You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUTTERWORTH

PENTAKSIRAN PRESTASI 1, 2018


TAHUN 4

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN ( Masa : 1 jam 15 minit )

NAMA:_________________________________________ KELAS: 4 _________

Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A (20 markah)

Tiap-tiap solan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap solan ,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan.

Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ ___________ mesti sentiasa bekerjasama membersihkan kelas ini,’ kata Balqis kepada rakan-rakannya.
A. Kamu C. Kita
B. Kami D. Aku

2. Amri dan Amran ialah rakan sekelas. _____________ tinggal di taman perumahan yang sama.
A. Kami C. Kalian
B. Kamu D. Mereka

3. Kereta Proton Saga merupakan kereta ________________ negara yang pertama.


A. dibuat C. pembuat
B. buatan D. membuat

4. Azman menangis apabila melihat sikunya berdarah semasa terjatuh kerana terpijak dahan pokok rambutan
yang sudah _____________.
A. rapuh C. kuat
B. rangup D. reput

5. Sharon _______________ tidur ketika saya tiba di rumahnya walaupun hari sudah siang.
A. masih C. akan
B. telah D. boleh

6. Kita semua harus berdoa ______________ keadaan banjir di negara ini akan segera berakhir.
A. demi C. apabila
B. agar D. bahawa
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Nenek Som menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun
di belakang rumahnya.
A. minyak masak C. minyak angin
B. minyak sawit D. minyak sayur

8. Syafiqah berusaha untuk mengambil bola yang __________________ di dalam kolam renang itu.
A. terbuang-buang C. tersangkut-sangkup
B. terapung-apung D. tergantung-gantung

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Puan Anisa membeli _____________ pisang di gerai buah-buahan itu.


A. sesikat C. sebiji
B. seulas D. segugus

10. Perkhemahan unit beruniform itu berlangsung dari hari Jumaat __________ Ahad di padang sekolah.
A. hingga C. semenjak
B. kepada D. kakitangan

11. Sikap Ellina berubah menjadi baik______________ dia tinggal bersama-sama neneknya di
kampung.
A. sementara C. semenjak
B. sekiranya D. sebelum
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. _________________ itu melayan pesakit-pesakit yang berada di wad dengan senyuman yang manis.
A. Jurucakap C. Juruacara
B. Jurulatih D. Jururawat

13. ________________ majlis Hari Anugerah Cemerlang itu diberikan kepada setiap tetamu yang hadir.
A. Atur masa C. Carta organisasi
B. Atur cara D. Atur - mengatur

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. Pertandingan memancing itu telah diadakan oleh penduduk Kampung Kuala Bekah semalam.
A. Penduduk Kampung Kuala Bekah telah mengadakan pertandingan memancing semalam.
B. Penduduk Kampung Kuala Bekah pasti akan mengadakan pertandingan memancing semalam.
C. Penduduk Kampung Kuala Bekah akan mengadakan pertandingan memancing semalam.
D .Penduduk Kampung Kuala Bekah telah mengadakan pertandingan memancing
di Kampung Kuala Bekah esok.

15. Murid-murid boleh mengisi masa lapang dengan bermain sahiba.


A.Murid-murid yang bermain sahiba boleh mengisi masa lapang.
B.Masa lapang akan bertambah apabila murid-murid bermain sahiba.
C.Masa lapang murid-murid boleh diisi dengan bermain sahiba.
D.Mengisi masa lapang dengan sahiba oleh murid-murid.

Pilih ayat yang betul.


16. A. Kami sekeluarga akan pergi memancing pada setiap hujung mingguan.
B. Mak Limah menjual goreng pisang di gerai hadapan rumahnya.
C. Cili sos yang dicicah dengan ayam goreng itu sangat pedas.
D. Anak yatim itu diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Catur ialah sejenis permainan yang berbentuk pertempuran antara dua buah kerajaan.
Permainan ini dimainkan dengan menggunakan buah catur. Setiap pemain mempunyai enam
belas buah catur yang berbeza-beza darjatnya dalam sesebuah kerajaan. Ada raja, permaisuri,
menteri, askar dan sebagainya.

Buah-buah catur ini digerakkan oleh pemain catur di atas papan. Setiap corak
pergerakan berbeza mengikut darjat. Papan catur mempunyai 64 petak seperti permainan
dam. Permainan ini diperkenalkan dari benua India ke Nusantara India pada kira-kira 1400
tahun yang lalu. Pada masa itu, permainan ini dikenali sebagai “caturangga” yang bermaksud
empat pasukan.

Pemain catur dalam masyarakat Melayu kuno amat disegani. Permainan ini
mencerminkan darjat atau kedudukan seseorang pemain dalam masyarakat pada masa itu.

17 Apakah yang dimaksudkan dengan permainan catur?


A Permainan berbentuk pertempuran. C. Permainan orang India.
B Permainan yang berdarjat. D. Permainan bangsawan.

18 Bagaimanakah corak pergerakan buah catur dalam permainan catur?


A Pergerakan mengikut darjat. C. Pergerakan menyilang.
B Pergerakan melawan arus. D. Pergerakan bebas.

19 Permainan catur sama dengan permainan dam dari segi...


A sejenis permainan tradisional. C. bilangan buah catur.
B darjat dan kedudukan. D. jumlah petak papan catur.

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Pemain catur dikenali sebagai “caturangga”.
B Permainan catur memerlukan 64 buah catur
C Permainan ini mencerminkan kedudukan dan darjat seseorang pemain.
D Permainan ini diperkenalkan dari benua India pada tahun 1400 masehi.
( 20 soalan x 1 m = 20 m )
Bahagian B

(30 markah)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

di ke daripada untuk

kerana dan pada dari

Hafiz dan Faris dalam perjalanan ke sebatang sungai yang terletak di hujung kampung mereka.
Hafiz dan Faris hendak memancing udang galah di sungai tersebut. Mereka telah mendapat keizinan
_____________ ibu bapa mereka untuk memancing __________ petang itu. Di pertengahan jalan,
mereka melihat seekor anak kucing sedang mencuba melepaskan diri __________ dalam sebuah beg
plastik. Mereka melepaskan anak kucing tersebut. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan ke
sungai. Hafiz dan Faris berasa sangat gembira ____________ pada hari itu mereka mendapat banyak
udang galah.

(4 markah)

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

__________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________

Jawapan: Antara aktiviti yang boleh dilakukan di karnival nanti ialah memanah dan menunggang kuda.

(2 markah)
b. Tulis dialog yang sesuai.

=>________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Tulis simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar.

i)

=> ______________________________________________________

(1 markah)

d. Tulis peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar.

ii)

=> ________________________________________________________
(1 markah)
Soalan 23

Baca petikan dibawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

Saya amat meminati ketokohan seorang insan yang pernah diiktiraf sebagai Seniman Agung. Beliau
tidak lain daripada Datuk (Dr.) Usman Awang atau nama penanya "Tongkat Warrant".
Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Johor. Pendidikannya
hanya setakat darjah enam sekolah Melayu ekoran kemiskinan dan penjajahan Jepun di negara kita.
Begitupun, beliau dikenali kerana perwatakan peribadinya yang berani dan tegas tetapi lemah lembut
dan simpati terhadap golongan miskin.
Beliau banyak menghasilkan karya besar yang amat menyentuh hati nurani manusia. Antaranya
sajak "Ke Makam Bonda". Kebanyakan karyanya telah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris, Perancis,
Rusia, Cina dan sebagainya.
Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menerima pelbagai anugerah. Antaranya, Ijazah Kehormat
Doktor Persuratan (1983) dan Anugerah Sastera Negara (1983).
Malangnya, beliau telah meninggalkan kita pada 29 November 2001. Namun begitu, nama
beliau tetap dikenang sepanjang zaman.

a. Tongkat Warrant dilahirkan di ____________________________________________________________


(1 markah)
b. Apakah anugerah yang pernah diterima oleh beliau ?

__________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

(2 markah)

b. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Tongkat Warrant dilahirkan pada 29 November 2001.

Nama sebenar Tongkat Warrant ialah Datuk Usman bin


Doktor Awang. Betul

Karya-karya beliau amat menyentuh perasaan dan


pemikiran manusia.
Salah

Antara sajak beliau yang terkenal ialah “ Ke Makam


Ayahanda”.
(2 markah)

Soalan 24
NOSTALGIA 16 MEI BUAT GURU-GURUKU

JUMAAT, 16 MEI 2017

7:45 pagi
Semua warga sekolah telah berkumpul di dataran perhimpunan bagi meraikan sambutan Hari Guru
2017. Semuanya kelihatan ceria di samping cenderamata yang dibawa sebagai hadiah buat guru-guru
yang tersayang. Cuaca juga cerah ditemani angin sepoi-sepoi bahasa sekali-sekala pada hari itu.

8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. Diikuti oleh Cikgu Hajah Latifah membaca
perutusan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Selepas itu, giliran Cikgu Haji Kamaruddin pula
membacakan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

8.45 pagi
Sukaneka dimulakan dengan acara tiup belon sehingga pecah. Seterusnya acara terompah gergasi dan
baling straw. Perlawanan bola jaring diadakan antara murid dan guru.

9.45 pagi
Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga
menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam mempersembahkan drama yang
berjudul “Guru Ibarat Lilin”. Drama ini mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh warga sekolah.

11.00 pagi
Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan bersama-sama guru, kaki tangan
sekolah dan anggota jawatankuasa PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua
hidangan yang disediakan membuka selera sekali gus terserlah keenakannya.

12.45 tengah hari


Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka kepada para pemenang telah mengakhiri sambutan Hari
Guru yang gilang-gemilang pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh tetamu jemputan, Yang Dipertua
PIBG, Puan Rafiza bt Baharudin.

a. Perkataan cenderamata sesuai diganti dengan perkataan ____________________________.


(1 markah)
b. Berapa lamakah aktiviti sukaneka berlangsung?
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
(2 markah)
c. Apakah acara terakhir Sambutan Hari Guru tersebut?
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
( 2 markah)
d. Pada pendapat kamu, mengapakah Sambutan Hari Guru perlu diraikan setiap tahun?
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
( 3 markah )
Soalan 25
Baca pantun dibawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

Memetik buah bakul digalas,


Kaki terpijak daun dedalu;
Doa dipanjat budi dibalas,
Sayangi ibu hormat selalu.

Jalan berdua memikul papan,


Untuk diganti papan yang karam;
Bicara dengan tutur nan sopan,
Ibu gembira hati tenteram.

Gembira melihat cahaya mata,


Bergurau senda di hujung sana;
Tidak diminta balasan harta,
Mengharap anak jadi berguna.

Tenteram melihat pohon kekabu,


Tinggi melangit mencapai awan;
Berbuat baik kepada ibu,
Selagi nyawa dikandung badan.

Berpagi-pagi menangkap belida,


Sesuap nasi jadikan sarapan;
Andai ibumu sudah tiada, Tadahkan
tangan sentiasa doakan.

a. Apakah maksud rangkap keempat pantun di atas?

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________
(2 markah)

b. Apakah tajuk yang sesuai bagi pantun yang diberi?

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

(1 markah)

c. Nyatakan ciri-ciri anak yang baik.

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
(1 markah)

d. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menghormati ibu bapa?

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________ __________________ _________________


( MOHD ANUAR BIN AWANG ) ( AYUSNIDA BT TAHRIN ) ( BEDAH BT REJAB )
Guru Bahasa Melayu Tahun 4. Ketua Panitia Bahasa Melayu. Guru Besar,
SK. Convent Butterworth.

You might also like