You are on page 1of 14

PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2019

BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

MASA : 1 JAM 30 MINIT
============================================================
Nama : ___________________________________ Tingkatan : __________
Arahan : Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Jawab semua soalan
Bahagian A : Soalan Objektif (30 soalan- 70 markah)
Masa yang dicadangkan : 40 minit
Soalan 1 hingga Soalan 10
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Tandakan
jawapan anda di atas kertas Jawapan Objektif yang disediakan

1. “…………………………… amat berbesar hati kerana tuanku sudi mencemar duli melawat
kampung ini,”sembah tuk penghulu kepada putera mahkota.
A. Baginda
B. Hamba
C. Patik
D. Beta
2. Azlan berasa ……………… apabila memandang ke bawah dari bangunan yang tinggi
itu.
A. gamam
B. sangsi
C. gayat
D. sayup
3. Zuhairi membatalkan niatnya untuk ke bandar ………………….basikalnya rosak di
tengah jalan.
A. sambil
B. kerana
C. kecuali
D. tetapi

1
4. Perjalanan kakak ke Bandar Miri telah ……………… kerana berlakunya tanah runtuh di
kilometer 205.
A. terkandas
B. terhalang
C. tergendala
D. terbengkalai
5. Emak merebus ubi keledek itu sehingga benar-benar ……………………. untuk dibuat
kuih keria.
A. lembut
B. lembik
C. lemak
D. empuk
6. Ibu menggantikan tali ampaian yang sudah _____________ itu dengan tali yang
baharu.
A. kendur
B. lembik
C. longgar
D. renggang
7. Kamarul ________________ tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh
abangnya itu.
A. samar-samar
B. kabur-kabur
C. betul-betul
D. jelas-jelas

8. Kami berempat tersentak apabila terdengar suara _______________ yang kuat di

hutan itu.
A. seruan
B. jeritan
C. sahutan
D. kicauan

2
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9. Vithya _________________ perabot itu dengan sehelai kain buruk untuk

menghilangkan habuk.
A. menyapu
B. mengipas
C. mengelap
D. mengibas

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah ini.

10. Nelayan itu menebarkan __________________ jala untuk menangkap ikan di sungai.
A. sehelai
B. serawan
C. selembar
D. sepasang

3
Soalan 11 hingga Soalan 18
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah diandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Peserta-peserta yang menyertai perarakan pada Hari Sukan sekolah beratur
A B
mengikut rumah sukan masing-masing . Tiada Kesalahan
C D
12. Ayah memuji kesungguhan abang mengusahakan kolam penternakan ikan air
A B
tawar sehingga dia mampu memperoleh dapatan yang lumayan setiap bulan.
C
Tiada kesalahan.
D

13. “Pakailah kasut yang sesuai dengan kaki kamu supaya kaki kamu tidak sakit,”
A B C
kata Puan Munirah kepada anaknya. Tiada kesalahan.
D
14. Murid-murid diminta membawa sepasang kain buruk, sebatang penyapu
A B
lidi dan beberapa helai plastik untuk aktiviti gotong royong pada petang esok.
C
Tiada kesalahan.
D

15. Saya gemar membaca karya penulisan A. Samad Said kerana banyak
A
pengajaran-pengajaran yang dapat saya peroleh. Tiada kesalahan.
B C D

4
16. Seluruh kampung gempar apabila seorang pemuda meninggal dunia akibat
A B
dibelit ular sawa. Tiada kesalahan.
C D

17. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah yang melanda negara

A B
belakangan ini akan dibincang dalam mesyuarat kabinet. Tiada kesalahan
A D

18. Sejumlah 31 unit komputer akan dirampas oleh pihak polis dalam serbuan
A
di kafe siber pada malam tadi. Tiada kesalahan
B C D

Soalan 19 hingga Soalan 20

Pilih jawapan yang paling tepat
19. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap seseorang yang melakukan
pekerjaan hingga selesai, kecuali
A. Alang-alang berdakwat biar hitam
B. Alang-alang mandi biar sampai basah
C. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
D. Alang-alang menyeluk pekasam,biarlah sampai kepangkal lengan.

20.
Kaum belia di kampung itu berhijrah dan bekerja di bandar yang
menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Situasi di atas bersesuaian dengan peribahasa

A. Di mana ada gula, di situ ada semut
B. Nasi sudah menjadi bubur
C. Ikut hati mati, ikut rasa binasa
D. Sediakan payung sebelum hujan.

5
Soalan 21 hingga 25
Pilih jawapan yang paling tepat bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

21. Ibu bapa berperanan _____________ anak-anak sejak kecil lagi __________ menjadi
insan yang berguna.

A memantau B menyelidik C mengajar

untuk supaya kerana

22. Ketua kampung itu sentiasa _______________ rumah penduduk kampung untuk
mengetahui masalah yang dihadapi oleh ______________.

A menemui B mendatangi C mengunjungi

dia kalian mereka

23. Kemalangan maut yang membabitkan _____________ motosikal mencatatkan

__________ yang paling tinggi berbanding kenderaan lain.
A penunggang B pemandu C penumpang
peratusan perpuluhan pemarkahan

24. Buku yang memuatkan 55 kisah kejayaan ___________ terkemuka di Malaysia

mendapat sambutan hangat ______________ ahli perniagaan
A Budayawan B Wartawan C Usahawan
oleh dari daripada

25. Air Sungai Congkak mengalir ________________ akibat hujan lebat sejak
_______ hari yang lalu
A pantas B deras C pantas
ketiga tiga ketiga-tiga

6
Soalan 26 hingga 30
Baca seloka di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SANTAP ISTIADAT

Santap beradat, santap istiadat, Ketujuh berkumur-kumur,

Santap raja di majlis kebesaran, Ke delapan makan sirih,
Santai merai, hormat-menghormati, Kelat jatuh ke rengkungan,
Bukan santap hendakkan kenyang, Seri naik ke peroman.
Santap santun dengan aturan.
Itulah santap beradat kebesaran
Nasi disuap di tangan kanan, Di dalam riwayat zaman yang silam.
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan, (Dipetik daripada antologi
Selesai santap nasi, Bintang Hati, Tingkatan 3
Diiringkan seteguk minuman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Isyarat menghormati, mulia-memuliakan.

Santap nasi suap pertama,

Berturut dengan suap kedua,
Dua suap; ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan,
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.

26. Apakah tujuan utama santap beradat itu diadakan ?

A. Untuk mengenyangkan perut tetamu
B. Untuk meraikan dan menghormati tetamu
C. Untuk memperkenalkan pelbagai jenis juadah yang enak
D. Untuk melatih tetamu agar makan di dalam majlis dengan tertibnya

27.Perkara-perkara yang berikut perlu dilakukan oleh seseorang selepas membasuh tangan
sesudah makan, kecuali
A. minum air
B. makan sirih
C. makan halwa
D. berkumur mulut

7
28. Antara persoalan yang terdapat dalam seloka “ Santap Istiadat” termasuklah
A. patuh akan etika yang digariskan dalam majlis
B. menghormati tetamu yang berada dalam majlis
C. bersederhana ketika menjamu selera di hadapan khalayak
D. kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera

29. Pilih nilai yang terdapat pada rangkap 2, 3 dan 4.

A. Kerajinan
B. Kepatuhan
C. Kesopanan
D. Kesyukuran

30. Yang manakah bukan ciri seloka “ Santap Istiadat” ?

A. Rima akhirnya terikat
B. Terdiri daripada lima rangkap
C. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama
D. Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah perkataan

8
Bahagian B (Masa yang dicadangkan: 50 minit)
Terdapat dua Soalan dalam bahagian ini. Jawab kedua-dua soalan dia atas kertas soalan.
Soalan 1 : Ringkasan ( 20 Markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
langkah-langkah penjimatan pada musim perayaan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
antara tidak melebihi 80 patah perkataan.

Apabila tiba musim perayaan, para pengguna akan sibuk membeli-belah barangan
keperluan. Kebiasaanya mereka akan membeli-belah pada saat-saat akhir apabila aura
kemeriahan suasana perayaan itu telah mula dirasai. Tambahan pula, peniaga sering
menggunakan gimik jualan murah pada musim perayaan untuk memancing minat pembeli.
Pembelian yang hendak dibuat haruslah mengikut kemampuan ekonomi keluarga.

Keghairahan membuat persediaan dan menyambut hari perayaan tidak dapat disangkal
lagi. Pengguna diingatkan supaya tidak membeli barangan keperluan pada saat-saat akhir
sebelum menjelangnya perayaan. Pada waktu itu, semua peniaga tidak lagi berminat untuk
melayan proses tawar menawar harga. Orang ramai disarankan supaya membeli barangan
keperluan semasa jualan murah pada luar musim perayaan kerana harganya ternyata
berbeza berbanding semasa musim perayaan.

Sebahagian besar daripada pembelian juga didorong oleh naluri. Pengguna dinasihatkan
tidak membuat pembelian secara spontan walaupun terdapat barangan yang kelihatan
menarik. Pengguna yang bijak akan merancang keperluan dengan membuat senarai
barangan yang diperlukan. Hal ini akan memudahkan dan menjimatkan masa para
pengguna. Kita sepatutnya tidak terpengaruh oleh corak perbelanjaan orang lain. Kita
seharusnya memahami tahap kewangan serta implikasi daripada tabiat berbelanja yang
melebihi kemampuan.

Perabot, langsir, dan cat rumah tidak semestinya perlu ditukar setiap tahun.Gunakan
kreativiti untuk mentransformasikan barangan lama yang masih elok dan boleh digunakan
agar kelihatan baru. Begitu juga dengan juadah hari perayaan yang dihidangkan. Pengguna
perlulah mengetahui anggaran tetamu yang akan berkunjung ke rumah pada hari perayaan
untuk memudahkan anggaran perbelanjaan. Janganlah nanti kuih-muih akhirnya
dicampakkan ke dalam tong sampah. Kepuasan berbelanja, hanyalah nafsu yang tidak boleh
diikutkan.

9
JAWAPAN RINGKASAN

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

10
Soalan 2: Baca petikan cerpen ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

LEGASI TAPAI UBI

“Tapai! Tapai! Tapai!”

Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan
tapai. Sebutlah tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada
orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh kampung kenal. Itu bapa aku! Aku dan tapai
seolah-olah sebati dan sinonim. Ah, bencinya!

“Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya
yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka kau pun tidak pernah menolak
untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke
kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.

Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi.
Lebih-lebih lagi sejak aku memasuki sekolah menangah. Apatah lagi apabila setiap hari aku
terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan
oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpangi bas sekolah. Aku malu dan marah juga
pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari
rezeki.

(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”,

Antologi Bintang Hati, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Mengapakah Parjo jemu dengan tapai ubi? (3 markah)

_________________________________________________________________________

11
(ii) Huraikan dua perwatakan Parjo yang terdapat dalam petikan ini. (3 markah)

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

(iii)Peniagaan merupakan salah satu cabang rezeki. Pada pandangan anda, apakah kebaikan
menceburi bidang perniagaan? (4 markah)

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Kertas Soalan Tamat

Disediakan oleh, Disemak semula oleh,

........................................... .................................................
(Pn sabariah bt Abu Bakar) (Pn Hjh Aliza bt Mohd Saad)
Pengerusi Penggubal Guru Kanan Bahasa

Disemak oleh,
Disahkan oleh,

............................................
(Pn Noor Sasilawati bt Ahmad ) ..................................................
Ketua Panitia Bahasa Melayu. (En AB Raof bin Hj Ramli)
Pengetua

12
SKEMA JAWAPAN

Soalan 1-20 ( 20 x2 = 40 markah)

1. C
2. C
3. B
4. A
5. D
6. A
7. C
8. B
9. C
10. B
11. D
12. C
13. D
14. A
15. B
16. D
17. A
18. A
19. C
20. A

Soalan 21 – 25 (5 x 4 = 20 markah)

21. B
22. C
23. A
24. C
25. B

Soalan 26 – 30 (5 x 2 = 10 markah)

26. B
27. A
28. D
29. C
30. A

13
Bahagian B : Ringkasan (20 Markah)

Cara pemarkahan -

1. Bahasa (10 markah) - Dinilai secara impression

2. Isi (10 markah) –calon perlu sertakan minimum 5 isi.
- Sebagai jalan selamat, calon digalakkan memberi lebih
daripada 5 isi

Isi-isi penting ringkasan

1. Pembelian yang hendak dibuat haruslah mengikut kemampuan ekonomi

keluarga.
2. Pengguna diingatkan supaya tidak membeli barangan keperluan pada saat-
saat akhir menjelang perayaan.
3. Orang ramai disarankan supaya membeli barangan keperluan semasa jualan
murah pada luar musim perayaan.
4. Pengguna dinasihatkan tidak membuat pembelian secara spontan.
5. Pengguna disaran merancang keperluan dan membuat senarai barangan
yang diperlukan sahaja.
6. Kita sepatutnya tidak terpengaruh oleh perbelanjaan orang lain.
7. Memahami tahap kewangan masing-masing.
8. Gunakan kreativiti untuk mentranformasikan barangan lama yang masih elok
dan boleh digunakan agar kelihatan baru..
9. Membuat anggaran tetamu yang akan berkunjung ke rumah pada hari
perayaan bagi memastikan tiada pembaziran.

Pemahaman ( 5 X 2 = 10 Markah)

Legasi Tapai Ubi

i) Parjo sudah jemu dengan tapai ubi kerana dia sudah terbiasa dengan
tapai sejak kecil lagi. Ayah dan ibunya merupakan peniaga tapai ubi yang
terkenal. (3 markah)
ii) Perwatakan Parjo dalam petikan ini ialah seorang anak yang taat. Parjo
menuruti arahan ayahnya untuk menghantar tapai ke kedai. Parjo juga
seorang yang sabar..Parjo sabar dengan ejekan rakan2nya yang
menngelarnya Parjo Tapai.(4 markah)
iii) Kebaikan menceburi bidang perniagaan ialah dapat menguruskan sendiri
pekerjaan tanpa terikat dengan majikan, tidak terikat dengan jadual dan
masa. Selain itu dapat menjana keuntungan berganda dan dapat memberi
peluang pekerjaan kepada orang lain. (4 markah)

14

You might also like