You are on page 1of 14

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 14.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Keluarga kami memakai baju yang se_________________ pada Hari Raya


tahun ini.

A angkatan
B dondon
C bentuk
D gugus

2. Kereta Encik Muthu tidak dapat dihidupkan kerana _________________nya


telah rosak.

A bateri kereta
B minyak enjin
C palam pencucuh
D palam penghubung

1
3. _________________ barang telah diberi potongan harga sempena pembukaan
sebuah pusat beli-belah itu.

A Semua
B Bagai
C Berbagai
D Berapa

4. Semua peserta pacuan empat roda mesti melalui sepuluh


_________________ dalam setiap laluan.

A dihalang
B halangan
C penghalang
D menghalang

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Tayar kereta Encik Roslan agak ________________ kerana kekurangan angin.

A licin
B kembong
C kembang
D kempis

2
6. Atlit boling negara _________________ apabila menjuarai pertandingan boling
di sukan SEA.

A berderet-deretan
B berasak-asakan
C bersorak-sorakan
D bertumbuk-tumbukan

7. Bantal yang disimpan oleh emak berbau _________________ kerana sudah


lama tidak digunakan.

A hancing
B hamis
C hapak
D busuk

8. Penjual buah ini _________________ apabila mendapati buah-buahan


jualannya dicuri.

A naik angin
B pukul canang
C ambil pusing
D lintah darat

Ayahanda Sultan Idris Shah telah mangkat. Ayahanda


akan dikebumikan pada petang ini.

9. Di manakah Ayahanda Sultan Idris Shah akan dikebumikan ?

A anjung
B makam
C gedung
D singgahsana

3
10. Penulis artikel itu telah dibidas oleh beberapa orang penulis lain kerana
menyentuh isu perkauman.

Pilih perkataan sinonim bagi dibidas.

A Disokong
B Dikritik
C Ditolak
D Dipuji

11. Kuih yang dimasak oleh Laili sangat keras kerana terlebih tepung.

Pilih perkataan antonim bagi kerass.

A Empuk
B Kasar
C Liat
D Lembut

12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Pak Rusdi mengasah pisau hingga tajam.


II. Pendengaran datuk masih tajam walaupun usianya telah lanjut.
III. Tapak kaki emak tajam kerana terlalu banyak bekerja.
IV. Suara adik tajam apabila menjerit.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

4
13. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Pemuda itu ____________ ke sebuah pulau untuk menghilangkan tekanan


yang dialaminya.

A beralih angin
B bawah angin
C kepala angin
D atas angin

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pihak berkuasa berjaya menjumpai sekumpulan murid yang sesat di


sebuah hutan.

A Murid yang sesat berjaya dijumpai oleh pihak berkuasa.


B Murid yang sesat di sebuah hutan dijumpai oleh pihak berkuasa.
C Sekumpulan murid yang sesat di sebuah hutan berjaya dijumpai oleh
pihak berkuasa.
D Sekumpulan murid yang seast berjaya dijumpai oleh pihak berkuasa.

Soalan 15 dan 16.


Pilih ayat yang betul.

15. A Ini tidaklah kali pertama saya datang ke sini.


B Filem-filem barat bukan sesuai untuk ditonton oleh para pelajar.
C Tidak terlintas langsung di hati saya untuk menyinggung perasaannya.
D Budak yang berbaju merah itu tidak adik saya.

16. A Aduh, petah sungguh kanak-kanak itu bertutur !


B Eh, usah engkau mempedulikan hal aku lagi !
C Aduhai, apatah malangnya nasibku kebelakangan ini !
D Amboi, sanggupkah kamu menceritakan keburukan keluargamu sendiri !

5
Soalan 17 hingga 20.
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada hari minggu yang lalu, Halim, Danny dan Raju melawat ke sebuah
bengkel yang mengusahakan kraf tangan di kampung mereka. Bengkel
yang diusahakan secara kecil-kecilan itu menghasilkan kraf tangan
daripada mengkuang.

Sewaktu tiba di bengkel tersebut, mereka disambut oleh Puan Hayati.


Mereka dibawa melihat bengkel itu. Ada beberapa pekerja wanita sedang
menganyam tikar mengkuang. Beberapa hasil kraf tangan yang telah siap
turut dipamerkan di salah satu sudut bengkel tersebut. Antara hasil kraf
tangan tersebut adalah tikar, bakul, beg, selipar dan tudung saji.

Puan Hayati menerangkan proses untuk melembutkan daun


mengkuang sebelum dianyam. Menurut Puan Hayati, kerja-kerja
menganyam tikar mengkuang agak rumit. Kemahiran untuk mereka corak
dan bentuk tikar yang hendak dianyam sangat penting untuk menghasilkan
tikar mengkuang yang berkualiti dan menarik.

Daun mengkuang yang telah ditebang akan dibuang durinya


menggunakan pisau khas. Selepas itu, daun mengkuang itu direbus di dalam
air yang telah dibubuk pewarna. Setelah lembut, daun mengkuang itu
dijemur hingga kering. Akhir sekali, daun mengkuang itu ditumbuk terlebih
dahulu sebelum dianyam.

Mereka amat berpuas hati dengan kunjungan mereka itu. Banyak


maklumat yang telah diperoleh sepanjang kunjungan tersebut.

17. Puan Hayati mungkin sekali _________________.


A pekerja di bengkel itu.
B pelawat di bengkel itu.
C pengurus di bengkel itu.
D pengunjung di bengkel itu.

6
18. Proses yang manakah memerlukan daya kreatif yang tinggi ?
A Menganyam tikar
B Membuang duri mengkuang
C Membelah daun mengkuang
D Mereka corak dan bentuk tikar

19. Berdasarkan petikan, pilih turutan proses yang betul.

A Tebang belah rebus jemur tumbuk


B Tebang rebus jemur belah tumbuk
C Tebang rebus jemur tumbuk belah
D Tebang jemur belah tumbuk rebus
E
20. Mengapakah daun mengkuang itu perlu direbus ?
A Supaya lebih cantik dan menarik.
B Supaya lembut dan mudah dianyam.
C Supaya dapat menghasilkan corak bermutu.
D Supaya tikar yang dihasilkan berkualiti tinggi.

7
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Yuhanis menyusun pinggan mangkuk yang b aru dicucinya di atas


______________.

para-para ( ) kayu-kayan ( ) batu-batan ( )

(ii) Semua ikan yang dibeli oelh Puan Isma di pasar borong itu __________.

segar-bugar ( ) comot-momot ( ) calar-balar ( )

[ 2 markah ]

(b) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

(i) Walaupun Sabrina __________


benar namun tiada sesiapa berjaya
mempercayainya lagi.
(ii)Cecilia tidak __________ mara
ke peringkat akhir berjimat
Pertandingan Pidato itu.
(iii)Sektor perindustrian di negara
kita __________ dengan pesat. bercakap

(iii)Amalan menabung dapat


melatih kita supaya sentiasa berkembang
__________ .

[ 2 markah ]

8
(c) Gariskan jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Puan Sahana berpesan agar (melayan, melatih, menurut) pelanggan


mereka dengan mesra kepada anaknya.

(ii) Datuk Erman(menyorok, menyimpan, membuang) berguni-guni baja


di dalam stor.

[ 2 markah ]

Soalan 22

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

(i) buah

bilah

pasang

(ii) cucuk

kerat

ketul

[ 2 markah ]

9
(c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

[ 2 markah ]

Soalan 23
(a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan untuk
melengkapkan dialog di bawah.

Cikgu Omar : _______________________________________________________

_______________________________________________________

Jawapan : Saya ingin mengharumkan nama sekolah dalam


permainan badminton.

[ 2 markah ]

10
(b) Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Pesta Buku Kanak-Kanak

Sempena Musim Cuti Sekolah

28 November Hingga 2 Disember 2018

10.00 Pagi Hingga 6.00 Petang

Perpustakaan Kuala Lumpur

(i) Di manakah pesta buku itu akan diadakan?


__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat kamu, mengapakah pesta buku sesuai diadakan pada
musim cuti sekolah? Berikan dua sebab.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

11
Soalan 24
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

Pertandingan Deklamasi Puisi Perpaduan


Sempena Minggu Perpaduan

Tarikh : 15 November 2018


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SK Taman Pelangi

Syarat-syarat pertandingan :

 Terbuka kepada murid tahap dua


 Penyertaan secara berkumpulan – tiga
orang peserta (berbilang kaum)

Jika berminat, sila hubungi Cikgu Syafik atau Cikgu Ang.


Tarikh tutup penyertaan : 25 Oktober 2018

(a) Siapakah yang layak menyertai pertandingan deklamasi puisi tersebut?

[ 2 markah ]

12
(b) Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lain yang dapat memupuk semangat
perpaduan ?

[ 3 markah ]

Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Songket merupakan kain yang ditenun dengan menggunakan benang


emas dan perak. Kain ini boleh dijadikan busana Melayu tradisional yang masih
dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Songket sesuai dipakai oleh orang lelaki
mahupun perempuan. Suatu masa dahulu, kain songket melambangkan
kebesaran raja-raja dan golongan bangsawan.

Di Malaysia, kain ini banyak dihasilkan di negeri-negeri Pantai Timur. Corak


kain ini bermotifkan bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan dan geometri. Kain
songket tenunan tangan lebih mahal berbanding kain tenunan mesin kerana
lebih berkualiti dan mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Oleh itu, songket haruslah kita pelihara agar tidak luput dibawa arus
kemodenan.

(a) Songket ialah

[ 1 markah ]

13
(b) Mengapakah songket buatan tangan lebih mahal harganya berbanding
songket tenunan mesin?

[ 2 markah ]

(c) Pada pendapat kamu selain dijadikan pakaian, apakah satu kegunaan lain
kain songket ?

[ 2 markah ]

(d) Adakah songket harus dipelihara agar tidak luput dibawa arus kemodenan?
Berikan dua sebab kamu.

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

14

You might also like