You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Nama Pelajar : MUHAMAD HILMI BIN MOHD LAZIM


SITI NAZIHAH BINTI MAT NAYAM
NURUL AIDA BINTI ZAMRI
Angka Giliran : 2019172340114
2019172340119
2019172340120
No Kad Pengenalan : 991212-11-5767
991011-03-5884
990108-02-6962
Kumpulan/Unit : G 4.3

Kod Kursus : PKDK 3093

Nama Kursus : PENGAJARAN BAHASA UNTUK MURID MASALAH


PENDENGARAN

Nama Pensyarah : ENCIK SAIFUL AZAM KHOO BIN ABDULLAH

Tarikh Hantar : 31 MAC 2021

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
1.0 Pengenalan

Pelbagai bentuk ujian bilik darjah yang biasa digunakan oleh guru sejak dahulu lagi
untuk mengukur dan menilai hasil pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah ujian
berbentuk ‘pensil-kertas’ merupakan ujian kebiasaan yang digunakan untuk menilai
pencapaian pelajar dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2003). Jenis-jenis item ujian yang
dipilih oleh guru hendaklah menepati tujuan ujian, isi kemahiran dan tahap kognitif yang
hendak diuji (Mohd Najib, 1997). Dua jenis item ujian yang digunakan secara lazim dalam
ujian bilik darjah ialah item objektif dan item subjektif. Soalan objektif adalah amat sinonim
dengan soalan berbentuk aneka pilihan di kalangan guru-guru (Mohamad Fauzi, 1996).

Instrumen yang dirangka adalah berdasarkan tahap kognitif yang dicadangkan dalam
Taksonomi Bloom (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Tahap Kognitif Bloom yang
digunakan ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Namun
begitu.
Set 1
Kata Ganda Mengingat

1. Rambut pengemis itu ___________ dan badannya berbau busuk. (Aras Rendah)
(Mengingat)

A. kelam-kabut

B. kusut-masai

C. compang-camping

D. hiruk-pikuk

Kata Ganti Nama Memahami

2. “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada
kawannya apabila ternampak kebakaran. (Aras Rendah) (Memahami)

A. saya

B. mereka

C. kamu

D. dia
Peribahasa Mengenalpasti

3. Pilih jawapan yang betul bagi maksud peribahasa tersebut.

“Bagai telur di hujung tanduk” (Aras Sederhana)

I. Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______
setelah terlibat dalam kemalangan.

II. Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka
seperti ______________

III. Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.

IV. Doktor memberitahu bahawa nasib abang diibaratkan ____.

A. I dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja

C. II dan III sahaja

D. III dan IV sahaja

Peribahasa Menganalisis
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

4. Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal bersama


keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri. (Aras
Sederhana)

A. umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

B. umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga

C. umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung

D. umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang


Ayat Tanya Menilai
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi

5. Cikgu Hafizul bertanya kepada Lee Tian sebab dia tidak hadir ke latihan koir semalam.
(Aras Tinggi)
A. "Kamukah yang tidak hadir ke latihan koir semalam, Lee Tian?" tanya Cikgu
Hafizul.
B. "Mengapakah kamu tidak hadir ke latihan koir semalam, Lee Tian?" tanya Cikgu
Hafizul.
C. "Kemanakah kamu pergi semalam, Lee Tian?" tanya Cikgu Hafizul.
D. "Siapakah yang tidak hadir ke latihan koir semalam, Lee Tian?" tanya Cikgu
Hafizul.

Kata Kerja Mencipta

6. Ciptakan 3 kata kerja yang paling sesuai berdasarkan gambar di atas. Berdasarkan
jawapan yang diberi, pilih jawapan yang betul. (Aras Tinggi)

A. berbaris, melayan, melihat

B. beratur, dilayan, mengawasi

C. berdiri, dilayani, memeriksa

D. berbual-bual, melayani, memerhati


Set 2 :

1. Pokok kelapa di belakang rumah kami ________ tinggi untuk dipanjat oleh ayah.
(Aras Memahami)

A. agak

B. makin

C. kurang

D. terlalu

Soalan 2 berdasarkan dialog dibawah.

“Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Johor dan Kedah akan
dipertandingkan pada bulan hadapan di ____________.” Ujar Ravi kepada Amir.

2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

(Aras Memahami)

A. Stadium Shah Alam

B. Padang Sekolah

C. Stadium Nasional Bukit Jalil

D. Stadium Sultan

3. Kematian orang kenamaan itu ditangisi rakyat jelata kerana _________ amat disayangi.
(Aras Mengaplikasi)

A. beliau

B. dia

C. baginda

D. mereka
4. Soalan 4 berdasarkan gambar dibawah.

4. Ayah sedang membaca _________


surat khabar yang baru dibeli pagi tadi sambil duduk di atas kerusi. (Aras Menganalisis)

A. sehelai

B. sekeping

C. sebuah

D. senaskah

5. Aiman meletakkan se_________ kayu api dan beberapa _________ daun kering untuk
menghidupkan unggun api. (Aras Menilai)

A. batang…..pokok

B. puntung…..helai

C. rumpun…..longgok

D. keping…..gugus

Soalan 6 berdasarkan petikan ayat di bawah.

Siti dan Ain telah lama berkawan baik sejak mereka masih

dibangku sekolah lagi sehingga kini.

6. Berdasarkan petikan ayat di atas, apakah peribahasa yang sesuai untuk situasi tersebut?
(Aras Mencipta)

A. Bagai aur dengan tebing

B. Bagai isi dengan kuku

C. Air dicincang takkan putus

D. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni


Set 3 :

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

1. Ibu dan adik pergi ke _________ untuk membeli sayur-sayuran. (Mengingat)

A. Kedai

B. Pasar

C. Dewan

D. Kantin

2. Adik _________ lilin yang terletak di atas kek coklat hari jadinya. (Memahami)

A. Mematikan
B. Menghembuskan
C. Memasangkan
D. Menyalakan

Soalan 3 berdasarkan ayat di bawah.

Lampu isyarat mempunyai tiga warna iaitu hijau, kuning dan merah.

3. Perkataan bergaris merujuk kepada? (Mengaplikasi)

A. Perasaan

B. Warna

C. Deria

D. Bentuk
4. Ahmad dan anak-anaknya _________ kerana sebaik sahaja mereka sampai, makanan
baru dihidangkan. (Menganalisis)

A. Besar hati

B. Langkah kanan

C. Putih mata

D. Ringan tulang

5. Manakah pilihan ayat yang betul? (Menilai)

I. Jari telunjuk Ammar luka terkena serpihan kaca.

II. Kesihatan ibu tidak berapa segar sejak kelmarin.

III. Pendengaran datuk semakin kabur sejak akhir-akhir ini.

IV. Ubi keledek yang direbus oleh kakak sudah empuk.

A. I dan II

B. I dan IV

C. III dan IV

D. II dan III

6. Faiz menyesal kerana sikapnya yang malas belajar dan suka bermain game
menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan. Dia menyesal dengan perkara tersebut, namun
tidak dapat berbuat apa-apa dengan keputusan peperiksaan yang telah diperoleh itu.
Rumuskan situasi di atas dengan menggunakan peribahasa yang tepat. (Mencipta)

A. Seperti lembu dicucuk hidung

B. Bagai kacang lupakan kulit

C. Nasi sudah menjadi bubur

D. Seperti tikus membaiki labu


RUJUKAN

Mohd Fauzi Yunus (1996).Pembinaan Soalan dan Analisis Item. [atastalian]


http://members.tripod.com/ˆujid/education/penilaian.pdf926Feb 2003).
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah, Skudai :
Penerbit UTM
Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 1 & 2) Sekolah Rendah
Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Penilaian Kendalian Sekolah . Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like