You are on page 1of 8

( KERTAS 2 ( 02/2)

TAHUN 2019

DISEDIAKAN OLEH
ZAINY BINTI ISMAIL @ BESAR : SMK. PENGKALAN LEBAI MAN

ROSNAH BT. MOHD SHARIFF : SMK. CONVENT FB

NURULHUDA BT. ABD. TALIB : SMK. BANDAR PUTERI JAYA

NURAINI BINTI ROSLI : SMK. CHE TOM

NORAZILA BT. JOHARY : SMK. SUNGAI PASIR


Bahagian A
[10 markah]

Masa yang dicadangkan : 20 minit

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang pemupukan semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini. Panjangnya huraian anda hendaklah
antara 60 hingga 80 patah perkataan.

Hormat-
menghormati antara
satu sama lain

PEMUPUKAN Amalan kunjung-


SEMANGAT mengunjungi ketika
Pergaulan antara PERPADUAN perayaan
kaum di sekolah DALAM KALANGAN
RAKYAT DI
NEGARA INI

Sambutan Kemerdekaan
yang diadakan pada 31
Ogos setiap tahun
Bahagian A
[10 markah ]

Masa yang dicadangkan: 20 minit

Gambar di bawah menunjukkan pencemaran yang berlaku. Huraikan pendapat anda


tentang pencemaran alam sekitar. Panjang huraian anda hendaklah antara 60 hingga 80
patah perkataan.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran Darat Pencemaran Udara

Pencemaran Air
Bahagian A
[10 markah ]

Masa yang dicadangkan: 20 minit

Lihat gambar-gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar rajah di bawah. Huraikan
pendapat anda tentang faedah bersukan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 60
hingga 80 patah perkataan.

FAEDAH
BERSUKAN

Menyihatkan badan Memupuk semangat


kerjasama

Mendisiplinkan diri Mengisi masa lapang


dengan berfaedah
BAHAGIAN B
[30 markah]

Masa yang dicadangkan : 40 minit

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Belakangan ini, harga barang-barang keperluan harian kian meningkat. Jelaskan


pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam memupuk amalan berjimat cermat
dalam diri anak-anak.

2. Permainan tradisional semakin dipinggirkan. Bincangkan langkah-langkah yang


dapat diambil untuk mempopularkan permainan tersebut.

3. Sempena Minggu Bahasa sekolah anda, Persatuan Bahasa Melayu telah


menganjurkan pertandingan syarahan bertajuk Kepentingan Hidup Berjiran. Anda
berminat untuk menyertai pertandingan tersebut.
Sediakan teks syarahan tersebut dengan selengkapnya.
BAHAGIAN B
[30 markah]

Masa yang dicadangkan : 40 minit

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

TEMA : GAYA HIDUP SIHAT

1. Pemakanan sihat amat penting dalam kehidupan seseorang pada hari ini bagi
mencegah pelbagai jenis penyakit. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan
amalan pemakanan sihat kepada diri seseorang. Jelaskan pendapat anda.

Senaman merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan oleh
pelajar sekolah . Sebagai seorang pegawai kesihatan, anda dikehendaki memberi
satu ceramah berkaitan cara-cara memupuk Gaya Hidup Sihat dalam kalangan
pelajar sekolah

3. Sekolah anda telah mengadakan satu satu karnival jualan buah-buahan dan
pelbagai jualan menu sihat sempena Hari Keusahawanan Sekolah. Gambarkan
suasana karnival tersebut yang berkonsepkan Gaya Hidup Sihat dalam kalangan
masyarakat.
BAHAGIAN B
[30 markah]

Masa yang dicadangkan : 40 minit

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

TEMA : PERAYAAN DI MALAYSIA

1. Negara Malaysia terkenal dengan keunikan kebudayaan dan adat resam pelbagai
kaum yang amat mengagumkan pelancong luar Negara. Ceritakan pengalaman
anda menghadiri sambutan perayaan kaum di Malaysia.

2. Rakan anda yang berada di luar negara ingin mengetahui tentang kebaikan-
kebaikan sambutan perayaan yang diadakan saban tahun di Malaysia. Tulis
sepucuk surat kepada kenalan anda itu.

3. Pelbagai perayaan di Malaysia telah dapat memupuk perpaduan kaum apabila


kerajaan telah memperkenalkan konsep Rumah Terbuka ketika menyambut satu-
satu perayaan. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperoleh
daripada majlis Rumah Terbuka tersebut.

You might also like