You are on page 1of 16

1

Arahan am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan , iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
Soalan 1- 20
Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Perlawanan bola keranjang itu diadakan di ___________SJKC Selayang Baru.


A

gelanggang

padang

kantin

makmal

2 Tindakan Hang Jebat yang menderhaka kepada baginda menyebabkan baginda


menjadi________________________ , kata Bendahara.
A

gering

beradu

murka

berangkat

2
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Nelayan itu _______________________ jala ke laut untuk menangkap ikan.


A

melempar

membaling

menebar

merejam

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Puan Dewi _____________ anak kesayangannya sebaik sahaja pulang dari pejabat.
A

mencium

memeluk

memegang

menyentuh

5 Adik terjaga daripada tidur apabila terdengar suara ayah yang __________ itu.
A

lantang

bising

merdu

enak

3
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6 Murid-murid dikehendaki __________________semasa berjalan ke dalam dewan.


A

sunyi

senyap

suram

sepi

7 Sup yang dimasak oleh ibu itu _________tawar rasanya.


A

paling

agak

benar

sekali

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah

8 Orang-orang itu diletakkan di __________________ sawah untuk menakutkan burung.


A

tengah

penjuru

dalam

atas

4
9 ____________ nasihat ibu akan sentiasa saya ingati, kata Kamala kepada ibunya.
A

Separuh

Setiap

Segala

Setengah

10 Saya ________________________ dalam gelap kerana bekalan elektrik terputus.


A

terlihat-lihat

teraba-raba

tercuit-cuit

terkapai-kapai

Soalan I1 berdasarkan gambar di bawah.

11 Abang mengambil _________ beras untuk diberi kepada ayam-ayam peliharaannya .


A

secubit

selonggok

segenggam

sebiji

5
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Mereka mandi-manda di kawasan ______________________itu dengan gembira.


A

jeram

air terjun

tasik

kolam

13 Walaupun bertubuh kecil, Ah Meng lebih berani _____________ abangnya.


A

dari

kepada

daripada

untuk

14

Fee Ling yang sedang berkhayal itu __________________apabila disoal oleh gurunya

tersedu- sedu

terpinga-pinga

terbahak-bahak

terlompat-lompat

15 Rantai emas ini saya beli________ ibu saya, kata Vijay kepada rakannya.
A

kepada

untuk

oleh

demi

6
16 Nelayan itu ___________ hasil tangkapan kepada peraih di jeti .
A

membeli

memborong

menjual

meminta

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17 Oleh sebab terlalu marah, abang ______________ buku yang dipegangnya ke lantai.
A

melepaskan

mengangkat

menghempaskan

meletak

18 Encik Cheong mengusahakan penternakan ikan air tawar.___________________, dia


menanam sayur-sayuran untuk menambahkan pendapatan.
A

Seterusnya

Selain itu

Oleh itu

Dengan itu

7
Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19 Pilih perkataan berlawan yang sesuai dengan perbuatan dalam gambar.


A

mengibar

melipat

menurun

meletak

20 Encik Nathan bercadang membawa keluarganya bercuti ke luar negara pada hujung tahun
nanti.
Pilih perkataan seerti bagi bercadang.
A

berjalan

bersedia

berhasrat

bersetuju.

Soalan 21 dan 22
21 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I

Wei Wei seorang murid yang berfikiran sarat.

II

Puisi ciptaan penyair itu sarat dengan nasihat dan pengajaran.

III Ah Meng memberikan tempat duduknya kepada wanita yang sarat mengandung itu.
IV Permohonannya ditolak kerana tidak memenuhi sarat yang ditetapkan.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

8
22 I Nasi yang dimasak oleh kakak mentah kerana kurang air.
II Jangan mencampuri urusan orang tua kerana kamu masih mentah, kata ibu kepada
kakak.
III Mangga itu masam rasanya kerana masih mentah
IV Hakim menolak mentah alasan yang diberikan.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

23 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah.


Nelayan-nelayan itu sedang sibuk memunggah hasil tangkapan mereka di jeti.
A

Bilakah nelayan-nelayan menjual hasil tangkapan mereka?

Bagaimanakah suasana di jeti itu semasa nelayan-nelayan pulang ?

Mengapakah nelayan-nelayan itu memunggah hasil tangkapan di jeti ?

Apakah yang sedang dilakukan oleh nelayan-nelayan itu di jeti?

24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Bagaimanakah kakak menghilangkan kekotoran pada pakaian itu?
A

Kakak membuang pakaian yang kotor itu.

Kekotoran pada pakaian kakak tidak dapat dihilangkan.

Pakaian kakak kotor kerana terkena tumpahan minyak.

Kakak merendam pakaian itu semalaman untuk menghilangkan kekotoran.

9
Soalan 25 dan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 Persatuan Kajian Tempatan akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Terengganu pada
minggu hadapan.
A

Persatuan Kajian Tempatan telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Terengganu


pada minggu hadapan.

Lawatan ke Terengganu dianjurkan oleh Persatuan Kajian Tempatan pada minggu


hadapan.

Lawatan sambil belajar ke Terengganu pada minggu hadapan akan dianjurkan oleh
Persatuan Kajian Tempatan.

Persatuan Kajian Tempatan belajar melawat Terengganu pada minggu hadapan.

26 Kita mesti menghormati orang yang lebih tua daripada kita, kata Cikgu Maniam kepada
murid-muridnya.
A

Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada Cikgu Maniam.

Cikgu Maniam menasihati orang-orang yang tua supaya menghormati murid-murid.

Murid-murid menasihati Cikgu Maniam supaya menghormati orang yang lebih tua.

Murid-murid dinasihati oleh Cikgu Maniam supaya menghormati orang yang lebih tua
daripada mereka.

Soalan 27 dan 28
Pilih ayat yang betul.
27 A Emak sedang menggoreng kari ayam di dapur.
B Petani itu bekerja di kebunnya dari pagi hingga ke petang.
C Puan Ling rindu akan anak tunggalnya yang menuntut di seberang laut.
D Kerja-kerja membersihkan kelas itu telah mereka siapkan.

10
28 I Adik menangis tersedu-sedu bila dimarahi oleh ibu.
II Sawey mengucapkan tahniah di atas kejayaan rakannya.
III Henry seorang yang periang dan baik hati.
IV Mei Ling belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarganya.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Soalan 29 dan 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29 Penagih dadah yang terbaring di tepi lorong gelap itu seperti____________ .
A

lipas kudung

ayam tambatan

bangkai bernyawa

kucing bertanduk

30 Perselisihan antara adik- beradik tidak lama kerana__________


A alah bisa tegal biasa.
B air dicencang tidak akan putus
C di mana ada kemahuan di situ ada jalan
D rambut sama hitam hati lain-lain

11
Soalan 31 hingga 35.
Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9,Jalan Sentosa,
Kampung Tanjung Dawai,
08I50 Alor Setar,
Kedah.
28 Jun 2014
Menemui sahabatku Sonia yang berada di Gombak ,Selangor. Semoga saudari sentiasa
sihat di samping keluarga tersayang.
Saudara,
Surat saudari yang bertarikh 2 Jun telah selamat saya terima semalam.Terima kasih saya
ucapkan kerana sudi mengutus surat kepada saya . Pada masa ini saya agak sibuk membuat
persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan persediaan saya sebelum
menduduki peperiksaan. Untuk pengetahuan saudari,saya telah mula mengulang kaji pelajaran
sejak tahun lima lagi kerana tidak mahu kelam-kabut pada saat-saat akhir .Saya akan mengulang
kaji pelajaran selama 2 jam setiap hari.
Selain itu , saya juga menghadiri kelas tambahan selepas waktu persekolahan .Dengan ini,
saya dapat memperbaiki kelemahan saya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Saya
berharap akan mendapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Saya dan rakan-rakan juga belajar secara berkumpulan. Kami dapat bertukar-tukar
pendapat dan pandangan semasa perbincangan kumpulan diadakan. Di samping itu, murid yang
pintar dapat membantu murid yang lemah.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan dalam surat ini.Saya harap saudari dapat
menceritakan persediaan saudari pula kepada saya.

Sahabatmu,

12
31

Bilakah Liyana menerima surat daripada Sonia?


A

2 Jun 2014

27 Jun 2014

28 Jun 2014

29 Jun 2014

32

Apakah tujuan Liana menulis surat lepada rakannya?


A

mengucapkan tahniah kepada rakannya .

memberitahu keputusan peperiksaannya.

mengajak rakannya menghadiri kelas tambahan .

menceritakan persediaannya untuk menduduki peperiksaan.

33

Berapakah umur penulis sekarang?

10 tahun

1I tahun.

12 tahun

13 tahun

34

Apakah kebaikan belajar secara berkumpulan?

dapat berbual-bual semasa belajar

dapat membantu murid yang lemah

dapat membuang masa lapang

dapat belajar secara percuma

35

Semua perkara yang berikut dilakukan oleh Liana sebelum peperiksaan kecuali

menghadiri kelas tambahan

menjawab soalan latihan.

mengulang kaji selama dua jam.

mengadakan perbincangan kumpulan

13
Soalan 36 hingga 40.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
Hutan penting dalam kehidupan manusia . Sebahagian besar daripada negara kita diliputi
hutan. Hutan di negara kita kaya dengan pelbagai khazanah seperti kayu balak,rotan dan buahbuahan. Selain itu,hutan juga menjadi habitat pelbagai jenis haiwan.
Sejak akhir-akhir ini , hutan telah banyak diteroka untuk pembangunan dan pertanian .
Banyak kediaman mewah telah didirikan di lereng-lereng bukit. Pembinaan rumah-rumah ini
boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku kerana hakisan tanah.
Selain itu, suhu akan menjadi panas apabila pokok-pokok ditebang .Haiwan-haiwan juga
akan pupus kerana kehilangan tempat tinggal dan kekurangan makanan .Sesetengah haiwan pula
ditangkap oleh pemburu atau tertangkap ketika mencari makanan ke petempatan manusia.
Hutan perlu dipelihara supaya khazanah yang terdapat di dalamnya akan terus
terpelihara .Manusia bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan hutan demi kesejahteraan
generasi yang akan datang.
36

Hutan membekalkan semua perkara yang berikut kecuali _______________ .


A

kayu balak

rumah

rotan

buah-buahan

37

Hutan diteroka oleh manusia untuk ____________ .


A

menangkap haiwan

membina rumah

memancing ikan

menanam pokok

14

38

Perkataan habitat dalam petikan bermaksud __________


A

makanan

tempat tinggal

pokok

sungai

39

Mengapakah haiwan pupus apabila hutan diteroka?


A banyak kediaman mewah didirikan.
B cuaca semakin sejuk.
C banjir selalu berlaku
D kekurangan sumber makanan

40

Siapakah yang bertanggungjawab menjaga hutan?


A

pemburu

orang asli

anggota polis.

manusia.

KERTAS SOALAN TAMAT

15

16

Skema pemarkahan
Bahasa Melayu Pemahaman
Set 1
1.A

21.B

2.C

22.A

3.C

23.D

4.B

24.D

5.A

25DC

6B

26.D

7.B

27.C

8.A

28 C

9.C

29.C

10.B

30.B

11.C

31.B

12.B

32.D

13.C

33.C

14.B

34.C

15.B

35. B

16.C

36.B

17.C

37.B

18.B

38.B

19.C

39.D

20.C

40.D

You might also like