You are on page 1of 11

SJK ( C ) PEI HWA JB

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4


PENILAIAN 4
Nama: __________________ ( ) Markah : ____________ %
Kelas : 4 ( ) Tarikh : ______ /10/2017
Masa : 1 jam 15 minit T/tangan Ibu Bapa: _____

Arahan : Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian, iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua
bahagian. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A mengandungi empat pilihan jawapan,
iaitu A, B, C dan D. Kamu dikehendaki memilih satu jawapan sahaja. Kemudian,
tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
Bagi soalan Bahagian B, jawab dalam kertas soalan.

Bahagian A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 13
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. __________________ kelebihan tenaga suria ?
A Apakah B Mengapakah
C Siapakah D Bagaimanakah

2. " _________________ letaknya Pulau Tioman ?” tanya Janang kepada ibunya.


A Bilakah B Apakah
C Di manakah D Berapakah

3. Siew Min telah menjadi juara ________________ pertandingan ciptaan robot.


A kepada B dalam
C pada D daripada

4. Encik Kumar berasal ________________ Pulau Pinang.


A dari B pada
C kepada D daripada

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 1


Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Encik Aznan menggunakan _______________ untuk mengisi minyak ke dalam tangki


botnya.
A kotak susu B sangkar telur
C bola sepak D corong minyak

6. Kai Chun memakai _________________ ketika menunggang motosikal.


A ibu jari B topi keledar
C alat tulis D batang paip

7. Cikgu Mohan ____________________ hasil projek sains murid di makmal sains.


A menyediakan B menggunakan
C menjarakkan D mempamerkan

8. Cik Shanti mengambil tempat duduk. ____________________ , dia pun memakai tali
pinggang keledar.
A Selain itu B Mula-mula
C Selepas itu D Kesimpulannya

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. _________________ buang sampah di merata-rata tempat .


A Sila B Harap
C Jangan D Tolong

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 2


Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Mak Cik Siti ________________ sebakul sayur-sayuran yang baru dibelinya.
A menjinjing B menjunjung
C menatang D mengelek

11. Puan Nora membuang lauk yang sudah _____________ itu.


A basi B lemau
C busuk D tengik

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Ho Keat _______________ rancangan televisyen sambil makan keropok.


A melihat B menonton
C meneliti D mengintai

13. Pilih pasangan perkataan yang mempunyai ‘e’ taling dan ‘e’ pepet.
A erat … tentera B mesra … bernas
C celik … operasi D reka … esok

Soalan 14
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
14. Berapa harikah mereka akan menginap di Hotel Swiss ?
A Hotel Swiss terletak di Tanah Tinggi Cameron.
B Mereka menyewa dua buah bilik di Hotel Swiss.
C Mereka akan menginap di Hotel Swiss selama tiga hari .
D Penginapan di Hotel Swiss menjadi pilihan pertama mereka.

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 3


Soalan 15
Pilih ayat seruan yang betul.
15. A Cis, peningnya kepalaku !
B Aduhai, cantiknya kamu pada hari ini !
C Amboi, rupa-rupanya kamu berada di sini !
D Wah, hebatnya pasukan negara kita dalam Sukan SEA !

Soalan 16
Pilih ayat majmuk yang betul.
16. A Manjit ingin menyertai pasukan TUDM.
B Nisah kagum akan kehebatan pesawat itu.
C Pasukan Polis Marin menjaga keselamatan negara.
D Kai Chun yang ditemani oleh abangnya melihat jet pejuang.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Beliau turut dikenal sebagai Bapa Kemerdekaan.
Beliau diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Tunku telah
berjuang bersama-sama dengan beberapa orang rakan serta pemimpin kaum lain
untuk menuntut kemerdekaan.
Perjuang mereka membawa hasil dan akhirnya suatu perjanjian telah
ditandatangani. Pada 20 Februari 1956, Tunku telah mengumumkan tarikh
kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka. Pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12.00 tengah
malam, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan di Kuala Lumpur. Hal tersebut
telah membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dari tahun
1957 hingga 1970. Beliau merupakan wira kebanggaan rakyat Malaysia.

17. Siapakah tokoh yang dikenali sebagai “ Bapa Kemerdekaan ” ?


A Tun Dr. Mahatir
B Tun Abdul Razak
C Tun Hussein Onn
D Tunku Abdul Rahman

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 4


18. Di manakah Tunku mengumumkan tarikh kemerdekaan ?
A Kuala Lumpur
B Bandar Hilir
C Alor Setar
D Selangor

19. Apakah maksud yang sesuai dengan perkataan kebanggaan dalam petikan ?
A kemegahan
B keunggulan
C kemakmuran
D kegembiraan

20. Pilih kenyataan yang salah tentang petikan.


A Tunku Abdul Rahman ialah wira negara.
B Tunku Abdul Rahman dilahirkan pada 8 Februari 1903.

C Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan bersendirian.


D Tunku Abdul Rahman memegang jawatan Perdana Menteri selama 13
tahun.

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 5


BAHAGIAN B
(30 MARKAH)

Soalan 21
Tuliskan “S” pada ayat seruan dan “P” pada ayat perintah .
i. Usah dikenang lagi peristiwa pahit itu.
ii. Aduh , sakitnya perutku !
iii. Nah , ambillah duit ini !
iv. Jemputlah makan.

( 4 markah )
Soalan 22

a. Bina ayat dengan peluasan subjek berdasarkan ayat tanpa peluasan subjek yang
diberi.

Ayat tanpa peluasan subjek:


(i) Helina melihat pertunjukan payung terjun.
(ii) Nisah melihat pertunjukan payung terjun.
Ayat dengan peluasan subjek:

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

( 2 markah )

b. Tulis respon yang betul bagi ayat di bawah.

Kapten Manjit : Tolong periksa keadaan di bilik enjin sekarang.

Ben Li : ______________________________________________________________

______________________________________________________________

( 2 markah )

c. Padankan peribahasa dengan maksud yang sesuai.

i. Putih hati * * Jujur dan ikhlas

ii. Berat sama dipikul, ringan sama * * Saling membantu agar kerja
dijinjing yang berat menjadi ringan
( 2 markah )

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 6


Soalan 23
Baca ucapan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang Berusaha Guru Besar SJK( C ) Taman Murni, Puan Wong Lai Sim, guru-guru dan
murid sekalian. Selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Pada pagi ini, saya selaku wakil murid tahun empat akan berkongsi maklumat
tentang kebaikan penggunaan lampu solar. Lampu ini biasanya dipasang di
halaman rumah. Penggunaan lampu solar dapat menjimatkan tenaga elektrik.
Lampu ini juga tidak menggunakan bahan api seperti gas atau petrol.
Selain itu, lampu solar mudah dipasang. Pengguna juga tidak perlu
mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk membaiki lampu yang rosak. Alam
sekitar kita juga akan terpelihara kerana lampu ini menggunakan sumber semula
jadi, iaitu cahaya matahari.
Sekian , terima kasih.

a. Penulis ingin berkongsi maklumat tentang __________________________________

_____________________________________________________________________________ .

( 1 markah )

b. Nyatakan dua kebaikan penggunaan lampu solar ?

i. ___________________________________________________________________________

ii . ___________________________________________________________________________

( 2 markah )

c. Mengapakah penggunaan lampu solar dikatakan dapat memelihara alam


sekitar ?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

( 2 markah )

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 7


Soalan 24

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan
pada 17 Disember 1939. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Inggeris Perempuan Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab
Perempuan Melayu, Kuala Lumpur.
Seterusnya , beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
peringkat Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya. Kemudian, beliau mendapat
Doktor Falsafah di Universiti Ohio, Amerika Syarikat.
Beliau seorang tokoh yang berjaya dalam bidang bahasa dan lebih dikenali
sebagai pakar rujuk bahasa Melayu. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah
Akademik Pengajian Melayu di Universiti Malaya.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelbagai anugerah telah diterimanya. Antaranya ,
Anugerah Tokoh Akademik Negara dan Pingat Kesateria Mangku Negara.

a. Perkataan melanjutkan dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan

________________________________. ( 1 markah )

b. Apakah peringkat pengajian beliau di Universiti Malaya?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

( 2 markah )

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 8


C. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim telah


dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan .

Beliau mendapat pendidikan awal di


Maktab Perempuan Melayu, Kuala Lumpur.

Beliau bukan pakar rujuk bahasa Melayu. Betul

Anugerah telah diterimanya ialah Anugerah


Salah
Tokoh Akademik Negara dan Pingat
Kesateria Mangku Negara.

( 3 markah )

Soalan 25

Baca sajak di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku sebuah komputer


tugasku menyimpan data
data kusimpan kemas-kemas
agar mudah dicari
dan mudah dirujuk.

Aku sebuah telefon bimbit


tanpa aku manusia kesunyian
tanpa aku manusia kerinduan
aku sangat penting dalam kehidupan mereka
aku dibawa ke mana-mana.

Aku sebuah televisyen


aku menyimpankan maklumat
aku memberikan hiburan
aku melayarkan kisah kehidupan
untuk panduan manusia sejagat.

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 9


a. Nyatakan tiga jenis alat ciptaan sains berdasarkan sajak tersebut ?
___________________________________________________________________________________
( 2 markah )

b. Apakah tugas komputer ?


___________________________________________________________________________________

( 2 markah )

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang


salah berdasarkan sajak tersebut.

Telefon bimbit tidak penting kepada manusia.

Telefon bimbit mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

( 2 markah )

aku melayarkan kisah kehidupan

untuk panduan manusia sejagat.

d. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
( 3 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Puan Jenny Lee


Disemak oleh : Encik Muhammad Akmal B. Sekak

JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 10


JENNY LEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 11

You might also like