You are on page 1of 34

SULIT 1103/1

1103/1
Bahasa Melayu
Kertas 1
2017
2 ¼ Jam

PENILAIAN PERCUBAAN SPM

NEGERI PAHANG

2017

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak


SULIT 1103/1
Bahagian A
[30 markah]
[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk jati diri remaja. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

USAHA MEMUPUK JATI DIRI REMAJA

Menghargai tokoh Kempen oleh pihak Menghayati mata


pejuang tanah air kerajaan pelajaran Sejarah
SULIT 1103/1

Bahagian B
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Anda selaku Tokoh Usahawan Desa peringkat negeri diminta menyampaikan sebuah
ceramah kepada sekumpulan usahawan desa di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut
ialah ‘Rahsia Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya’.
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

2. Keluarga bahagia merupakan keluarga yang penyayang, bertolak ansur dan sering
menyantuni antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, jelaskan ciri-ciri keluarga bahagia idaman anda.

3. Pengguna bijak mendatangkan pelbagai manfaat kepada keluarga.

Jelaskan manfaat-manfaat tersebut.

4. Sukan merupakan wahana penyatuan masyarakat antarabangsa.

Jelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat global.

5. Jikalau ilmu tidak sempurna,


Tiada berupa ia berguna;

Ilmu kepandaian boleh dikejar,


Asal mahu rajin belajar.
(Gurindam Beberapa Petua Hidup, Zaaba)

Huraikan kepentingan ilmu kepada remaja.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


1103/2
Bahasa Melayu
Kertas 2
2017
21/2 Jam

PENILAIAN PERCUBAAN SPM


NEGERI PAHANG

2017

____________________________________________________________

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
melestarikan permainan tradisional dan kekangan-kekangan untuk memajukannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional,


iaitu merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh
yang tertentu. Permainan tradisional ini juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa
silam untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan. Mereka cuma perlu berkawan, namun
bukan lagi resam kepada kanak-kanak masa ini yang begitu terdedah kepada peralatan
telekomunikasi yang amat mengasyikkan dan menenggelamkan beberapa jenis permainan
tradisional yang tersohor pada suatu ketika dahulu. Ekoran daripada itu, permainan tradisional
semakin dilupakan, namun masih terdapat prakarsa untuk terus melestarikan sekali gus
mengembalikan nostalgia warisan budaya ini.

Permainan tradisional ini bukanlah semata-mata mengisi masa lapang, tetapi juga
meningkatkan daya kreativiti, memupuk semangat berpasukan dan melatih kekuatan mental
dan fizikal. Secara tegasnya, permainan tradisional memang wajar diketengahkan pada
peringkat negara dan serantau. Minat yang mendalam terhadap permainan tradisional seperti
wau, layang-layang, sepak raga dan gasing tidak cukup sekiranya tiada kemudahan untuk
permainan ini. Bagi menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat
atau gelanggang permainan tradisional. Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, kerajaan
boleh memajukan permainan ini dengan menyediakan jurulatih di setiap gelanggang yang telah
disediakan. Pada masa yang sama, masyarakat tempatan juga boleh berganding bahu
mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan perumahan atau kampung mereka. Hal
ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian penduduk sekitar untuk beriadah bagi
mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Di samping itu, hotel tempatan dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita
juga patut menyediakan ruang dan tapak serta alat permainan tradisional kepada pelancong
asing. Sempena Tahun Melawat Malaysia, setiap negeri perlu mengetengahkan permainan
tradisional dalam acara yang disusun bagi menyerlahkan warisan seni budaya yang penuh nila
estetika bagi menggamit pelancong. Sebagai contoh, kerajaan Kedah merancang
menganjurkan program sukan, Eagle Cup Sepak Takraw bersempena Tahun Melawat Kedah
2016. Selain itu, Festival layang-layang Sedunia Pasir gudang yang dianjurkan setiap tahun
perlu diteruskan untuk menarik lebih banyak pengunjung dari dalam dan luar negara.

Usaha menghidupkan kembali permainan tradisional boleh dilakukan oleh pihak sekolah
dengan menganjurkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum. Permainan ini
amat penting untuk kehidupan generasi muda kerana dapat membantu perkembangan diri.
Melalui permainan tradisional mereka mempelajari cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri
dan menyelesaikan masalah. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperuntukkan seni, warisan dan budaya dalam aktiviti
kokurikulum. Seni, warisan dan budaya bangsa Malaysia yang dimaksudkan termasuklah
tarian, muzik, kraf, tulisan jawi syair, permainan tradisional dan seni pertahanan diri.
Penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat melalui media massa
juga tidak harus dipandang remeh. Hal ini kerana media merupakan saluran utama dalam
pencarian maklumat terutama dalam kalangan remaja. Jabatan Warisan Negara atau kerajaan
negeri perlulah lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan dan kempen bagi
mengetengahkan permainan tradisional kepada masyarakat agar dapat menanamkan rasa
cinta terhadap warisan negara kepada generasi muda.

Dipetik dan diubah suai daripada


„Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara‟
Oleh Samat Buang
Dewan Siswa, Jun 2015

Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengembalikan nostalgia.


[ 2 markah ]

(ii) Permainan tradisional mampu merapatkan hubungan silaturahim antara anggota


masyarakat.
Apakah kepentingan-kepentingan lain permainan tradisional dalam kehidupan.
[ 3 markah ]

(iii) Permainan tradisional mampu merangsang perkembangan minda kanak-kanak.


Nyatakan peranan ibu bapa bagi menggalakkkan anak-anak melibatkan diri dalam
permainan tersebut.
[ 4 markah ]
Soalan 2 ( b )- Prosa Moden [Drama]
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NORA Aiman, cepat pergi tengok kat papan kenyataan sekolah. Ada perkara menarik.
AIMAN Apa yang menarik sangat. Ada berita tentang aku keluar kat surat khabar, ke?
NORA Bukanlah. Kau ini memang gila glamor betul. Ini tentang nama pelajar yang
terpilih untuk menyertai PLKN. Kalau tak silap aku tadi, aku ada nampak kau
juga.
AIMAN Malas aku kalau pasal tu. Aku nak pergi kantin cari makan lagi bagus.
NORA Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan negara sendiri.
Jahanam negara kita ini kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu aku ada
kawan macam kau.
AIMAN Janganlah merajuk. Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. Hmm, apa kata
aku belanja kau sarapan pagi ini?
NORA Tak payahlah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku. Jangan ingat dengan
wang kau boleh dapat semua perkara yang kau mahukan.
(AIMAN terkejut dengan tindakan NORA kepadanya. Selama ini mereka
sentiasa bersependapat dalam pelbagai perkara. Tetapi tidak pada kali ini.
AIMAN kehairanan, lalu terus menuju ke kantin)
SUNDARANI Kau dapat masuk kem mana?
AIMAN Kem? Kem Majidi. Hahaha.
SUNDARANI Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku, itu kem
untuk askar saja. Macam Kem Pulada.
AIMAN Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau perkara
yang aku cakap. Bahaya orang macam kau ini, senang kena tipu. Kau sibuk
tanya aku, kau dapat kem mana?
SUNDARANI Kem De Bana Jempol.
AIMAN Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.
SUNDARANI Buta sejarah betul kau ni. Jempol kan dalam kawasan Negeri Sembilan.

Dipetik daripada drama „Berkhidmat Untuk Negara‟


Oleh Affix Zulkarnean Adam
dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan reaksi Aiman setelah Nora menyatakan yang dia terpilih menyertai PLKN?
[ 2 markah ]

(i) Sebahagian besar golongan remaja kurang berminat untuk menyertai PLKN . Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minat
remaja menyertai program ini. [ 3 markah ]

(ii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah ]
Soalan 2 ( c ) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit.
Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada
bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang
mengadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, Ya Tuan Tun Perak,
mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun
Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri
Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya “ Tuan Seri Amerta,
akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan
hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan
kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung
sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang
Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli
Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka
cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat bagaimana hamba hendak
dicerca?”
Shahadan , maka berkenan Sultan Muzaffar Shah mendengar kata Tun Perak itu. Pada
hati baginda, “ Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana
Menteri”.

Dipetik daripada
„Burung Terbang Dipipiskan Lada‟
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya.


[ 2 markah ]

(ii) Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Tun Perak apabila Seri Amerta
menyatakan seorang orang Kelang dianiaya olehnya?
[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sepatut dimiliki oleh individu yang layak
dilantik menjadi seorang pemimpin?
[ 3 markah ]
Soalan 2 ( d ) - Sajak

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi,


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan
Teo Wei Sing
Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakah sikap anak-anak terhadap ibu dalam sajak di atas. [2 markah]

(ii) Anak-anak merupakan permata hati ibu bapa. Apakah tindakan yang wajar dilakukan
oleh anak-anak lakukan untuk membahagiakan ibu bapa sekiranya mereka tinggal
berjauhan ? [3 markah]
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau
menggunakan kata majmuk itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) akar tunjang


(ii) gerak balas
(iii) garam mineral
(iv) isi padu
(v) pusat graviti
(vi) bahan api [6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil
tindakan dengan segera
(ii) Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganugerahkan sijil penghargaan
kepada semua pelajar cemerlang.
(iii) Beberapa orang anggota keselamatan sedang mengawasi tempat kebakaran itu
secara bergilir-gilir. [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban pesakit di klinik


kesihatan di kawasan bandar.

(ii) Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancung asing
kunjungi ke negara ini.

(iii) Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa sewajarnya bertanggungjawab


pembentukan anak-anak menjadi modal insan berminda kelas pertama.

[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik nota Sejarah daripada laman
sesawang itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi pembelajaran nanti.

(ii) Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan aktiviti kitar semula yang dapat
mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah di negara ini.

(iii) Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan dipamerkan di hadapan pintu
masuk Kamariah Restoran.
[6 markah]

(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.

(i) Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu dibahagi secara adil kepada semua
ahli kumpulan.
(ii) Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha
dengan gigih tanpa rasa jemu.
(iii) Pasukan penyelamat mengambil langkah berjaga-jaga menyiapkan bantuan
kepada mangsa banjir sebelum musim tengkujuh tiba.

[6 markah]
Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin

(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Tirani karya Beb Sabariah

(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan dua peristiwa sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab
peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh
dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


SULIT 1103/1

1103/1
Bahasa Melayu
Kertas 1
2017
2 ¼ Jam

PENILAIAN PERCUBAAN SPM

NEGERI PAHANG

2017

TINGKATAN 5

SKEMA

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Skema jawapan ini mengandungi 7 halaman bercetak


SKEMA BAHAGIAN A

Tugasan : Usaha-usaha memupuk jati diri remaja

Idea 1 : Menghargai tokoh-tokoh pejuang tanah air


 Mengenang jasa pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman melalui pameran
 Tidak melupakan jasa pejuang kemerdekaan yang terkorban dengan mengunjungi
kediaman mereka
 Menjadikan kisah perjuangan menuntut kemerdekaan sebagai inspirasi melalui
tayangan multimedia, esei dan ceramah patriotik

Idea 2 : Kempen oleh pihak kerajaan.


 Kerajaan melalui kementerian tertentu mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan
 Kempen dilaksanakan melalui sinergi pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan
swasta serta badan bukan kerajaan (NGO)

Idea 3 : Menghayati mata pelajaran Sejarah


 Peranan guru untuk menarik minat murid mempelajari sekali gus menghayati sejarah
negara
 Wajib lulus Sejarah peringkat SPM membantu aspek penghayatan sejarah
pembentukan negara Malaysia

Ungkapan menarik:
 Orang yang mengingati sejarah pasti tidak mengulanginya
 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
 Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
 Jangan jadi seperti lalang, makin lama makin tinggi, akarnya mencengkam bumi, meliuk-
liuk menyakitkan hati
SKEMA BAHAGIAN B
Soalan 1
Tugasan : Tuliskan ceramah bertajuk Rahsia Menjadi Usahawan Desa yang
Berjaya.
i. Tersurat
 Ceramah berkait rahsia/petua / cara untuk menjadi usahawan desa yang
berjaya
ii. Tersirat
 Konsep usahawan desa
Format: Ceramah
 Kata aluan-aluan - 1 markah
 Kata halaan/sapaan - 1 markah
 Penutup - 1 markah
(sekian, terima kasih) [maksimum 2 markah ditolak]
Cadangan idea:
Idea 1 : Sikap usahawan itu sendiri
 Sanggup berkorban masa
 Berusaha tanpa mengenal erti penat
 Selalu berfikiran positif
Idea 2 : Mempunyai kemahiran tertentu seperti kemahiran pemasaran dan TMK
 Kemahiran berkomunikasi
 Menguasai kemahiran komputer
Idea 3 : Menggunakan teknologi terkini yang mampu menghasilkan pengeluaran
dalam skala besar
 Penggunaan jentera moden dan mesin terbaharu memproses makanan
 Memberi impak dalam pengeluaran hasil
Idea 4 : Mengutamakan kualiti / mutu pengeluaran
 Usahawan perlu mengutamakan kepuasan pelanggan
 Barangan berkualiti menyebabkan pembeli melanggan/membeli kembali
produk
Idea 5 : Mendapatkan khidmat pakar berkaitan produk yang dikeluarkan
 Khidmat dan kepakaran pihak lain yang berkaitan diperlukan dalam
menghasilkan sesuatu produk
 Khidmat kawalan serangga umpamanya diperlukan oleh pengusaha
makanan dan pertanian untuk memastikan produk tidak tercemar oleh
najis/ air liur serangga perosak atau binatang perosak.
Idea 6 : Mempunyai pegangan agama yang teguh
 Peniaga yang bijak tidak mengabaikan suruhan Tuhan
 Menjaga hubungannya dengan Pencipta
Ungkapan menarik:
 Usaha tangga kejayaan
 Kalau tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya
 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Soalan 2
Tugasan : Jelaskan ciri-ciri keluarga bahagia idaman anda
i. Tersurat
 Ciri-ciri keluarga bahagia
ii. Tersirat
 Keluarga
- Ibu
- Bapa
- Adik beradik
- Datuk dan nenek
Format : Tidak berformat
Cadangan idea:
Idea 1 : Keluarga yang penyayang
 Tidak bergaduh dan bertengkar dalam rumah tangga
 Sentiasa bercakap dengan lembut dan sopan sebagai unsur kasih
kepada ibu bapa atau anak
Idea 2 : Keluarga yang bertolak ansur
 Memahami setiap masalah yang dihadapi oleh anggota keluarga
 Tidak ada unsur paksaan sama ada daripada ibu bapa kepada anak atau
sebaliknya
Idea 3 : Keluarga yang menyantuni antara satu sama lain
 Meraikan hari-hari penting dalam keluarga secara bersama-sama
 Sambutan hari jadi ahli keluarga, mengadakan hari keluarga, berkelah
dan melancong sebagai tanda menghargai setiap ahli keluarga
Idea 4 : Keluarga yang menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak
 Melancong dan berkelah
 Menggunakan masa berkualiti untuk menyelami perasaan ahli keluarga
yang lain
Idea 5 : Datuk dan nenek yang selalu memberi nasihat kepada remaja/ anak cucu
 Orang yang lebih dahulu makan garam berkongsi pengalaman untuk
dijadikan teladan oleh anak cucu
 Pengalaman mereka membantu generasi muda mengharungi hidup yang
penuh cabaran
Idea 6 : Adik beradik yang sering menyokong/ bahu membahu
 Sentiasa memberikan kata-kata perangsang
 Kejayaan dan kekecewaan disulami kata-kata motivasi oleh abang dan
kakak yang pernah mengalami pengalaman yang sama
Ungkapan menarik :
 Keluarga Penyayang
 Rumahku Syurgaku
 Yang tua dihormati, yang muda dikasihi
 Kasih ibu membawa ke syurga
Soalan 3

Tugasan : Menjelaskan manfaat-manfaat pengguna bijak

i. Tersurat
 manfaat-manfaat pengguna bijak
ii. Tersirat
 Konsep pengguna bijak
 Konsep keluarga / isi rumah sebagai pengguna

Format : Tidak berformat

Cadangan idea:

Idea 1 : Menjimatkan kos perbelanjaan / berbelanja secara berhemat

 Pengguna bijak merancang perbelanjaan


 Membuat senarai pembelian sebelum membeli
 Sentiasa membandingkan harga untuk mendapatkan harga termurah dan
berkualiti

Idea 2 : Mendapat barangan yang lebih berkualiti

 Alah membeli menang memakai menjadi pegangan pengguna bijak


 Barang berkualiti tahan lama walaupun harganya mahal

Idea : Tidak terpedaya dengan iklan jualan murah

 Sentiasa berhati-hati dengan jualan murah


 Penjual yang tidak bertanggungjawab mengumpan pembeli yang mudah
rambang mata

Idea 4 : Mendahulukan pembelian barang keperluan bukan barangan kehendak

 Barang makanan menjadi keperluan


 Barangan mewah hanya untuk menunjuk-nunjuk kemampuan seseorang

Idea 5 : Ekonomi keluarga menjadi stabil

 Pengguna bijak memiliki tabungan


 Perbelanjaan sentiasa terkawal dan tidak berlebih-lebihan

Ungkapan menarik:

 Pengguna Bijak Faedahnya Banyak


 Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
 Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
Soalan 4
Tugasan : Menjelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat global.
i. Tersurat
 Jelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat global
ii. Tersirat
 Masyarakat global
Format : Tidak berformat
Cadangan idea:
Idea 1 : Sukan sebagai alat perpaduan
 Berlaku interaksi antara atlet yang bertanding
 Persefahaman rentas sempadan/ negara berlaku
Idea 2 : Wujudnya hubungan yang lebih baik dari segi politik, ekonomi dan sosial
 Hubungan diplomatik antara negara yang terlibat dalam bidang sukan
dapat dibentuk
 Kerjasama erat dapat dijalin bukan hanya dalam bidang sukan sahaja
tetapi meliputi bidang lain
Idea 3 : Meningkatkan kesihatan masyarakat secara keseluruhan
 Sukan menjadi budaya masyarakat
 Hari Sukan Negara dijalankan serentak di seluruh negara untuk
membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia
Idea 4 : Mengenali budaya masyarakat lain
 Sukan mempromosi budaya hidup masyarakat dalam sesebuah negara
 Budaya masyarakat yang unik dapat dipromosi sebagai tarikan
pelancong
Idea 5 : Sukan merupakan punca pendapatan kepada negara penganjur
 Stesen televisyen membayar untuk mendapatkan hak penyiaran
penganjuran sukan
 Negara penganjur akan menjual hak penyiaran kepada stesen televisyen
Idea 6 : Meningkatkan imej negara terlibat
 Negara yang menjadi jaguh dalam sesuatu bidang sukan dipandang
tinggi walaupun tidak terkenal sebagai kuasa ekonomi
 Bola sepak sinonim dengan negara Brazil

Ungkapan menarik:
 Badan sihat otak cerdas
 Jauh berjalan luas pengalaman
 Majulah Sukan untuk Negara
 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Soalan 5

Tugasan : Menghuraikan kepentingan ilmu kepada remaja

i. Tersurat
 Kepentingan ilmu kepada remaja
ii. Tersirat
 Fokus kepada remaja

Format : Tidak berformat

Cadangan idea:

Idea 1 : Mendalami ilmu ke peringkat yang lebih tinggi

 Universiti awam dan swasta menawarkan pelbagai bidang pengajian


 Remaja boleh melanjutkan pengajian diploma, ijazah pertama, sarjana
mahupun ijazah kedoktoran

Idea 2 : Menyambung pelajaran / pendidikan

 Remaja lepasan SPM


 Melanjutkan pelajaran mengikut bidang yang diminati

Idea 3 : Tidak mudah terpedaya dengan tipu daya / diayah

 Ilmu mampu membantu remaja daripada diperdaya


 Tipu daya secara langsung mahupun melalui laman sesawang

Idea 4 : Mendapat peluang pekerjaan yang baik

 Remaja berilmu pengetahuan memperoleh pekerjaan yang baik


 Mempunyai daya saing yang tinggi dan dicari oleh majikan yang
memerlukan pekerja berkepakaran

Idea 5 : Dapat mewujudkan hubungan dengan remaja lain seantero dunia

 Remaja berilmu punya kemahiran komunikasi verbal dan non verbal yang
baik
 Mereka punya rangkaian sosial yang luas

Ungkapan menarik :

 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya


 Ilmu pelita hidup
 Ilmu bekalan hidup
-SKEMA TAMAT-
SULIT 1103/1

1103/2
Bahasa Melayu
Kertas 2
2017

PENILAIAN PERCUBAAN SPM

NEGERI PAHANG
2017

TINGKATAN 5

SKEMA

BAHASA MELAYU

Kertas 2
Markah penuh Kertas 2 ialah 110

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah


(a) Isi [20 markah]

Nota :

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan

- nama khas
- perkataan berulang
- penggunaan kata sendi di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu
diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
(v) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah
perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

Bahagian Markah Markah

(i)Pendahuluan 2

(ii)Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12
16
(iii)Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv)Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20
Markah penuh Kertas 2 ialah 110

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

a. Isi - 20 markah

b. Bahasa - 10 markah

Nota :

(vi) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan

- nama khas
- perkataan berulang
- penggunaan kata sendi di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(vii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(viii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu
diperiksa.
(ix) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
(x) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah
perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

Bahagian Markah Markah

(i)Pendahuluan 2

(ii)Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12

(iii)Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4 16

(iv)Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20
Soalan 1 :
Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif / cara melestarikan permainan tradisional 2


dalam kalangan masyarakat / di Malaysia
Petikan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif / cara melestarikan permainan tradisional 2
dan kepentingan permainan tradisional dalam kehidupan.

Rumusan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif / cara melestarikan permainan tradisional 2


dan kekangan-kekangan untuk memajukannya
Petikan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif / cara melestarikan permainan tradisional 1
Petikan membincangkan usaha-usaha melestarikan permainan tradisional. 0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah ]

S1 kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang permainan tradisional

S2 menyediakan jurulatih di setiap gelanggang yang telah disediakan

S3 masyarakat tempatan juga boleh mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan


perumahan atau kampung mereka.

S4 hotel tempatan dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita juga patut menyediakan
ruang dan tapak serta alat permainan tradisional

S5 Setiap negeri perlu mengetengahkan permainan tradisional dalam acara yang disusun

S6 Festival layang-layang Sedunia Pasir gudang yang dianjurkan setiap tahun perlu diteruskan

S7 Pihak sekolah menganjurkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum

S8 Kementerian Pendidikan Malaysia turut memperuntukkan seni, warisan dan budaya dalam

aktiviti kokurikulum

S9 Penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat melalui media massa

S10 Jabatan Warisan Negara atau kerajaan negeri perlulah lebih kerap menganjurkan festival,

pertandingan dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional


Isi tersirat [4 hingga 12 markah]

T1. Remaja tidak berminat 2

T2 Kekurangan tapak/ gelanggang/ ruang 2


.
T3. Masyarakat telalu sibuk 2
T4. Tidak mendapat galakan ibu bapa 2
T5 Masyarakat menganggap permainan tradisional 2
sudah ketinggalan zaman

( Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai )


Penutup

K1 Kesimpulannya, usaha melestarikan permainan tradisional hendaklah disemarakkkan


oleh semua pihak agar permainan ini dapat diwarisi kepada generasi akan datang 2

K2 Kesimpulannya, usaha melestarikan permainan tradisional hendaklah disemarakkkan 1

(Kesimpulan lain yang sesuai diterima)


SULIT 1103/2 (PP)

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:


Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.


2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah :

DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2

- Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup/Jawapan tepat mengikut 1


konteks isi cukup dan ayat tidak gramatis.

- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah :
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat 3
gramatis

- Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis 2


- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul/tidak releven dengan tugasan tetapi ayat 0


gramatis

3. Soalan 4 markah :
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat 4
gramatis

- Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis 3

- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

- Isi kurang lengkap/kurang releven dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul/ tidak releven dengan tugasan tetapi ayat 0


gramatis
SULIT 1103/2 (PP)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

(i) mengembalikan nostalgia.


- Memberikan / mewujudkan kenangan /
peristiwa 2 markah
- Mengembalikan kenangan
1 markah

[Maksimum : 2 markah ]
[Isi cukup : 2 isi]

(ii) Kepentingan-kepentingan lain permainan tradisional dalam kehidupan

- Mengisi masa lapang


- Meningkatkan daya kreativiti
- Memupuk semangat berpasukan
- Melatih kekuatan mental dan fizikal

[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) Peranan ibu bapa

- Menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional


- Ibu bapa membeli peralatan permainan tradisional
- Bermain permainan tradisional bersama-sama anak pada waktu lapang
- Membawa anak-anak ke festival permainan tradisional
- Menghantar anak menyertai pertandingan permainan tradisional

(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)


[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]
SULIT 1103/2 (PP)

Soalan 2 ( b )- Prosa Moden [Drama]

(i) - tidak mahu membincangkan perkara itu


bercadang untuk ke kantin untuk bersarapan
[Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii) - menambah baik modul PLKN dengan pelbagai bentuk kemahiran dan aktiviti
yang menarik
- prasarana yang lebih selesa
- elaun yang tinggi
- jangka masa program lebih singkat
[Isi cukup 2 – 3 markah]

(iii) Pengajaran dalam petikan.


- Kita hendaklah cinta akan negara dengan menjayakan program yang dirancang.
Contoh: Nora kesal dengan sikap Aiman yang tidak berminat dengan PLKN.
[ 2 markah]

Pengajaran dalam drama.


- Kita hendaklah menjadi warganegara yang bertanggungjawab
Contoh : Posmen dan Cikgu Dahari memberikan semangat kepada golongan
remaja untuk mengikuti PLKN.
- Kita hendaklah tegas dalam mengambil tindakan.
Contoh: Khir Ghazali tegas mahukan anaknya Aiman mengikuti program PLKN
[ 2 markah]

Soalan 2 ( c ) - Petikan Prosa Tradisional


(i) mengadukan halnya bermaksud

Menceritakan/menyatakan/ Tindakan/ perlakuan/ 2 markah


Memberitahu/ mengadu/ tingkah laku Tun Perak
memerihal
Menceritakan/menyatakan/ Tindakannya/ 1 markah
Memberitahu/ mengadu/ perlakuannya/ tingkah
memerihal / lakunya
Menceritakan/menyatakan/ Halnya 1 markah
Memberitahu/ mengadu/
memerihal /

(ii) Alasan-alasan yang diberikan oleh Tun Perak apabila Seri Amerta menyatakan
seorang orang Kelang dianiaya oleh Tun Perak:-
- Seri Amerta tidak mengetahui tugas sebenar Tun Perak sebagai pemerintah
sesebuah negeri walaupun negeri tersebut kecil.
- Seri Amerta hanya melaksanakan titah Yang diPertuan
- Yang Dipertuan hanya ingin mengetahui perkara yang baik-baik sahaja.
[Isi cukup 2 – 3 markah]
SULIT 1103/2 (PP)

(iii) Ciri individu yang layak dijadikan pemimpin:-


- Bijak dalam menyelesaikan masalah
- Adil dalam mentadbir.
- Berpengetahuan luas dalam pentadbiran
- Tetap pendirian / Tegas
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
- Amanah dalam tugas
- Patuh pada ajaran agama
[Isi cukup 3 – 4 markah]

Soalan 2 ( d ) - Sajak

(i) Sikap anak-anak terhadap ibu


- tidak menjenguk ibu mereka
- tidak mengenang budi
- mengambil sikap lepas tangan
- tidak bertanggungjawab
- Patuh pada ajaran agama
[Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii) - Sering bertanya khabar / menghubungi


- Membiayai perbelanjaan / keperluan harian
- Menyediakan pembantu untuk ibu bapa / minta jiran melihat keadaan ibu bapa
- Menghantar ibu bapa ke Mekah / melancong
- Sering menziarahi / pulang hujung minggu
[Isi cukup 2 – 3 markah]

(iii) - Kesepian hidup sendirian pada usia tua kerana dipinggirkan oleh anak-anak.
- Sikap anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga orang tua
- Harapan ibu bapa terhadap anak-anak agar anak-anak sedar akan
tanggungjawab dan insaf atas kesilapan yang pernah anak lakukan.
[Isi cukup 2 – 4 markah]
SULIT 1103/2 (PP)

Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagi kepada:

Soalan 3 (a) : 6 markah


Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Rangkai kata yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Rangkai kata digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah
bagi setiap ayat.
7. Jika semua rangkai kata digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sabagai satu
ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Maksud tidak jelas, tolak ½ markah.
10. Kalau bina dua atau tiga ayat, maka lihat ayat pertama sahaja.
11. Jika salah ejaan rangkai kata yang diuji, berikan 0 markah.

Jawapan 3 (a)

(i) akar tunjang

- akar pada pokok-pokok tertentu yang tumbuh lurus ke bawah ke dalam tanah
(untuk menegapkan pokok dll)

(ii) gerak balas

- tindak balas organisma terhadap rangsangan seperti cahaya, air, sentuhan dll.

(iii) garam mineral

- unsur bukan organik yang ringkas, biasanya diperlukan dalam kuantiti yang
sedikit untuk menjalankan metabolisme badan.
SULIT 1103/2 (PP)

(iv) isi padu

- sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal,
cecair atau gas dalam sesuatu bekas.

(v) pusat graviti

- titik tempat tumpuan daya tarikan yang menggerakkan jasad-jasad ke arah


pusat sesuatu cakerawala seperti bulan atau bumi.

(vi) bahan api

- bahan yang digunakan untuk menghasilkan haba atau tenaga (kayu, arang batu,
minyak dll)

Jawapan 3(b)

Ayat aktif kepada ayat pasif

(i) Usul itu telah kami syorkan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan
dengan segera.

(ii) Sijil penghargaan akan dianugerahkan kepada semua pelajar cemerlang oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iii) Tempat kebakaran itu sedang diawasi oleh beberapa orang anggota
keselamatan secara bergilir-gilir.
SULIT 1103/2 (PP)

Jawapan 3(c)

Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) Ejaan : 1 Malaysia – 1Malaysia


Imbuhan : Pertubuhan – Penubuhan

(ii) Ejaan : pelancung – pelancong


Imbuhan : kunjungi – berkunjung

(iii) Ejaan : ibu-bapa – ibu bapa


Imbuhan : pembentukan – membentuk

Jawapan 3(d)

Kesalahan istilah atau kata dan tatabahasa

(i) Kata/istilah : memuat naik – memuat turun


Tatabahasa : digunakan oleh kami – kami gunakan

(ii) Kata/istilah : penghapusan – pelupusan


Tatabahasa : menerangkan tentang – menerangkan

(iii) Kata/istilah : resipi – menu


Tatabahasa : Kamariah Restoran – Restoran Kamariah

Jawapan 3(e) Peribahasa

(i) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

(ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya/

Usaha tangga kejayaan

(iii) Sediakan payung sebelum hujan


SULIT 1103/2 (PP)

Soalan 4 : Novel
Soalan 4 (a )
(i) Novel Bimasakti Menari
Peristiwa 1- Sikap Tan Sri Muhaimin dan Pn Maryam Wickham Abdullah yang
mementingkan kerjaya masing-masing dan keras hati menyebabkan mereka
terpisah dengan anak tunggal mereka Muhamad Taufik merindui kasih sayang
mereka.
Sebab - Ibu bapa perlu menjaga rumah tangga dan anak agar tidak terabai.
Peristiwa 2 – Dato Johan Arlington Majid berdendam dengan Tan Sri Muhaimin
yang berjaya memiliki Maryam Wickham. Selain itu, dia akan kehilangan tender
pemasangan lampu di Kuala Selangor
Sebab – Seseorang itu tidak boleh membiarkan perasaan dendamnya
membelenggu kehidupannya. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi/ dengan
mengambil sikap berlapang dada
[2 markah untuk penyataan dan peristiwa lengkap]
(ii) Novel Pantai Kasih
Peristiwa 1 – Doktor Raiha prihatin dengan nasib Unong Siron. Baginya kali ke-6
tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi pembedahan tersebut dilakukan oleh doktor
pakar.
Sebab – Kita janganlah mementingkan keuntungan atas kesusahan orang lain.
Peristiwa 2 – Dr Sadiz bertindak membakar kereta mewahnya kerana marah akan
isterinya yang menghalang niatnya untuk menghantar Rahayu ke asrama
Sebab –Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu tindakan.
Selain itu, kita hendaklah mampu mengawal marah yang akan merugikan diri sendiri
[2 markah untuk penyataan dan peristiwa lengkap]

[3 markah bahasa]
SULIT 1103/2 (PP)

Soalan 4 ( b )
Peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama watak utama dan watak sampingan
Novel Bimasakti Menari
(i) Kerjasama antara Nurul Hafsa dengan Mohamad Taufik [1
markah]
Nurul Hafsa dan Muhamad Taufik bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang
kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri
Besar Selangor. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mengemas kini dan
memantapkan bahan pembentangan mereka. [2 markah]
atau ;
Selain itu, kerjasama antara Nurul Hafsa dengan ayahnya Hj Basir yang menghantar
anaknya itu ke jeti menyusuri Sungai Kuantan/ Sungai Rahsia bagi menjejaki kelip-kelip
[2 markah]
Novel Pantai Kasih
(i) Kerjasama antara Dr Raiha dengan Dr Alex Ng [1 markah]
Dr Raiha bekerjasama dengan Dr Alex Ng untuk menjalankan pembedahan
penggantian sendi tulang pada pergelangan tangan dan lutut Dr Uwang kerana
terlibat dalam kemalangan [2 markah]
(ii) Kerjasama antara Dr Raiha dengan ibu Unong Siron [1 markah]
Mereka berjaya menghalang seorang pemuda yang menyeludup masuk ke bilik
bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih dan seterusnya membawa pemuda tersebut
keluar dari PRPK [2 markah]

[#2 markah bahasa]

# mana-mana jawapan yang sesuai diterima

You might also like