You are on page 1of 10

BAHAGIAN A

[10 markah]

Soalan 1 hingga 10

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “_______ mahu ke mana?” tanya Sarah kepada Aleesya dan Farah.


A Anda
B Kamu
C Kalian
D Engkau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2 Pada bulan Mac hingga September pada setiap tahun, penyu akan mendarat di ______ Rantau
Abang Terengganu untuk bertelur.
A Lembah
B Pantai
C Bukit
D Sungai

3 Pasukan ekspedisi __________ Gunung Tahan itu bertolak dari Kuala Tahan pada pukul tujuh
pagi.
A melewati
B menaiki
C melalui
D mendaki

4 Syahirah telah dinobatkan sebagai murid cemerlang di ________ saya pada peperiksaan akhir
tahun yang lalu.
A klinik
B sekolah
C syarikat
D universiti
2

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5 Puan Anisa membeli ________ pisang di gerai buah-buahan itu.


A sesikat
B seulas
C sebiji
D segugus

Soalan 6

Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

6 Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.

A buah hati
B buah mulut
C buah tangan
D buah pena
3

Soalan 7 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Catur ialah sejenis permainan yang berbentuk pertempuran antara dua buah kerajaan.
Permainan ini dimainkan dengan menggunakan buah catur. Setiap pemain mempunyai enam
belas buah catur yang berbeza-beza darjatnya dalam sesebuah kerajaan. Ada raja,
permaisuri, menteri, askar dan sebagainya.
Buah-buah catur ini digerakkan oleh pemain catur di atas papan. Setiap corak
pergerakan berbeza mengikut darjat. Papan catur mempunyai 64 petak seperti permainan
dam.
Permainan ini diperkenalkan dari benua India ke Nusantara India pada kira-kira
1400 tahun yang lalu. Pada masa itu, permainan ini dikenali sebagai “caturangga” yang
bermaksud empat pasukan.
Pemain catur dalam masyarakat Melayu kuno amat disegani. Permainan ini
mencerminkan darjat atau kedudukan seseorang pemain dalam masyarakat pada masa itu.

7 Apakah yang dimaksudkan dengan permainan catur?


A Permainan berbentuk pertempuran
B Permainan yang berdarjat
C Permainan orang India
D Permainan bangsawan

8 Bagaimanakah corak pergerakan buah catur dalam permainan catur?


A Pergerakan mengikut darjat
B Pergerakan melawan arus
C Pergerakan menyilang
D Pergerakan bebas

9 Permainan catur sama dengan permainan dam dari segi...


A sejenis permainan tradisional
B darjat dan kedudukan
C bilangan buah catur
D jumlah petak papan catur

10 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Pemain catur dikenali sebagai “caturangga”.
B Permainan catur memerlukan 64 buah catur
C Permainan ini mencerminkan kedudukan seseorang pemain
D Permainan ini diperkenalkan dari benua India pada tahun 1400.

BAHAGIAN B
4

[10 markah]

Soalan 11

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi .

bentuk helai buah kaki


keping pasang orang deret

Puan Zulaikha usahawan yang berjaya di bandar Temerloh. Beliau menceburi bidang penjualan

pakaian wanita dan aksesori yang berkaitan. Ketika memulakan perniagaan sekitar lima tahun yang

lalu, beliau hanya menjual beberapa ___________ tudung dan selendang secara dalam talian sahaja.

Kemudian, beliau mengembangkan perniagaannya dengan menjual 20 _________ baju kurung.

Setelah perniagaannya maju, beliau membeli se_______ kedai. Beliau mengupah dua ________

tukang jahit juga. Kini para pelanggan amat berpuas hati dengan hasil pakaian yang dijual.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

__________________________________________________________________________

Jawapan: Husna berasa gembira kerana dia menerima hadiah sempena hari lahirnya.

[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.


5

Irdina, tolong beritahu rakan-


rakan kamu supaya menghantar
bukun latihan sebelum waktu
persekolahan tamat

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

i ____________________________________________________________

ii ____________________________________________________________

[2 markah]

BAHAGIAN C
6

[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan suasana perkelahan di tepi pantai

Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana berdasarkan gambar.

Bahagian C
7

Seorang penunggang motosikal membelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tiba.

Penunggang motosikal itu dilanggar sebuah teksi kerana kecuaiannya di jalan


raya.
Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.

10

BAHAGIAN D
[20 markah]
8

[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar di bawah menunjukkan poster Cara-cara Menggosok Gigi dengan Betul.

Tulis karangan Cara-cara Menggosok Gigi dengan Betul tersebut dalam bentuk
perenggan.

Panjang karangan kamu hendaklah sekurang-kurangnya 80 patah perkataan.

Bahagian D
9

Seorang penunggang motosikal m


embelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tiba.
Penunggang motosikal itu dilangg
ar sebuah teksi kerana kecuaiannya di jalan raya.
Penunggang motosikal itu mengala
mi kecederaan dan dimasukkan ke hospital.
10

Seorang penunggang motosikal m


embelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tiba.
Penunggang motosikal itu dilangg
ar sebuah teksi kerana kecuaiannya di jalan raya.
Penunggang motosikal itu mengala
mi kecederaan dan dimasukkan ke hospital.

20

You might also like