You are on page 1of 8

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang
dalam UPSR tahun lalu.
A motosikal B basikal C kereta D beca

2. __________________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau digelar Bapa Pembangunan.

Tun Abdul Razak Tunku Abdul Tun Mahathir Dato’ Abdullah Haji
A B C D
Rahman Mohamad Ahmad Badawi

3. “Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah __________________ menumpang tidur di rumah kita?” kata
Rosmaini kepada ibunya.
A mereka B engkau C kalian D dia

4. “Kalau __________________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,” sembah ahli
nujum kepada sultan.
A tuan B tuanku C baginda D tuan hamba

5. Pemuda itu telah menjumpai __________________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A seutas B sebilah C sejambak D serumpun

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pak Cik Ali sedang __________________ dodol di dalam kawah


A menggaul B mengacau C mengadun D menggoreng

7. Pekerja-pekerja Majlis Bandaran Teluk Intan sedang __________________ ranting pokok bunga di taman
itu supaya sentiasa rimbun.
A memangkas B mengerat C memotong D menghiris

8. Pilih penggunaan kata pemeri yang betul


A Ibu negeri Perak adalah Ipoh.
B Universiti Malaya ialah universiti yang tertua di Malaysia.
C Kereta Toyota adalah kereta import.
D Azim dan Aiman adalah kawan baik Jamal.

1
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Pesawah itu __________________ di bawah pokok kerana penat bekerja.


A ditidur B tertidur C menidur D ketiduran

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Posmen sedang__________________surat ke dalam peti surat itu.


A dimasuk B dimasuki C kemasukan D memasukkan

11. Setiap hari kami terpaksa __________________di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan
pintas.
A ulang-alik B bolak-balik C mundar-mandir D lalu-lalang

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Buah-buahan tempatan sungguh __________________dan berpatutan pula harganya.


A kelat B enak C manis D masam

2
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Razman terpaksa __________________ basikalnya kerana tayarnya pancit.


A menuntun B mengayuh C membimbit D mengangkat

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.


14. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.
A Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.
B Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.
C Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.
D Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

15. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki
A
dengan motosikal.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki
B
dengan motosikal.
C Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

Pilih ayat yang betul.


16. A Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.
B Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu.
C Tolong buang sampah ini kepada dalam tong sampah itu.
D Tolong buang sampah ini dari dalam tong sampah itu.

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Pentingnya Kegiatan Kokurukulum kepada
Murid-murid’.

Hadirin yang dihormati,

Kegiatan kokurikulum memang sudah kita sedia maklum sebagai kegiatan di luar kelas. Semua murid
diwajibkan menyertai persatuan dan kelab. Contoh persatuan dan kelab ialah Persatuan Matematik dan Sains,
Persatuan Kajian Tempatan, Kelab Tarian dan Kelab Seni Lukis.

3
Kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah kepada murid-murid. Mereka berpeluang menimba ilmu
tentang sesuatu perkara yang mungkin tidak dapat dipelajari mereka daripada buku teks atau di dalam kelas.

Hadirin yang dihormati,

Dengan menyertai pasukan beruniform seperti Pasukan Tunas Puteri dan Pasukan Pengakap, murid-
murid dapat belajar cara-cara merawat orang yang cedera, memasak, mendirikan khemah dan berkawad kaki.

Di samping itu, latihan yang diterima oleh mereka daripada penyertaan pasukan beruniform dapat
memupuk sikap bertanggungjawab, menepati masa dan berdisiplin. Mereka akan berupaya menerima cabaran
yang lebih besar kelak. Mereka juga dapat berkenalan dengan rakan baharu.

Hadirin sekelian,

Kegiatan kokurikulum bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan murid-murid tetapi juga melatih mereka
menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat.

Sekianlah sahaja syarahan saya pada hari ini. Terima kasih.

17. Bilakah syarahan ini disampaikan?


A Sempena HariGuru
B Sempena Hari Kanak-kanak
C Semasa pertandingan
D Semasa perhimpunan mingguan

18. Siapakah yang tidak hadir?


A Guru
B Murid
C Ibu bapa
D Guru Besar

19. Berikut merupakan pasukan-pasukan beruniform kecuali


A Kelab Tarian.
B Pasukan Tunas Puteri.
C Pasukan Pengakap.
D Persatuan Bulan Sabit Merah.

20. Rangkai kata kegiatan kokurikulum dalam petikan bermaksud


A aktiviti yang dijalankan di sekolah.
B aktiviti yang diadakan pada masa lapang.
C aktiviti yang dijalankan selepas waktu persekolahan.
D aktiviti yang diadakan di sekolah pada masa cuti.

4
Bahagian B
( 30 markah )

Soalan 21

Lorekkan kata sendi nama yang terdapat alam kotak di bawah.

agar pada walaupun serta lalu

atau bahawa dari manakala untuk

dengan apabila samil tetapi dan

(3M)
Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

Jawapan : Tidak, saya belum ingin pulang lagi. Saya ada latihan nasyid petang ini.

(2M)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

(2M)

c. Soalan berikut nberdasarkan gambar di bawah.

5
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

(2M)

Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syazana : Cuba kamu tengok di sana. Masih ada pejalan kaki yang sanggup melintas jalan di
bawah jejantas. Mereka malas hendak memanjat tangga jejantas.
Hui Ling : Sikap malas inilah yang akan membawa padah. Sesungguhnya malang tidak berbau.
Syazana : Mereka sepatutnya menggunakan jejantas. Jejantas dibina untuk membolehkan kita
melintas jalan yang sibuk dengan selamat.
Hui Ling : Sebilangan pejalan kaki lebih suka mengambil jalan mudah. Sedangkan tindakan
tidak menggunakan jejantas dapat mengundang bahaya.
Syazana : Baru-baru ini, saya melihat seorang lelaki dilanggar oleh sebuah kereta. Pada waktu
itu keadaan trafik agak sesak. Dia tidak menggunakan jejantas yang disediakan.
Hui Ling : Seharusnya masyarakat mengambil iktibar daripada kemalangan yang berlaku.
Syazana : Malangnya, tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan jejantas masih
rendah. Mereka tidak memanfaatkan kemudahan jejantas dengan sebaik-baiknya.
Hui Ling : Betul kata kamu Syazana. Banyak alasan yang diberikan oleh orang ramai untuk
tidak menggunakan jejantas. Antaranya termasuklah kedudukan jejantas terlalu jauh.
Mereka malas hendak berjalan jauh. Alasan lain ialah jejantas dibina terlalu tinggi.
Jejantas itu pula tidak menghala ke tempat yang hendak dituju.
Syazana : Kata oang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Hui Ling : Memang benar kata-kata kamu itu, Syazana.

a. Perbuatan negatif pejalan kaki yang dikatakan oleh Syazana pada bahagian awal petikan ialah

_________________________________________________________________________________________

(1M)

b. Apakah yang berlaku terhadap lelaki yang tidak menggunakan jejantas?

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
(2M)

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Pejalan kaki malas hendak memanjat anak tangga jejantas.

betul
Pejalan kaki sedar tentang kepentingan penggunaan jejantas. 4

Masyarakat perlu mengambil iktibar daripada kemalangan yang berlaku. salah


4
Antara alasan orang ramai tidak menggunakan jejantas ialah kedudukan jejantas
terlalu jauh.
(3M)

6
Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Adat merisik di panggil juga meninjau atau menengok. Adat merisik dijalankan bagi memastikan gadis yang
dihajati oleh seseorang lelaki masih belum berpunya. Di samping itu, adat merisik ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahirannya dalam mengurus rumahtangga, tingkah lakunya, budi
bahasanya dan juga pengetahuan agamanya.

Pihak lelaki akan menghantar ibu bapa atau saudara-maranya ke rumah gadis tersebut. Lazimnya mereka
akan membawa sebentuk ‘cincin tanya’ berupa cincin belah rotan yang akan diberikan kepada pihak perempuan.
Sekiranya pihak si gadis bersetuju, kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh pertunangan.
Perbincangan juga akan berkisar tentang jumlah hantaran yang diminta oleh pihak si gadis.

Dalam majlis pertunangan pula, pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan dengan membawa hantaran
yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung, sebentuk cincin dan lain-lain lagi. Wakil kedua-dua belah pihak
akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan
perkahwinan tersebut nanti. Tempoh pertunangan bergantung kepada persetujuan masing-masing. Ada yang
bertunang dalam tempoh beberapa jam sebelum dinikahkan dan ada juga yang mengambil masa berbulan-bulan
atau bertahun-tahun.

Apabila tiba masa yang dijanjikan, pasangan tersebut akan dinikahkan. Selepas itu, mereka akan diraikan
dalam majlis perkahwinan yang meriah. Pasangan pengantin akan bersanding di atas pelamin yang indah disaksikan
oleh keluarga, saudara-mara dan juga rakan-rakan mereka.

a. Perkataan belum berpunya dalam petikan membawa maksud


_________________________________________________________________________________________
(1M)

b. Mengapakah adat merisik dilakukan?


_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
(2M)

c. Apakah yang akan dibawa oleh pihak lelaki semasa berkunjung ke rumah si gadis untuk melakukan adat
merisik?
________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________.

(2M)

d. Pada pendapat anda, adakah adat-adat ini akan terus kekal dalam masyarakat yang serba moden ini?
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________(3M)

7
Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ibu Ayah
sekali engkau menangis tanpa ayah hidup kami ibarat
timbul rasa bersalah di hatiku kais pagi makan pagi,
walau setitik air mata tidak akan dapat dibasuh kais petang makan petang
dengan tujuh lautan. engkaulah harapan kami
terima kasih ayah
Selepas ibu jasamu tetap kukenang
tetap ibu ibu dan ayah tersayang
selepas ibu kau begitu sempurna
tetap ibu
dan barulah ayah

a. Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?


_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

(2M)

b. Antara ibu dan ayah, siapakah yang perlu diutamakan dahulu?

_______________________________________________________________________________________

(1M)

c. Tandakan (√) bagi penyataan yang betul dan (X) bagi penyataan yang salah berdasarkan sajak tersebut.

Seseorang anak perlu mengutamakan ayah terlebih dahulu

Ayah bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga

(1M)

Ibarat kais pagi makan pagi


kais petang makan petang

4
d. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

(2M)

You might also like