You are on page 1of 9

SJK (C) PU SZE

BAHASA MELAYU TAHUN 5


(KERTAS 1)
PENILAIAN OGOS
Masa : 1 jam 15 minit

Nama : ………………………………. ( ) Markah : .…………….


Tahun : 5 ( ) Tarikh : ….. / 8 / 2016

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Tindakan Hang Jebat yang menderhaka telah menyebabkan ___________ murka,” kata
Hang Kasturi kepada Tuanku Permaisuri.

A. baginda B. patik

C. beta D. saya

2. Ibu _____________ minuman untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.


A. menatang B. memimpin

C. menjulang D. membimbit

3. Kemalangan sering berlaku akibat kereta yang __________ dengan laju.

A. dibawa B. dipandu

C. dituntun D. ditunggang

4. Walaupun sudah berjaya, Doktor Ernus tetap ___________________ guru-guru yang pernah
mendidiknya.
A. merindui B. memarahi
C. membenci D. menghormati

5. Surat yang dihantar _________ Yu Han itu__________ kawan baiknya, Zhi Zhong.
A. ke… dari B. oleh… pada
C. oleh… kepada D. kepada… daripada

6. Antara cara menjaga kesihatan adalah makan makanan yang seimbang, bersukan, tidur awal
__________ melakukan pemeriksaan doktor __________ tidak merokok.

A. dan… atau B. dan… yang

C. dan… serta D. dan… untuk

1
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Encik Adam _______________ air kopi panas manakala Puan Shalin pula ___________ ikan
untuk makan tengah hari.

A. minum… menanak B. memasak… minum

C. menuang… menggoreng D. menatang… menggoreng

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Mak Cik Amanda menyuruh Vivian membeli _______________ pisang untuk digoreng.
A. sebiji B. sesisir
C. setandan D. sebatang

9. “Jika anda mahu menjadi ______________ dan ______________ yang cemerlang di


Universiti Malaya, anda perlu belajar bersungguh-sungguh,” kata seorang pensyarah kepada
pelajar-pelajarnya.

A. mahasiswa… mahasiswi B. usahawan… usahawati

C. mahaguru… mahaguru D. jururawat… juruwang

10. Kek Zhe Tian hanya __________________ kerana menuduh Xhuen Xhuen tanpa usul
periksa.

A. curi tulang B. berat tulang

C. ringan tulang D. serkap jarang

2
11. Keadaan menjadi __________________ apabila murid-murid terdengar bunyi letupan dari
makmal sains.
A. caca-merba B. sorak-sorai
C. kacau-bilau D. compang-camping

12. Lipas merupakan haiwan yang mengesan bau menggunakan _________________.


A. belalai B. bebulu
C. sesungut D. pepatung
13. Bapa dan abang sedang menghirup kopi yang panas sambil berbual-bual.
Apakah perkataan antonim bagi panas.

A. ais B. dingin
C. air batu D. air sejuk

14. “Kami sekeluarga tinggal di Taman Damansara,” kata Toh Fang Yun kepada kawan
baharunya, Phua Jun Hong.
A. Phua Jun Hong memberitahu Toh Fang Yun tinggal di Taman Damansara.
B. Toh Fang Yun memberitahu kawan baharunya, Phua Jun Hong bahawa dia tinggal di
Taman Damansara.
C. Toh Fang Yun dan Phua Jun Hong memberitahu kepada kita bahawa mereka tinggal di
Taman Damansara.
D. Toh Fang Yun memberitahu rakan-rakan baharunya bahawa dia dan keluarganya tinggal
di Taman Damansara.

15. Pilih ayat majmuk yang betul.


I Celeste dan Amber berjoging di padang.
II Daniel tidak hadir ke sekolah kerana demam.
III Jia Xuan yang telah dimarahi Cikgu Shi Ni bukan Le Jo Lin.
IV Seyu Wen Kai melawat kawan baiknya di Hospital Sultanah Aminah.
A. I dan II B. II dan III
C. I, II dan III D. I, II, III dan IV

16. Pilih ayat aktif yang betul.

A. Ali menendang bola di padang.

B. Bola yang disepak oleh Ali itu bulat.

C. Bola yang disepak oleh Ali lalu menerjah gawang.

D. Bola disepak oleh Ali itu telah menghasilkan jaringan.

3
Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Gotong-royong bermaksud bekerja dalam satu kumpulan. Kita boleh bergotong-royong


membersihkan persekitaran sekolah, kawasan tempat tinggal, membina jambatan dan kenduri-
kendara. Aktiviti gotong-royong banyak kebaikannya.

Antara kebaikan gotong-royong ialah kita dapat memudahkan sesuatu kerja. Apabila
bergotong-royong, kerja yang berat akan menjadi ringan kerana ramai yang terlibat.

Selain itu, kita juga dapat menjimatkan masa . Kerja yang dilakukan beramai-ramai akan
dapat disiapkan dengan cepat. Hal ini kerana semua pihak bersama-sama menjalankan tugas
masing-masing.

Di samping itu ,kita juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerana aktiviti gotong-
royong dilakukan secara sukarela. Oleh itu, kita tidak perlu membayar upah pekerja .

Seterusnya, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Kita dapat beramah mesra
dengan jiran tetangga yang tinggal setaman atau sekampung. Keadaan ini dapat mewujudkan
hubungan yang baik dan mesra antara satu dengan yang lain.

Oleh itu, aktiviti bergong-royong patut dijadikan amalan demi kebaikan bersama. Aktiviti
ini sangat berfaedah kepada masyarakat.

17. Makna gotong-royong ialah

A. bekerjasama. B. prihatin.

C. tolak ansur. D. sabar.

18. Berikut merupakan kebaikan gotong-royong kecuali?

A. meringankan beban kerja. B. mendatangkan duit.

C. menjimatkan kos. D. menjimatkan masa.

19. Apakah antonim bagi perkataan mewujudkan ?

A. Menghidupkan B. Menyalakan

C. Mematikan D. Mengadakan

20. Pilih peribahasa yang sesuai bagi kumpulan yang melakukan aktiviti secara bergotong-
royong.

A. Seperti aur dengan tebing

B. Bagai pinang dibelah dua.

C. Seperti murai tercabut ekor.

D. Bagai menatang minyak yang penuh.

4
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
(a) Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai.

NOTIS

PESTA BUKU ANTARABANGSA

Tempat : Dewan Bahasa Dan Pustaka


Tarikh : 11 – 16 Ogos 2016
Masa : 10:00 pagi – 10:00 malam

*Datanglah beramai-ramai. Dapatkan buku-


buku yang menarik dengan harga yang
berpatutan.

Rachel : Hai, Darshvini. Bilakah pesta buku antarabangsa itu diadakan?

Darshvini : Pesta buku itu diadakan pada ____________________________.

Loo Yi Quan : Pesta buku itu diadakan selama berapa hari?

Darshvini : Pesta buku itu diadakan selama __________________________.

Rachel dan Darshvini : Terima kasih, Loo Yi Quan.

Loo Yi Quan : Sama-sama. (2 markah)

(b) Nyatakan penjodoh bilangan bagi ayat di bawah.

Ayat Penjodoh bilangan

1. Bapa membelikan ibu _____________________ cincin emas


yang cantik.

2. Puan Tammy memasukkan ____________________ garam


dalam sup ayam yang dimasaknya.
(2 markah)

Soalan 22

(a) Tulis ayat tanya yang betul berdasarkan pernyataan di bawah.

__________________________________________________________________

Harga pen ini ialah RM2 manakala harga buku ini pula ialah RM4.

(2 markah)

5
(b) Jawab soalan berdasarkan gambar di bawah.

a. Apakah simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(2 markah)

b. Apakah peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 23

Lengkapkan dialog berdasarkan gambar di bawah. Aleya, nanti kamu dan


Mei Jing tolong saya
angkat buku dan
hantarkannya ke
pejabat.

Jawapan :

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(2 markah)

6
Soalan 24

Jawab soalan berdasarkan petikan yang diberikan.

Datuk Lee Chong Wei ialah pemain badminton


utama negara. Beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di
Pulau Pinang. Beliau telah beberapa kali menjadi pemain
nombor satu dunia.
Antara jurulatih yang pernah mendidik Datuk Lee
Chong Wei ialah Misbun Sidek. Misbun Sidek juga pernah
menjadi pemain badminton utama Malaysia suatu ketika
dahulu.
Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah
menganggap beliau sebagai hero Malaysia atas
kejayaannya mengharumkan nama negara. Rakyat
Malaysia juga menganggap beliau sebagai lagenda
badminton negara sepanjang zaman.
Isteri beliau juga merupakan bekas pemain
badminton wanita Malaysia. Isteri beliau bernama Datin
Wong Mew Choo. Mereka berkahwin pada 9 November
2012. Kini, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya
mata.

a. Datuk Lee Chong Wei telah dilahirkan di _______________________________.

(1 markah)

b. Jurulatih Datuk Lee Chong Wei juga merupakan bekas pemain badminton utama negara

suatu ketika dahulu. Siapakah nama jurulatih beliau?

(2 markah)

c. Perkataan mengharumkan dalam petikan juga bermaksud __________ _________.

(2 markah)

7
d. Mengapakah Datuk Lee Chong Wei dianggap hero Malaysia oleh Dato’ Seri Najib bin Tun

Abdul Razak?

(2 markah)

e. Pada pendapat anda, mengapakah Datuk Lee Chong Wei dianggap sebagai lagenda

badminton negara?

(3 markah)

Soalan 25

Jawab soalan berdasarkan sajak di bawah.

Guruku …
Kau pahlawan tanpa jemu
Kau jadikan kami tahu
Kau jadikan kami mengerti
Kau jadikan kami pandai

Guruku …
Kau tak kenal lelah
Kau tak kenal putus asa
Kau didik kami dengan kesabaran
Kau didik kami dengan kesungguhan

Guruku …
Ingin kubalas jasamu
Dengan kesungguhanku belajar
Dengan kejayaanku nanti

Guruku…
Selalu kupanjatkan doa untukmu
Guruku…
Hanya tuhan membalas ikhlasmu

a. Perkataan pandai dalam petikan boleh digantikan dengan

(1 markah)

8
b. Apakah jasa guru yang telah disebutkan dalam sajak di atas?

(2 markah)

c. Berdasarkan petikan di bawah,

Guruku …
Ingin kubalas jasamu
Dengan kesungguhanku belajar
Dengan kejayaanku nanti

Bagaimanakah cara-cara membalas jasa guru?

(2 markah)

d. Tandakan √ pada pernyataan yang betul, dan X pada pernyataan yang salah.

Ayat

1. Guru mendidik kita dengan ilmu yang berguna.

2. Jika kita menghormati guru, kita mestilah memberikan hadiah yang


mahal.

3. Kita boleh membalas jasa guru dengan kejayaan kita.

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

_____SELAMAT MAJU JAYA_____

Disediakan oleh : Encik Mohammad Ainol Yaqin

Disemak oleh : Puan Zaidah Muhamed

You might also like