangsangan kepada sesiapa sahaja yang mahu
mencapai kejayaan dan mencipta nama menjadi tokoh yang disegani. Sesungguhnya,
pejuang dan wira masyarakat akan datang dan pergi dan masing-masing mencipta
nama atas pengorbanan demi bangsa dan nusa. Dalam ledakan dunia dibadai oleh
penularan virus misteri Covid-19, begitu ramai tokoh dalam dunia perubatan sama ada
di persada global mahpun tempatan telah muncul dengan sumbangan masing-masing.
Sehubungan dengan itu, tokoh yang tidak asing lagi di negara kita yang mula tersohor
sebagai adiwira negara ialah Dr Norhisham Abdullah. Beliau ialah Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia (KPKM) yang merupakan jenderal terpenting membendung
penularan Covid-19 di negara ini. Sikap dedikasi, semangat juang dan keikhlasan
beliau menabur bakti kepada nusa tercinta amatlah saya kagumi. Kehebatan beliau
akan saya pasak sebagai monumen yang tidak akan luput sampai bila-bila. Dalam
mengaguminya, saya terinspirasi untuk menuruti jejak hebatnya menjadi anak muda
yang memiliki visi dan misi menjadi adiwangsa yang berguna kepada negara.

Isi 1: Saya hendaklah terlebih dahulu memperlengkap pakej diri dengan


persediaan mental dan fizikial
- Saya harus menjadi insan yang sihat, cergas dan berketerampilan tinggi
- ….menjaga kesihatan terutama dalam aspek pemakanan, riadah dan rehat
- ….menjauhi pengambilan makanan yang boleh merosakkan fizikal dan minda

Isi 2: Saya hendaklah bersungguh-sungguh dalam hal mencari ilmu


pengetahuan, kemahiran dan kepakaran.
- ….sebagai pakej untuk bersaing dalam dunia kerjaya
- ….memilih jurusan pengajian yang strategik, kebolehpasaran dan berdaya
saing
- ….memberikan tumpuan utama untuk belajar daripada melibatkan diri dalam
perkara lain yang kurang bermanfaat

Isi 3: Saya hendaklah bijak menghidu peluang kerjaya dan memberi komitmen
yang tinggi terhadap kerjaya yang dipertanggungjawabkan.
- ….menamatkan pengajian dengan jayanya dan memperoleh gred purata yang
cemerlang
- ….mengamalkan sifat rajin, telus dan bermotivasi tinggi melakasanakan
tanggungjawab
- Dengan pencapaian akademik yang tertinggi dan cemerlang saya akan kembali
menyumbangkan tenaga dan fikiran demi nusa tercinta
-

Modul Berfokus Set 2 19


Isi 4: Saya perlu menjaga sahsiah, emosi dan hubungan personal dan
interpersonal yang baik.
- ….sebagai pakej penting seseorang itu diiktiraf dalam komuniti atau pergaulan
- ….memperoleh ramai sahabat dan kenalan yang boleh membimbing ke jalan
yang lebih baik
- emosi akan seimbang dan jiwa sentiasa tenang

Isi 5: Saya hendaklah mendidik jiwa menjadi insan yang zuhud, amanah dan
qanaah kepada pencipta.
- ….penting sebagai sandaran memperoleh taufik dan hidayah Allah
- ….ikhlas dalam bekerja demi menjalankan amanah Tuhan
- …..melaksanakan segala tanggungjawab seperti suruhan agama,
meninggalkan semua perkara yang keji serta menjalinkan semangat ukhuwah dan
kasih sayang dengan semua insan.

Penutup/kesimpulan:
Peribahasa telah menyatakan, gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati
meninggalkan belang tetapi manusia mati meninggalkan nama. Oleh sebab itu, setiap
insan yang baik hendaklah bermanfaat kepada insan lain. Nama baik itu hendaklah
terpahat demi sumbangan kepada negara dan masyarakat. Sesungguhnya, saya amat
mengagumi akan kelibat Dato Dr Norhisham kerana dedikasi beliau tanpa mengenal
letih dan jemu menjadi jenderal di barisan hadapan untuk menangani Pandemik
Covid-19 yang masih mengganas. Tanpa insan yang cekal dan ikhlas seperti beliau
barangkali Malaysia juga akan berada sebaris dengan negara-negara yang masih
berhempas pulas memerangi wabak yang tidak mengenal erti kemanusiaan itu.
Sesungguhnya, saya teruja dan terinspirasi membakar semangat untuk menyepuh diri
di dalam acuan yang ideal agar dapat menjadi adiwangsa yang berguna kepada nusa.

2. Gejala penyakit dan ancaman wabak ialah fenomena yang tidak boleh
dijangkakan.
Huraikan peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar lebih peka dalam
menghadapi sebarang ancaman wabak dan penyakit.

Pendahuluan:
Nukilan peribahasa, geruh tidak berbunyi dan malang tidak berbau memberi kita
peringatan agar sentiasa mengamalkan sikap berwaspada dalam menangani sesuatu
musibah. Sikap membujur lalu melintang patah hendaklah dielakkan. Janganlah sudah
terhantuk baru hendak menengadah kerana dalam keadaan begitu nasi sudah menjadi
bubur. Oleh sebab itu, sediakan payung sebelum hujan dan ingat sementara belum
kena serta jimat sementara belum habis. Penularan Covid-19 yang telah menjangkiti 9
juta umat manusia di seluruh dunia dan lebih 500 ribu telah menemui ajal
memberikan impak paling negatif kepada insan sarwajagat. Di Malaysia juga lebih
9000 mangsa telah dijangkaiti dengan 125 orang menjadi korban. Fenomena yang
menakutkan itu sewajarnya menjadi peringatan dan kewaspadaan yang
dipertingkatkan. Oleh sebab itu, dalam skala yang lebih kecil ancaman wabak dan
penyakit hendaklah dikawal lebih awal bermula dari rumah, justeru ibu bapa
hendaklah memainkan peranan yang paling efisien.

Modul Berfokus Set 2 20


Isi 1: Ibu bapa sentiasa mengamalkan budaya bersih dan sihat dalam kehidupan
rumah tangga.
- ….menjadi suatu kebiasaan kepada anak-anak dan ahli keluarga bahawa
kebersihan ialah kehidupan
- ….sentiasa cakna terhadap elemen bersih, kemas dan sihat
- ….berasa tidak selesa dan berasa bersalah apabila keadaan persekitaran kotor
dan tidak menyihatkan
- Anak-anak membina jati diri bahawa sekiranya mahu sihat sihat amalkan
budaya bersih dan sihat.

Isi 2: Ibu bapa hendaklah menanamkan falsafah yang bersih itu sihat dan yang
kotor itu punca kepada segala masalah kesihatan.
- ….anak-anak membesar dan terdidik dengan amalan kebersihan
- ….anak-anak sejak kecil boleh membezakan antara yang baik dengan yang
buruk
- ….boleh mengaitkan apa-apa musibah dan mudarat kesihatan dengan gaya
hdup yang tidak sihat

Isi 3: Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak mendapat sumber


makanan yang bersih, halal dan berkhasiat.
- ….sebagai elemen utama tumbesaran yang sihat
- ….mengutamakan kewajipan memilih diet dan amalan makanan dan
pemakanan yang sihat
- ….setiap makanan yang jatuh ke dalam perut kita akan membentuk tingkah
laku, kesihatan dan kecergasan minda dan fizikal.

Isi 4: Ibu bapa hendaklah memiliki serba sedikit pengetahuan asas tentang
kesihatan, penggunaan ubat-ubatan dan amalan piawai kesihatan.
- ….boleh memberi pendidikan asas kesihatan kepada anak-anak
- ….cepat mengenalti segala punca masalah penyakit, jenis penyakit dan kaedah
rawatan
- ….mengamalkan gaya hidup sihat melalui asas amalan pemakanan, riadah dan
emosi yang stabil

Isi 5: Ibu bapa mendidik anak-anak dengan asas jiwa dan kerohanian yang
stabil, harmoni dan reda.
- ….mempunyai hubungan ketuhanan dan memilih jalan hidup yang diredai
- ….mengamalkan hidup yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi
- ….tidak mudah putus asa dan sentiasa berpegang kepada nilai Rabbaniyah
seperti reda, bersyukur, tawakal dan sabar

Penutup/kesimpulan: Peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke


perdu juga membawa maksud, tingkah laku atau pembawaan anak-anak
mencerminkan sikap dan pengaruh daripada ibu bapa. Oleh sebab itu, pengaruh ibu
bapa adalah amat besar dalam mencorakkan sikap dan fiil anak-anak. Andai baik
sahsiah dan didikan oleh ibu bapa justeru acuan tersebutlah yang akan membentuk
peribadi anak-anak. Sehubungan dengan amalan mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati, seyogia ibu bapalah yang menjadi pertahanan di barisan hadapan untuk
melahirkan keluarga yang sihat, aktif dan terhindar daripada segala mudarat wabak
dan gejala penyakit.

Modul Berfokus Set 2 21


3. Ancaman seperti Pandemik Covid-19 memang suatu penularan yang tidak
boleh dijangkakan. Penularannya telah mengakibatkan situasi tidak stabil
kepada sesebuah negara.
Bincangkan strategi (perancangan) negara dalam menghadapi ancaman
seumpama itu pada masa yang akan datang.

Pendahuluan:
Tahun 2020 merupakan tahun yang menjadi penanda aras dan sasaran kepada
kebanyakan negara, malahan kalangan individu juga menjadikan tahun ini sebagai
kemuncak hala tuju. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad
telah meletakkan penanda aras Wawasan 2020 sebagai wawasan gemilang untuk
Malaysia mencapai matlamat menjadi negara maju. Namun demikian, cahaya yang
terang tidak selama-lamanya bersinar, ada ketika mega mendung menjadi penghalang.
Begitulah halnya yang boleh diibaratkan dengan angkara Covid-19 yang telah
melanda atmosfera negara. Benarlah seperti yang dikatakan, “Manusia merancang,
Tuhan juga merancang sebaliknya perancangan Tuhan mengatasi segala-galanya”.
Sehubungan dengan itu, segala perancangan rapi yang telah diaturkan sejak puluhan
tahun hampir terkubur begitu sahaja. Walau bagaimanapun, sebelum nasi menjadi
bubur, justeru pelbagi strategi yang rapi hendaklah diaturkan agar segala musibah
yang tidak dijangka-jangka dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

Isi 1: Belajar daripada pengalaman beberapa peristiwa pandemik seperti SARS,


Aids dan yang terkini Covid-19, pihak kerajaan hendaklah merencanakan pelan
strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk melindungi rakyat dan
negara daripada ancaman wabak dan pelbagai penyakit.
- Aspek jangka pendek, negara hendaklah mempunyai stok ubat-ubatan dan
peralatan yang yang mencukupi untuk berhadapan dengan sebarang darurat serangan
wabak dan penyakit
- Aspek jangka panjang, kerajaan hendaklah mempersiapkan aspek logistik
kesihatan seperti jumlah hospital, klinik dan pasukan perubatan yang sentiasa
mencukupi dan bersiap siaga.
- ……membolehkan operasi secara pantas untuk menyelamatkan rakyat dan
negara daripada pandemik yang lebih serius – contoh tindakan pantas dan profesional
ketika berhadapan ancaman Covid-19

Isi 2: Kerajaan dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO hendaklah


memperkasakan kempen kesedaran terhadap kepentingan kesihatan awam,
“Rakyat Sihat Negara Sejahtera”.
- Kempen seumpama ini hendaklah dilaksanakan secara tetap – bukan sekadar
kempen bermusim dan memenuhi agenda
- Sambutan dan kempen hendaklah bertaraf kebangsaan yang melibatkan semua
agensi, NGO dan penglibatan rakyat di semua peringkat.
- ….natijah kepada kesedaran masyarakat yang semakin tinggi terhadap
kepentingan menjaga kesihatan

Isi 3: Kerajaan memperkemas pendidikan kesihatan awam secara berskala


besar sebagai agenda utama pembangunan negara.
- memantapkan silibus pendidikan kesihatan di peringkat sekolah
- pendidikan secara berterusan menerusi saluran media utama dan media
elektronik

Modul Berfokus Set 2 22


- minda rakyat sentiasa digembar-gemburkan dengan kebimbangan malapetaka
apabila amalan kesihatan diabaikan

Isi 4: Kerajaan wajarlah berusaha melahirkan lebih ramai cendekiawan dan


tokoh dalam bidang perubatan di samping memperbanyak institusi pengajian
yang berorientasikan perubatan dan kesihatan moden.
- …lebih banyak pengamal perubatan dalam sektor kerajaan mahupun swasta
dapat diwujudkan
- Negara memiliki sarjana dan pakar yang mencukupi dalam bidang perubatan
dan kesihatan
- …rakyat berpeluang memperoleh akses pengajian yang lebih luas dalam
bidang perubatan

Penutup/kesimpulan: Demikianlah suatu riwayat kehidupan yang tidak pernah


sunyi daripada cubaan dan dugaan. Dalam konteks serangan penyakit, dunia telah
dikejutkan dengan pelbagai krisis sejak tahun 1858 hingga kini seperti Skandal susu,
Spanish Flu, Arab Kolera, SARS, H1N1, Radang Lembu Gila dan terkini Covid-19
yang telah mengorbankan jutaan nyawa. Oleh sebab tu, setiap negara malah dunia
sejagat hendaklah bersiap siaga dengan pelbagai kemungkinan untuk berhadapan
dengan pelbagai cabaran. Sesungguhnya, Allah itu amat adil kerana memberi manusia
akal dan kebijaksanaan untuk merencanakan kehidupan yang indah dan bahagia.
Walau bagaimanapun, manusia akan terus diuji dengan pelbagai krisis sama ada
bencana alam mahupun wabak penyakit, justeru bersedialah dengan segala
kemungkinan, ibarat sediakan payung sebelum hujan.

4. Kerjasama global adalah amat mustahak untuk menyokong Pertubuhan


Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani segala isu kesihatan insan
sejagat.
Bincangkan kerjasama global dalam menjaminkan kualiti kesihatan umat
sejagat.

Pendahuluan:
Berpandukan data statistik 2018, penduduk dunia telah mencecah 7.5 bilion. Daripada
jumlah tesebut, lebih 800 juta penduduk yang mengalami masalah kebuluran,
manakala 52 juta sedang mengalami krisis kesihatan yang kronik dengan 17 juta yang
maut pada setiap tahun akibat krisis kesihatan dunia. Penyakit-penyakit menular
seperti Aids, Ebola, SARS, MERS-CoV, Aedes dan yang terkini ialah Covid-19
merupakan cabaran besar kepada WHO dan dunia untuk membebaskan umat sejagat
daripada pandemik yang tiada kesudahan. Meletakkan semua tanggungjawab
mencegah pelbagai penularan penyakit kepada WHO semata-mata tentulah suatu
tindakan yang tidak bijak. Setiap negara dan wilayah mempunyai ragam dan cara
hidup serta budaya yang berbeza termasuklah dalam ancaman kesihatan. Sehubungan
dengan perkara itu, kerjasama global adalah perlu dalam menangani sebarang
penularan agar kualiti kesihatan penduduk dunia lebih terjamin.

Isi 1: WHO sebagai badan induk organisasi kesihatan global hendaklah lebih
proaktif mempromosikan amalan pemerkasaan kesihatan kepada warga dunia.
- WHO bertanggungjawab menjalankan kempen kesedaran kesihatan terutama
dalam kalangan Negara Dunia Ketiga (negara-negara miskin)

Modul Berfokus Set 2 23


- ….menyalurkan maklumat kesihatan, sumbangan dana dan logistik perubatan
kepada negara-negara yang dilanda krisis pandemik, kebuluran, krisis kemanusiaan
dan bencana alam
- WHO hendaklah membuang sikap sebagai bos besar berautoriti yang
mementingkan keuntungan sama ada dalam aspek pengaruh politik, kewangan dan
darjat – ledakan Pandemik Covid-19 harus dijadikan iktibar atas kesombongan dan
kelesuan WHO
- ….mengelakkan konfrontasi dengan kuasa-kuasa besar dan negara-negara
blok ketiga tentang matlamat dan hala tuju WHO – konfrontasi seperti yang berlaku
antara Donald Trump dengan Tedros Adhanom (Ketua Ekskutif WHO) merupakan
suatu peristiwa yang malang kepada dunia

Isi 2: ….mewujudkan jaringan rangkaian maklumat perubatan di peringkat


global secara lebih berkesan atas falsafah nyawa setiap manusia adalah amat
berharga.
- ….tiada perasaan dengki, pilih kasih dan keutamaan darjat dalam perkara
kesihatan
- Insan sejagat hendaklah dididik untuk menginsafi akan peluang untuk hidup
dan menikmati kesejahteraan dunia adalah milik semua.
- Negara-negara kaya janganlah menjadikan aset perubatan dan teknologinya
untuk meraih kekayaan dan menindas kalangan yang lemah.
- Warga dunia haruslah menerima kebenaran bahawa penyakit tidak pernah
memilih bangsa, kuasa, senjata mahupun kekayaan – Covid-19 sudah cukup
memberikan keinsafan kepada negara-negara blok dunia pertama bahawa kekuatan
kuasa, senjata dan teknologi gagal membantu mereka bebas daripada ancaman wabak
misteri itu.

Isi 3: Kuasa-kuasa besar dunia hendaklah menghentikan misi mencengkan


dunia demi kemegahan, kuasa dan kekayaan.
- Kalangan kuasa besar sudah-sudahlah menjalankan kempen dengan paksi
kemegahan dan kesombongan – warga dunia semakin memerlukan kehidupan yang
bertoleransi, ukhuwah dan saling menghormati
- Sudah lebih tiga suku abad selepas tamat Perang Dunia Kedua, dunia tidak
pernah aman yakni satu situasi yang menghalang usaha damai dan melahirkan umat
manusia yang sihat dan cerdas gagal direalisasikan.
- Semua pihak perlu memupuk nilai kemanusiaan, kasih sayang dan insaf
bahawa tiada pihak yang akan bebas daripada ancaman bahaya wabak dan penyakit

Isi 4: Negara-negara maju dengan kerjasama WHO hendaklah memperkasakan


ujian R&D untuk menangani segala ancaman penyakit berjangkit dan
berbahaya agar umat sejagat bebas daripada segala ancaman penyakit
berbahaya.
- Kegagalan menemukan R&D oleh badan dunia mengakibatkan pandemik
seperti Aids, SARS dan Covid-19 gagal ditemui vaksin.
- Masyarakat dunia sedang berhadapan dengan bahaya penularan pelbagai
wabak penyakit.
- Negara-negara kaya dan badan dunia hendaklah mengeluarkan dana untuk
disumbangkan kepada WHO dalam usaha membuat penyelidikan untuk menemukan
vaksin.
-

Modul Berfokus Set 2 24


Penutup/kesimpulan:
Akal tidak sekali datang, fikir tidak sekali tiba merupakan peribahasa yang mengajari
insan supaya jangan berputus asa. Atas kudrat minda dan kebijaksanaan, insan harus
mengorak langkah ke hadapan. Segala musibah dan mudarat harus didepani secara
bijaksana, berlapang dada dan saling bekerjasama. Dalam konteks dunia sejagat, sikap
nafsi-nafsi yang mementingkan wilayah dan juzuk politik tidak wajar diamalkan
dalam dunia IT seperti sekarang. Sebaliknya amalan nilai murni dan kemanusiaan
melalui kerjasama rentas sempadan wilayah dan politik boleh menatijahkan situasi
menang-menang dalam menghadapi segala krisis global. Oleh itu, semua pihak
hendaklah kembali ke meja rundingan dan berdebatlah secara berhikmah agar
berpeganglah matlamat kedamaian dan kesejahteraan terpancar juga, bak kata
peribahasa sepanjang-panjang jalan berliku ada penghujungnya.

5. GERUH TIDAK BERBUNYI MALANG TIDAK BERBAU

Ungkapan di atas membawa maksud malapetaka atau bencana tidak pernah memberi
isyarat, memilih masa dan tempat untuk berlaku.
Bincangkan persediaan-persediaan awal sebelum ditimpa malapetaka dan bencana.

Pendahuluan:
Amalan berwaspada dan beringat-ingat seperti dalam peribahasa, ingat sementara
belum kena jimat sebelum habis banyak sekali mendidik kita agar lebih kritis dan
berhemat dalam mengambil sebarang tindakan. Terlanjur perahu boleh diundur,
terlajak laku celaka padahnya. Oleh sebab itu, sebarang tindakan hendaklah
berlandaskan pertimbangan akal yang waras. Haruslah diingat bahawa tragedi dan
malapetaka akan terjadi tanpa sebarang isyarat, justeru bersedialah dengan mental dan
emosi yang stabil apabila berhadapan dengan bencana yang tidak disangka-sangka.
Sehubungan dengan hal yang demikian langkah-langkah strategik secara jangka
pendek dan jangka panjang hendaklah direncanakan bak kata peribahasa, elok kata
dalam muafakat, buruk kata tidak dibicarakan.

Isi 1: Kewarasan dan kesabaran yang tinggi ialah anak kunci utama yang perlu
dipegang apabila berhadapan dengan sesuatu ujian yang getir.
- Kewarasan dan kesabaran boleh mengekang tindakan yang berpaksikan sikap
beraja di mata dan bersultan di hati
- Orang yang sabar dan waras bijak menggunakan pertimbangan dan hemat
untuk mengelak terjadi sesuatu yang tidak diingini
- Sebagai conto, ketika darurat dunia berhadapan dilema Covid-19, hanya
pemimpin dan masyarakat yang waras dan sabar sahaja yang mampu menyelamatkan
rakyat dan negara.

Isi 2: Sebarang tindakan yang akan diambil ketika menghadapi sebarang ujian
dan malapetaka hendaklah berlandaskan ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan
kepakaran.
- Setiap krisis yang melanda sama ada penyakit berbahaya, malapetaka alam
mahupun krisis kemanusiaan tidak akan dapat ditangani dengan nafsu semberono.
- Golongan yang pakar dan mahir sahaja yang boleh diberi tanggungjawab
menangani sesuatu krisis – hanya jauhari yang mengenal manikam.

Modul Berfokus Set 2 25


- ….hindari sikap membujur lalu melintang patah apabila berhadapan dengan
sesuatu ujian, darurat dan mudarat

Isi 3: Semua pihak sama ada individu, kumpulan mahupun pihak berwajib
hendaklah berwaspada dengan khabar angin dan berita palsu sebagai prakarsa
untuk mengelak sebarang masalah menjadi bertambah rumit.
- Berita palsu kini amat pantas menular dalam ledakan teknologi digital dan
media alternatif.
- ….maklumat yang disampaikan berbentuk separuh masak, tiada punca utama
dan bertujuan untuk mengadu-domba
- …boleh merumitkan keadaan dan mengucar-kacirkan ketenteraman dan
keharmonian masyarakat

Isi 4: Pihak berkuasa hendaklah menyelaraskan semua penyebaran maklumat


secara tepat, berintegriti yang dikelolakan oleh agensi yang
dipertanggunjawabkan.
- Semua punca maklumat dan berita hendaklah disahkan benar oleh pihak
berkuasa seperti polis, Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
- Tindakan tegas dalam bentuk penguatkuasaan undang-undang hendaklah
diambil ke atas penyebar berita palsu dan fitnah
- ….mengekang semua khabar angin sama ada dalam bentuk sebaran media
mahupun berita palsu dalam komuniti
- ….mengelak situasi panik dan keadaan bertambah rumit

Isi 5: Pihak kerajaan hendaklah mewujudkan sebuah dana dalam bentuk


tabung bencana alam dan peralatan logistik ketika darurat.
- Merupakan tabung bantuan kemanusiaan yang diwujudkan di bawah
Kementerian Kewangan
- ….sebagai dana bantuan segera kepada mangsa malapetaka
- ….mempermudah urusan operasi bantuan dan menyelamat mangsa bencana

Kesimpulan/penutup: Benarlah bak kata orang, hidup ini sebagai suatu perjuangan,
susah dan senang adalah silih berganti. Bukan semua yang dirancangkan dengan
impian yang muluk dan indah akan dikecapi dalam kepuasan yang maksimum,
sebaliknya ada yang terbentur di pertengahan jalan. Demikianlah seperti sindiran
peribahasa, sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Oleh hal yang demikian, kebijaksanaan merancangkan strategi yang tepat akan
menjadi senjata yang ampuh untuk kita berhadapan dengan apa-apa jua ujian yang
getir. Jikalau tersalah kembalilah ke pangkal jalan, ibarat sesat di hujung jalan
kembalilah ke pangkal jalan.

Sumbangan: Tuan Haji Ishak bin Md. Shah

Modul Berfokus Set 2 26


SKEMA JAWAPAN KERTAS 2

PERATURAN PEMARKAHAN

Soalan 1 (Rumusan)

Markah penuh 30 dibahagikan kepada:


(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]


Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
- nama khas
- perkataan berulang
- penggunaan kata depan di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja
sebelum diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12


16
(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv)Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut:
Peringkat Markah Markah Huraian Bahasa
Isi Bahasa
Baik 18 - 20 09 - 10 - Kesinambungan isi baik
15 - 17 07 - 09 - Struktur ayat/tatabahasa baik
- Kosa kata luas
- Tanda baca/ejaan betul

Modul Berfokus Set 2 27


Sederhana 12 - 14 06 - 07 - Kesinambungan isi masih baik
08 - 11 04 - 06 - Struktur ayat/ tatabahasa masih
memuaskan
- Kosa kata masih memuaskan
- Tanda baca/ejaan juga memuaskan
Lemah 01 - 07 01 - 04 - Pada keseluruhannya dalam serba
kekurangan/ tidak memuaskan

Nota:
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat
walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0
markah.
(iv) Jika rumusan kurang 120 perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah Bahasa, Maksimum: 10 markah]

Skema Jawapan:
Pendahuluan [2 markah]
P1 Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor obesiti dalam kalangan
remaja di Malaysia. [2 markah]
P2 Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor obesiti dan masa depan
remaja. [2 markah]
P3 Rumusan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor obesiti dan kesannya
kepada diri remaja. [2 markah]
P4 Rumusan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor obesiti . [1 markah]
P5 Petikan / Rumusan membincangkan punca-punca obesiti dan kesannya
kepada diri remaja. . [0 markah]

Isi-isi tersurat (Punca-punca obesiti )


[ 4 hingga 12 markah ]
S1 remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. [2 markah]
S2 makanan segera yang berkalori dan berlemak tinggi semakin banyak
dihasilkan. [2 markah]
S3 Anak dibekalkan dengan makanan segera yang tidak berkhasiat. [2 markah]
S4 kurangnya aktiviti bersukan berberiadah. [2 markah]
S5 Remaja juga leka dengan hiburan di televisyen dan radio. [2 markah]
S6 Remaja kini lebih selesa tidur, ditambah pula dengan sikap malas untuk
bersukan. [2 markah]
S7 Remaja cenderung melakukan aktiviti melepak, merokok dan merayau-rayau.
[2 markah]
S8 Sikap remaja yang tidak berpendirian. [2 markah]
S9 mudah terpengaruh apabila melihat iklan tentang makanan ringan. [2 markah]

Isi-isi tersirat (Kesan obesiti kepada remaja)


[ 4 hingga 12 markah ]
T1 hilang keyakinan diri - kemurungan & pengasingan sosial. [2 markah]
T2 risiko mendapat penyakit adalah tinggi. [2 markah]
T3 kurang aktif. [2 markah]

Modul Berfokus Set 2 28


T4 menjadi mangsa buli. [2 markah]
T5 kemakmuran dan kesejahteraan negara [2 markah]

Kesimpulan [2 markah]
1. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menangani masalah obesiti
dalam kalangan remaja agar modal insan bertaraf dunia dapat dilahirkan.
[2 markah]
2. Kesimpulannya, masalah obesiti dalam kalangan remaja hendaklah ditangani
dengan segera.
[1 markah]

Soalan 2 (Pemahaman)

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2 (a) : 9 markah


Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2 (a) hingga 2 (d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis 2
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Jawapan tidak tepat / salah 0

2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan dan ayat tidak gramatis 0

3. Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi kurang lengkap/ kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan dan ayat tidak gramatis 0

Modul Berfokus Set 2 29


Soalan 2(a) : Petikan Umum
Soalan 2(a) - Petikan umum:
(i) Maksud rangkai kata tidak berpendirian: [Maksimum: 2 markah]
P1 tiada / pegangan yang kuat / pemikiran yang sentiasa berubah-ubah 2
P2 tidak mempunyai pendirian 1
P3 tidak pendirian 0
(ii) Langkah mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja:
[Isi cukup - 2 isi] [Maksimum: 3 markah]
P1 Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak memakan makanan yang
berkhasiat.
P2 Masyarakat juga haruslah melakukan anjakan paradigma
P3 Kerajaan juga diharapkan akan mengadakan kempen yang berterusan
tentang kesan dan keburukan obesiti.
P4 Komitmen daripada semua pihak
(iii) Cara meningkatkan penampilan diri:
[Isi cukup - 3 isi tanpa huraian]
[Isi cukup - 2 isi dengan huraian] [Maksimum : 4 markah]

P1 Menjaga penampilan dan kebersihan diri ketika berhadapan dengan


orang lain
P2 Minda dan tindakan sentiasa positif - menerapkan sikap serta
semangat yang positif
P3 Pemilihan pakaian yang sesuai mengikut acara yang akan dihadiri.
P4 Mempunyai matlamat yang jelas untuk masa hadapan.
P5 Memakai aroma yang wangi untuk mewujudkan aura positif

Soalan 2(b) :Pemahaman Prosa Moden


Soalan 2(b) - Petikan Cerpen:
(i) Kota besar itu sudah hilang nilai tradisinya kerana:
[Maksimum: 2 markah]
P1 Dibangunkan dengan kempen dan slogan yang sarat dengan api 1
prasangka.
P2 Kempen itu bersifat prejudis. 1
P3 Penduduknya berbilang bangsa dan budaya. 1
P4 Bahasa yang bercampur aduk. 1
(ii) Cara-cara mewujudkan perpaduan:
[Isi cukup - 2 isi] [Maksimum: 3 markah]
P1 Mengadakan gotong-royong di kawasan perumahan.
P2 Mengadakan sambutan Rumah Terbuka.
P3 Menjalin hubungan yang baik dengan jiran tetangga berbilang bangsa.
P4 Sentiasa hidup dalam suasana bertolak ansur dan toleransi.
(iii) Satu persoalan dalam petikan cerpen: [Maksimum : 2 markah]
P1 o Persoalan perbezaan kaum yang memperjuangkan identiti masing- 1+1
masing.
o Huraian: Hal ini jelas digambarkan oleh masyarakat yang berbeza
ideologi dan pemahaman masing-masing.
P2 Persoalan prasangka buruk memecah-belahkan masyarakat. 1+1
Huraian: Masyarakat kota yang saling berprasangka buruk antara satu
sama lain hingga meruntuhkan masyarakat itu sendiri.

Modul Berfokus Set 2 30


Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen:
[Maksimum : 2 markah]
P1 Persoalan tentang perasaan cinta akan negara. 1+1
Huraian: Penulis amat mencintai negaranya ,dia mahu kedamaian
terus wujud di sini dan sangat bimbang berlakunya kekacauan di
negaranya.
P2 Persoalan tentang sikap anak-anak muda yang memandang rendah 1+1
terhadap bahasa dan budaya bangsa.
Huraian: Mel mendapati anak-anak muda di kota semakin hilang harga
diri, menjual bahasa ibunda tanpa segan silu dan bergaul secara bebas.

Soalan 2(c) :Pemahaman Prosa Tradisional


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional:
(i) Reaksi Kertala Sari setelah mendengar titah daripada Seri Betara:
[Maksimum: 2 markah]
P1 Kertala Sari dengan yakinnya mengatakan sekiranya dia mampu 2
mengalahkan negeri Daha apatah lagi tugas untuk mengalahkan negeri
Melaka adalah mudah baginya.
(ii) Tindakan-tindakan Kertala Sari setelah di sampai di Melaka:
[Isi cukup - 2 isi] [Maksimum: 3 markah]
P1 Dia singgah di luar kota perkampungan orang Jawa.
P2 Dia menyamarkan diri sebagai orang Jawa di sana.
P3 Dia pun bersiar-siar/berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan/tempat
tinggal saudagar ataupun penduduk Melaka yang kaya raya.
P4 Dia bertujuan meninjau di seluruh kawasan tersebut untuk melaksanakan
niat jahatnya.
(iii) Keyakinan diri merupakan satu faktor kejayaan dalam hidup.
Bersetujukah anda dengan pernyataan ini? [Maksimum : 3 markah]
P1 Ya, saya bersetuju dengan pernyataan ini.
Alasan: Keyakinan diri merupakan satu faktor kejayaan dalam hidup
kerana manusia yang mempunyai keyakinan diri akan berani untuk
mencuba dan mengambil risiko. Sekiranya seseorang individu tersebut
tidak berani untuk mencuba atau mengambil risiko, bagaimanakah
seseorang individu tersebut akan tahu sama ada dirinya akan berjaya
ataupun tidak? Selain itu, pada kebiasaannya seseorang individu yang
berkeyakinan diri juga lebih berpeluang untuk meninggalkan tanggapan
positif kepada orang lain. Apabila tanggapan positif dapat diwujudkan,
maka pelbagai peluang akan lebih terbuka kepada seseorang tersebut
contohnya peluang pekerjaan ataupun peluang untuk mendapat biasiswa.
o
P2 Tidak, saya tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Alasan: Keyakinan diri bukan merupakan satu faktor kejayaan yang
mutlak. Banyak perkara yang mampu mengubah nasib dan menentukan
kejayaan hidup seseorang. Dalam dunia yang serba mencabar ini,
kejayaan memerlukan usaha, ilmu dan pelbagai kepakaran dan bukan
sekadar keyakinan diri sahaja. Selain itu, keyakinan yang melampau
(overconfident) sebenarnya mampu memusnahkan kehidupan seseorang.
Contohnya sudah jelas dalam cerita Kepimpinan Melalui Teladan
tersebut. Keyakinan yang melampau dalam diri Kertala Sari
menyebabkan dirinya berubah menjadi angkuh sehinggakan dia

Modul Berfokus Set 2 31


menganggap bahawa dia dapat memusnahkan negeri Melaka, Sultan
Melaka dan Laksamana dengan senang sahaja. Keyakinan yang
melampau inilah yang akhirnya memusnahkan dirinya.

Soalan 2(d) :Pemahaman Puisi


Soalan 2(d) - Sajak:
(i) Cara yang dilakukan oleh lelaki tersebut: [Maksimum: 2 markah]
P1 Merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda- 1
kuda itu
P2 Menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke 1
kandang.
(ii) Cara-cara menjadi penternak yang berjaya:
[Isi cukup - 2 isi] [Maksimum: 3 markah]
P1 Mempunyai minat dan sentiasa berfikiran positif dengan pelbagai
cabaran yang bakal dihadapi.
P2 Membuat perancangan dengan teliti yang berkaitan dengan modal, tanah
dan kandang ternakan
P3 Pergi mendapatkan latihan atau kursus yang berkaitan dengan bidang
yang diceburi.
P4 Selalu mendapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada orang yang
berjaya.
(iii) Dua gaya bahasa yang terdapat pada rangkap 2 hingga rangkap 3 :
[Maksimum : 4 markah]
P1 Personifikasi. Contohnya: Pacuannya diiringi seribu keberanian – 1+1
rangkap 3, baris 4.
P2 Hiperbola. Contohnya : Dimamah rakus kala lapar – rangkap 2, 1+1
baris 3.
P3 Sinkope. Contohnya: Tak peduli nasib diri setelah kenyang – rangkap 2, 1+1
baris 4.

Soalan 3 (Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa)

Markah penuh iaitu 30 markah dibahagikan kepada :


Soalan 3 (a) : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul


2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada
keseluruhan soalan
3. Kata yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah
4. Kata yang digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi
setiap ayat
7. Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu
ayat

Modul Berfokus Set 2 32


8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya
9. Ayat tidak jelas, tolak ½ markah
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan) berikan 0 markah

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

3(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah.

Maksud perkataan
(i) gerak
a) perpindahan tempat
b) denyut, kenyat-kenyut
c) alamat, petanda, gelagat

(ii) bergerak
a) bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat
b) berangkat, pergi, menuju
c) berusaha berikhtiar, bertindak

(iii) tergerak
- bergerak dengan tiba-tiba, telah digerakkan

(iv) pergerakan
- kebangkitan

(v) menggerakkan
a) menjadikan atau mengakibatkan bergerak
b) menjadikan aktif
c) membangunkan

(vi) bergerak-gerak
- bergoyang

Ayat contoh:
(i) gerak
Gerak hatinya menyatakan bahawa pemuda itu bukanlah orang yang baik.

(ii) bergerak
Basikal itu bergerak menggunakan kuasa bateri.

(iii) tergerak
Hati Zaidah tergerak untuk ke rumah Mak Timah yang terletak di hujung
kampung.

Modul Berfokus Set 2 33


(iv) pergerakan
Pergerakan Kassim terbatas sejak kakinya patah akibat kemalangan jalan
raya.

(v) menggerakkan
Kamariah menggerakkan Persatuan Wanita di Kampung Sentosa supaya
lebih aktif.

(vi) bergerak-gerak
Daun pokok kelapa itu bergerak-gerak ditiup angin.

3 (b) Tukarkan perbualan di bawah menjadi karangan biasa tanpa mengubah


maksud asalnya.

Chee Meng memberikan salam kepada Cikgu Amira lalu dia menanyakan Cikgu
Amira sama ada gurunya itu memanggil dia ke situ atau tidak. (Ayat 1) Cikgu Amira
mengeyakan soalan Chee Meng lalu menyuruhnya duduk.(Ayat 2) Cikgu Amira
menyatakan bahawa tujuannya memanggil Chee Meng ke bilik kaunseling itu kerana
dia ingin menanyakan masalah Chee Meng. (Ayat 3) Cikgu Amira menerangkan
bahawa menerusi pemerhatiannya, prestasi pelajaran Chee Meng merosot.(Ayat 4)
Chee Meng menyatakan bahawa sebenarnya dia sering sakit sehingga dia sukar tidur.
(Ayat 5) Cikgu Amira bertanya kepada Chee Meng sama ada ibu bapanya tahu
tentang masalah itu. (Ayat 6).

3(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.

Bil Kesalahan Pembetulan


(i) keyunikan keunikan
kegunaan penggunaan
(ii) keretapi kereta api
membahaya membahayakan
(iii) anti-dadah antidadah
galakkan galakan

3(d) Kesalahan penggunaan kata dan kesalahan tatabahasa.

Bil Kesalahan Pembetulan


(i) pra syarat prasyarat
kelahiran melahirkan
(ii) tiap tiap-tiap / setiap
dipaparkan dipamerkan
(iii) mereka perap diperap oleh mereka
cili sos sos cili
3(e) Peribahasa
1. bagai menatang minyak yang penuh
2. bagai langit dengan bumi
3. biar putih tulang, jangan putih mata
4. gelap mata
5. bagai kacang lupakan kulit

Modul Berfokus Set 2 34


Soalan 4 : Novel

(15 markah)

Soalan 4 (Zon 1)

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua persoalan kasih sayang
berserta contoh yang sesuai.
[7 markah]

Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas


1.Persoalan kasih sayang anak 1. Persoalan kasih sayang suami
terhadap ibu terhadap isteri
Contohnya, Lili tetap menurut kemahuan Contohnya, Embong amat menyayangi
ibunya yang meminta dia bercuti di isterinya Saleha. beliau tetap menyayangi
kampung halaman ibunya di kampong isterinya walaupun Saleha menghidapi
Sentosa walaupun pada awalnya Lili agak tekanan mental.
keberatan kerana telah mempunyai
perancangan untuk menghabiskan waktu
cuti dengan kawan-kawannya.
2.Persoalan kasih sayang ibu terhadap 2.Persoalan kasih sayang bapa
anak terhadap anak-anak
Contohnya, Ibu Lili membantu Lili Contohnya, Embong amat sayang akan
membantu Lili mengeringkan tubuhnya anak-anaknya. Dia berusaha untuk
dengan tuala sambil memberi nasihat menguruskan anak-anaknya semasa
supaya menjaga tingkah laku semasa isterinya dimasukkan ke hospital. Semasa
berada di kampung. dia dipatuk ular, dia berpesan kepada
Dahlia untuk menjaga adik-adiknya
dengan baik dan memberitahu tentang
wang yang disimpannya di rumah bagi
mengelakkan anak-anaknya terbiar
semasa ketiadaannya

3.Persoalan kasih sayang nenek 3.Persoalan kasih sayang cucu


terhadap cucu terhadap nenek
Contohnya, Nenek menasihati Lili agar Contohnya, Dahlia telah menjaga Nek
tidak mencampuri urusan rumah tangga Kiah yang sakit sehinggga sembuh
Che Jah demi keselamatan Lili kerana walaupun Nek Kiah membenci dan
Nenek mengganggap Lili masih belum menghina mereka sekeluarga.
matang .
4.Persoalan kasih sayang datuk 4.Persoalan kasih sayang anak
terhadap cucu terhadap ibu
Contohnya, Datuk menasihati Lili agar Contohnya, Dahlia terus mencari ibunya
tidak mencampuri urusan rumah tangga di kebun getah setelah diberitahu oleh
Che Jah kerana Datuk beranggapan jika Melati ibu mereka tidak ada di rumah.
Che Jah tertekan dengan masalah yang Contohnya, Dahlia pergi ke Hospital
dihadapinya sudah lama dia membuat Permai dengan menaiki teksi untuk
laporan polis dan mengikut nasihat orang melawat ibunya Saleha yang dirawat
kampung. kerana tekanan perasaan.

Modul Berfokus Set 2 35


5.Persoalan kasih sayang kakak
terhadap adik-adik
Contohnya, Dahlia terus mendapatkan
adiknya Anggerik yang sedang menangis
kelaparan sewaktu sampai ke rumah dan
memarahi Melati kerana membuat susu
cair kepada Anggerik.
Contohnya, Dahlia meminta Melati pergi
ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu
*Pernyataan persoalan kasih sayang – 1m dan barang keperluan secara berhutang.
Huraian / Contoh – 1 m 6.Persoalan kasih sayang anak
Isi – 4 markah terhadap ayah
Bahasa – 3 markah Contohnya, Dahlia pergi ke Hospital Batu
Jumlah : 7 markah Pahat untuk melawat ayah yang
dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa
menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas


1. Peristiwa datuk Lili menyembuhkan 1. Peristiwa Dahlia sanggup terjun ke
penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dalam sungai untuk menyelamatkan Said
dengan menggunakan rawatan tradisional yang lemas.
melalui penggunaan herba. Alasan:
Alasan: Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sifat berani yang ada pada
saya kerana penggunaan herba dalam watak utama yang sanggup menghadapi
perubatan tradisional ini dapat membantu sebarang risiko dengan berani terjun ke
menyembuhkan pesakit yang tidak mahu dalam sungai yang berarus deras itu demi
pergi ke hospital kerana kos rawatan yang menyelamatkan nyawa orang lain.
tinggi.
2. Peristiwa Geetha, dan Danel mewakili 2. Peristiwa Dahlia sanggup berkorban
golongan remaja yang bekerjasama dengan keluar dari asrama kerana ingin
dengan Lili untuk menyelesaikan menguruskan adik-adiknya yang masih
masalah orang-orang kampung yang kecil setelah ibunya dimasukkan ke
kurang bersetuju dengan pembinaan hospital akibat kemurungan walaupun
masjid baharu, sebaliknya hanya mahu peperiksaan STPM hanya tinggal
kubah dipasang di surau yang sudah lama beberapa bulan sahaja lagi,
usianya. Alasan:
Alasan: Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana watak utama sanggup
saya kerana walaupun berlainan bangsa berkorban dan lebih mengutamakan
dan agama, mereka sanggup membantu kepentingan keluarga daripada
untuk menyelesaikan masalah penduduk kepentingan dirinya sendiri yang akan
beragama Islam yang berkaitan dengan menduduki peperiksaan STPM tidak lama
surau di Kampung Sentosa. lagi.
3. Peristiwa Lili telah diculik oleh Rafiq 3. Peristiwa tauke Lim menyumbangkan
dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan barang-barang keperluan untuk Majlis
seluruh penduduk kampung. Dia telah Mauludir Rasul yang diadakan di

Modul Berfokus Set 2 36


dilarikan dan disembunyikan di sebuah Kampung Parit Haji Rais walaupun dia
tempat. Sebagai seorang sahabat, Danel berbangsa Cina.
telah berusaha untuk menjejaki Lili dan Alasan:
dia akhirnya telah berjaya Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
menyelamatkan Lili daripada Rafiq dan saya kerana walaupun berlainan bangsa
Haziq. dan agama kita mestilah bersedia
Alasan: membantu dan menyumbangkan apa-apa
Peristiwa ini berjaya menarik perhatian yang mampu kepada sesiapa sahaja tanpa
saya kerana menunjukkan semangat mengira status, kaum dan agama.
setiakawan yang tinggi dan berusaha
menyelamatkan sahabat yang dalam
kesusahan.
4. Peristiwa Lili memaafkan kesalahan 4. Peristiwa Dahlia amat menghargai kain
Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, songket berbenang emas berwarna merah
walaupun tindakan mereka itu tidak baik. yang dihadiahkan oleh Azhari dan
Alasan: Dahlia berjanji akan menjaga jati dirinya
Peristiwa ini berjaya menarik perhatian walaupun di mana-mana jua dia berada.
saya kerana kesanggupan memaafkan Alasan:
orang yang pernah melakukan kesalahan Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
untuk memberikan pengajaran supaya saya kerana kita mestilah menghargai
kita mestilah memaafkan kesalahan orang apa-apa sahaja pemberian orang lain
lain walaupun orang tersebut pernah kepada kita dan simbolik di sebalik
melakukan perkara yang tidak baik pemberian kain songket berbenang emas
kepada kita. agar watak utama tidak lupa jati dirinya
walau di mana-mana jua dia berada.
5. Peristiwa nenek Lili berusaha mencari 5. Peristiwa Nek Kiah menerangkan
bekas kemenyan yang diberikan oleh kegunaan dan pengertian sirih pinang
pesakit datuk, iaitu Puan Lecthumi yang sebagai simbol budaya dalam adat
telah hilang. Nenek tetap berusaha perkahwinan bangsa Melayu secara
mencarinya sehingga berjaya menemukan mendalam kepada Dahlia.
bekas kemenyan tersebut kerana datuk Alasan:
dan nenek amat menghargai pemberian Peristiwa ini menarik kerana penerangan
orang lain. itu dapat memberikan pengetahuan dan
Alasan: ilmu yang amat berguna kepada para
Peristiwa ini berjaya menarik perhatian pembaca.
saya kerana kita mestilah menghargai
apa-apa sahaja pemberian orang lain
kepada kita.

***MARKAH :
1 Peristiwa – 2m
1 Alasan – 1m

Modul Berfokus Set 2 37


Soalan 4 (Zon 2)

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan kegigihan
yang terdapat pada watak utama.
[7 markah]
Novel Leftenan Adnan Novel Tirani
Contoh Jawapan (1) Contoh Jawapan (1)
Novel Tingkatan 4 yang telah saya kaji Novel Tingkatan 5 yang telah saya kaji
ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Novel Tirani karya Beb Sabariah,
karya Abdul Latip bin Talib, persoalan persoalan kegigihan yang terdapat pada
kegigihan yang terdapat pada watak watak utama iaitu watak Waheeda ialah
utama iaitu watak Leftenan Adnan ialah persoalan sikap gigih dalam
persoalan kegigihan dalam mencapai memajukan perniagaan keluarga.
sesuatu yang diingini. Sebagai contoh, Sebagai contoh Waheeda gigih
Adnan gigih berlatih menghafal teks mengembangkan perniagaan Chalet Tajau
syarahan Bahasa Inggeris yang Emas milik keluarganya dengan
disertainya walaupun baru sebulan menyediakan pakej pelancongan yang
bersekolah di sekolah Inggeris itu dan berbentuk ekopelancongan dan
akhirnya hasil sikap gigihnya itu beliau agropelancongan kepada pengusaha
berjaya menjadi johan dalam walaupun mendapat saingan sengit
pertandingan tersebut. daripada pengusaha hotel dan chalet yang
lain.
Contoh Jawapan (2) Contoh Jawapan (2)
Novel Tingkatan 4 yang telah saya kaji Novel Tingkatan 5 yang telah saya kaji
ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Novel Tirani karya Beb Sabariah,
karya Abd.Latip bin Talib, persoalan persoalan kegigihan yang terdapat pada
kegigihan yang terdapat pada watak watak utama iaitu watak Waheeda ialah
utama iaitu watak Adnan ialah persoalan kegigihan dalam
persoalan sikap kegigihan dalam memajukan perniagaan. Sebagai
mencapai cita-cita. Sebagai contoh, contoh, Waheeda gigih mencari jalan
Adnan gigih menamatkan latihan untuk memajukan perniagaan chalet yang
ketenteraan yang diikutinya di Kem Haig Iwani-Iwani baru dibelinya dengan
Lines, Port Dickson walaupun ada dalam membuat pinjaman bank daripada tabung
kalangan kawan-kawannya yang berhenti usahawan siswazah untuk memulakan
lebih awal kerana tidak tahan dengan perniagaan pelancongannya itu.
corak latihan yang perlu dijalani.

(b) Watak utama memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada
pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang
menampakkan sikap kesungguhan watak utama demi mencapai matlamat dan bukti yang
menunjukkan kesungguhan itu.

Watak Utama Novel


Leftenan Adnan Leftenan Adnan Wira Bangsa
Waheeda Tirani

[ 8 markah ]

Modul Berfokus Set 2 38


Novel Leftenan Adnan
Peristiwa Bukti Kesungguhan
P1 – Kesungguhan watak utama - Bukti yang menunjukkan kesungguhan
mencapai cita-cita untuk menjadi askar. watak utama mencapai cita-cita ialah
Adnan yang bertugas sebagai guru tetap Adnan sanggup memujuk ibunya agar
menyimpan hasrat untuk menjadi askar membenarkan dia menjadi tentera. (1M)
walaupun dihalang oleh ibunya. Secara
diam-diam Adnan telah pergi ke kem - Bukti yang menunjukkan kesungguhan
ketenteraan di Port Dickson untuk menjadi watak utama mencapai cita-cita ialah
tentera dan sanggup menjalani latihan Adnan sanggup menjalani latihan
yang lasak. (2M) ketenteraan yang lasak. (1M)
P2 – Kesungguhan watak utama Bukti yang menunjukkan kesungguhan
mempertahankan negara. watak utama mempertahankan negara
Leftenan Adnan dan sekumpulan askar ialah Leftenan Adnan telah mati dibunuh
Melayu berjuang bersungguh-sungguh tentera Jepun hingga perutnya terburai.
menentang tentera Jepun. Walaupun (1M)
kehabisan peluru, mereka sanggup
berjuang menggunakan bayonet hingga ke
titisan darah yang terakhir. (2M)
Novel Tirani
Peristiwa Bukti Kesungguhan
P1 – Kesungguhan watak utama Bukti yang menunjukkan kesungguhan
mengembangkan perniagaan keluarga. watak utama mengembangkan
Waheeda yang bangkit daripada penyakit perniagaan keluarga ialah Waheda
kemurungan akibat diceraikan oleh Zahid berjaya membeli chalet Iwana Iwani
telah merancang untuk membuat pinjaman yang ditukar menjadi Aya-Sajinah dan
daripada Bank Pembangunan Siswazah menguruskan chalet tersebut bersama
untuk membeli chalet Iwana Iwani di Izzati. (1M)
Cameron Highland. Sebelum ini keluarga
Waheeda hanya menguruskan chalet Tajau
Emas di Sarawak sahaja. (2M)
P2 – Kesungguhan watak utama dalam Bukti yang menunjukkan kesungguhan
usaha membetulkan kerosakan pada watak utama untuk melakukan
wajahnya dengan pembedahan plastik. pembedahan plastik ialah Waheeda
Waheeda telah mengalami kecederaan sanggup ke Singapura seorang diri dan
yang teruk dibahagian muka akibat sanggup menanggung risiko
serangan monyet Belanda di chalet Tajau pembedahan selama 12 jam. (1M)
Emas. Waheeda telah pergi ke Singapura
untuk melakukan pembedahan plastik di
Silicon Medical Centre. Keinginan
Waheeda untuk melakukan pembedahan
plastik wujud sejak dia dibangku sekolah
lagi. (2M)

**Mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima

Modul Berfokus Set 2 39


Soalan 4 (Zon 3)

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sinopsis novel tersebut.
[7 markah]

Novel Di Sebalik Dinara Novel Silir Daksina


1. PERMULAAN 1. PERMULAAN
Perkenalan antara Farisha dengan Aqram Pengarang mengisahkan kehidupan Haiqal
dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Haqimi yang tinggal bersama-sama ibunya,
Aqram telah mengambil cawan minuman ayah tiri dan adik tirinya. Pada usia Haiqal 6
Farisha ketika Farisha tidur untuk menguji tahun, umi telah memberitahu Haiqal bahawa
DNA Farisha. walid ialah ayah tirinya. Sejak itu, Haiqal
sering tertanya-tanya tentang bapa
2. PERKEMBANGAN kandungnya tetapi jawapan umi masih tidak
 Aqram telah menawarkan projek mini memuaskan hatinya.
kepada mereka berdua. Setelah Farisha
dan Rosman bersetuju untuk menyertai 2. PERKEMBANGAN
projek mini, Aqram telah membawa Menerusi, manuskrip tersebut Haiqal mula
mereka bertemu dengan Dr.Maxi. Dr. menjejaki perjalanan ayah kandungnya yang
Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada merupakan seorang pejuang sastera yang
Farisha dan Rosman untuk menggodam dihormati di Batu Pahat. Abdullah bin
tiga kelompok komputer Soft Lab dalam Kayan/ Cikgu Zam/Cikgu Amirulnizam telah
tempoh empat minggu. memberikan amanat kepada Haiqal agar dia
 Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk dapat meneruskan penubuhan Akademi
menulis sebuah rencana. Farisha Sastera Rakyat (Aksara).
diperlukan oleh Dr. Maxi untuk
rancangan mereka manakala Shida pula 3. KLIMAKS
ialah physical backup kepada Farisha. Perasaan Haiqal untuk menjejaki ayah
 Farisha berasa sangat terkejut dan sedih kandungnya begitu membuak-buak namun
apabila mengetahui yang dia hanya anak dia mendapat tentangan daripada umi. Umi
angkat. Farisha menangis sepanjang menganggap bahawa dunia sastera tidak
malam dan tidak dapat melelapkan mata. mempunyai masa depan. Umi tidak mahu
Haiqal mengikut jejak langkah ayahnya yang
3. KLIMAKS terlibat dalam bidang sastera sebaliknya
 Konflik juga berlaku di pejabat Farisha mengambil alih perniagaan batiknya di Kuala
di Soft Lab, apabila Farisha jatuh Terengganu. Namun, dia tetap berkeras untuk
pengsan dan dimasukkan ke hospital pergi ke tempat ayahnya.
menyebabkan sesi komunikasi bawah
sedar dengan Karl tidak dapat 4. PELERAIAN
diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan  Haiqal terpandang keluarga terutama
Dr Maxi mengambil keputusan untuk ibunya yang berdiri sambil tersenyum di
menggantikan tempatnya dengan Shida. bahagian belakang balai tempat duduk
 Situasi semakin tegang apabila Shida penonton ketika dia asyik menari tarian
terpaksa mengambil alih tempat Farisha zapin. Dia terkejut dan terharu apabila
untuk sesi komunikasi bawah sedar adiknya menunjukkan tanda isyarat
dengan Karl. Karl marah kerana dia bagus kepadanya. Haiqal Haqimi ingin
hanya mahukan sesi komunikasi muzik zapin yang mengiringi tarian itu
dilakukan dengan Farisha. Sementara segera tamat kerana dia ingin memeluk
itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. ketiga-tiga orang yang sangat
Dia meronta-ronta dan membanting diri dirinduinya itu.
kerana kejutan situasi yang tidak pernah  Umi telah melawat pusara ayahnya. Umi
dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh akhirnya sedar bahawa darah yang
Shida untuk menyelesaikan tugasan mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah
Dinara. Abdullah bin Kayan.

Modul Berfokus Set 2 40


4. PELERAIAN  Ratna pula telah bertunang dengan
Dr. Haris memberikan amaran tentang usahawan.
kesihatan Karl yang semakin merosot.  Haiqal bertekad untuk mengenali Ong
Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang See Hwa dengan lebih rapat. Haiqal
nazak. Medina sangat terkejut dan menyesal akan melaksanakan impian ayahnya
kerana meninggalkan Karl. Setiap orang untuk mewujudkan Aksara apabila dia
dibenarkan menemui Karl secara telah menjadi sehebat ayahnya.
perseorangan. Medina menangis teresak-
esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain
reda dengan situasi tersebut. Karl disahkan
meninggal dunia pada jam 7 malam.
Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di
Selat Melaka.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan
keberanian bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]

Novel Di Sebalik Dinara Novel Silir Daksina


1.Persoalan keberanian untuk 1. Persoalan keberanian untuk belajar
mengetahui perkara sebenar. deklamasi puisi.
Contohnya, Shida berani masuk ke Contohnya, Ai Ling berani meminta
ruangan peribadi Farisha untuk Cikgu Zam mengajarnya cara
mengetahui sebab Farisha pengsan di mendeklamasikan puisi yang betul. Ai
Soft Lab. Shida telah membuka almari Ling amat suka membaca buku puisi
baju Farisha dan ternampak sebuah fail tetapi dia tidak pandai untuk bersyair. Ai
plastik yang berada di dalam almari Ling mahu mengembangkan bakatnya
tersebut. Shida telah membuka fail dengan menyertai pertandingan
tersebut yang diikat dengan tali berwarna deklamasi puisi untuk murid tahap satu.
coklat. Shida telah menyelak satu persatu
helaian di dalam fail dan berjaya
mendapat maklumat tentang indentiti
Farisha yang sebenar.

**Pernyataan persoalan keberanian – 1m


Huraian persoalan – 2 m
Isi – 6 markah
Bahasa – 2 markah
Jumlah : 8 markah

Modul Berfokus Set 2 41


Soalan 4 (Zon 4)

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan persoalan maruah.
[7 markah]

Novel Pantai Kasih Novel Bimasakti Menari


1. Persoalan maruah seorang ibu. 1. Persoalan maruah seorang pekerja.
Huraian: Persoalan ini dapat dilihat Huraian: Persoalan ini dapat dilihat
apabila ibu Unong Siron melalui Nurul Hafsa yang bekerja sebagai
mempertahankan maruahnya sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan
seorang ibu kepada pesakit Unong Siron Salahuddin. Nurul Hafsa telah berjanji
iaitu anaknya dengan mempertikaikan kepada rombongan pelajar Jepun yang
kewibawaan Dr. Uwang yang telah berkunjung ke Balai Cerap Sultan
menjalankan pembedahan tulang sendi Salahuddin untuk mengembalikan
pinggul ke atas anaknya sebanyak lima bintang-bintang di Kuala Selangor supaya
kali tetapi tidak juga sembuh. Selain dapat dilihat oleh mata kasar. Puan
bayaran rawatan yang mahal, ibu Unong Wickham menyatakan bahawa janji yang
Siron juga menggelarkan Dr.Uwang telah diucapkan oleh Nurul Hafsa
seorang mata duitan kerana pekerjaan merupakan satu cabaran kerana amat
Dr.Uwang yang mementingkan wang dan sukar bagi seorang manusia hendak
keuntungan ketika menjalankan tugasnya. menggerakkan bintang-bintang seorang
Peristiwa ini membuktikan ibu Unong diri.
Siron telah bertindak mempertahankan Peristiwa ini membuktikan Nurul Hafsa
maruah dirinya sebagai seorang ibu terus mempertahankan maruahnya
kepada pesakit demi mendapatkan sebagai seorang pegawai kerajaan dengan
pembelaan yang sewajarnya. memberitahu wanita tersebut bahawa
bintang-bintang tidak perlu dikembalikan
tetapi perlu mengurangkan cahaya untuk
melihat bintang di Kuala Selangor.
2. Persoalan maruah sebagai seorang Persoalan maruah diri.
wanita. Huraian: Persoalan ini dapat dilihat
Huraian: Persoalan ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa telah
apabila ayah Dr.Raiha mengatakan mempertahankan pendiriannya semasa
bahawa kaum wanita tidak sesuai bekerja membentangkan cadangannya untuk
sebagai seorang doktor kerana suami dan mengurangkan jumlah watt bagi setiap
anak-anak Dr.Raiha nanti tidak akan lampu low cut off. Lampu yang
mendapat perhatian secukupnya daripada dicadangkan oleh Nurul Hafsa ini telah
Dr.Raiha. Walau bagaimanapun Dr.Raiha dibantah sekeras-kerasnya oleh Dato’
telah membuktikan bahawa seorang Johann Arlington-Majid atas alasan
wanita juga mampu menjadi seorang lampu-lampu itu tidak menarik.
doktor apabila beliau telah menjadi Peristiwa ini membuktikan Nurul Hafsa
seorang doctor pakar bedah di Pusat tidak berputus asa dan terus
Rawatan Pantai Kasih. Dia juga telah mempertahankan maruah dirinya untuk
menjaga sendiri anaknya, Rohayu yang menegakkan cadangannya meneruskan
menghidap sindrom ‘Down’ dan tidak projek tersebut sehingga Dato’ Johann
menghantarnya ke pusat jagaan kanak- terdiam.
kanak kurang upaya. Peristiwa ini
membuktikan Dr.Raiha telah
mempertahankan maruah dirinya sebagai

Modul Berfokus Set 2 42


seorang wanita yang berjaya dalam
bidang yang diceburinya.

**Pernyataan persoalan maruah – 1m


Huraian peristiwa – 1 m
Isi – 4 markah
Bahasa – 3 markah
Jumlah : 7 markah

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan konflik yang berlaku
antara watak utama dengan watak sampingan dan cara penyelesaiannya.

[7 markah]

Novel Pantai Kasih Novel Bimasakti Menari


Watak utama ialah Dr.Raiha manakala Watak utamanya ialah Nurul Hafsa dan
satu watak sampingan ialah Dr.Sadiz. satu watak sampingannya ialah Dato’
Konflik yang berlaku antara Dr. Raiha Johann Arlington-Majid. Konflik yang
dengan suaminya Dr.Sadiz adalah apabila berlaku antara Nurul Hafsa dengan Dato
Dr.Sadiz meminta supaya isterinya itu Johann Arlington-Majid adalah apabila
menggugurkan kandungan yang didapati Dato Johann Arlington-Majid cuba
cacat kerana tidak mahu nama baiknya menggagalkan pembentangan projek
sebagai doktor pakar bedah otak tercalar Kawasan Simpan Langit Gelap di
akibat memiliki anak yang cacat. (1m) hadapan Menteri Besar. (1m)

Cara Penyelesaian: Cara Penyelesaian:


Cara Dr.Raiha menyelesaikan konflik Cara Nurul Hafsa menyelesaikan konflik
dengan suaminya itu adalah dengan tidak ini adalah dengan mengemukakan hujah-
mematuhi suruhan suaminya sebaliknya hujah yang bernas mengenai tahap
bertegas untuk meneruskan kandungan percahayaan dan lampu yang sesuai untuk
tersebut kerana anak itu adalah kurniaan mengembalikan semula bintang-bintang
Ilahi yang perlu disayangi walaupun akan agar dapat dilihat dengan mata kasar di
dilahirkan dalam keadaan cacat.(2m) Kuala Selangor sehingga Dato Johann
terdiam.(2m)

-SKEMA JAWAPAN TAMAT-

Modul Berfokus Set 2 43

You might also like