You are on page 1of 14

SET LATIHAN KELAS TAMBAHAN 2017

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011


TAHUN 6
MASA : 11/4 JAM
BAHAGIAN A
[20 markah]
Nama : ________________________________________ TAHUN 6 : ______________
Soalan 1 hingga 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Jiran saya Encik Shahir. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti


Teknologi Malaysia.
A Dia
B Beliau
C Kalian
D Baginda

2 ____________ perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh 6A dalam


UPSR. Kata Cikgu Masyitah kepada murid tahun 6.
A Awak
B Beliau
C Kalian
D Engkau

3 __________ hujan turun dengan lebat, paras air sungai akan naik dan kawasan sekitarnya
banjir.
A Apabila
B Kerana
C Andai
D Agar

4 Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak-
saudara pada hari raya.
A hadirmenghormati
B mengunjungibermaafan
C menghormatimencintai
D mengasihibekerjasama

1
5 Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan
mata.
A silau
B malap
C jernih
D terang

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.

6 Emak __________ buah tembikai untuk dihidangkan kepada tetamu.


A menebuk
B mengerat
C memasak
D memotong

7 Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan


menggunakan strategi yang betul.
A pemaju
B memaju
C kemajuan
D memajukan

8 Plastik __________ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di
dalamnya.
A lutsinar
B kalis air
C kedap sinar
D kedap udara

2
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Pak Bahar sedang memasang __________ kawat mata punai di sekeliling reban.
A secebis
B selembar
C segelung
D serawan

10 __________ tingkap rumah itu dipasang jeriji keselamatan, pencuri itu berjaya memecah
masuk juga.
A Walau bagaimanapun
B Kendatipun
C Lantaran
D Jikalau

11 Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

Muhaimin meletakkan beberapa jenis batu yang cantik ke _________ akauariumnya itu.
A sisi
B sudut
C dalam
D pinggir

3
12 Pasukan penari zapin sekolah perlu berlatih dengan gigih sekiranya __________
memenangi pertandingan tarian itu.
A ingin
B masih
C dapat
D perlu

13 Dedaun kering itu __________ ditiup angin.


A berpusar
B berserakan
C berguguran
D berterbangan

14 Masih terdapat __________ penduduk Manjung Point yang tidak ambil peduli akan
usaha gotong-royong memerangi nyamuk Aedes.
A semua
B separuh
C segelintir
D setengah

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari, kata
ayah kepada abang.
A Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari
kemudian.
B Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang
pada kemudian hari.
C Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang
pada kemudian hari.
D Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang.

Pilih ayat yang betul.

16 I Menara Berkembar Petronas pernah menjadi menara tertinggi di Asia Tenggara.


II Pemuda cantik itu pramugara pesawat MAS.
III Murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September lepas.
IV Siapakah Menteri Pendidikan Malaysia sekarang?
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I dan IV

4
Soalan 17-20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

LONDON, 17 Mei Norman bin Musa, seorang rakyat Malaysia yang telah mengusahakan
restoran makanan Malaysia di London. Beliau juga pengeluar rempah-ratus yang terkenal
pada peringkat antarabangsa.

Norman juga tukang masak utama yang mengajarkan masakan Malaysia dengan
menggunakan rempah-ratus dari Malaysia. Beliau juga menggunakan rempah-ratus ini di
restoran dan di kelas masakannya di London. Semangat jati dirinya terserlah dalam masakan
Malaysia.

Norman juga sentiasa mempromosikan masakan Malaysia. Antara masakan Malaysia


yang dijual di restorannya termasuklah sate, roti canai dan masak lemak cili padi. Beliau
tidak pernah menjual masakan Barat kerana jati diri Malaysianya yang tetap menebal.

Selain itu, Norman juga turut menyertai banyak pertandingan masakan pada peringkat
antarabangsa. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang usahanya
mengharumkan nama negara di persada dunia. Antara kejayaannya termasuklah Cef Muda
Asia dan Timur Tahunan Terbaik pada Anugerah Kari Asia 2012. Beliau turut disenarai
pendek dalam kategori Cef Tahunan Terbaik pada Anugerah Festival Makanan dan Minuman
Manchester 2009. Pada tahun 2010 pula, beliau dipilih selaku cef rasmi bagi pasukan
Formula 1 Lotus.

Walaupun Norman telah lama menetap di London, namun semangat patriotik tetap
utuh di jiwanya. Beliau bangga menjadi warganegara Malaysia. Sebagai bukti, cintanya
kepada tanah air jelas terpancar apabila Jalur Gemilang dikibar setiap kali demonstrasi
masakan diadakan di luar negara. Nama Malaysia sentiasa dekat di hati beliau biarpun berada
di perantauan. Oleh sebab itu, beliau dikenali sebagai Malaysian Chef Norman Musa. Di
samping itu, beliau tetap berbahasa Melayu apabila dikunjungi pelanggannya dari Malaysia.

17 Siapakah Norman bin Musa?


A Tukang masak
B Pengeluar rempah-ratus
C Tenaga pengajar masakan di London
D Pengusaha restoran makanan Malaysia di London

18 Apakah yang diusahakan oleh Norman bin Musa?


A Mengusahakan rempah-ratus
B Mengajarkan masakan Malaysia
C Menyertai banyak pertandingan masakan di London
D Mengusahakan restoran makanan Malaysia di London

5
19 Bagaimanakah Norman bin Musa mengajarkan masakan Malaysia?
A Menjadi pengeluar rempah-ratus
B Menggunakan rempah-ratus di restoran dan kelas masakannya di London
C Memenangi pelbagai anugerah dalam usaha mengharumkan nama negara
D Menyertai pertandingan rempah-ratus di restoran dan kelas masakannya di London

20 Mengapakah Norman bin Musa memiliki semangat patriotik walaupun berada di


perantauan?
A Jalur Gemilang berkibar setiap kali demonstrasi masakan diadakan di luar negara
B Dikenali sebagai Malaysian Chef Norman Musa
C Tetap berbicara dalam bahasa Melayu
D Malaysia dekat di hati

6
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

akan dengan supaya untuk


atau di dan yang

Hatiku melonjak kegembiraan apabila ayah membenarkan aku menyertai lawatan ke Kuala
Lumpur.

Menjelang pagi itu, aku ______________kawan-kawan telah diberi taklimat. Cikgu


Ang yang cantik bak bidadari itu meminta kami beratur semasa menaiki bas.

Jangan sesekali naik ______________ turun semasa bas sedang bergerak, pesan
Cikgu Syafik pula. Aku berfikir sejenak. Mungkin aku _______________ terjatuh jika tidak
mematuhi arahan guru yang tampan seperti putera raja itu.

Tidak lama kemudian, bas pun sampai. Aku memasukkan beg ke dalam perut bas lalu
menaiki bas itu _______________ berhati-hati.

[4 markah]
Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

______________________________________________________________

Jawapan : Bangunan warisan ini perlu dipelihara kerana mempunyai nilai seni dan
estetik yang tinggi.
[2 markah]

7
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Jawapan:

____________________________________________________________

____________________________________________________________

[2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

Jawapan :

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[2 markah]

8
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya
dikenali sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang
bertanggungjawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choo Cheong atau Ah
Cheong. Sebagai arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi
sedemikian berdasarkan bangunan pagoda di negara China.

Tujuan asal pembinaan Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan sebuah
tangki air untuk kegunaan penduduk setempat pada musim kemarau atau apabila berlaku
kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak ada perkhidmatan bomba. Pada tahun 1895
berlaku banjir besar di Teluk Intan menyebabkan tapak dan tingkat bawah menara ini
tenggelam. Banjir yang berlaku serta bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini
condong ke arah barat.

Pada zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) bangunan Menara Condong ini dijadikan
pusat kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini digunakan sebagai
bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada
bahagian atas. Menara Condong ini mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara
umum, bangunan ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki.
Menara Condong mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu,
pandangan dari luar, bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

a. Nama lain bagi bangunan Jam Tinggi ialah __________________________________


(1 markah)

b. Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke arah barat?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(2 markah)

9
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Salah satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Menara Condong mempunyai 110 anak


tangga yang diperbuat daripada kayu.

Sepuluh tahun selepas Jam Tinggi siap


dibina, banjir besar telah melanda pekan
Teluk Intan. BETUL

Orang yang bertanggungjawab membuat


menara Jam Tinggi ialah pemerintah Jepun.

SALAH

Hampir lapan tahun Jam Tinggi digunakan


oleh askar Jepun sebagai pusat kawalan
ketenteraan.

(2 markah)

10
Soalan 24

Baca memo di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a) Memo tersebut adalah untuk memberitahu murid-murid tentang _________________


____________________________________________________________________
[1 markah]

b) Nyatakan satu punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar


di negara kita.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

11
c) Pada pendapat kamu, mengapakah proses pengumpulan barangan kitar semula
mengambil masa selama sebulan?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]

d) Sekiranya kamu tidak dapat membawa barangan terpakai untuk program tersebut,
apakah sumbangan kamu dalam menjayakan program ini?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]

12
Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Awasi Keselamatanmu

Sahabatku
Nasihatku jangan dilupa
Kata-kata ini amat bermakna
Walau di mana-mana kauberada
Keselamatan diri tetap diutama.

Sahabatku
Awasi dompetmu
Pastikan di sisimu
Biarlah bersama-sama
Takut nanti hilang entah ke mana
Kelak pasti jiwa merana.

Sahabatku
Bersendirian tanpa tuju
Mungkin bahaya sedang menunggu
Nanti diculik tak siapa yang tahu.

Sahabatku
Jika kamu hadapi masalah
Usah kamu berasa gundah
Pantang alah jangan pasrah
Tenangkan diri elak marah.

Sahabatku
Awasi keselamatanmu
Usah leka akan nasihatku
Demi kasih sayangku yang jitu.

a) Apakah maksud rangkap pertama dalam sajak di atas?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

13
b) Tandakan () bagi penyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.

Kita boleh pergi ke mana sahaja secara bersendirian.


Kita perlu menjaga dompet dan pastikan sentiasa berada
bersama kita.
[1 markah]

c) Mengapakah kita dilarang berjalan bersendirian ?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
[2 markah]

Jika kamu hadapi masalah


Usah kamu berasa gundah

d) Terangkan maksud baris dalam sajak di atas

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

14

You might also like