You are on page 1of 39

MODUL BERFOKUS

BAHASA MELAYU
SET 2

@GRUP TELEGRAM BM SPM


Disusun oleh: Puan Roosezah binti Sabri
SMK Sungai Manik, Teluk Intan
SOALAN NAMA PENYUMBANG SEKOLAH

BM1
Bahagian A HJH. MASZAIRIANI BINTI ZAINAL SM ARAB JAIM ASSYAKIRIN, SELANDAR,
MELAKA
Bahagian B YM TUAN JAMIL BIN TUAN SMK DATO AHMAD MAHER
MUHAMMAD
Bahagian B TN. HJ. ISHAK BIN MD. SHAH -

BM2
Soalan1 HASNAH BINTI JUSOH SMK MATANG, PERAK
(Rumusan)

SOALAN 2: PEMAHAMAN

Modul Berfokus Set 2 1


Soalan 2((a) HASNAH BINTI JUSOH SMK MATANG, PERAK
Petikan Umum
Soalan 2(b) ZALMA BINTI ABDULLAH SMK TAMAN BUKIT INDAH, J.BAHRU
Cerpen
Soalan 2 (c) Prosa THOO KIM FAH SMK CHUNG HUA, MIRI, SARAWAK
Tradisional
Soalan 2 (d) Sajak NOORHASLIZA BINTI SENIN SMK PASIR GUDANG 3, JOHOR

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA


Soalan 3 (a) NUR HAFIZA AZLIANA BT. IBRAHIM SABK AL-MADRASAH AL-KHAIRIAH AL-
ISLAMIAH
Soalan 3 (b) LATIFAH BINTI HAJI SANI SMK KUHARA, TAWAU, SABAH
Soalan 3 (c) SITI RASLINDA BT. MOHAMAD SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, P.PINANG
RASHID
Soalan 3 (d) NORZARINI BINTI AHMAD NURDDIN SMK KOTA MASAI, PASIR GUDANG,
JOHOR
Soalan 3 (e) INDAH BINTI HJ. BAKKANG SMK BUGAYA II, SEMPORNA, SABAH

NOVEL
ZON 1 (4a) NAZIMAH BINTI AHMAD SMK TENGKU MENTERI, CHANGKAT
JERING, PERAK
ZON 1 (4b) FAIZAH BINTI ABDUL AKIB SMK DATUK SYED AHMAD, KUALA
NERANG, KEDAH
ZON 2 (4a & 4b) SUZANAH BINTI ALWI SMK MERU, KLANG
ZON 3 (4a & 4b) JOEY TAN -
ZON 4 (4a & 4b) ROSNI BINTI AB. RAHMAN SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB, BATU
GAJAH, TANAH MERAH, KELANTAN

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Modul Berfokus Set 2 2


Menerapkan Semangat Perpaduan Sejak Kecil

Langkah Memupuk Semangat Perpaduan


dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Mengunjungi Rumah Terbuka Menyertai Aktiviti Gotong-Royong

Bahagian B
[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
lebih daripada 350 patah perkataan.

Modul Berfokus Set 2 3


1. Kecemerlangan sesebuah sekolah itu bukan sahaja bergantung kepada pihak
guru semata-mata, namun peranan murid-murid juga amat penting.

Huraikan peranan-peranan tersebut.

2. Remaja pada masa ini terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial seperti
penyalahgunaan dadah, lumba haram, dan pergaulan bebas.

Huraikan peranan ahli keluarga untuk membantu remaja daripada terlibat


dalam gejala sosial yang akan merosakkan remaja sebagai pemimpin negara
pada masa hadapan.

3. Semangat patriotik dalam kalangan masyarakat semakin luntur sejak akhir-


akhir ini.

Bincangkan peranan pelbagai pihak untuk meningkatkan semangat tersebut.

4. Isu peningkatan suhu di seluruh dunia berpunca daripada pemanasan global


yang berlaku.

Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh negara-negara di serantau


untuk mengatasi masalah pemanasan global ini.

5. Penulisan hasil karya sastera seperti novel dan cerpen banyak membawa unsur
pengajaran yang dapat dijadikan teladan terutamanya kepada golongan remaja.

Jelaskan.

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1

Bahagian A

Modul Berfokus Set 2 4


Format penulisan komen :

T (Takrif) - menepati tema


I (Idea) - idea relevan, huraian jelas
B (Bahasa) - gramatis , kosa kata luas

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kehendak tugasan soalan


- Calon perlu menghuraikan langkah memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Calon menjawab berdasarkan maklumat yang diberikan
- Menerapkan semangat perpaduan sejak kecil
- Mengunjungi rumah terbuka
- Menyertai aktiviti gotong-royong
- Huraian idea perlu dikaitkan dengan langkah memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

1. Karangan hendaklah diperiksa seperti biasanya sekiranya calon


menjawab seperti berikut :
1.1 semua idea daripada bahan rangsangan
1.2 sebahagian idea daripada bahan rangsangan
1.3 gabungan daripada idea bahan rangsangan dan idea sendiri
1.4 semua idea sendiri tetapi berkaitan dengan
2. Karangan yang melebihi 250 patah perkataan, diperiksa seperti biasa.
3. Sekiranya calon menulis kurang daripada 200 patah perkataan – diperiksa
seperti biasa tetapi ‘impression’ turun.

Bahagian B

Soalan 1

Modul Berfokus Set 2 5


Pendahuluan:

Sekolah merupakan institusi yang amat penting untuk menimba ilmu.


Untuk mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang menjadi
idaman bagi setiap murid dan juga guru
Kecemerlangan dalam bidang akademik seperti mencapai 100 peratus dalam SPM
serta cemerlang dalam bidang kokurikulum menjadi juara di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Hal ini membuktikan peranan murid amat penting untuk mencipta kecemerlangan
yang diimpikan oleh pihak sekolah.

Isi-isi:

1. Berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik – apabila


mencapai kejayaan dalam bidang akademik sudah tentu akan menaikkan
nama sekolah di peringkat negeri dan juga kebangsaan. Sebagai contohnya
mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia terutamanya
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan mata pelajaran aliran Sains
yang kritikal seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, dan Biologi.
UM [ungkapan menarik]– Usaha Tangga Kejayaan

2. Berusaha mencipta kejayaan dalam bidang kokurikulum seperti acara


sukan dan juga badan beruniform. Sebagai contohnya mendapat johan di
peringkat kebangsaan dalam acara sukan seperti bola sepak, hoki, bola jaring
dan juga dalam acara olahraga.
Memenangi acara dalam pertandingan sukan bertaraf antarabangsa seperti
acara memanah, renang, dan taekwondo.
UM – genggam bara api biar sampai jadi arang.

3. Berusaha untuk menjadi pelajar yang bersahsiah tinggi seperti menjaga


tingkah laku di sekolah agar hasrat sekolah untuk merealisasikan program
Sifar Disiplin tercapai. Sebagai contohnya murid tidak terlibat dalam masalah
buli, ponteng sekolah, vandalisme, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas,
dan lain-lain lagi. Apabila wujud iklim yang kondusif di sekolah pelajar dapat
memberikan tumpuan kepada proses pembelajaran secara tidak langsung
budaya kecemerlangan akan diwujudkan di sekolah.

4. Murid-murid sentiasa menghormati guru. Guru merupakan insan yang banyak


berjasa dalam mencurahkan ilmu kepada murid-murid – ilmu yang diperoleh
daripada guru akan diberkati Allah SWT – ada keberkatan sudah tentu akan
memperoleh kecemerlangan. Sebagai misalnya menghormati guru – memberi
salam – membantu guru ketika kesusahan – angkat barang dan yang paling
penting janganlah mengguris hati guru.
UM – guru ibarat lilin membakar diri sendiri untuk menyuluh orang
lain.

Kesimpulan:

Modul Berfokus Set 2 6


Sebagai seorang murid haruslah menggalas tanggungjawab yang besar ini untuk
mengharumkan nama sekolah sebagai sekolah yang cemerlang dari pelbagai segi iaitu
akademik dan juga kokurikulum.
Pelajar haruslah berganding bahu secara kompak dengan guru-guru untuk membentuk
satu pasukan yang kuat agar kecemerlangan sekolah terus dicapai.
Seterus dapat menaikkan nama sekolah di kaca komuniti.
UM – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Soalan 2

Pendahuluan:

Dalam menghadapi arus kemodenan ini pelbagai gejala sosial yang melanda negara.
Mereka yang terlibat kebanyakannya ialah remaja. Gejala sosial ini mampu
menjatuhkan imej negara pada masa hadapan. Gejala sosial yang sering dikaitkan
dengan remaja ialah penyalahgunaan dadah, lumba haram dan gejala vandalisme.
Buktinya banyak kes yang berlaku didedahkan melalui media massa terutamanya
media cetak dan juga media elektronik. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Polis
Selangor sebanyak 50 jumlah tangkapan yang dibuat dalam kes dadah dan sebahagian
besarnya terdiri daripada golongan remaja. Semua ini tidak akan berlaku jika keutuhan
institusi keluarga iaitu ibu bapa serta ahli keluarga bertanggungjawab untuk
mengelakkan remaja daripada terlibat dalam gejala yang akan merosakkan masa
hadapan remaja itu sendiri.

Isi-isi:

Peranan ibu bapa


1. Ibu bapa haruslah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak
bagai menatang minyak yang penuh.
Anak-anak haruslah dianggap sebagai kurniaan daripada Allah SWT dan menjadi
tanggungjawab ibu bapa mendidik dan mengasuhnya sejak kecil sehinggalah dewasa
menjadi manusia yang berguna.
Ibu bapa haruslah membuang sikap terlalu mementingkan kerjaya mengejar
kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Sebagai contohnya ibu bapa harus meluangkan masa bersama dengan anak-anak pergi
bercuti dalam ataupun luar negara, beriadah pada sebelah petang. Secara tidak
langsung masa anak-anak tidak terbuang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah
anak-anak ibarat kain putih ibu bapa yang akan mencorakknya menjadi insan yang
sempurna.

2. Ibu bapa haruslah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak sejak
setahun jagung. Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak ilmu agama seperti solat lima
waktu dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Ilmu agama yang ada
pada anak-anak ini akan menjadi benteng kepada mereka untuk tidak terpengaruh
dengan gejala sosial yang semakin parah dewasa ini. Menurut pakar motivasi terkenal
iaitu Datuk Profesor Dr. Che Muhaya anak-anak wajar dibentuk dengan ilmu-ilmu
agama agar ilmu tersebut akan menjadi benteng kepada keruntuhan akhlak pada
zaman moden ini.

3. Ibu bapa haruslah sentiasa memberi sokongan terhadap kebajikan anak-anak di


sekolah. Ibu bapa wajib hadir jika ada masalah anak-anak dalam pembelajaran atau

Modul Berfokus Set 2 7


masalah disiplin. Anak-anak akan berasa dirinya penting di dalam keluarga. Jika ibu
bapa tidak menyokong kebajikan anak-anak ini sudah tentu mereka menganggap diri
mereka tidak penting dalam keluarga. Kesannya mereka akan mencari orang lain
untuk berkongsi masalah. Sebagai contohnya ibu bapa harus hadir dalam program-
program akademik di sekolah contohnya muzakarah, konsultasi dan aktiviti yang
melibatkan PIBG. Anak-anak akan berasa mereka diberi perhatian oleh ibu bapa maka
agak sukar untuk mereka terpengaruh dengan gejala sosial.

4. Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa janganlah
bertingkah laku negatif di hadapan anak-anak. Jika ibu bapa bersikap sedemikian
anak-anak akan mudah terikut-ikut dengan tingkah laku sebagai contohnya ibu bapa
tidak boleh sama sekali merokok di hadapan anak-anak. Hal ini akan menjadi ikutan
kepada anak-anak yang baharu sahaja memasuki alam remaja yang mudah
terpengaruh lebih-lebih lagi dengan insan yang disayangi mereka.
UM- seperi ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul

5. Peranan adik-beradik [kakak atau abang]


Peranan ahli keluarga yang lain juga amat penting. Sebagai seorang kakak atau abang
haruslah menasihati adik-adik yang terlibat dalam gejala sosial sebelum nasi sudah
menjadi bubur. Mereka haruslah menjadi pendengar yang setia kepada adik-adik yang
mahu berkongsi masalah dalam pembelajaran atau masalah-masalah lain.
Mereka juga haruslah menjadi pembakar semangat kepada adik-adik untuk terus
berjaya di dalam kehidupan.

Kesimpulan:

Peranan ahli keluarga terutamanya ibu bapa cukup besar dan signifikan dalam usaha
untuk membendung anak-anak daripada terjerumus dalam gejala sosial. Anak-anak
harus diberi keutamaan oleh ahli keluarga kerana mereka merupakan pemimpin pada
masa hadapan yang akan memimpin negara ke arah menuju negara maju.

Soalan 3

Pendahuluan:

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat.


Bukti- sepanjang bulan kemerdekaan sambutan seolah-olah dingin tidak ada kibaran
Jalur Gemilang di kenderaan tidak seperti suatu masa dahulu. Masyarakat terlalu sibuk
mengejar kebendaan sehingga lupa akan tarikh-tarikh penting kemerdekaan negara.
Kes terbaharu ada yang sanggup menggantung bendera keramat Jalur Gemilang secara
terbalik da nada juga yang menghitamkan Jalur Gemilang. Hal ini menggambarkan
bahawa semangat ini semakin luntur dalam kalangan masyarakat.

Isi-isi:

1. Peranan pihak sekolah – menerapkan semangat cinta akan negara sejak di bangku
sekolah lagi. Konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya adalah amat penting
untuk menerapkan semangat ini dalam diri anak-anak murid sejak awal lagi.
Jika semangat ini dapat dipupuk sejak di bangku sekolah lagi, nilai ini akan kekal
sehingga ke dewasa.
2. Peranan pihak kerajaan mengadakan kempen secara besar-besaran melalui media
massa – kempen ini memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya

Modul Berfokus Set 2 8


semangat patriotik. Sebagai contohnya televisyen menyediakan dokumentari serta
filem-filem yang bercorak semangat patriotik. Kempen harus tekal bukan hanya pada
bulan kemerdekaan sahaja. Sebagai contoh filem Bukit Kepong, dan Paloh.

3. Peranan pemimpin negara – pemimpin negara haruslah menunjukkan semangat


patriotik kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Pemimpin haruslah
sentiasa mengingatkan kepada masyarakat tentang pentingnya mempunyai semangat
ini untuk mengelakkan terjadinya peristiwa hitam berulang kembali iaitu Peristiwa 13
Mei. Para pemimpin juga haruslah menerapkan kepada masyarakat nilai-nilai
menghormati para pejuang negara yang telah banyak berjasa untuk memerdekakan
negara seperti Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dan Dato Onn bin Jaafar.

4. Peranan pihak badan bukan kerajaan – mengadakan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan


kemerdekaan di seluruh pelosok negara – supaya masyarakat di luar bandar terkesan
juga dengan sambutan sepanjang bulan kemerdekaan iaitu sepanjang bulan Ogos pada
setiap tahun – contohnya pihak swasta mengadakan Karnival Kemerdekaan, pameran-
pameran yang berkaitan dengan bulan kemerdekaan, mengadakan pertandingan
sayembara puisi, pertandingan melukis Jalur Gemilang dan juga pertandingan melukis
wajah-wajah tokoh kemerdekaan dan tokoh pahlawan tempatan yang telah banyak
berjasa untuk kemerdekaan nusa yang tercinta ini.
UM – Tak kenal maka tak cinta

Kesimpulan:

Kesimpulan - usaha untuk memupuk rasa cinta akan negara dalam diri masyarakat
haruslah dibuat sepanjang dan tiada henti – walaupun negara kita menuju kea rah
negara maju namun erti kemerdekaan dan semangat jati diri harus menebal dalam diri
masyarakat. Jika semangat ini pudar dalam sanubari masyarakat sudah pasti suatu hari
nanti negara yang kita cintai ini akan dijajah kembali oleh kuasa-kuasa besar yang
sememangnya sedang menunggu ruang dan masa sahaja.

Soalan 4

Pendahuluan:

Isu pemanasan global telah hangat dibincangkan sejak akhir-akhir ini. Masalah ini
berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu bumi yang agak tidak terkawal – sehingga
suhu mencapai 35-40 darjah darjah celcius. Hal ini akan mendatangkan kemudaratan
kepada manusia yang menghuni bumi – kesannya juga berlaku kemarau, tanah kering
kontang dan masalah strok haba yang kerap menyerang manusia sehingga kehilangan
nyawa. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh kemusnahan hutan yang mengawal
ekosistem kerana sifat rakus manusia yang menebang hutan secara sembrono tanpa
kawalan – pengeluaran asap kenderaan yang tidak terkawal – pembakaran hutan
secara terbuka. Kejadian yang berlaku seperti El Nino adalah kesan daripada
pemanasan global yang menyebabkan ekosistem bumi tidak seimbang. Begitu juga
kejadian hujan lebat dan hujan lebat di Filipina jelaslah membuktikan bahawa
perubahan iklim dunia menyebabkan ais di Kutub Utara cair meningkat kadar hujan
yang tinggi di negara tersebut.

Isi-isi:

Modul Berfokus Set 2 9


1. Masyarakat negara serantau contohnya Malaysia, Indonesia, dan Singapura haruslah
mengambil langkah awal dengan mengadakan kerjasama secara serantau dalam
menangani masalah pemanasan global ini – membuat kajian saintifik iaitu menkaji
data-data yang diperoleh tentang pemanasan global – hasil perkongsian data-data
kajian ini akan membantu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
mengatasi masalah ini daripada terus berlanjutan – nasi sudah menjadi bubur.

2. Kempen kesedaran kepada masyarakat antarabangsa untuk tidak melakukan


perkara-perkara yang menyebabkan terjadinya pemanasan global – dapat dilakukan
melalui peranan kerjasama antara negara ASEAN. Kempen Cintai Bumi / Earth
Hours [semua masyarakat seluruh dunia mematikan punca-punca elektrik
selama satu jam – mendapat sambutan di seluruh dunia] yang diadakan supaya
masyarakat antarabangsa faham terjadinya pemanasan global ini berlaku- tidak
memusnahkan alam sekitar – pembalakan secara haram, pembakaran secara terbuka –
yang menyebabkan fenomena jerebu. Hal ini semua akan menjejaskan iklim dunia
menjadi meningkat. Apabila timbul kesedaran dalam diri masyarakat, maka
masyarakat akan menjaga bumi ini dengan sebaik-baiknya.

3. Negara-negara serantau contohnya Malaysia, Indonesia, Singapura – mewujudkan


satu dana khas bagi membiayai penyelidikan yang melibatkan kos yang tinggi – perlu
mengambil pakar-pakar yang profesional dari negara maju seperti Amerika Syarikat,
Jepun, China untuk membuat penyelidikan langkah yang terbaik untuk mengatasi
masalah pemanasan global ini. Hasil penyelidikan ini dapat membantu negara-negara
serantau untuk mengawal perubahan iklim dunia secara mendadak ini.

4. Negara-negara serantau harus menwujudkan satu undang-undang khas bagi mereka


yang melakukan pembakaran terbuka, pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan
berlakunya pemanasan global – bentuk undang-undang yang lebih berat ke atas
individu atau organisasi yang sengaja merosakkan alam sekitar ini sehingga
berlakunya masalah ini. Contohnya tindakan yang lebih berat kepada pengusaha balak
secara haram yang menggondolkan hutan berskala besar tanpa program penanaman
semula hutan – kesan hutan akan pupus – suhu akan meningkat kerana ketidakstabilan
ekosistem.

Kesimpulan:

Negara serantau haruslah bergandingan bagai aur dengan tebing dalam usaha
menangani pemanasan global yang semakin menjadi-jadi dewasa ini. Jika masalah ini
tidak ditangani secara efisien sudah pasti bumi akan terancam – dikhuatiri akan
mengancam anak-anak cucu kita pada masa akan datang.
Bumi ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai oleh Allah SWT, maka kita
wajiblah menjaganya sebaik yang mungkin agar keamanan dan kesejahteraan bumi ini
akan berkekalan sampai bila-bila.

Soalan 5

Pengenalan:

Karya sastera seperti novel dan cerpen merupakan hasil karya yang ditulis oleh penulis
terkenal di negara kita. Hasil karya mereka ini akan menjadi kegilaan remaja
terutamanya penulisan novel dan cerpen yang banyak mempunyai unsur percintaan.
Sebagai contoh novel yang terhangat di pasaran ialah novel Curi-Curi Cinta, Sweets

Modul Berfokus Set 2 10


Dreams dan novel Tuan Danial. Namun novel yang menjadi teks pegangan KOMSAS
iaitu Novel Pantai Kasih dan juga Bima Sakti Menari.
Kebanyakan hasil karya ini banyak mendatangkan pengajaran kepada pembaca.
Karya sastera ini banyak memberikan manfaat kepada pembaca terutamanya kepada
remaja.

Isi-isi:

1. Memperoleh pengajaran dari segi menanamkan sifat tabah dalam diri – sifat tabah
ini perlu dalam diri pelajar untuk menghadapi dugaan dan cabaran dalam menjalani
arus kehidupan terutamanya remaja yang akan menghadapi peperiksaan. Hal ini dapat
ditunjukkan di dalam Novel Pantai Kasih. Watak utama iaitu Dr. Raiha amat tabah
menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan kerana kematian anak
kesayangannya Rohayu dalam tragedi kebakaran kereta Porsche milik suaminya Dr.
Sadiz. Sifat tabah ini wajar dicontohi oleh para remaja.

2. Dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan remaja. Alam
sekitar merupakan anugerah daripada Allah SWT yang tiada galang gantinya. Hal ini
dapat digambarkan di dalam novel Bimasakti Menari. Di dalam novel ini mengisahkan
Nurul Hafsa bersama dengan Muhammad Taufik yang berusaha bersungguh-sungguh
untuk menjaga alam sekitar daripada musnah. Hal ini dapat dijadikan pengajaran
kepada golongan remaja haruslah bersungguh-sungguh menjaga alam sekitar daripada
musnah.

3. Dapat memberi pengajaran betapa pentingnya kekuatan jati diri dalam diri remaja –
Cerpen Munsyi. Dalam cerpen ini mengisahkan seorang remaja yang bernama Mel
yang mahu berhijrah ke bandar namun tidak dibenarkan oleh ibunya kerana ibunya
risau Mel akan terpengaruh dengan anak-anak muda yang telah runtuh akhlak. Ibu Mel
telah menyuruh Mel membaca dua teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah agar
dada Mel telah terisi dengan ilmu yang mantap. Hal ini dapat dijadikan teladan kepada
remaja bahawasanya ilmu di dalam diri amat penting untuk menangkis segala
pengaruh negatif.

4. Dapat memupuk sifat kebijaksaan dalam berbelanja – sifat ini harus ada pada diri
remaja untuk menjamin masa hadapan yang terjamin. Remaja haruslah merancang
dalam perbelanjaan seharian – contoh dalam cerpen Jaket Kijang dari Istanbul yang
mengisahkan Mas yang membuat perancangan kewangan terlebih dahulu sebelum
berbelanja sewaktu berada di luar negara iaitu Turki. Sebagai seorang remaja wajarlah
kita berbelanja secara berhemah agar masa depan kita terjamin terutamanya apabila
berlaku kecemasan.

Kesimpulan:

Sudah terang lagi bersuluh karya-karya sastera ini mempunyai pelbagai unsur
pengajaran yang dapat dicontohi oleh para remaja.
Remaja sepatutnya menanamkan minat membaca hasil karya ini berbanding membaca
bahan-bahan picisan yang tidak ada unsur didaktik.

Sumbangan Tuan Haji Ishak bin Md. Shah

Modul Berfokus Set 2 11


1. Dalam tempoh 62 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia telah mengorak
langkah untuk menjadi sebuah negara yang sangat berjaya dalam pelbagai bidang.
Sesungguhnya, anda cukup berbangga dengan kejayaan tersebut.
Tulis cara-cara yang akan anda lakukan untuk membuktikan penghargaan anda
kepada negara.

Menyorot kembali sedekad yang silam, denyut nadi kita kembali segar apabila
menghayati semula sebahagian daripada bait-bait dalam lagu patriotik, Malaysiaku
Gemilang yang antaranya:

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Demikianlah seni kata yang cukup menyentuh sukma dan buat pertama kali
berkumandang dalam sambutan Hari Kemerdekaan ke-50 telah memberi impak
terhadap perasaan kasih dan sayang kita kepada negara. Perasaan itu lahir apabila
Malaysia kini turut berada sebaris dengan negara-negara yang terkemuka di dunia.
Oleh hal yang demikian, sebagai seorang warganegara yang tinggi nilai patriotiknya
amat wajar sekali seseorang itu melahirkan perasaan bangga terhadap tanah airnya
yang tercinta. Dalam hal tersebut, saya juga amat teruja dan berbangga dengan negara
saya yang amat fantastik ini. Atas rasa bangga tersebut, saya beriltizam untuk
berusaha agar nusa yang bertuah ini terus berada di persada yang cemerlang, gemilang
dan terbilang.

Akar tunjang utama untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara


adalah dengan lahirnya sifat taat setia dan nilai patriotisme yang tinggi.
Sesungguhnya, sebagai rakyat, saya amat terpanggil untuk terus menanamkan jiwa
taat setia kepada negara. Pertamanya, kesetiaan hendaklah saya buktikan kepada
pemerintah. Doktrin kedua dalam Prinsip Rukunegara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan
Negara pasti saya pegang sampai bila-bila. Yang Dipertuan Agung ialah payung
negara manakala para pemimpin ialah sumber inspirasi yang memajukan negara.
Menjunjung kedaulatan pemerintah dan menghormati pemimpin adalah menjadi
tanggungjawab mutlak kepada saya. Wadah tertinggi kedaulatan bangsa dan negara
ialah menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan. Sesungguhnya, doktrin utama
kedaulatan negara adalah setiap anak bumi tercinta menjunjung tinggi slogan “Di
mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung”.

Sebagai rakyat yang baik, saya perlu menanamkan azam untuk membantu
memakmurkan negara. Kemakmuran negara merupakan indikator penting untuk
menzahirkan kesejahteraan kepada rakyat jelata. Sejarah telah memaparkan betapa
banyak empayar silam telah tersungkur kerana kegagalan dalam menguruskan dengan
baik soal-soal ikhtisad negara. Dalam zaman moden sekarang pun beberapa buah
negara di Eropah Barat Greece dan Cyprus sedang berhadapan dengan kemelut
ekonomi yang tidak mapan. Oleh itu, sebagai anak muda, saya bertanggungjawab
untuk mewara-warakan agenda pembangunan negara yang lebih mapan dalam
kalangan generasi muda. Kami sewajarnya komited dalam memperkasakan diri
dengan pengetahuan teknologi dan kemahiran. Potensi negara yang amat kaya dengan
hasil buminya perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya natijahnya akan
dikecapi oleh semua lapisan rakyat. Sayang sekali apabila kita alpa, akhirnya tujuh

Modul Berfokus Set 2 12


juta pendatang asing sedang mengaut kekayaan negara. Barangkali inilah yang
disifatkan oleh peribahasa si tidur menjadi makanan si jaga.

Selain itu, perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum hendaklah
dijadikan agenda utama. Sesungguhnya, inilah agenda besar yang seyogia perlu saya
turut serta. Peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh hendaklah dijadikan paksi penting
khususnya dalam usaha menyatupadukan masyarakat majmuk. Tanpa perlu
berselindung, tahap kerjasama dan keharmonian dalam kalangan rakyat hanya pada
tahap memuaskan sahaja. Kita sedar, beberapa insiden kecil atau besar yang pernah
berlaku merupakan manifestasi daripada situasi sebenar perpaduan di Malaysia.
Adakah wajar, kita yang lahir di bumi yang sama, menyedut udara yang sama serta
menikmati rahmat keamanan negara, tetapi menyimpan sangsi dan keluh-kesah?
Sebenarnya, sikap yang suka mengadu-domba dan mengagungkan kelompok sendiri
tidak membawa sebarang faedah sebaliknya melebarkan jurang perpecahan yang
akhirnya berlakulah seperti sindiran, jong pecah yu yang kenyang.

Alam sekitar menjadi sebahagian daripada panorama yang ceria dan indah.
Sesungguhnya, inilah hakikat yang wujud di Malaysia. Teruja dengan landskap bumi
yang amat indah ini, saya berikrar untuk melestarikan bumi yang indah cerlang ini.
Gelombang pembangunan moden yang dikuasai oleh sektor perindustrian telah
memberikan kesan yang amat negatif terhadap alam sekitar. Selain itu, sikap lepas
tangan dengan amalan lempar batu sembunyi tangan telah mengakibatkan sumber
alam seperti laut, sungai, dan daratan tercemar dengan teruknya. Kesal dengan
fenomena seperti itu, saya berasa terpanggil untuk menggemblengkan semua NGO
yang berkaitan dengan alam sekitar agar bangkit dan lebih proaktif. Gemblengan ini
sekurang-kurangnya dapat menyedarkan pihak berkuasa alam sekitar dan agensi
penguat kuasa agar bertindak secara lebih profesional untuk menyelamatkan alam
sekitar. Bersama-samalah kita mengelakkan tragedi sudah terhantuk baru hendak
menengadah setelah bumi kita menjadi padang jarak padang tekukur.

Pada era belakangan ini, imej Malaysia di mata dunia mula merudum. Imej
Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’ pada suatu ketika telah mula kehilangan taring. Pada
hal sama ada di peringkat serantau mahupun global, peranan Malaysia sentiasa ditagih
dalam segala isu. Sehubungan dengan itu, imej Malaysia di mata dunia harus kembali
bertaring dan berbisa. Sebagai anak muda yang bakal menggalas amanah negara, saya
berazam untuk menjaga imej negara agar terus harum di persada antarabangsa. Isu-isu
yang berkaitan dengan kesalahan tadbir urus, rasuah dan ketirisan hendaklah
dibanteras hingga ke akar umbi. Selain itu, isu-isu perpaduan yang semakin berkocak
akibat ditunjangi oleh serakah politik wajar dihentikan. Semua wajar kembali kepada
kewarasan kerana sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Walaupun,
insiden MH370 dan MH17 menyebabkan imej Malaysia agak tercalar namun kita
percaya perkara yang lebih penting ialah Malaysia tetap berperanan di pentas
antarabangsa. Biarlah Malaysia kecil pada pandangan mata tetapi besar dalam
fungsinya, bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka
bapa.

Sebenarnya apa-apa yang kita nikmati sekarang adalah dengan nikmat Allah
jua. Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk menyedarkan semua pihak agar sentiasa
bersyukur atas segala rahmat dan keberkatan yang Allah berikan. Bagi mensyukuri
nikmat tersebut, saya sentiasa berdoa agar memperoleh kasih sayang Allah dan bumi
Malaysia terus terjaga daripada sebarang anasir. Saya yakin rakyat Malaysia tanpa
mengira fahaman dan agama mestilah memohon kesejahteraan kepada Allah. Sesuai

Modul Berfokus Set 2 13


dengan kata-kata yang berbunyi, “Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan” dalam lirik lagu
Negaraku, maka amat wajar sekali kita meletakkan segala usaha dan hasrat kepada
Allah SWT. Insya-Allah, seandainya kita bersyukur dan mengutamakan kesejahteraan,
justeru limpah rahmat Allah pasti menaungi hidup kita di bumi yang bertuah ini.

Sesungguhnya, saya yakin dengan iltizam yang saya pegang ini pasti
membuahkan hasil dalam usaha memartabatkan negara Malaysia agar duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Saya ingin
mengajak rakan-rakan seangkatan, marilah kita sederap melangkah dan bergandingan
tangan demi watan yang bertuah ini. Ingatlah kepada kta-kata, “Malaysia, Oh, tanah
airku!”

2. Menepuk air di dulang percik ke muka sendiri ialah peribahasa yang ingin
mendidik supaya hubungan saudara mara hendaklah dijaga.
Bincangkan.

Hidup manusia pasti tidak dapat lari daripada sentiasa berkomunikasi dan
berinteraksi dengan insan lain. Sekiranya kita tidak berhubung dengan orang lain,
sekurang-kurang kita tidak dapat menjauhi diri dengan kaum keluarga sendiri.
Demikianlah hakikat hidup yang sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Dalam
perhubungan biasa pelbagai kerenah pasti timbul dan sedikit banyak perselisihan tidak
dapat dielakkan, bak kata peribahasa gigi dan lidah lagikan tergigit. Walau
bagaimanapun, tingkah laku buruk yang gemar merosakkan maruah darah daging
sendiri amat dipandang berat sama ada dalam masyarakat atau daripada sudut
pandangan agama. Begitulah dengan peribahasa menepuk air di dulang percik ke
muka sendiri. Peribahasa menepuk air di dulang percik ke muka sendiri membawa
maksud bahawa tindakan seseorang yang memburuk-burukkan darah daging atau
kaum keluarga sendiri akhirnya akan kembali menimpa dirinya juga. Beberapa
peribahasa lain yang mendukung maksud yang hampir sama ialah meludah ke langit
jatuh atas batang hidung sendiri, dan cubit paha kiri paha kanan pun terasa sakit.
Lahirnya peribahasa ini sebagai lantunan daripada sikap sesetengah pihak yang terlalu
mengagung-agungkan orang lain lantas darah daging sendiri dihina dan diperlekeh.
Perbuatan seumpama ini akhirnya mencetuskan pelbagai krisis dalam kalangan kaum
keluarga sendiri.

Masyarakat Melayu amat mementingkan hubungan kekeluargaan dan


keharmonian dalam masyarakat. Peribahasa, ibarat orang memiat daging, sakit di
orang sakitlah di awak menjadi bukti bahawa masyarakat Melayu tidak gemar akan
tingkah laku memburuk-burukkan orang lain lebih-lebih lagi orang itu ialah sanak
saudara sendiri. Kehidupan masyarakat silam yang bersifat tertutup dan dilingkungi
oleh kaum keluarga sendiri menyebabkan mereka amat prihatin terhadap maruah dan
kebajikan kaum keluarga. Walaupun hubungan mereka sekadar bau-bau bacang,
namun tanggungjawab menjaga maruah amat dipentingkan. Sebarang tindakan yang
boleh menjejaskan perasaan atau air muka kaum kerabat amat dijaga kerana cubit paha
kanan paha kiri pun terasa sakit.

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini hubungan sesama adik-beradik


begitu mudah renggang. Persefahaman dalam keluarga cepat retak. Pelbagai isu yang
berpunca daripada perbalahan sesama anak-anak boleh membawa kepada pertelagahan
dalam kalangan orang dewasa. Perasaan tanggungjawab untuk menjaga air muka
kaum kerabat sendiri amat rendah. Jikalau pada masa silam setiap ahli keluarga boleh

Modul Berfokus Set 2 14


mengingati nama adik-beradik sendiri walaupun bertahun-tahun terpisah, namun kini
hatta masing-masing ada telefon di dalam kocek sendiri pun mereka tidak saling
berhubung. Akhirnya perasaan sayang dan hormat mudah lucut daripada jiwa dan
sanubari, justeru lunturlah kata-kata sentimental, jauh dirindui dekat disayangi.

Memandangkan peribahasa ini mempunyai falsafah yang cukup unik untuk


memupuk persefahaman dan mengikat kasih sayang sesama anggota keluarga, maka
semua pihak hendaklah menghayatinya dengan sepenuh hati. Setiap orang hendaklah
belajar memahami perasaan orang lain khususnya dalam kalangan kaum kerabat
sendiri. Tidak gampanglah kita menjatuhkan air muka saudara sendiri. Perbuatan
mengupat, mengeji, dan mendedahkan pelbagai keburukan darah daging sendiri
hendaklah dianggap sebagai perbuatan yang terlalu hina. Ketika Rasulullah SAW
ditanya oleh para sahabat perihal mengupat darah daging sendiri, Baginda
menyatakan, “Sanggupkah kamu memakan daging saudaramu hidup-hidup?”.
Demikianlah suatu persoalan besar tentang menjaga maruah dan perasaan kaum
keluarga sendiri.

Dalam memupuk semangat persaudaraan dan kasih sayang, kita sewajarnya


mengambil iktibar daripada peribahasa menepuk air di dulang terpercik ke muka
sendiri. Kita hendaklah dapat merasai apa-apa kesedihan yang ditanggung oleh
saudara sendiri sama seperti yang menimpa diri kita. Kita harus memupuk sikap saling
menyayangi dan menanamkan perasaan mahu menjaga maruah saudara sendiri
daripada tercemar. Apabila peribahasa ini dijadikan iktibar, kita dapat membina
sebuah keluarga yang harmoni dengan masing-masing saling menyokong dan saling
membantu. Ingatlah dalam kehidupan berkeluarga perpecahan sesama anggota
keluarga tidak akan bertahan lama, bak carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum
semula ataupun air dicencang tidak akan putus.

Walau seberapa buruk sekalipun darah daging kita, tiba masanya perasaan
kasih, sayang, dan simpati tetap menjalar semula. Oleh itu, apabila wujud sesuatu
pertelingkahan antara adik-beradik janganlah sampai tergamak memutuskan
silaturahim dan tergamak pula memburuk-burukkan keluarga sendiri. Ingatlah apabila
kita menjaga maruah dan air muka orang lain, air muka kita akan mereka jagai.
Hubungan darah daging tidak dapat dipisahkan terus ibarat sebusuk-busuk daging
dibasuh dikincah dimakan jua.

3. Budaya telah mendidik kita agar hidup dalam sebuah masyarakat yang harmoni,
sejahtera dan lestari. Oleh itu, sifat-sifat positif harus dipupuk dalam kehidupan
bermasyarakat.
Bincangkan pihak yang perlu mengamalkan nilai-nilai murni tersebut untuk
membentuk masyarakat yang harmoni.

Beberapa sumber daripada peribahasa Melayu boleh dipetik sebagai


menandakan masyarakat Melayu amat mementingkan nilai-nilai murni bekerjasama
dan bertolak ansur. Antara peribahasa yang boleh dipetik adalah seperti ke gunung
sama didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah; bagai aur dengan tebing hidup serumpun bak serai sejunjung bak sirih. Begitu
banyak sekali sarana agar masyarakat mengamalkan sifat bertoleransi dan hidup
bermasyarakat agar terbentuk kekuatan ummah sama ada dalam aspek ekonomi, sosial
dan budaya. Namun demikian, impian untuk membentuk sebuah institusi masyarakat
yang ampuh mungkin muluk dalam kata-kata, tetapi bukan mudah untuk

Modul Berfokus Set 2 15


direalisasikan. Oleh hal yang demikian, semua entiti dalam masyarakat perlulah
beriltizam untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni sebagai anak kunci masyarakat madani.

Komitmen yang paling utama ialah anggota masyarakat perlu menzahirkan


kesedaran dalam jiwa tentang nilai bersyukur. Bersyukur ialah sifat mahmudah yang
terbentuk kerana memperoleh segala rahmat dan hidup dalam keberkatan. Sudah
sewajarnya setiap insan patut bersyukur kerana kita dijadikan sebagai makhluk yang
terbaik jika dibandingkan dengan seluruh isi alam yang lain. Ketinggian darjat
manusia telah memungkinkan semua isi alam sentiasa bersedia untuk memberikan
khidmat. Dalam konteks sebuah negara, kita wajar bersyukur kerana ditakdirkan hidup
dalam sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Oleh itu, syukurilah nikmat
Allah kerana kita memperoleh segala nikmat seperti hasil bumi yang banyak, rezeki
yang melimpah dan kehidupan yang sejahtera. Seyogia berpada-padalah dengan
tingkah laku yang berpaksikan nafsu serakah sehingga tergamak melondeh dan
meneroka sumber alam menjadi padang jarak padang tekukur angkara bankrapnya
perasaan bersyukur.

Kepimpinan berteladan serta contoh dan hemah harus dipaparkan oleh para
pemimpin dengan menzahirkan daya kepemimpinan secara bertauladan. Kepimpinan
secara berhemah dan bijaksana boleh melahirkan komuniti rakyat yang sentiasa
hormat patuh dan saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Selain agamawan
dan idola seperti penghibur dah jagoan sukan, pemimpinlah yang kerap dijadikan
rujukan. Dalam kontek ini tunjuk teladan dan pekerti yang mulia perlu diserlahkan
oleh para pemimpin. Dengan hal yang demikian, kewujudan mereka akan disenangi
oleh rakyat, justeru boleh membentuk sifat saling hormat, saling menyokong dan
saling memerlukan. Para pemimpin juga perlu cakna terhadap rasa hati dan denyut
nadi rakyat sama ada susah mahupun senang. Sesungguhnya, apabila timbul rasa
hormat dalam kalangan rakyat maka mudahlah segala sistem dan hala tuju negara
mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua lapisan masyarakat.

Guru dan ibu bapa perlu menjadi ejen terpenting untuk membimbing anak-
anak mengamalkan pekerti mulia. Cermin yang elok sentiasa memancarkan imej yang
sempurna, justeru demikianlah tamsilan kepada guru dan ibu bapa. Sebarang cacat
cela yang dilakukan oleh anak-anak sudah pasti tempat yang dirujuk ialah ibu bapa
dan guru-guru. Benarlah bak kata peribahasa guru kencing berdiri murid kencing
berlari atau mengenalkan pokok lihatlah pada daunnya. Hal tersebut tidak dapat
dielakkan sama sekali kerana anak-anak akan tumbuh membesar dalam persekitaran
yang paling awal iaitu di rumah dan sekolah. Beruntunglah anak-anak yang dapat
membesar hasil didikan dan cakna daripada ibu bapa dan guru-guru yang sedar akan
tanggungjawab mereka. Sebagai ejen yang bertanggungjawab membina generasi,
guru dan ibu bapa menjadi arkitek yang bakal mencorakkan generasi berdasarkan seni
bina yang mereka kehendaki. Oleh sebab itu, didiklah anak-anak daripada hati dan
binalah mereka dengan budi serta bangunkan bangsa yang beridentiti, bak kata
peribahasa benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Sementara itu, kalangan agamawan dan pakar-pakar motivasi hendaklah


menjadikan agenda pendidikan agama dan moral sebagai teras membina jati diri
bangsa. Pengetahuan agama dan amalan moral yang baik dikatakan menjadi kordial
kepada jiwa yang kehausan. Agama membimbing manusia agar dekat kepada Tuhan
serta tahu membezakan antara yang benar dengan yang salah. Sempadan antara syurga
dan neraka boleh mendidik manusia supaya sentiasa telus terhadap dirinya dan

Modul Berfokus Set 2 16


bertanggungjawag terhadap insan sejagat. Sementelahan itu, pengamalan nilai moral
yang tinggi dapat membentuk insan yang bermaruah, tinggi keyakinan diri serta
bermotivasi. Oleh itu, pendekatan agama secara berhemah, padat berisi dengan nilai
kasih sayang dapat membentuk watak anak-anak agar lebih realistik dan
bertanggungjawab. Jelaslah bahawa sebaik-baik manusia ialah insan yang berguna
pada dirinya sendiri dan memberi manfaat seluruh alam semesta, ibarat garam yang
menyelamat ikan bukan lalat yang merosakkan ikan.

Wacana yang seterusnya, model utama komuniti mahupun pihak berkuasa


hendaklah mendidik masyarakat supaya berdisiplin, patuhi undang-undang dan
menyayangi alam sekitar. Pihak berkuasa boleh dirujuk sama ada pihak kerajaan
mahupun NGO yang memiliki autoriti untuk melaksanakan tugas membangunkan
masyarakat. Mereka hendaklah beriltizam untuk mendidik masyarakat agar menjadi
komuniti yang bijak, dinamik dan faham akan nilai murni dalam masyarakat. Sifat-
sifat mulia yang cakna kepada kesejahteraan rakyat seperti telus, bertimbang rasa dan
adil hendaklah menjadi garis panduan utama. Mereka dituntut menjauhi sifat-sifat
tercela seperti mementingkan diri, zalim dan berat sebelah kerana seburuk-buruk
pemimpin ialah mereka yang ditamsilkan seperti telunjuk lurus kelengkeng berkait,
lontar batu sembunyi tangan. Oleh itu, jadilah pemimpin yang menjadi idola
masyarakat, ibarat pohon yang rendang tumpang berteduh, dahan yang kukuh
tumpang berpaut.

Peribahasa yang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku


celaka padahnya hendaklah dijadikan panduan dan sempadan agar dalam semua
tingkah laku tidak menyalahi pertaturan dan tataetika. Sesungguhnya, perihal
kehidupan berlandaskan amalan nilai murni hendaklah diperkasakan. Baik negara
mahupun masyarakat pasti memperoleh impak yang cukup signifikan apabila
masyarakat mula mengamalkan nilai-nilai murni seperti prihatin, bekerjasama, dan
bertolak ansur. Sesungguhnya, inilah impian untuk membentuk negara maju demi
mencapai matlamat TN50.

4. Kesedaran rakyat negara ini terhadap makna kebebasan dan kemerdekaan


negara sungguh mengecewakan sekali. Sikap seumpama ini dianggap kurang
patriotik. Pada pendapat anda, mengapakah situasi tersebut terjadi?
Cadangkan langkah-langkah untuk mengembalikan semangat menghayati
kemerdekaan.

Degup jantung seluruh anak bumi Malaya pada malam 31 Ogos 1957 mungkin
masih terasa denyutannya hingga kini. Malam penuh bersejarah dengan pekikan
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, menjadi peristiwa yang cukup dramatik.
Laungan itu memberikan isyarat bahawa kita telah bebas daripada cengkaman
penjajah Barat selama 446 tahun. Episod penjajahan yang menyaksikan kita menjadi
bangsa suruhan di bumi sendiri akhirnya berlalu hasil jerih payah tokoh-tokoh pejuang
tanah air yang rela bermandi darah mempertahankan maruah bangsa.Namun demikian,
setelah kemerdekaan negara mencecah hampir separuh abad, kelesuan dan
kehambaran semangat patriotik semakin terpancar pada wajah generasi kini.Oleh
sebab itu, semangat tersebut perlu dibaji semula agar subur di dalam hati dan sanubari.

Banyak pendapat yang menyatakan bahawa sejarah itu merupakan guru yang
mengajarkan kita erti kebenaran dan sejarah juga tidak pernah berbohong.Begitulah

Modul Berfokus Set 2 17


hakikat kebenaran sejarah yang boleh mendidik sesuatu bangsa agar kembali menoleh
peristiwa jatuh bangun bangsa sendiri.Sehubungan dengan perkara tersebut,
pendekatan secara indoktrinasi hendaklah dilakukan kepada setiap warganegara agar
faham sejarah. Langkah mewajibkan lulus sejarah kepada calon-calon SPM tidak
wajar dianggap sebagai tindakan memaksa sebaliknya kita harus bersyukur.

Apabila kita ungkapkan semula kata-kata Mantan Perdana Malaysia yang


keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa “Melayu mudah lupa” justeru
kenyataan tersebut adalah bertepatan dengan situasi ini. Sekalipun kita pernah tersiksa
hidup dalam cengkaman penjajah, namun peristiwa itu sudah lama berlalu.Kini segala
kesusahan dan keperitan telah bertukar ganti dengan kesenangan. Lantas kesenangan
yang diperoleh itulah yang menyebabkan generasi kini mula alpa akan pengertian
kemerdekaan. Mereka alpa kerana menjadi pemuja hedonisme, tidak sensitif, dan lebih
parah lagi ada yang sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh
mencemarkan imej negara. Kealpaan di sebalik kesenangan itulah menjadikan kita
leka dibuai oleh angan-angan. Kealpaan dan kesenangan juga menyebabkan semangat
untuk mengisi makna kemerdekaan luput dalam jiwa dan sanubari.

Selain itu, sifat mementingkan diri sendiri dan terlalu memburu kesenangan
duniawi turut melunturi semangat dan jiwa merdeka.Terdapat golongan yang sudah
kaya raya yang tidak mempedulikan langsung seruan kemerdekaan sehingga tidak
tergamak untuk mengibarkan sekeping Jalur Gemilang di premis mereka.Pada mereka,
tiada apa-apa yang istimewa di sebalik kemerdekaan yang dikecapi terhadap kekayaan
yang mereka peroleh kerana segala-galanya adalah hasil daripada titik peluh mereka
sendiri.Golongan yang boleh dianggap parasit ini kadang-kadang memiliki pengaruh
yang besar dalam kalangan masyarakat dek kekayaan dan kesenangan
mereka.Tidaklah keterlaluan apabila dikatakan golongan inilah yang sanggup menjual
khazanah negara demi memenuhkan kantung sendiri.Sekiranya negara pun sanggup
diperdagangkan apalah ertinya kemerdekaan kepada mereka?

Memandangkan jiwa merdeka yang semakin luntur dalam jiwa rakyat


Malaysia khususnya golongan muda, segala usaha untuk mengembalikan semangat
tersebut hendaklah dihidupkan semula.Program-program bercorak hiburan yang boleh
melalaikan golongan muda menghayati sejarah negara wajar dikurangkan.Sebaliknya
program-program yang berunsur pendidikan dan berlatarbelakangkan sejarah negara
mesti diutamakan di sepanjang bulan kemerdekaan.Program-program seumpama ini
tidak boleh dijalankan sekadar memenuhkan agenda semata-mata, sebaliknya mesti
berterusan di sepanjang bulan kemerdekaan. Semua pihak amat berharap supaya anak
muda menjadi lebih peka terhadap aspirasi negara dan mampu bangkit menjadi tulang
belakang mempertahankan negara, bak kata peribahasa biar putih tulang , asalkan
tidak putih mata.

Atas kepentingan negara juga, mungkin suatu pendekatan dalam bentuk


indoktrinasi wajar dilaksanakan untuk melahirkan kesedaran terhadap semangat cinta
akan negara. Oleh itu, setiap kali menjelang bulan kemerdekaan setiap rakyat perlu
diarahkan untuk memasang bendera Jalur Gemilang.Semua premis perniagaan dan
jabatan kerajaan diwajibkan mencetak dan memasang tema sambutan
kemerdekaan.Selain itu, sebarang salah laku yang menyalahi etika agama dan moral
perlu dicegah agar makna kemerdekaan yang sebenar tidak tercemar.Tempat-tempat
awam dan premis-premis perniagaan wajar dipantau oleh anggota keselamatan untuk
mencegah perbuatan sumbang dan tingkah laku yang menyimpang daripada ciri-ciri

Modul Berfokus Set 2 18


negara yang bertamadun.Walaupun langkah ini boleh mengurangkan kemeriahan
acara sambutan, tetapi adalah lebih baik daripada roh kemerdekaan itu tercemar.

Sebagai bangsa yang sudah mampu bangkit di atas kekuatan kaki sendiri, kita
wajar membuktikan peradaban kita kepada mata dunia. Janganlah perjuangan untuk
memartabatkan bangsa yang telah menelan korban harta benda, darah, air mata, dan
nyawa disia-siakan oleh golongan yang buta akan maksud kemerdekaan sebenar.
Sesuggguhnya, kemerdekaan bukanlah sekadar untuk berseronok-seronok sebaliknya
untuk mengembalikan imej dan jati diri bangsa.

5. Karya sastera seperti novel, cerpen, drama dan puisi boleh membentuk remaja
menjadi insan penyayang dan berkeperibadian mulia.
Bincangkan unsur-unsur dalam kesusasteraan yang boleh membentuk
keperibadian seseorang.

NOTA: Soalan unsusr sastera ini dalam kategori separa kreatif. Soalan ini
berkehendakkan calon memberikan respon tentang kehendak soalan. Oleh sebab itu,
calon hendaklah merujuk mana-mana bahan sastera sama ada novel, cerpen atau
drama sebagai bahan sokongan/contoh dalam ulasan jawapan mereka.

Karya sastera merupakan sentuhan seni yang amat tinggi nilai falsafah dan
kebijaksanaan. Di sebalik pemilihan kata yang indah dan berseni terselit seribu satu
mesej yang ingin disampaikan. Selain itu, unsur-unsur nilai murni yang ingin
mendidik pembaca menjadi sebahagian daripada nilai keindahan yang memberikan
nafas kepada sesebuah karya sastera. Dengan hal yang demikianlah, pembaca akan
merasai kelainan apabila membaca karya-karya sastera jika dibandingkan dengan
jurnal-jurnal biasa. Gabungan antara pendidikan akaliah, emosi dan sentuhan hati
nurani boleh melahirkan insan yang seimbang dalam aspek akal budi, emosi dan nilai-
nilai estetika. Dengan berpaksikan mendidik insan secara batiniah, karya sastera
seperti novel, cerpen, drama dan puisi boleh membentuk remaja menjadi insan
penyayang dan berkeperibadian mulia. Sesungguhnya, terdapat pelbagai unsur luaran
dan dalaman dalam genre-genre tersebut yang mampu menatijahkan peribadi insan
yang mulia.

Medium utamanya ialah unsur-unsur keindahan bahasa yang boleh memupuk


jiwa yang tinggi nilai budaya. Bahasa menjadi elemen penting pembentukan peribadi
insan. Elok bahasa dalam pengucapan, justeru mulialah nurani penuturnya. Apabila
lebih teratur dan bersopan tutur bicara nescaya lebih cemerlanglah tingkah laku kerana
sudah menjadi fitrah bahasa menjadi cerminan jiwa raga. Dengan bahasa kita dapat
saksikan akan lemah lembut dan berbudaya seseorang insan yang seimbang dan
harmoni jiwanya. Oleh itu, pengucapan puisi dalam bahasa bertimbal seperti simili,
metafora dan personifikasi menjadi unsur perlambangan yang mengandung ciri-ciri
estetika dalam budaya berbahasa dalam kata-kata, ‘Bahasa Cerminan Bangsa’.

Sementara itu, konflik dan jalinan peristiwa boleh merangsangkan daya


sensitiviti dan cakna terhadap sesuatu perubahan. Perwatakan dan sikap manusia
mudah dibentuk berdasarkan pengalaman yang pernah ditempuhi. Selain itu, kuasa
penghayatan melalui pembacaan dan tontonan turut menjadi medium yang membentuk
sikap manusia. Oleh sebab itu, jalinan peristiwa dan konflik dalam cerita begitu
mudah menyentuh kalbu insan agar pantas berfikir. Sementara itu, emosi merupakan
sifat semula jadi manusia yang mudah sensitif dan peka terhadap sesuatu peristiwa.

Modul Berfokus Set 2 19


Peristiwa seperti putus cinta, penderaan dan penganiayaan begitu mudah mengubah
sikap seseorang agar segera beralih menjadi insan penyayang. Sehubungan dengan itu,
hati kecil manusia mudah tersentuh dengan apa-apa yang dilihat, dilalui atau dirasi
sendiri.

Selain itu, unsur-unsur nilai kemanusiaan yang berfungsi mendidik pembaca


berjaya mengubah citra jiwa insan agar berhijrah daripada sifat yang keji kepada yang
mulia. Penerapan nilai kemanusiaan yang disampaikan secara halus cepat
mempengaruhi emosi manusia. Unsur-unsur nilai sejagat seperti penyayang, simpati
dan bertimbang rasa boleh membentuk peribadi dan akal budi yang mulia. Dalam
konteks ini, dua peristiwa menarik masing-masing dalam novel Azfa Hanani (AH) dan
Songket Berbenang Emas (SBE) berjaya membangkitkan nilai kasih sayang. Datin
Maziah (AH) yang pada awalnya membenci Hanani kembali insaf dan kembali
menyayangi Hanani selepas mengetahui Hanani menjadi yatim piatu angkara
kemalangan maut yang berpunca daripada kealpaan mereka juga. Dalam hal yang
sama, taukeh Lim (SBE) berasa amat bersimpati terhadap penderitaan Dahlia atas
dasar kasih sayang dan persahabatannya dengan ayah Dahlia yang telah terbina sejak
sekian lama.

Dalam aspek yang lain pula, mesej atau amanat menjadi sebahagian daripada
keutamaan pengarang untuk mendidik dan menanamkan perasaan insaf atas sesuatu
kesilapan. Sebagai insan biasa, lumrah manusia melakukan kesalahan dan kekhilafan.
Oleh sebab itu, manusia harus belajar daripada kelemahan dan kembali kepada jalan
yang benar, ibarat sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Melalui
pembacaan atau menonton filem, justeru timbul daya ingin tahu, ingin belajar dan
ingin berubah sikap apabila bertemu dengan pelbagai peristiwa dan konflik yang boleh
meruntun sukma. Hal yang demikian boleh diperhatikan daripada mesej yang hendak
dibawakan di dalam novel –novel yang dipilih untuk kajian KOMSAS pada peringkat
SPM.

Kesimpulannya, unsur-unsur mendidik yang diterapkan dalam genre-genre


sastera adalah lahir daripada sikap cakna dan prihatin daripada insan yang sangat
sentimental dan mempunyai jiwa insani yang sangat murni. Mereka begitu mudah
tersentuh dengan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling mereka lalu
disampaikan untuk santapan pembaca melalui jalan bahasa yang teratur, puitis, kritis
dan beremosi. Mereka mampu menjadi jurubicara kepada sesuatu konflik sosial lalu
dihidangkan dalam versi seni sehingga melahirkan sebuah masyarakat yang berakhlak
mulia dan berkeperibadian tinggi.

Modul Berfokus Set 2 20


BAHASA MELAYU 2 (1103/2)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah mempelajari sejarah dan usaha-usaha menggalakkan pelajar meminati
sejarah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini banyak orang yang memperkatakan kepentingan sejarah dalam


pembinaan negara bangsa. Dalam negara yang sedang pesat membangun seperti
Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal diukur, malahan pembangunan modal
insan dilihat sebagai elemen paling penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah
tamadun bangsa. Dalam konteks ini, subjek Sejarah diberi tanggungjawab untuk
membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan seimbang.
Pada subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya generasi muda yang lahir
daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat nasionalisme dan
patriotisme yang jitu. Malahan subjek ini juga dilihat sebagai pendekatan terbaik
untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Sejarah yang
dikatakan mengajar manusia untuk memahami punca-punca dan cara-cara sesuatu
perkara itu berlaku dapat dijadikan sebagai panduan dan iktibar untuk memperbaik
kesilapan lalu bagi membolehkan kita mencapai kejayaan pada masa hadapan Hal ini
tidak seperti mata pelajaran lain yang dianggap memberikan nilai komersial apabila
mencari peluang pekerjaan, Sejarah dikesampingkan dek pemahaman sempit tentang
kepentingannya.
Penerapan pelbagai nilai dalam pembelajaran Sejarah tidak mampu diukur dengan
wang ringgit. Apatah gunanya teknokrat ulung dilahirkan, namun begitu menjual
kedaulatan negara kepada bangsa asing dek tidak mengamalkan nilai murni? Apatah
makna saintis, jika melangkaui adab dan susila timur yang dijunjung serta dikelek
sekian lama dengan tidak mengamalkan adab? Jadi jelaslah, pengetahuan sejarah
tanah air akan dapat membantu kita, terutamanya remaja membentuk jati diri bangsa
Malaysia. Walau bagaimanapun tidak semua yang berlaku pada masa lalu itu perlu
dijadikan teladan seperti kata perpatah "yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan
sempadan". Oleh sebab itulah kemahiran pemikiran kritis telah diserapkan dalam
pengajaran subjek Sejarah. Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya supaya
menjadi pengadil atau hakim moral terhadap sesuatu peristiwa yang sudah berlaku
sebaliknya sejarah mengajak pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang
telah berlaku dan menambah baik dalam setiap tindakan demi masa depan.
Sebagai kesimpulannya Peristiwa 13 Mei 1969, mengajar kita tentang kepentingan
persefahaman, toleransi dan sikap bersatu padu antara kaum Peristiwa ini jelas
membuktikan bahawa apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara dengan baik,
keamanan akan goyah dan negara berada dalam keadaan huru-hara. Oleh hal yang
demikian, bagi pengubal dasar negara pula, mereka optimistik dengan keupayaan
subjek Sejarah untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
"Sejarah Perlu Dipelajari" oleh Abdul Ghani
Abu,
Dewan
Siswa)

Modul Berfokus Set 2 21


Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata optimistik dengan keupayaan .


[2
markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan pandangan beliau berkaitan dengan penerapan


pelbagai nilai dalam pembelajaran Sejarah.
Nyatakan pandangan tersebut.

[3
markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah pelajar- pelajar kurang meminati mata
pelajaran Sejarah?
[4
markah ]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan
bahasa ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan
bermaruah. “Bumi ini milik kita. Nenek moyang kitalah yang berjuang dengan akal
kebijaksanaan serta semangat keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada
belenggu penjajah. Lebih kurang lima ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh
kuasa asing, bangsa kita merempat dan menjadi rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri.
Hak dan maruah kita dicabul, Mel.”
Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama
bertulisan Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah
ini. Saya pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak
generasi baharu yang belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya
ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan
bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan
bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan
kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah
sendiri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh
Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Modul Berfokus Set 2 22


Dewan Bahasa dan
Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah pesanan bonda kepada Mel?
[2
markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membina sikap positif dalam
kalangan remaja?
[3
markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan.
[4
markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga
berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, "Mahukah Seri Nara Diraja akan
Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?"
Maka sembahnya, "Daulat, tuanku."
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik
rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara
Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah
Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, "Bagaimana maka datuk hendak
beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah
bertemu?"
Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian
sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu."
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun
Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi
berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada
Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia
sedia anak bendahara."
Maka titah baginda, "Baiklah."
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

(Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada'


dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata disuruh berhadir.

Modul Berfokus Set 2 23


[2
markah]

(ii) Nyatakan perkara-perkara yang berlaku setelah Seri Nara Diraja berkahwin
dengan Tun Kudu.
[3
markah]

(iii) Kerjasama antara pemimpin sesebuah negara adalah penting.


Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan kerjasama antara
pemimpin sesebuah negara?
[3
markah]

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup

Modul Berfokus Set 2 24


tiada yang kekal kecuali Tuhan

Teo Wei Sing


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Gambarkan keadaan hidup penyajak dalam rangkap pertama sajak tersebut.
[2
markah]

(ii) Penggunaan peranti yang berleluasa mungkin menjadi salah satu faktor anak
muda mulai hilang nilai murni terhadap warga tua.
Bagaimanakah cara untuk mengatasi perkara ini?
[3
markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4
markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

(a) Tuliskan satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah untuk


menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) buku
(ii) kepal
(iii) longgok
(iv) papan
(v) ruas
(vi) tongkol

[6 markah]

(b) Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah

Modul Berfokus Set 2 25


maksudnya.

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?


FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah , minya pedas. Memang pedas...tapi apa namanya?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi
Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Walaupun mereka saling menyintai, hubungan mereka tetap ditentang


oleh keluarga kerana dikatakan tidak mendatangkan manafaat kepada
mereka.

(ii) Pemandu itu telah disaman oleh anggota polis kerana melanggari
peraturan jalan raya dan insuran keretanya telah luput

(iii) Penglibatan anak muda dalam perlumbaan motorsikal haram telah


kebimbangan penduduk di sekitar kawasan itu.
[6
markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kesempitan masa menyebabkan Zarina tidak dapat menyiapkan


tugasan yang gurunya berikan.

(ii) Zarul sedang asyik menggubah skrip lagu kepada sebuah syarikat
rakaman semasa saya tiba di rumahnya.

(iii) Pihak media dan semua pakar-pakar bahasa Melayu perlu berusaha
sekuat upaya untuk membantu rakyat menguasai bahasa Melayu
dengan baik.
[6
markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isikan satu peribahasa yang
menggambarkan tersebut.

Modul Berfokus Set 2 26


(i) Puan Fatihah berasa kecil hati dengan anaknya yang tidak mendengar
nasihatnya walaupun sudah dewasa. Sikap anaknya seperti
____________________________.

(ii) Keadaan ekonomi yang tidak menentu memerlukan masyrakat berjimat


cermat dan membeli barang-barangan mengikut keperluan sahaja
kerana ______________________________________.

(iii) Nasib Fadlin seperti _______________________________________


kerana setelah mengalami kemalangan jalan raya keretanya pula dicuri
orang.
[6
markah]
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin


(ii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(a) Latar tempat ialah latar berlakunya peristiwa dalam cerita.

Huraikan dua latar tempat yang memaparkan peristiwa saspens dalam sebuah
novel yang anda kaji.
[7 markah]

(b) Dalam sesebuah novel, pengarang menyelitkan banyak peristiwa yang


memberikan teladan kepada pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa
pada bahagian peleraian yang boleh menjadi teladan kepada pembaca.

[8
markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(ii) Tirani karya Beb Sabariah

(a) Novel mempunyai pengajaran untuk mendidik masyarakat melalui pelbagai


peristiwa yang dilalui oleh watak-watak di dalamnya .

Modul Berfokus Set 2 27


Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan dua pengajaran yang dapat
anda peroleh melalui sikap kesungguhan yang ditunjukkan oleh watak utama
dalam menyelesaikan masalah.

[7 markah]

(b) Setiap novel mempunyai tema yang merupakan mesej utama penulis .

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan tema dan berikan alasan
mengapa anda rasa tema tersebut dapat mendidik pembaca.

[8
markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor


(ii) Silir Daksina karya Nizar Paiman

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan pokok persoalan untuk novel
tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan kedua-dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa
yang menarik anda dalam novel tersebut.

[8
markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin


(ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan latar tempat pada
bahagian klimaks novel tersebut.

[ 7 markah
]

(b) Dalam sesebuah kehidupan, kita tidak dapat lari daripada permasalahan dan
konflik.

Modul Berfokus Set 2 28


Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu konflik yang
dihadapi oleh watak utama.

[ 8 markah
]

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2

SOALAN 1

Pendahuluan

Petikan membincangkan kepentingan / manfaat / kelebihan / kebaikan


mempelajari sejarah dalam kalangan generasi muda. [2
markah]

Rumusan membincangkan kepentingan / manfaat / kelebihan / kebaikan


mempelajari sejarah dan usaha-usaha menggalakkan pelajar meminati sejarah.
[2
markah]

Isi tersurat ( faedah-faedah )


1.Membentuk keperibadian pelajar menjadi insan seimbang.
2. Membentuk semangat nasionalisme dan patriotisme yang jitu.
3. Sebagai pendekatan terbaik untuk menyemai semangat perpaduan.
4 Sebagai panduan dan iktibar untuk memperbaiki kesilapan lalu.
5. Penerapan pelbagai nilai dalam pembelajaran Sejarah.
6. Membentuk jati diri bangsa Malaysia.
7. Mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku.
8. Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya supaya menjadi pengadil atau hakim
moral.
9. Mengajar kita tentang kepentingan persefahaman, toleransi, dan sikap bersatu
padu antara kaum.

Modul Berfokus Set 2 29


10. Melahirkan generasi pelajar yang seimbang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

[ 4 hingga 12
markah]

Isi-isi Tersirat (usaha-usaha)


1. Menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus.
2. Mewujudkan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan.
3. Mengalakkan pelajar membuat kajian di luar bilik darjah.
4. Mewujudkan anugerah Tokoh Sejarah Remaja.
5. Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
6. Menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas dan menarik kepada lulusan
Sejarah.

[ 4 hingga 12
markah]

Kesimpulan
Kesimpulannya, masyarakat harus memainkan peranan dalam memartabatkan mata
pelajaran Sejarah agar kehidupan berada dalam keadaan aman dan harmoni.

[Maksimum : 2
markah]

SOALAN 2(a)

(i) Maksud rangkai kata optimistik dengan keupayaan ialah penuh harapan baik
terhadap kemampuan.

(ii) Pandangan tersebut ialah nilai tidak mampu diukur dengan wang ringgit.
Selain itu, teknokrat yang tidak mengamalkan nilai murni akan menjual
kedaulatan negara dan saintis yang tidak beradab tidak bernilai kepada
negara.

(iii) Pada pendapat saya, pelajar-pelajar kurang meminati mata pelajaran Sejarah
kerana mereka kurang mempunyai semangat patriotik. Selain itu, pelajar juga
tidak mendapat maklumat tentang kepentingan mata pelajaran Sejarah. Akhir
sekali, pelajar sering menganggap mata pelajaran Sejarah tidak mempunyai
nilai komersial.

SOALAN 2(b)

(i) Pesanan bonda kepada Mel adalah supaya memelihara agama dan bahasa
ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan
bermaruah.

Modul Berfokus Set 2 30


(ii) Pada pendapat saya, cara untuk membina siakp positif dalam kalangan remaja
ialah berkawan dengan orang yang berfikiran positif dan mendapatkan
bimbingan daripada ibu bapa atau guru.

(iii) Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah kita mestilah
mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa kita. Sebagai contoh, Mel
mengikut pesanan bonda supaya memelihara agama dan bahasa ibunda.

Satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan ialah kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.
Sebagai contoh, ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang
Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.

SOALAN 2 ( c )

(i) Maksud rangkai kata disuruh berhadir ialah diminta bersedia.

(ii) Perkara-perkara yang berlaku setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun
Kudu ialah dia telah dapat bermuafakat dengan Paduka Raja. Selain itu, Seri
Nara Diraja dan Paduka Raja juga menjadi rapat seperti saudara. Seri Nara
Diraja juga sanggup mencadangkan Paduka Raja dilantik sebagai bendahara.

(iii) Pada pendapat saya, kerjasama antara pemimpin negara adalah penting
kerana ini dapat mewujudkan keadaan negara yang stabil dan ini akan
dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara. Selain itu,kerjasama
demikian akan menjadi teladan kepada rakyat dan ini adalah penting
terutamanya dalam sebuah negara yang berbilang kaum seperti
Malaysia.

SOALAN 2 (d)

(i) Keadaan hidup penyajak seperti yang digambarkan dalam rangkap pertama
sajak tersebut ialah penyajak berasa sunyi melalui hari-hari yang sama kerana
tiada sesiapa yang datang menziarahinya.

(ii) Cara-cara untuk mengatasi perkara ini ialah ibu bapa tidak terlalu
mendedahkan anak-anak dengan teknologi yang melalaikan. Selain itu,
sekolah mengadakan kempen kesedaran nilai murni dalam kalangan pelajar

(iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita mestilah
menyayangi ibu bapa kita supaya kehidupan mendapat berkat. Pengajaran yang
kedua ialah, kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak
dirundung rasa putus asa.

Soalan 3(a)

1. Kakak menggunakan lima buku benang bulu kambing untuk mengait alas
meja kopi itu.
2. Azlina makan dua kepal pulut yang ditanak oleh neneknya sebelum ke
sekolah.
3. Peniaga durian itu menjual dua longgok durian pada harga RM 20.00 sahaja.

Modul Berfokus Set 2 31


4. Ayah membeli dua papan petai untuk dimasak sambal tumis ikan bilis.
5. Gajah-gajah itu hanya mengambil masa yang singkat untuk menghabiskan
sepuluh ruas tebu yang diberikan.
6. Emak merebus enam tongkol jagung yang dipetik dari kebun petang tadi.

Soalan 3(b)

1. Mawi yang teruja dengan kesedapan mi tersebut bertanya kepada Felix


nama mi tersebut.
2. Felix memberitahu Mawi bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas.
3. Mawi tahu bahawa mi itu pedas dan dia bertanya sekali lagi namanya
kepada Felix untuk mendapatkan kepastian.
4. Felix menjelaskan bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas menurut Dolah.
5. Mawi mula faham lalu bertanya kepada Felix adakah tujuan dia masuk ke
kedai tersebut untuk makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan lalu berkata kepada Mawi yang dia pernah berjanji untuk
belanja Mawi dahulu.

Soalan 3 ( c )

i. menyintai – mencintai
manafaat – manfaat

ii. melanggari – melanggar


insuran – insurans

iii. motorsikal – motosikal


kebimbangan – membimbangkan

Soalan 3 ( d )

i. Kesempitan – Kesuntukan
gurunya berikan – diberikan oleh gurunya

ii. skrip – lirik


kepada – untuk

iii. sekuat – sedaya


semua pakar-pakar – semua pakar

Soalan 3(e)

i. mencurahkan air ke daun keladi


ii. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
iii. sudah jatuh ditimpa tangga

Soalan 4 (Zon 1)

4(a) Latar tempat yang memaparkan peristiwa saspens

Novel Jendela Menghadap Jalan

Modul Berfokus Set 2 32


Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Latar tempat yang memaparkan peristiwa saspens dalam novel Jendela Menghadap
Jalan karya Ruhaini Matdarin ialah pondok buruk. Peristiwa saspens yang berlaku di
sini ialah peristiwa penculikan Lili. Pembaca berasa saspens kerana ingin tahu akan
perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafik.

Selain itu, latar tempat yang memaparkan peristiwa saspens ialah di rumah Che
Jah. Peristiwa saspens yang berlaku di sini ialah peristiwa Seman memukul Haziq.
Pembaca berasa saspens kerana ingin tahu keadaan Haziq yang dipukul oleh Seman
sehingga berdarah walaupun orang kampung cuba meleraikannya.

Novel Songket Berbenang Emas

Latar tempat yang memaparkan peristiwa saspens dalam novel Songket


Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip ialah di Sungai. Peristiwa saspens yang
berlaku di sini ialah peristiwa Dahlia menyelamatkan Said. Peristiwa ini menimbulkan
saspens apabila pembaca ingin mengetahui nasib Dahlia yang mengharung arus deras
untuk menyelamatkan Said.

Selain itu, latar tempat yang memaparkan peristiwa saspens dalam novel ini
ialah di rumah Embong. Peristiwa saspens yang berlaku di sini ialah peristiwa Bakar
menemukan bungkusan yang mengandungi telur busuk, jarum peniti, cincin arked dan
paku yang tertanam di bawah rumah. Peristiwa ini menimbulkan saspens kerana
membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang orang yang meletakkan bungkusan
tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan.

4(b) Satu peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menjadi teladan
kepada pembaca

Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin dan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang
menyelitkan banyak peristiwa yang memberikan teladan kepada pembaca.

Peristiwa bahagian peleraian yang memberikan kesedaran berdasarkan novel


Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin ialah peristiwa Lili menyelesaikan
masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai
Kebajikan Masyarakat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kerana seseorang yang
berada dalam kesusahan perlu dibantu agar dapat meringankan beban mereka.

Peristiwa bahagian peleraian yang memberikan kesedaran berdasarkan novel


Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip ialah peristiwa Nek Kiah yang tidak
menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih akhirnya insaf selepas dia dijaga
dengan baik oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kerana ahli keluarga tidak perlu mempunyai sikap pilih kasih
terhadap anak cucu.

Soalan 4 (Zon 2)

Modul Berfokus Set 2 33


4(a) Dua pengajaran yang dapat anda peroleh melalui sikap kesungguhan yang
ditunjukkan oleh watak utama dalam menyelesaikan masalah.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Novel yang saya pelajari ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa pengajaran yang dapat saya peroleh melalui
sikap kesungguhan watak utama.

Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah bersungguh-sungguh


mempertahankan negara daripada musuh. Sebagai contoh, Leftenan Adnan bersama
askar-askar Melayu telah mempertahankan Bukit Candu daripada serangan Jepun.
Masalah timbul apabila askar Melayu telah kehabisan peluru, namun mereka tidak
mahu menyerah kalah. Akhirnya Leftenan Adnan dan askar Melayu telah berjuang
menentang Jepun dengan menggunakan bayonet.

Pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam


mencapai cita-cita. Sebagai contoh, sejak kecil Adnan bercita-cita untuk menjadi askar
dan meminta ayahnya membuatkan senapang. Setelah menamatkan pelajaran di
sekolah Inggeris Adnan telah ditawarkan menjadi guru. Keinginan Adnan untuk
menjadi askar menyebabkan dia bersungguh-sungguh memujuk ibunya agar
mengizinkan dia menjadi askar. Akhirnya mak Milah mengizinkan Adnan menjadi
askar.

Novel Tirani

Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa pengajaran yang dapat saya peroleh melalui sikap kesungguhan watak
utama.
Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah bersungguh-sungguh
mempertahankan maruah diri. Sebagai contoh, Waheeda telah diceraikan oleh
suaminya Zahid kerana yakin tuduhannya bahawa Waheeda mempunyai hubungan
sulit dengan pelanggannya benar apabila wajah Izzati tidak secantik mereka. Waheeda
bersungguh-sungguh mempertahankan maruah dirinya dengan membuat ujian DNA .

Pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam


memajukan perniagaan. Sebagai contoh, setelah bangkit dari penyakit murung,
Waheeda bertekad untuk membesarkan anaknya seorang diri dan telah bersungguh-
sungguh memajukan perniagaan keluarganya dengan membuat pinjaman daripada
bank untuk membeli Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands. Waheeda berjaya
memajukan chalet tersebut yang ditukar nama menjadi Aya-Sajinah.

4(b) Tema dan berikan alasan mengapa anda rasa tema tersebut dapat mendidik
pembaca.

Novel yang saya pelajari ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib dan novel Tirani karya Beb Sabariah. Tema yang dipaparkan dalam
kedua-dua buah novel ini dapat mendidik pembaca.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa memaparkan tema keberanian dan


kegigihan seorang pemuda mempertahankan negara daripada serangan musuh.

Modul Berfokus Set 2 34


Sebagai contoh, askar Jepun telah menyerang Bukit Candu. Leftenan Adnan yang
mengetuai askar Melayu telah menentang askar Jepun. Walaupun telah hampir
kehabisan peluru dan ditawarkan untuk menyerah diri oleh askar Jepun, namun
Leftenan Adnan dan askar Melayu tetap tidak mahu menyerah diri. Mereka telah
melawan askar Jepun dengan bayonet hingga ketitisan darah yang terakhir. Leftenan
Adnan yang cedera telah digantung di pokok ceri dan telah ditikam oleh askar Jepun
sehingga mati.

Tema ini mendidik masyarakat supaya mempunyai semangat cinta akan negara
dan sanggup berkorban demi negara.

Novel Tirani memaparkan tema kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi


ilmu yang dimiliki oleh seseorang dapat melindungi kelemahan diri.
Sebagai contoh, walaupun cantik tetapi Waheeda menghadapi masalah dalam
perkahwinan. Suaminya Zahid terlalu cemburu dan menuduh Waheeda ada hubungan
sulit dengan lelaki lain. Zahid tidak mengakui Izzati sebagai anaknya kerana Izzati
tidak secantik Waheeda lalu menceraikan Waheeda. Waheeda bangkit daripada
kekecewaan dengan memajukan perniagaan resort milik keluarganya. Dengan ilmu
yang dipelajari di universiti Waheeda membuat pinjaman daripada tabung usahawan
siswazah untuk membeli chalet baru di Cameron Highland.

Tema ini mendidik kita bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam
menjamin kejayaan dan kebahagian hidup. Kecantikan diri bukan jaminan kebahagiaan
hidup.

Soalan 4 (Zon 3)

4(a) Pokok persoalan untuk novel


Novel Di sebalik Dinara

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Tema
untuk novel ini adalah tentang ketaasuban terhadap dunia sains dan teknologi sehingga
mengabaikan sifat kemanusiaan.

Tema ini jelas dapat dilihat melalui peristiwa Dr Karl yang sanggup melakukan
pelbagai eksperimen dan perkara yang tidak sepatutnya demi keagungan diri dalam
dunia sains. Dia sanggupmenggagalkan eksperimen yang dijalankan terhadap Medina
sehingga menyebabkan Medina menjadi kurang siuman walaupun pada hakikatnya
Medina ialah kekasihnya. Dr Karl berbuat sedemikian kerana dia takut yang Medina
akan menyaingi kebolehannya sebagai seorang saintis.

Selain itu, perkara yang dilakukan oleh watak Dr. Maxi juga turut memaparkan
tema ini. Naluri dan sifat ingin tahu Dr. Maxi sebagai saintis telah menyebabkannya
membiarkan memori Dr Karl kekal dalam minda Shida kerana dia ingin melihat
perkara yang bakal berlaku pada Shida. Akibatnya, Shida menjadi kurang siuman.

Medina juga merupakan antara watak yang turut membuktikan tema dalam
novel ini. Dia berusaha untuk mencari dan menemui anaknya Farisha bukan kerana

Modul Berfokus Set 2 35


dasar rindu atau kasih sayang tetapi lebih kepada keinginan dirinya untuk
membuktikan kepada Dr Karl bahawa dia juga ialah saintis yang hebat. Hal ini dapat
dibuktikan melalui perbualan Medina dengan dua orang pengikutnya iaitu Farid dan
Amin. Apabila kedua-dua mereka bertanya kepada Medina akan tujuannya mencari
Farisha semula, Medina dengan segala bangganya mengatakan bahawa beliau berbuat
sedemikian hanya untuk membuktikan kehebatannya kepada Dr Karl dan bukannya
atas dasar rindu atau kasih sayang.

Oleh sebab itu, melalui peristiwa dan dinyatakan tersebut, amatlah jelas bagi
kita bahawa tema untuk novel ini sememangnya ialah sifat taasub terhadap dunia sains
dan teknologi sehingga menghakiskan nilai-nilai kemanusiaan.

Novel Silir Daksina

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Novel ini
bertemakan isu kekeluargaan.

Dalam novel ini, kita dapat melihat masalah rumah tangga yang dihadapi oleh
Umi (Rafiqah) dengan Abdullah bin Kayan yang berakhir dengan perceraian.
Perceraian ini mengakibatkan beliau terpaksa berpisah dengan anak yang amat
dikasihinya iaitu Haiqal Hakimi. Beliau berpindah balik ke kampung halamannya di
Kampung Seri Purnama, Johor manakala Haiqal dan Uminya menetap di Terengganu.
Situasi ini telah memisahkan hubungan antara seorang ayah dengan anaknya.

Apabila meningkat dewasa, Haiqal berusaha untuk menjejaki arwah ayahnya


demi melunaskan kerinduan yang terpendam walaupun mendapat tentangan yang
hebat daripada Uminya. Walau bagaimanapun, Haiqal tetap bertekad meneruskan
niatnya ke Johor sehingga menyebabkan pertelingkahan yang hebat antara dirinya
dengan Umi.

Oleh sebab itu, situasi ataupun pergolakan dalam keluarga ini jelas
membuktikan tema yang dipaparkan dalam novel tersebut.

4(b) Satu peristiwa yang menarik perhatian anda dalam novel

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Antara peristiwa menarik yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Medina
berjumpa dengan Shida di Soft Lab semasa sesi komunikasinya dengan Dr. Karl.

Peristiwa ini amat menarik perhatian saya kerana pertemuan ini telah
membongkarkan banyak perkara yang bukan sahaja mengejutkan tetapi juga menyayat
hati saya. Melalui peristiwa ini, saya mendapat tahu bahawa Farisha merupakan anak
luar nikah Medina dengan Dr. Karl. Selain itu, peristiwa ini juga turut mendedahkan
pelbagai perkara sulit dan kejam yang dilakukan oleh Dr. Karl kepada beberapa orang
termasuklah kepada Medina dan Alia yang merupakan isterinya yang sah. Peristiwa
ini sememangnya amat menarik perhatian saya bukan atas dasar sebab menarik yang
menggembirakan tetapi peristiwa yang menyebabkan saya menumpukan perhatian
atas dasar kasihan terhadap diri Farisha, Shida, Medina dan juga watak lain yang
menjadi mangsa Dr. Karl. Bukan setakat itu sahaja, sebagai seorang insan biasa, saya
tidak dapat mengelakkan diri daripada tertanya-tanya mengapakah seseorang manusia

Modul Berfokus Set 2 36


sanggup berbuat sedemikian kepada seseorang individu yang lain? Apatah lagi mereka
yang terlibat ialah anak, isteri dan kekasihnya sendiri!

Peristiwa inilah yang menyebabkan perasaan saya bercampur baur dan


sememangnya peristiwa inilah yang menjadi tumpuan utama dan daya penarik saya
untuk terus menghayatinya.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Peristiwa
yang menarik perhatian saya dalam novel ini ialah peristiwa Haiqal Hakimi yang
begitu bertekad untuk menjejaki Abdullah bin Kayan di Johor.

Peristiwa ini amat menarik bagi saya kerana pada hakikatnya kita sedar
bahawa Abdullah bin Kayan sudah pun meninggal dunia ketika Haiqal berumur 12
tahun. Memandangkan Abdullah bin Kayan sudah kembali kepada rahmahtullah,
mengapakah Haiqal masih bermati-matian untuk menjejaki arwah dan sanggup lagi
bertelingkah dengan ibu kandungnya Umi? Dari sudut tatapan seorang manusia biasa,
kita sememangnya akan menganggap tindakan Haiqal ini sebagai tidak logik dan tidak
berbaloi kerana sanggup bertekak dengan orang yang masih hidup demi seseorang
yang telah pun arwah.

Situasi inilah yang menarik perhatian saya kerana keadaan ini menunjukkan
betapa ikhlas dan tingginya kasih sayang seorang anak kepada ayahnya. Haiqal
sanggup menghadapi segala tentangan dan cabaran hanya untuk menjejaki arwah
ayahnya. Seorang anak muda yang sanggup mengabaikan segala kemewahan demi
kebenaran hidup walaupun terpaksa menanggung kesedihan yang mendalam akibat
ibu yang kurang memahaminya. Anak muda yang berjiwa sedemikian amatlah sukar
untuk dijumpai pada era ini.
Oleh sebab itu, peristiwa ini amat menarik perhatian saya untuk terus
menghayati novel ini.

Soalan 4 (Zon 4)

4(a) Latar tempat pada bahagian klimaks novel

Novel Pantai Kasih

Novel yang saya pelajari ialah Novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa latar tempat pada bahagian klimaks novel ini, antaranya seperti
berikut.

Salah satu latar tempat pada bahagian klimaks novel ini ialah di tembok garaj
Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Sebagai buktinya, Dr Uwang telah terlanggar
tembok garaj PRPK kerana tertekan pedal minyak keretanya menyebabkan dia
mengalami kecederaan yang parah pada bahagian kakinya.

Jelaslah bahawa terdapat latar tempat pada bahagian klimaks yang sesuai
dengan plot cerita novel tersebut.

Novel Bimasakti Menari

Novel yang saya pelajari ialah Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu

Modul Berfokus Set 2 37


Mohd Yusop. Terdapat beberapa latar tempat pada bahagian klimaks novel ini,
antaranya seperti berikut.

Salah satu latar tempat pada bahagian klimaks novel ini ialah di ladang kelapa
sawit Bestari Jaya. Sebagai buktinya, Nurul Hafsa telah diculik dan dikurung di ladang
kelapa sawit ini. Pihak polis juga telah berjaya menangkap penjenayah yang telah
menculik Muhammad Taufik di ladang kelapa sawit Bestari Jaya.

Jelaslah bahawa terdapat latar tempat pada bahagian klimaks yang sesuai
dengan plot cerita novel tersebut.

4(b) Satu konflik yang dihadapi oleh watak utama

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan
novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Watak utama novel Pantai
Kasih ialah Dr Raiha dan watak utama novel Bimasakti Menari pula ialah Nurul
Hafsa. Terdapat konflik yang dialami oleh watak utama kedua-dua novel ini,
antaranya seperti berikut.

Konflik yang dialami oleh watak utama novel Pantai Kasih ialah konflik
rumah tangga antara suami isteri. Sebagai contohnya, Dr Raiha menghadapi tekanan
apabila suaminya Dr Sadiz mendesak dirinya supaya menggugurkan kandungannya
apabila mengetahui anak yang dikandungnya itu tidak normal. Namun desakan Dr
Sadiz tidak dipersetujui oleh Dr Raiha mahu melahirkan bayi yang dikandungnya
walaupun bayi itu dikatakan cacat. Tindakan Dr Raiha tersebut menyebabkan
hubungan mereka menjadi dingin dan rumah tangga mereka musnah. Dr Raiha
akhirnya digantung tidak bertali oleh Dr Sadiz.

Konflik yang dialami oleh watak utama novel Bimasakti Menari pula ialah
konflik dalam menjayakan projek yang dirancang. Sebagai contohnya, Nurul Hafsa
berkonflik dengan Dato’ Johann Arlington Majid yang cuba menggagalkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap yang dirangcang olehnya. Dato’ Johann telah
mengemukakan pelbagai soalan kepada Nurul Hafsa di hadapan Tn. Pegawai Majlis
Daerah Kuala Selangor semata-mata untuk menggagalkan projek tersebut. Dato’
Johann juga sanggup mengupah orang suruhan menculik dan mengurung Nurul Hafsa
dengan harapan dapat menggagalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang
dirancang oleh Nurul Hafsa. Namun Nurul Hafsa mampu menempuhi konflik tersebut
dengan tabah.

Jelaslah bahawa terdapat konflik yang dialami oleh kedua-dua watak utama
novel tersebut.

Modul Berfokus Set 2 38


Modul Berfokus Set 2 39

You might also like