You are on page 1of 8

2

Bahagian A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 9
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Tahukah kamu bahawa ______________ perlu menjaga kesihatan emosi supaya


kita sentiasa berada dalam keadaan yang tenang ?
A kamu
B kita
C saya
D mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Salmah ____________ tangannya manakala Salmi pula ____________ badannya


ketika melakukan aktiviti memanaskan badan.
A mengangkatkan … menundukkan
B mendepangkan … menundukkan
C mengayunkan … membongkokkan
D memusingkan … membongkokkan
3

3 Beberapa ____________ gerai yang menjual peralatan pertukangan besi seperti


keris, parang dan pedang turut terdapat di Pesta Tamu itu.
A deretan
B pintu
C biji
D bentuk

4 Guru-guru dan _____________ Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara akan


menjayakan hari keluarga di Bukit Bendera, Pulau Pinang.
A pesuruhjaya
B setiausaha
C kakitangan
D warganegara

5 “Rakan-rakan, kita diarahkan bergerak ke bilik yang lebih ____________ kerana


jumlah kita terlalu ramai,” kata Ketua Darjah Tahun Enam Fathonah.
A tinggi
B lebar
C luas
D panjang

6 Semua arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan harus
___________ oleh semua penduduk di daerah itu.
A dipatuhi
B ditambah
C ditemukan
D dipatahkan
4

7 Tarian Kuda Kepang merupakan seni persembahan tradisional yang ___________


mendapat tempat dalam hati generasi muda.
A mesti
B mahu
C hendak
D masih

8 Penyerang pasukan Harimau Muda begitu ______________ melepasi pertahanan


lawan untuk menjaringkan gol.
A gopoh
B tangkas
C handal
D perlahan

9 Budak lelaki itu lari ___________________ setelah dikejar oleh anjing semasa
melalui jalan itu.
A lintang-pukang
B mundar-mandir
C lalu-lalang
D bolak-balik

10 Amir bosan tinggal bersendirian di rumah semasa ketiadaan ibu bapanya.

Pilih perkataan antonim bagi bosan.


A jemu
B suka
C leka
D asyik
5

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Rumah beratap nipah itu terletak di ________ sebatang sungai di hujung kampung.
A bawah
B sudut
C tepi
D belakang

12 ______________ orang murid SK Taman Tok Gajah telah berjaya memperoleh 6A


dalam Peperiksaan Percubaan UPSR yang lepas.
A Para
B Semua
C Sebilangan
D Sebelas
6

13 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Ikan yang diperolehnya terlalu banyak hingga tidak makan lagi.
II Projek perumahan di kawasan itu banyak makan belanja.
III Akauntan di sebuah bank itu ditangkap kerana makan duit.
IV Harga makan di warung itu amat berpatutan.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“ Tentera Darat Malaysia mempunyai imej yang tinggi di mata dunia,” kata Razali.

A Tentera Darat Malaysia Razali mempunyai imej yang tinggi di mata


dunia.
B Razali kata bahawa imej Tentera Darat Malaysia sangat tinggi di mata
dunia.
C Razali memaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia mempunyai imej
yang tinggi di mata dunia.
D Tentera Darat Malaysia di mata dunia mempunyai imej yang tinggi,
kata Razali.
7

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul

15 A Anak-anak Pak Zainal cerdik-cerdik belaka.


B Kelas akan lebih ceria apabila jadual bertugas dipatuhi.
C Oleh kerana boros, wang belanja Azmeer tinggal dua ringgit sahaja.
D Puan Murni menghadiahkan sebentuk cincin kepada anaknya.

16 I Meja makan itu adalah untuk tetamu yang diundang khas.


II Faridah membeli goreng pisang di warung Mak Cik Nurkiah.
III Hang Tuah adalah pahlawan Melayu yang terkenal pada zaman dahulu.
IV Para peserta perlu mendaftarkan diri kepada urus setia yang dilantik.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
8

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pengalaman Menaiki Bot

20 Mac 2015

Pengalaman pertama menaiki bot tidak mungkin dapat kulupakan. Aku gementar dan
diselubungi perasaan resah gelisah. Namun aku gagahi juga kerana ingin merasai sendiri
pengalaman menaiki bot.

Aku memakai jaket keselamatan. Apabila bot mula bergerak, semua perasaan itu
hilang. Aku begitu seronok.

Aku terlupa akan arahan petugas supaya tidak meletakkan telapak tangan di dalam
air sewaktu bot bergerak. Tiba-tiba, aku merasakan ada sesuatu yang telah menyengat jari
telunjukku. Aku menjerit kesakitan. Tubuhku mula menggeletar. Jari telunjukku disengat
obor-obor. Sakitnya bukan kepalang.

17 ‘Aku’gementar dan resah gelisah sewaktu menaiki bot kerana


A bot hampir karam.
B pengalaman pertama menaiki bot.
C pengalaman terakhir menaiki bot.
D bot hampir sampai ke destinasi.

18 Pilih sinonim bagi perkataan menggeletar


A menggigil
B meraung
C menangis
D menggelupur
9

19 Mengapakah kita perlu memakai jaket keselamatan ?


A Kita perlu memakai jaket keselamatan untuk bergaya.
B Kita perlu memakai jaket keselamatan untuk mencapai kejayaan.
C Kita perlu memakai jaket keselamatan untuk menjaga keselamatan diri.
D Kita perlu memakai jaket keselamatan untuk keseronokan.

20 Rangkai kata sakitnya bukan kepalang bermaksud


A sakit sikit-sikit
B sakit yang amat sangat
C sakit sekali sekala
D sakit yang berterusan

BAHAGIAN A TAMAT

You might also like