You are on page 1of 8

2 011

1. Jalan yang __________ desa itu berlumpur kerana belum berturap.


A melalui C merentasi
B melintasi D merentangi

2. “ __________ berkenan untuk menghadiri majlis santapan yang akan dilangsungkan


di Istana Mahkota Sari,” kata pegawai istana kepada wartawan akhbar.
A Beta C Hamba
B Patik D Baginda

3. Air muka perempuan muda itu menjadi __________ apabila mendapat berita tentang
kegagalan adiknya dalam pertandingan nyanyia itu.
A kedut C kumal
B kusam D kusut

4. Puan Suriati berasa kecewa __________ sikap anaknya yang semakin degil.
A pada C terhadap
B kepada D akan

5. Seekor kerbau __________kerana terpisah daripada kawanannya sejak semalam.


A mengaum C meringkik
B menguak D melenguh

6. Banjir besar yang __________ kampung itu menyebabkan kerugian yang ditanggung
oleh penduduk amat besar.
A ditenggelami C menenggelami
B penenggelaman D menenggelamkan

7. Peserta kursus diminta untuk mendaftarkan di __________ hotel sebelum diberi bilik
penginapan.
A ruang legar C ruang dalam
B ruang tengah D ruang lingkup

8. Permukaan jalan yang __________ selepas hujan menyebabkan pengguna jalan raya
memandu kenderaan mereka dengan __________.
A licin-licau … berhati-hati C simpang-siur … berkira-kira
B lekak-lekuk … berpada-pada D bengkang-bengkok … berjaga-jaga
3 011

9. Harith Izuan meminta ibunya membelikannya se__________ belon di pasar malam


tersebut.
A biji C buah
B butir D kalung

10. “Lihatlah kemampuan diri sendiri kalau hendak melakukan sesuatu kerja, seperti
peribahasa __________, “ kata Bahar kepada rakan karibnya.
A alah bias tegal biasa C ringan tulang, berat perut
B ukur baju di badan sendiri D di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

11. Sikap kikir perlu dielakkan oleh semua orang agar tidak dianggap terlalu berkira dan
hanya mementingkan diri sendiri.
Perkataan sinonim bagi perkataan kikir ialah
A lokek C takbur
B angkuh D sombong

12. Puan Dahlia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan kerana kekurangan modal.
Perkataan antonim bagi perkataan memulakan ialah
A meneruskan C menamatkan
B menyelesaikan D menyambungkan

13. I Ramesh menyinggung kawan-kawannya dengan siku untuk mengajak mereka


pulang.
II Dalam ucapannya, guru besar menyinggung permasalahan disiplin yang
berlaku di sekolah ini.
III Kalau hati adik menyinggung sedikit, sampai seminggu rajuknya tidak hilang.
IV Sindiran Pak Kassim telah menyinggung nama baik keluarga Pak Talib.
A I dan III C II dan IV
B I,II dan III D I,II dan IV

14. Pilih jawapan yang sesuai di bawah.


Apakah matlamat diadakan Bulan Bahasa Melayu di sekolah itu?
A Bulan Bahasa Melayu diadakan di sekolah itu untuk memastikan semua
matlamat tercapai.
B Matlamat Bulan Bahasa Melayu telah digariskan oleh pihak sekolah itu agar
tercapai.
C Objektif Bulan Bahasa Melayu diadakan di sekolah adalah untuk
mempertingkatkan penguasaan murid dalam bahasa itu.
D Pihak sekolah itu memperoleh manfaat yang besar dengan penganjuran Bulan
Bahasa Melayu.
4 011

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15. A Pegawai muda itu tidak mengaku bersalah di atas tuduhan pecah amanah.
B Mereka akan balik kampung sehari sebelum menjelang hari raya.
C Penduduk taman itu menceritakan tentang kejadian ragut yang berlaku tadi.
D Pada hari ini, kakak akan menghadiri sesi temu duga di sebuah agensi
insurans.

16. I Semua kanak-kanak di pusat asuhan itu diajar cara untuk berdikari.
II Banyak masalah yang dihadapi oleh pihak kami untuk menyelesaikan masalah
hal ini.
III Jika sekiranya tugasan itu tidak disiapakan, semua murid akan didenda.
IV Kereta yang sedang saya cuci ini ialah kereta abang yang baru dibelinya.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
5 011

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
(a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya.
Tulis perkataan yang betul dalam ruang yang disediakan.

(i) Pak Osman melepaskan kambing-kambingnya untuk meragut rumput di


padang di waktu pagi.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(ii) Penduduk Taman Sri Amar telah memulakan kerja gotong-royong
membersihkan kawasan taman permainan daripada pagi tadi.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(iii) Peserta pertandingan rentas halangan itu perlu merentas jeram kerana sampai
ke tapak perkelahan di hilir Sungai Lembing.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
[3 markah]
(b) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Sultan Johor telah berkenan untuk (menganugerahkan, menganugerahi) pingat


kebesaran kepada wakil rakyat yang sangat berjasa kepada rakyat.

(ii) Encik Zamarul (menghadiahkan, menghadiahi) isterinya sejambak bunga dan


sekotak coklat sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
[2 markah]
(c) Tukarkan susunan ayat di bawah menjadi ayat songsang.
Puan Salmiah menasihati murid-murid supaya menjaga disiplin di sekolah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
6 011

Soalan 22
(a) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

Ibu membuang sarang ___________ pada


kekabu
tingkap rumah.

Nenek memasukkan ___________ ke


angkut-angkut
dalam sarung bantal dan tilam.

Terdapat beberapa ekor __________ yang


sibur-sibur
berterbangan di kawasan tepi tasik itu.

[3 markah]
(b) Lengkapkan frasa berikut supaya menjadi peribahasa.

(i) Seperti kera ________________________________________________________

(ii) Seperti tikus _______________________________________________________


[2 markah]

Soalan 23
Tandakan (√) pada ayat yang betul dan (x) pada ayat yang salah.

(i) Cis, ada jualan murah di pasar raya itu rupanya!

(ii) Nama murid baru berpindah itu siapakah?

(iii) Pemandangan di Cameron Highland pada waktu pagi sungguh indah.

(iv) Di dalam perbincangan itu, cadangan itu dipersetujui.

[4 markah]
7 011

Soalan 24
Baca carta di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

(a) Tempat pengajian Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah adalah di


_________________
[1 markah]

(b) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara kita dapat menghargai perjuangan tokoh-
tokoh bahasa tersebut ?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]
8 011

Soalan 25
Baca resepi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

(a) Bahan yang tidak menggunakan sukatan ialah ________________________________


[1 markah]

(b) Mengapakah santan perlu dikacau perlahan-lahan?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
9 011

[2 markah]
(c) Jika tiada santan, apakah bahan lain yang sesuai untuk menggantikannya?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Pada pendapat kamu, apakah akibat sekiranya kacang hijau tidak direndam terlebih
dahulu?
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[3 markah]

SOALAN TAMAT

You might also like