You are on page 1of 34

Sila pilih menu:-

FORMAT | SKEMA PEMARKAHAN | ANALISIS | TIP

BAHASA MALAYSIA
KERTAS 1
SET SOALAN & JAWAPAN | CONTOH KARANGAN | LATIHAN
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

KANDUNGAN KERTAS SOALAN


BAHASA MELAYU - KERTAS 1 (1103 / 1)

Bahagian A

Karangan berpandu : Berdasarkan pelbagai bahan rangsangan

Bahagian B

Tajuk Karangan Berdasarkan Kombinasi

Bidang Interpersonal (IP)

Bidang Maklumat (M)

Bidang Estetika (E)

Dimensi Soalan

Diri Pelajar

Keluarga

Masyarakat

Negara

Antarabangsa

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Peruntukan Masa : 2 jam 15 minit

Masa yang dicadangkan : Bahagian A - 45 minit

Bahagian B - 90 minit

PANDUAN AGIHAN MASA


MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1

Bahagian A (45 minit)

Memahami dan menganalisis bahan rangsangan 5 minit

Membina rangka/ pelan karangan 10 minit

Menulis Karangan 25 minit

Mengedit 5 minit

Bahagian B (90 minit)

Memahami dan menganalisis tajuk 10 minit

Membina rangka/ pelan karang an 10 minit

Menulis Karangan 60 minit

Mengedit 10 minit

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Bahagian A

[Masa dicadangkan : 45 minit]

[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-
faedah menyertai aktiviti kokurikulum. Panjang huraian, antara 200 hingga 250
patah perkataan.

AKTIVITI KOKURIKULUM

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Bahagian B

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
melebihi 350 patah perkataan.

1. Sekolah anda telah melancarkan Polisi Sekolah Selamat sempena


Minggu Pendidikan Peringkat Sekolah. Anda telah diberi peluang
untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Peranan Warga Sekolah
dalam Menjayakan Polisi Sekolah Selamat’.

Tulis ceramah tersebut selengkapnya.

2. Kerajaan amat menggalakkan rakyat Malaysia agar menceburi bidang


pertanian. Hal ini kerana, bidang pertanian berpotensi menjana
pembangunan ekonomi negara.

Jelaskan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat


dilaksanakan untuk memajukan sektor pertanian.

3. Perbuatan segelintir remaja yang terlibat dalam aktiviti lumba haram di


taman perumahan tempat tinggal anda telah mengganggu
ketenteraman penduduk setempat dan mendatangkan bahaya kepada
orang ramai. Sebagai pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
taman perumahan tersebut, anda terpanggil untuk membuat aduan
kepada pihak berkenaan bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan
situasi yang berlaku dan menyarankan cadangan untuk
menanganinya.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

4. Penularan wabak penyakit berjangkit menuntut kerjasama dan pakatan


di peringkat antarabangsa. Pelbagai usaha dan peranan yang
bersepadu dapat menjamin kesejahteraan kehidupan manusia sejagat.

Bincangkan.

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

5. Tingkap papan kayu bersegi,


Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Pantun tersebut menggambarkan secara jelas tentang peri pentingnya


budi bahasa dalam menentukan martabat bangsa.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan


untuk menggalakkan orang ramai menghayati amalan berbudi bahasa.

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

CONTOH SKRIP JAWAPAN BAHAGIAN A

FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Apakah maksud kegiatan kokurikulum? Sering kali kegiatan kokurikulum

didefinisikan sebagai sebarang bentuk aktiviti yang dirancang lanjutan daripada

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kegiatan ini bertujuan

untuk memberikan peluang kepada para pelajar menambahkan, mengukukan

dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari.

Berdasarkan keterangan ini, jelaslah bahawa menyertai kegiatan kokurikulum

banyak mendatangkan faedah kepada pelajar.

Kegiatan kokurikulum mampu memupuk disiplin yang tinggi dalam diri

para pelajar. Menerusi aktiviti pasukan beruniform, misalnya Kadet Remaja

Sekolah (KRS) para pelajar dilatih mematuhi pelbagai peraturan dan menepati

masa. Selain itu, mereka juga perlu berdisiplin dalam tatacara berpakaian,

mematuhi peraturan dan taat kepada pemimpin agar imej diri lebih terserlah. Hal

ini bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pengisian waktu dengan pelbagai aktiviti kokurikulum amatlah wajar demi

memastikan masa yang terluang lebih bermakna. Hal ini selaras dengan maksud

peribahasa masa itu emas. Pada waktu petang misalnya, masa pelajar eloklah

diisi dengan pelbagai kegiatan kokurikulum di sekolah kerana melalui kegiatan

tersebut pelajar-pelajar dapat menimba pengalaman yang tidak diperoleh

semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Memandangkan ibu bapa

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

sekarang sibuk dengan kerjaya masing -masing, mereka tidak perlu risau lagi

tentang gejala liar yang sering mempengaruhi pemikiran anak-anak.

Dalam masa yang sama, kegiatan kokurikulum merupakan batu loncatan

kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian

tinggi. Pelajar-pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan ini akan

diambil kira meritnya kerana melalui aktiviti tersebut, bakat kepimpinan dapat

dipupuk dan proses sosialisasi berlaku secara bersahaja. Pengalaman tersebut

sangat berguna kerana pelajar merupakan pewaris bangsa pada masa hadapan.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan wahana yang sesuai

kepada pelajar untuk membentuk peribadi mereka pada masa akan datang. Oleh

yang demikian, agar pelajar-pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam

setiap aktiviti kokurikulum yang disertai.

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU KERTAS 1(II03/1) SPM

BAHAGIAN A

PERINGKAT TEMA BAHASA WACANA IDEA

Karangan Penggunaan bahasa yang Wacananya Idea relevan


Cemerlang mestilah gramatis dari segi kata dan ayat. lengkap. dengan tema bahan
26-30 menepati tema Tanda baca yang digunakan betul Unsur bahasa rangsangan,
bahan rangsangan dan tepat. bervariasi dan dihuraikan dengan
a (28 -30) dan tugasan Ejaan betul dan mengikut Sistem calon jelas dan fikiran
soalan. Ejaan Rumi Baru. menggunakan matang
b (26 -27) Penggunaan kosa kata luas dan ungkapan yang
tepat. menarik / indah.

Karangan Penggunaan bahasa gramatis Wacananya Idea relevan


Baik menepati tema dari segi kata dan ayat. lengkap dan dengan tema bahan
20-25 bahan rangsang an Tanda baca betul dan tepat. unsur bahasa rangsangan serta
dan mengikut Ejaan mengikut Sistem Ejaan yang digunakan dihuraikan dengan
a (23 – 25) tugasan yang Rumi Baru. bervariasi. jelas.
diberi. Penggunaan kosa kata luas.
b (20 – 22)

9
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Masih menepati Penggunaan bahasa masih Wacana masih Masih relevan


Memuaskan tema bahan gramatis dari segi kata dan ayat. lengkap dan dengan tema bahan
15-19 rangsangan dan Tanda baca masih betul dan unsur bahasa rangsangan.
tugasan yang tepat masih bervariasi. Huraian idea masih
a (17 – 19) diberi. Ejaan masih mengikut Sistem jelas.
Ejaan Rumi Baru.
b (15 – 16) Kosa kata umum.

Kurang Masih / kurang Kurang gramatis dari segi kata Kurang lengkap Masih / kurang
Memuaskan menepati tema dan ayat. Unsur bahasa relevan dengan
10-14 bahan rangsangan Kesalahan tatabahasa ketara. kurang bervariasi tema bahan
dan tugasan yang Ejaan masih mengikut Sistem rangsangan.
a (12 - 14) diberi. Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat Huraian masih /
kesalahan ejaan yang ketara kurang jelas
b (10 – 11) Kosa kata terhad.

Pencapaian Tidak memahami Tidak menunjukkan penguasaan Tidak menepati


Minimum tema bahan kemahiran menulis. tema bahan
01-09 rangsangan dan Banyak kesalahan bahasa rangsangan.
tidak menjawab (ketara) dari segi kata dan ayat. Tidak menepati
a (06 – 09) tugasan yang kehendak tugasan.
diberi.
b (01 – 05)

10
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU


KERTAS 1 (1103/1)
BAHAGIAN B

PERINGKAT /
MARKAH KRITERIA PENSKORAN

CEMERLANG Kata : Sangat luas dan tepat.


Ayat : Kepelbagaian jenis ayat majmuk yang gramatis.
80 – 100 Ejaan dan tanda baca : Tepat dan betul.
Kosa kata : Luas dan tepat.
Laras Bahasa : Sesuai dengan tugasan.
a(90 – 100) Pengolahan : Sangat menarik dan amat berkesan.
Pemerengganan : Sangat sesuai.
b(80 – 89) Idea : Sangat relevan mengikut tugasan yang diberi,
dihuraikan dengan sangat jelas dan ada contoh yang
sesuai.
Wacana : Lengkap & berkesinambungan antara perenggan
Gaya Bahasa : Bervariasi dan terdapat pelbagai ungkapan
(peribahasa, puisi, slogan atau frasa)

KEPUJIAN Kata : Luas dan tepat.


Ayat : Kepelbagaian jenis ayat majmuk yang gramatis.
66 – 79 Ejaan dan tanda baca : Betul.
Kosa kata : Luas dan tepat.
Laras Bahasa : Sesuai dengan tugasan.
a(73 – 79) Pengolahan : Menarik dan berkesan.
Pemerengganan : Sesuai.
b(66 – 72) Idea : Relevan mengikut tugasan yang diberi, dihuraikan
dengan jelas, ada contoh yang sesuai.
Wacana : Lengkap & berkesinambungan.
Gaya Bahasa : Bervariasi dan terdapat pelbagai ungkapan
(peribahasa, puisi, slogan atau frasa)

11

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

BAIK Kata : Sesuai.


Ayat : Ayat majmuk gramatis tetapi ada kesalahan
51 – 65 minimum.
Ejaan dan tanda baca : Masih Betul.
Kosa kata : Umum.
a(58 – 65) Laras Bahasa : Sesuai mengikut tugasan.
Pengolahan : Masih menarik dan berkesan.
Pemerengganan : Masih sesuai.
b(51 – 57) Idea : Masih relevan mengikut tugasan yang diberi,
dihuraikan dan ada contoh yang sesuai.
Wacana : Masih lengkap & berkesinambungan.
Gaya Bahasa : Masih bervariasi, dan penggunaan
ungkapan kurang / kurang berkesan.

MEMUASKAN Kata : Terhad.


Ayat : Kurang gramatis.
36 – 50 Ejaan dan tanda baca : Betul tetapi terdapat kesalahan
minimum .
Kosa kata : Umum dan terhad .
a(43 – 50) Laras Bahasa : Kurang sesuai.
Pengolahan : Masih menarik dan berkesan.
Pemerengganan : Masih sesuai.
b(36 – 42) Idea : Masih relevan mengikut tugasan yang diberi, ada
huraian dan contoh yang sesuai.
Wacana : Masih / kurang lengkap.
Gaya Bahasa : Kurang bervariasi dan penggunaan
ungkapan kurang berkesan.

KURANG Kata : Kurang tepat.


MEMUASKAN Ayat : Tidak gramatis tetapi masih difahami.
Ejaan dan tanda baca : Kesalahan ketara.
21 – 35 Kosa kata : Terhad.
Pengolahan : Tidak menarik.
Wacana : Tidak lengkap & pemerengganan tidak seimbang.
a(28 – 35) Gaya Bahasa : Tidak bervariasi dan penggunaan ungkapan
lemah.

b(21 – 27)

12

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

PENCAPAIAN Kata dan Ayat : Tidak gramatis


MINIMUM Ejaan dan tanda baca : Kesalahan sangat ketara.
Pengolahan : Tidak menarik.
01 – 20 Wacana : Tidak lengkap, pemerengganan tidak seimbang
dan tidak sesuai.
Gaya Bahasa : Tidak menarik dan keseluruhan karangan
a(11 – 20) sukar / tidak difahami.

b(01 – 10)

13

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

KARANGAN CONTOH :

BAHAGIAN A (SPM 2005) – TUGASAN : Usaha-usaha untuk menangani gejala vandalisme

CONTOH 1 : (CEMERLANG)

PETIKAN KARANGAN PELAJAR ULASAN

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Ungkapan ini begitu sesuai - Pendahuluan menarik
untuk menggambarkan bahawa mencegah gejala vandalisme adalah lebih baik dan sesuai
daripada mengatasinya. Hal ini demikian kerana gejala vandalisme akan - Menepati tema dan
sentiasa berlaku seperti cendawan tumbuh selepas hujan, jika dibiarkan tanpa tugasan bahan
sebarang pencegahan. Oleh itu, pelbagai pihak haruslah memainkan peranan rangsangan
masing-masing untuk menangani gejala vandalisme.

Lazimnya, gejala vandalisme dilakukan oleh golongan remaja. Oleh itu,


ibu bapa merupakan penggerak utama dalam mengawal pergerakan anak-anak
mereka daripada terjebak dengan gejala seperti ini. Ibu bapa juga sewajarnya
mengawasi tingkah laku dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan - kosa kata luas
sebaya. Hal ini demikian kerana , jika seseorang berkawan dengan penjual - ungkapan menarik
minyak wangi, maka keharumannya akan dapat dirasai, manakala jika kita - bahasa gramatis
berkawan dengan tukang besi, maka percikan api akan turut mengenai dirinya
juga.

Sekolah merupakan rumah kedua bagi golongan remaja kini. Justeru, - idea relevan dengan
penggerak kedua yang terpenting dalam menangani gejala vandalisme ialah tema
guru-guru di sekolah. Guru bukan sahaja patut mencurahkan ilmu, malah - huraian jelas dan
mereka juga sewajarnya menerapkan nilai-nilai murni dan teladan yang baik matang

14
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

terhadap anak-anak didik mereka. Nasihat dan bimbingan daripada para guru - peribahasa sesuai dan
akan dapat mempengaruhi tingkah laku anak-anak didik mereka agar tidak tepat
terpengaruh dengan gejala vandalisme.

Di samping itu, kerjasama masyarakat di sesebuah kawasan amat perlu - bahasa gramatis dari
sebagai pemerhati dengan membuat aduan atau mengadakan perbincangan segi kata dan ayat
bersama-sama para ibu bapa tentang keterlibatan anak-anak mereka. Sebagai - ejaan tepat
contoh, denda berupa bayaran boleh dikenakan kepada ibu bapa atas
kesalahan anak masing-masing. Dengan cara ini , diharapkan mereka akan
lebih peka terhadap pergaulan anak-anak di luar rumah.

Tuntasnya, dapatlah kita katakan bahawa gejala vandalisme ini sewajarnya


dibanteras oleh semua pihak secara bersepadu. Usaha ini amat penting untuk - kesimpulan mantap
memastikan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan - ada unsur penegasan
seperti yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, - jelas dan sangat sesuai
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

15

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

KARANGAN CONTOH :

BAHAGIAN A (SPM 2005) – TUGASAN : Usaha-usaha untuk menangani gejala vandalisme

CONTOH 2 : (MEMUASKAN)

PETIKAN KARANGAN PELAJAR ULASAN

Pada masa ini, negara kita dikejutkan dengan peningkatan gejala vandalisme
yang begitu membimbangkan. Gejala yang tidak sihat dapat dilihat di merata - - masih menepati tema
rata tempat. Masalah kronik juga telah banyak merugikan kerajaan. Kajian dan tugasan bahan
yang telah dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Malaysia mendapati rangsangan
bahawa kerajaan Malaysia telah mengalami kerugian RM 1.5 juta hasil daripada
gejala vandalisme.

Sebagai yang kita ketahui, gejala vandalisme ialah gejala merosakkan


harta benda awam. Biasanya, kemudahan awam menjadi sasaran vandalisme.
Antara contoh perbuatan vandalisme adalah seperti yang ditunjukkan di dalam - perenggan tidak
gambar. Dalam gambar pertama, buaian yang disediakan sebagai untuk menjelaskan tugasan
kemudahan rekreasi telah dirosakkan, dan tidak dapat digunakan lagi. Gambar soalan (calon
kedua pula menunjukkan dinding bangunan yang diconteng dengan lukisan dan menjelaskan gambar)
tulisan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Gambar ketiga pula, - pemikiran kurang
memperlihatkan sebuah tong sampah yang telah dirosakkan, dan tidak matang
menjalankan fungsi sebagai tong sampah. Gambar keempat ialah gambar
pondok telefon yang hampir ranap dikerjakan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab. Bayangkan jika berlaku kecemasan, apakah yang akan
berlaku?

16

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menanggani gejala


vandalisme ialah memberikan didikan sejak dari kecil mengenai kepentingan - kesalahan bahasa
kemudahan awam. Bak kata pepatah, “hendak melentur buluh biarlah dari - idea masih relevan
rebungnya”. Selain itu, ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni dalam anak- dengan tema dan
anak agar tidak terlibat dalam kegiatan vandalisme. Di samping itu, pihak tugasan
sekolah juga boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya - huraian masih jelas
kemudahan awam.Kerajaan boleh memainkan peranan dengan menggubal - ada kesalahan ejaan
undang-undang supaya mereka yang terlibat dalam gejala vandalisme
mendapat hukuman yang setimpal.

Akhirnya, masyarakat harus bekerjasama dengan kerajaan untuk - kesimpulan yang tidak
menghapuskan gejala vandalisme agar dapat memajukan negara serta menggambarkan
mewujudkan suasana yang tenang dan selesa. kematangan fikiran

17
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

KARANGAN CONTOH – BAHAGIAN B

CONTOH 1 : (CEMERLANG)

SOALAN 2 (SPM 2005) :

KELUARGA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENCORAKKAN KEHIDUPAN ANAK-ANAK. OLEH ITU,
PENDIDIKAN ANAK -ANAK SEBENARNYA BERMULA DI RUMAH.

BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PERANAN KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK-ANAK.

PETIKAN KARANGAN PELAJAR ULASAN

“Rumahku Syurgaku” begitulah slogan yang dilaung -laungkan sehingga kini. - pengenalan menggunakan
Dengan ini, tidak dapat dinafikan bahawa keluarga merupakan institusi pertama slogan dan pendapat tokoh
dalam memberikan pendidikan terhadap anak-anak. Menteri Pembangunan - ada ayat fokus
Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Jalil menyatakan bahawa, - ungkapan menarik
pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal perlu dimulakan di rumah. - ada ayat arah
Beliau berpendapat bahawa keluarga memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak. Justeru, setiap anggota keluarga haruslah
bekerjasama memainkan peranan masing-masing dalam pembentukan sahsiah
anak-anak dengan berpegang kepada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni.

18
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Peranan dominan yang harus dimainkan oleh anggota keluarga dalam


pembentukan sahsiah anak-anak adalah dengan memberikan didikan agama
dan moral kepada mereka. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting
untuk memberikan didikan kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur - idea tepat
buluh biarlah dari rebungnya. Anak -anak perlu dididik agar beriman dan - fikiran matang
berpegang teguh kepada ajaran agama supaya tidak melakukan maksiat. - huraian sangat berkembang
Apabila hal ini berlaku, anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar - contoh dinyatakan dan sangat
dan seterusnya insan yang berakhlak mulia dapat dilahirkan. Anak-anak akan sesuai
dididik agar tidak melibatkan diri dalam gejala sosial seperti pergaulan bebas - ada ungkapan menarik
dan terpengaruh dengan budaya kuning. Justeru, anak-anak yang mempunyai - keindahan bahasa terserlah
pendirian yang teguh dapat dilahirkan melalui didikan agama dan moral yang
diberikan oleh ibu bapa.

Sesungguhnya, tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa rumah merupakan


tempat yang kondusif untuk melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia, - penggunaan penanda wacana
berbudi pekerti dan bersopan-santun. Setiap anggota keluarga, sama ada ibu yang sesuai (kesinambungan)
bapa mahupun adik-beradik berperanan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
secara tidak langsung. Anak-anak harus diajar oleh ibu bapa sejak kecil lagi - penggunaan ayat majmuk yang
tentang adab, sopan-santun, budi bahasa dan tatasusila. Ibu bapa harus gramatis
menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan nilai hormat-
menghormati antara ahli keluarga dalam kehidupan seharian. Anak-anak akan - keindahan bahasa sangat
melihat ibu bapa mereka sebagai teladan lalu dapat membentuk imej diri yang berkesan dengan penggunaan
positif. Amalan nilai-nilai murni terutamanya bersopan-santun dan berbudi ungkapan seperti peribahasa
bahasa amat disanjung tinggi dalam kehidupan seharian kita seperti kata tokoh dan madah pujangga
ulama, Hamka, “semua ikatan akan terurai, semua jambatan akan terputus, dan
semua kesimpulan akan terlepas, kecuali diikat, dihubung dan disimpul dengan - idea dikembangkan dengan
tali budi”. Dengan ini, jelaslah bahawa anggota keluarga amat berperanan contoh yang sesuai
dalam melahirkan individu yang berakhlak mulia.

19
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Di samping itu, peranan signifikan yang dimainkan oleh anggota keluarga


dalam pembentukan sahsiah anak-anak adalah dengan memberikan kasih
sayang sepenuhnya. Ibu bapa tidak harus terlalu sibuk mencari rezeki sehingga
mengabaikan anak-anak di rumah yang kehausan kasih sayang. Ibu bapa harus
meluangkan masa untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak agar - kosa kata luas dan sangat tepat
mereka berasa dihargai dan disayangi. Selain itu, adik-beradik juga harus saling
menyayangi antara satu sama lain. Keadaan ini akan membolehkan anak-anak - pemikiran matang
berkenaan dapat menghargai hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. Hal ini
sudah tentulah selaras dengan hasrat pemimpin negara yang ingin melahirkan - laras bahasa sesuai
masyarakat penyayang. Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir
Mohamad pernah menyatakan bahawa, usaha mewujudkan masyarakat - gaya bahasa menarik dari segi
penyayang merupakan langkah awal untuk merealisasikan Wawasan 2020. Hal keindahan bahasa
ini demikian kerana, cabaran wawasan yang ketuj uh ialah mewujudkan
masyarakat penyayang. Sesungguhnya, nilai kasih sayang yang dicurahkan - penanda wacana dimanfaatkan
oleh setiap anggota keluarga secara tidak langsung dapat melahirkan anak- dengan baik
anak yang bersifat penyayang.

Peranan lain yang dapat dilakukan oleh keluarga dalam pembentukan


sahsiah anak-anak ialah mendedahkan anak-anak dengan pendidikan hidup - penggunaan pelbagai ayat
bermuafakat. Hal ini dapat dilakukan secara tidak langsung melalui agihan majmuk yang gramatis
tugas dalam menjalankan kerja -kerja seharian seperti mengemas rumah,
memasak dan menjaga adik. Proses sosiaisasi seperti ini adalah penting untuk - idea relevan dan dihuraikan
mendedahkan anak-anak dengan peranan mereka dalam keluarga. Cara hidup dengan jelas
yang mementingkan diri sendiri seperti enau dalam berlukar, melepaskan pucuk
masing-masing, harus dielakkan sama sekali. Anak-anak yang mengamalkan - gaya bahasa menarik dengan
hidup bermuafakat dapat dilahirkan. Justeru, setiap anggota keluarga harus penggunaan ungkapan /
bantu-membantu dalam melahirkan individu yang luhur dan hidup bekerjasama peribahasa yang sesuai
antara satu sama lain.

20
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Konklusinya, memang sudah jelas bahawa keluarga memainkan peranan


penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan - wacana lengkap dari awal
menjadi insan yang berkarisma, mempunyai sikap penyayang, tahu hingga akhir karangan
menghormati orang lain, berbudi bahasa dan tidak mudah terpengaruh dengan
anasir luar. Oleh itu, setiap anggota keluarga haruslah berusaha dengan - kesimpulan mantap dan
bersungguh-sungguh dalam membentuk sahsiah anak-anak dan bukan sekadar berkesan
melepaskan batuk di tangga.
- ada unsur saranan

21
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

KARANGAN CONTOH – BAHAGIAN B

CONTOH 2 : (BAIK)

SOALAN 2 (SPM 2005) :

KELUARGA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENCORAKKAN KEHIDUPAN ANAK-ANAK. OLEH ITU,
PENDIDIKAN ANAK -ANAK SEBENARNYA BERMULA DI RUMAH.

BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PERANAN KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK -ANAK.

ULASAN
PETIKAN KARANGAN PELAJAR

Keluarga bahagia, itulah impian dan harapan setiap ibu bapa. Anak-anak
yang bijak dan soleh datangnya dari sebuah keluarga yang penuh dengan kasih
sayang. Tetapi, apa yang kita lihat akhir-akhir ini di muka hadapan akhbar-
akhbar, terpampang muka anak-anak kita yang terlibat dengan kes juvana serta - Pendahuluan masih
gejala sosial. Kes terbaru yang hangat diperkatakan ialah membuang bayi oleh menepati tugasan.
remaja kita. Tanpa rasa belas kasihan, bayi-bayi ini dibuang seperti barang
yang tidak berguna. Selain itu, kes rogol juga semakin menjadi-jadi semenjak - Contoh kurang sesuai
kebelakangan ini. Di mana letak moral anak-anak kita? Siapakah yang patut
dipersalahkan? Oleh itu, ibu bapalah yang sepatutnya memainkan peranan
yang penting dalam mendidik anak -anak.

Kehidupan anak-anak ditentukan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu,


pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Anak -anak diibaratkan

22

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

sebagai sehelai kain putih yang bersih lagi suci. Kita sebagai ibu bapa yang
prihatin seharusnya mencorakkan mereka sama ada menjadi insan yang
berguna atau sebaliknya. Ibu bapa kini lebih bersifat materialistik lalu
mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak. Mereka beranggapan
bahawa anak-anak mereka boleh menjaga diri sendiri dengan baik. Jadi,
peranan ibu bapa amatlah penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
- Idea masih relevan
Ibu bapa tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik
anak-anak kepada guru. Ibu bapa haruslah sama-sama berganding bahu - Huraian isi masih jelas
dengan guru untuk membentuk sahsiah anak-anak. Pelajaran anak-anak
amatlah penting sebagai hala tuju masa depan anak-anak. Kes-kes samseng - Kosa kata umum
dan buli di sekolah kebanyakannya dilakukan oleh anak-anak yang kurang
mendapat perhatian daripada ibu bapa dan keluarga. Anak-anak tidak boleh
dibiarkan tergapai-gapai tanpa bimbingan dan dorongan daripada keluarga.
- pengolahan masih menarik
Luangkan sedikit masa bersama anak-anak. Tinggalkanlah sebentar
urusan kerja di belakang. Anak-anak sebenarnya inginkan perhatian dan kasih - ejaan dan tanda baca masih
sayang sepenuhnya daripada ibu bapa. Fahamilah jiwa anak-anak kita. betul
Dengarlah apa kehendak mereka. Anak-anak zaman sekarang tidak sama
seperti anak-anak dahulu. Perlakuan anak-anak zaman sekarang sudah banyak - wacana masih lengkap
berubah selari dengan kemajuan sains dan teknologi. Ha rgailah kejayaan yang
diperoleh anak-anak. Isikanlah jiwa anak -anak dengan belaian dan kasih
sayang daripada ibu bapa dan keluarga.

- Gaya bahasa kurang menarik


Di samping itu, ibu bapa juga turut berperanan mengawasi tingkah laku
anak-anak. Jangan biarkan mereka terkontang-kanting tanpa perhatian ibu - Keseluruhan penggunaan ayat
bapa. Ambil berat tentang aktiviti anak-anak. Ambil tahu juga dengan siapa dia yang kurang gramatis.
berkawan, ke mana ingin dia pergi dan pada pukul berapakah dia akan pulang.
Sekiranya mereka melakukan kesalahan, kita sebagai ibu bapa tidak boleh

23
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

mengambil tindakan berat dengan memukul atau menghukum atas kesalahan


yang telah dilakukan oleh mereka. Sebaliknya kita disarankan agar mengambil - Unsur bahasa kurang bervariasi
tindakan yang bijak dengan menasihati dan menggunakan cara yang berlemah
lembut. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan berasa dirinya dikongkong oleh
ibu bapa.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa keluarga memainkan peranan yang - Kesimpulan masih


sangat penting dan besar dalam kehidupan anak-anak, Keluarga juga berkesan
berperanan dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak ialah amanah
Tuhan kepada setiap ibu bapa. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita hendaklah
menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan agar dapat melahirkan anak-
anak yang bersahsiah mulia. Keluarga bahagia, masyarakat sejahtera!

24
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

ANALISIS KEKERAPAN SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1)

T A H U N
JENIS KARANGAN
92 93 94 95 96 97 98 99 00 01 02 03 04 05 *06
1. Surat Kiriman Rasmi v v
2. Surat Kiriman Tidak Rasmi v v v v v
3. Laporan v v v ×
4. Berita
5. Ucapan / Syarahan / v v vv v v v v v ×
Ceramah
6. Dialog / Wawancara / Forum v v v
7. Gambaran / Keperihalan v v v v v v v
8. Cereka / Imaginasi v vv v
9. Rencana v v v v v v v v v v ×
10. Perbahasan / Bahaskan v v v v v
11. Pendapat / Perbincangan v v vv vv vv vv v vv v v vv vv vv ×
12. Ulasan / Ulasan Buku v v v v v
13. Peribahasa / Cogan Kata v v v v
14. Skrip Drama v
15. Ulasan Drama / Cerpen v v
16. Unsur Sastera v ×

NOTA :
- Mulai tahun 2004, soalan Bahasa Melayu Kertas 1 terbahagi kepada 2 bahagian (Bahagian A dan B)
× Cadangan Fokus Untuk Tahun 2006

25
<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

ANALISIS FORMAT DAN TEMA BAHASA MELAYU KERTAS 1


(1103/1) TAHUN 1993 - 2004

TAHUN FORMAT TEMA / ISU

1. Pendapat Menghormati ibu bapa


2. Surat Tidak Rasmi Pencemaran alam
1993 3. Ceramah Pengurusan masa seseorang pelajar
4. Pendapat Kegigihan rakyat
5. Surat Kiriman Rasmi Pusat Sumber Sekolah
6. Ulasan Kempen
1. Wawancara Pelajar Cemerlang
2. Gambaran suasana Perayaan Hari Kebangsaan
1994 3. Syarahan Masyarakat Malaysia yang berilmu
4. Pendapat Cintailah alam sekitar
5. Pendapat Bidang yang ingin diceburi
6. Ulasan Buku Mengulas keistimewaan buku
1. Pendapat Hubungan kekeluargaan
2. Keperihalan Kemalangan di jalan raya
3. Pendapat Sastera memupuk nilai murni
1995 4. Pendapat Peranan masyarakat memajukan
negara
5. Pendapat Pinjaman menggantikan biasiswa
6. Cerpen Kegigihan
1. Surat Tidak Rasmi Program Rakan Muda
2. Pendapat Inflasi
3. Keperihalan Hari Keluarga di sekolah
1996 (Pengalaman)
4. Laporan Kualiti kepimpinan belia
5. Keperihalan Kehidupan harian penduduk
6. Perbincangan Jenayah dalam kalangan remaja
1. Pendapat Minat pelajar dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik
2. Perbahasan Pekerja asing
1997 3. Rencana Guru sanjungan saya
4. Surat Rasmi Pengusaha tempatan
5. Ulasan Tanggungjawab sosial akhbar
6. Pendapat Nilai kebendaan dan nilai murni
1. Pendapat Rumah terbuka
2. Wawancara Sekolah penyayang
3. Keperihalan Pameran kereta dan motosikal
1998 4. Pendapat Malaysia Boleh
5. Surat Rasmi Pinjaman kewangan untuk
memperbesar perniagaan
6. Perbahasan Persekolahan satu sesi

26

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

TAHUN FORMAT TEMA / ISU

1. Esei / Rencana Sekolah Idaman Saya


2. Ucapan Projek Reka Cipta
(Penerangan)
3. Pendapat Pusat Tuisyen
1999 4. Ucapan Barangan Buatan Malaysia
5. Rencana Projek bandar baru yang menimbulkan
masalah kepada penduduk setempat
6. Ulasan Golongan ‘Orang Istimewa’
1. Suasana & Lawatan sambil belajar ke hospital
Pengalaman
2. Ceramah Peranan wanita dalam menangani
kegawatan ekonomi
2000 3. Pendapat Melancong di dalam negeri
4. Pendapat Menempatkan warga tua di rumah
kebajikan
5. Laporan Perkhemahan pelajar di hutan lipur
6. Skrip Drama Berunsurkan Sejarah
1. Perasaan & Tersesat sewaktu perjalanan ke sebuah
Pengalaman kompleks beli-belah
2. Pendapat Kemiskinan menimbulkan masalah sosial
3. Perbahasan Sekolah khas bagi pelajar lelaki atau
2001 perempuan sahaja patut dihapuskan
4. Rencana Kejayaan yang telah dicapai oleh
Malaysia
5. Surat Tidak Rasmi Kepentingan membaca
6. Ucapan Menceritakan novel yang telah dibaca
1. Gambaran & Perasmian pusat perniagaan dan pentas
Peristiwa utama runtuh
2. Pendapat Aktiviti sukan lasak diperluas di peringkat
sekolah
2002 3. Syarahan “Pengguna Bijak Masyarakat Bahagia”
4. Wawancara Pelajar cemerlang kokurikulum
5. Surat Rasmi Pembuangan sisa toksik
6. KOMSAS Keistimewaan drama pentas yang
ditonton
1. Pendapat Hobi memancing
2. Pendapat / Faktor pembentukan sahsiah
Perbincangan
2003 3. Laporan Penyakit berjangkit
4. Rencana Faedah menyertai koperasi sekolah
5. Peribahasa ‘Di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung’
6. KOMSAS Mengulas Cerpen

27

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

TAHUN FORMAT TEMA / ISU

BAHAGIAN A:

Bahan Rangsangan Tema : Pembangunan dan Alam Sekitar


Gambar

BAHAGIAN B:
2004
1. Perbincangan Peranan remaja untuk mencapai
wawasan
2. Perbincangan Tokoh sanjungan
3. Rencana Persediaan untuk menghadapi
persaingan kerja
4. Syarahan Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat
Harmoni
5. Pendapat Usaha memartabatkan golongan
sasterawan

BAHAGIAN A: Tema : Vandalisme

Bahan Rangsangan Tugasan : Usaha-usaha menangani


Gambar gejala vandalisme

BAHAGIAN B:
2005
1. Ulasan / Remaja – trend semasa (gaya hidup dan
Perbincangan cara berpakaian)

2. Pendapat Peranan keluarga dalam pembentukan


sahsiah anak-anak.

3. Rencana Usaha -usaha untuk meningkatkan mutu


sukan negara.

4. Perbincangan Persengketaan dan peperangan


menjejaskan keharmonian sosial dan
perkembangan ekonomi dunia.

5. Cerpen ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata


(Peribahasa) kerana muafakat” (kaitkan dengan
masyarakat majmuk).

28

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

SOALAN LATIHAN (TAMBAHAN)


LATIHAN 1 :
Bahagian A

[Masa dicadangkan : 45 minit]

[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang


kepentingan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Panjang
huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SEMANGAT
PATRIOTIK

29

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Bahagian B

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

[30 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
melebihi 350 patah perkataan.

1 Rata-rata remaja sekarang lebih gemar menghabiskan masa lapang


dan masa cuti dengan melepak di pusat-pusat hiburan. Hal ini amat
merugikan kerana tenaga mereka sepatutnya digunakan untuk
membangunkan negara.

Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, cadangkan tindakan-


tindakan yang sesuai dilakukan oleh golongan remaja sebagai
persediaan untuk membangunkan negara .

2 Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan


syarahan peringkat negeri. Tajuk syarahan anda ialah “Keluarga
Prihatin Penjana Kecemerlangan Anak-anak”.

Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

3 Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah di negara kita turut


menjadi isu sejak akhir-akhir ini.

Huraikan masalah ini dan nyatakan pendekatan ya ng wajar diambil


untuk menanganinya.

4 Sumbangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


kehidupan amat luas kerana penggunaannya dapat dimanfaatkan
untuk pelbagai tujuan.

Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi untuk merapatkan hubungan masyarakat
antarabangsa.

5 Anda ingin menyertai Pertandingan Menulis Biografi Tokoh anjuran


Gabungan Penulis Nasional ( GAPENA). Tokoh yang dipilih hendaklah
seorang karyawan yang bergiat dalam pelbagai genre.

Tulis biografi tersebut selengkapnya.

30

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

LATIHAN 2 :
Bahagian A

[Masa dicadangkan : 45 minit]

[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-
punca kepupusan hidupan liar. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

HIDUPAN LIAR

31

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

Bahagian B

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

[30 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
melebihi 350 patah perkataan.

1 Ada pendapat menyatakan bahawa kebanyakan penyakit berpunca


daripada amalan pemakanan yang kurang sihat.

Bahaskan pernyataan tersebut.

2 Pemilihan kerjaya individu banyak dipengaruhi oleh keluarga.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam me nentukan hala


tuju kerjaya anak-anak.

3 Banyak perkara yang perlu diambil kira dalam menjalin hubungan


kejiranan yang harmoni. Anda dikehendaki menulis rencana tentang cara-
cara memupuk semangat kejiranan untuk dimuatkan dalam majalah
sekolah.

Tulis rencana itu selengkapnya.

4 Kerajaan negara kita kini sedang giat berusaha bagi menjadikan negara
kita sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Terdapat berbagai-bagai
bentuk kerjasama antara negara yang sesuai dilaksanakan bagi
memastikan usaha tersebut menjadi realiti.

Bincangkan.

5 Golongan sasterawan banyak memberikan sumbangan dengan


menghasilkan karya yang bermutu. Karya yang dihasilkan itu dapat
mencorakkan keperibadian masyarakat.

Huraikan peranan karya sastera dalam melahirkan masyarakat yang


berkeperibadian tinggi.

32

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

SARANAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PENULISAN


KARANGAN

1. Kepada calon untuk meningkatkan prestasi :

Banyak membaca untuk menambah pengetahuan, mematangkan fikiran,


mengikuti perkembangan isu semasa dan memantapkan penguasaan bahasa.

Peka kepada format peperiksaan terkini.

Setiap isi perlu dihuraikan dan disokong dengan contoh yang bersesuaian.

Banyak membuat latihan menulis karangan supaya penguasaan dalam


penulisan lebih mantap.

Sentiasa merujuk Kamus Dewan untuk kepasitan ejaan.

Sentiasa merujuk pelbagai bahan bacaan seperti akhbar dan majalah


meningkatkan penguasaan kosa kata, mengumpul maklumat / data .

Sentiasa merangka karangan sebelum menulis.

Pastikan tajuk karangan yang menjadi pilihan, tajuk yang benar-benar


difahami dan dikuasai.

Berhati-hati dalam penggunaan bahasa agar bahasa yang digunakan sentiasa


tepat dan gramatis.

Pilih penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan


karangan.

Pastikan peribahasa yang digunakan sesuai dan faham akan makna serta
penggunaannya.

Bahagikan masa secara wajar supaya ada masa untuk merancang penulisan,
menulis karangan dan mengedit karangan.

Susun jawapan mengikut urutan sebelum membuat penghantaran kertas


jawapan.

Sentiasa berdoa dan bertawakal agar kejayaan cemerlang diperoleh dalam


peperiksaan.

33

<< >>
MODUL BM 1 (1103/1) JUJ 2006

2. Kepada guru untuk meningkatkan prestasi :

Pengetahuan tentang bahasa harus sentiasa dikemas kini untuk


menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Pelbagaikan bahan pengajaran untuk meningkatkan minat pelajar.

Latih pelajar menulis pelbagai bentuk karangan berformat dan tidak berformat.

Jumlah latihan yang diberi harus mencukupi, pelbagai serta dirancang secara
sistematik.

Kenali kekuatan mahupun kelemahan pelajar supaya potensi mereka dapat


digilap untuk lebih cemerlang dalam penulisan karangan.

Menguasai skema permarkahan karangan agar pengajaran lebih berfokus.

Latihan setiap pelajar perlu disemak dengan teliti dan sistematik.

TAMAT

34

<< >>

You might also like