You are on page 1of 15

PENTAKSIRAN SUMATIF 2022

TINGKATAN 1

UJIAN BERTULIS KERTAS 1

FEBRUARI 2022 1 1/2 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN
02

1. Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A,

B, dan C.
2. Bahagian A mengandungi 20 soalan objektif manakala
Bahagian B mengandungi 3 bahagian soalan dan Bahagian
C mengandungi 2 pilihan soalan.
3. Soalan Bahagian A dijawab dalam kertas jawapan objektif
dan Soalan Bahagian B dan Bahagian C hendaklah dijawab
dalam kertas jawapan anda sendiri.
BAHASA MELAYU

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA

Bahagian Markah Markah

Penuh Diperoleh
A 20
3
2
10
B
10
C 15

Jumlah 60

NAMA :_____________________________________

KELAS :_____________________________________

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

Mohamad Safiq bin Armiza bt Mohamad Nur Hidayah Amus

Jami’an Ketua Panitia Bahasa Abdullah
Panitia Bahasa Melayu Melayu Guru Kanan Bahasa
Bahagian A
(20 markah)
(Masa dicadangkan: 30 minit)

Soalan 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1. Adik lelaki saya yang baru berusia empat tahun itu _________ bercakap apabila orang lain
bertanya soalan.
A fasih
B pandai
C mahir
D petah

2. Pelbagai golongan __________ telah menghadiri seminar yang diadakan di Dewan Bahasa dan
Pustaka pada hujung minggu yang lalu.
A hartawan
B usahawan
C bangsawan
D cendekiawan

3. Cikgu Aiman memberitahu murid-muridnya ____________ latihan bola tampar yang akan
diadakan pada hari Rabu ini.
A pada
B bagi
C dalam
D tentang

4. Semua rakyat mesti ____________ sewaktu menghadapi kemelesetan ekonomi yang tidak
menentu.
A saling bantu
B bantu-membantu
C saling-membantu
D saling bantu-membantu

Soalan 5 - 6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Di era globalisasi ini, bermacam-macam urusan harian dapat dilaksanakan melalui

A B
penggunaan Internet. Tiada kesalahan.
C D

1
6. Setelah berkhidmat di kawasan pendalaman selama sepuluh tahun, akhirnya Aiman
A B
berjaya dipindahkan ke bandar yang berhampiran. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 7 – 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Tudung yang berwarna merah muda sangat sesuai dengan baju kebaya ini.
II Memiliki aset seperti rumah pada usia muda menjadi impian setiap orang.
III Malam masih muda tetapi jalan raya telah mulai lengang.
IV Buah mangga di dalam bakul besar itu sudah muda.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II,dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

8. I Doktor pakar itu akan melakukan ujian darah terhadap pesakit itu bagi mengenal pasti
punca penyakitnya.
II Izzah percaya bahawa tragedi yang menimpa keluarganya itu merupakan ujian daripada
Allah.
III Murid-murid sekolah itu akan menduduki ujian bulanan pada bulan Ogos.
IV Pembantu makmal sedang membersihkan tabung ujian di dalam makmal sains itu.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja

Soalan 9 – 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

9. Ramai orang suka mengunjungi kompleks membeli-belah itu kerana jualan penghabisan
stok sedang dijalankan.
A kompleks beli-belah
B kompleks beli-membelah
C kompleks membeli-membelah
D kompleks membeli-belah

10. “Pingat kebesaran yang beta anugerahkan diharapkan menjadi motivasi kepada
masyarakat,” titah Sultan Melaka kepada rakyatnya.
A dianugerahkan oleh beta
B beta menganugerahkan
C dianugerahkan beta
D beta anugerahkan

2
Soalan 11 – 12
Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul.
II Siti mengambilkan Ishak segelas air.
III Pandai-pandailah menjaga diri apabila berada di negeri orang.
IV Mereka akan melancong ke Pulau Tioman dengan Pulau Langkawi?
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja

12. I Rumah tua itu masih boleh dibaik pulih untuk mengekalkan kesenian dan seni reka
bentuknya.
II Keharmonian landskap di Putrajaya sungguh mempersonakan para pengunjung.
III Kakitangan awam diwartakan supaya memakai baju batik tempatan di hari Khamis
minggu bekerja.
IV Azim diberikan masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13. Peribahasa yang berikut membawa maksud musuh yang ada dalam kalangan sesuatu
kumpulan tanpa disedari, kecuali
A duri dalam daging
B bagai api dalam sekam
C bagai musuh dalam selimut
D bagai gunting dalam lipatan

Soalan 14 – 17 berdasarkan petikan drama di bawah.

DATUK PENGHULU : Begini, Pak Mail. Encik Musa datang ke sini kerana ada tugas.
PAK MAIL : Oh, begitu! Apa halnya, Encik Musa?
ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan
negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar
semasa bertempur di sempadan dahulu. Kami bersimpati benar
dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan Fauziah dan dua
orang anaknya.
PAK MAIL : Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi
masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati.
Hari ini dia pulang dari asrama.
ENCIK MUSA : Mengapakah begitu, Pak Mail?
PAK MAIL : Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu
punca tetap untuk membantu persekolahannya. Saya sudah pun
memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini.

3
DATUK PENGHULU : Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat
mengharapkan pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara
keluarga.
PAK MAIL : Betul, Tuk.
ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan
sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah.
Di manakah Puan Fauziah sekarang, Pak Mail?

Dipetik daripada drama ‘Hadiah’

antalogi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

14. Encik Musa datang ke rumah Pak Mail kerana beliau

A ingin menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan
Fauziah.
B bimbang akan Puan Fauziah dan dua orang anaknya selepas kematian Sarjan Akhbar.
C ingin menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.
D berasa simpati terhadap kematian Sarjan Akhbar.

15. Berdasarkan petikan drama, yang berikut merupakan perwatakan Pak Mail, kecuali
A bertanggungjawab
B berbelas kasihan
C berbudi bahasa
D gigih berusaha

16. Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan drama?

A Kita hendaklah reda dengan ketentuan Tuhan.
B Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.
C Kita haruslah cinta akan bangsa dan negara dengan sepenuh hati.
D Kita hendaklah menghargai jasa individu yang telah berkorban demi bangsa dan
negara.

17. Apakah masalah yang dihadapi oleh Pak Mail?

A Kematian Sarjan Akhbar menyebabkan Pak Mail terpaksa menggunakan pencen
bulanannya yang sedikit itu untuk menyara keluarga anaknya, Fauziah.
B Anak Pak Mail, Fauziah menghadapi kesempitan hidup selepas kematian suaminya,
Sarjan Akhbar
C Cucu Pak Mail, Hayati menghadapi masalah dalam hal persekolahan.
D Pak Mail kehilangan seorang menantu yang amat dikasihinya.

4
Soalan 18 – 20 berdasarkan petikan sajak di bawah

KUNCI BAHASA

Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah.

Bahasa berbuah
tidak kering bahasa diperah.

Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah.

Bahasa berwasilah
tidak putus jambatan ukhuwah.

Bahasa berbudi sudah

tidak lokek pada ummah.

Bahasa begitu indah

tidak habis berbahasa bermadah.

ABDUL HADI YUSOF

Dipetik daripada sajak ‘Kunci Bahasa’,
antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

18. Berdasarkan rangkap pertama, bahasa hendaklah digunakan dengan betul kerana bahasa
A mengelakkan konflik berlaku
B penting dalam kehidupan kita
C menunjukkan maruah diri seseorang
D memperkukuh perpaduan antara kaum

19. Sajak ini bernada

A sinis
B protes
C repetisi
D hiperbola

20. Tema bagi sajak ini ialah

A peranan dan kepentingan bahasa
B penghargaan terhadap bahasa
C cara penggunaan bahasa
D perkembangan bahasa

5
JAWAPAN BAHAGIAN A

1. 6. 11. 16.
2. 7. 12. 17.
3. 8. 13. 18.
4. 9. 14. 19.
5. 10. 15. 20.

6
Bahagian B
(25 Markah)
(Masa dicadangkan : 45 minit)

1. Dalam petikan dialog di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan dialog itu semula.

Wee Han : Semalam, saya dan keluarga berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan
Pelancongan Agro Antarabangsa atau dikenali sebagai Pameran MAHA yang
diadakan di MAEPS, Serdang.
Adlan : Setahu saya Pameran MAHA diadakan dua tahun sekali. Betulkah, Wee Han?
Wee Han : Betul, Pameran MAHA mempamerkan teknoloji pertanian terkini, prodak
pertanian, dan agromakanan. Sebanyak 1500 khemah jualan yang menjual
produk industri asas, buah-buahan, sayur-sayuran segar, anak pokok, bunga-
bungaan, ikan, dan makanan laut segar. Selain itu, kamu juga dapat menikmati
sendiri pengalaman pertanian secara langsung di halaman seperti laman
perikanan, laman nenas, laman ternakan, dan sebagainya.
Adlan : Wah, hebatnya! Bilakah Pameran MAHA berakhir?
Wee Han : 2 Disember, iaitu pada hari Ahad ini. Pameran ini bermula pada 10.00 pagi dan
berakhir pada pukul 7.00 malam. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke
sana.
Adlan : Baiklah, Wee Han. Saya pasti berkunjung ke sana sebelum pameran ini berakhir.

(i) _______________________________

(ii) _______________________________

(iii)________________________________ [3 markah]

2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Menteri Besar menghadap sultan di istana untuk mendapatkan persetujuan baginda
tentang cadangan pelantikan Menteri Besar yang baharu.

______________________________________________________________

(ii) Kita harus mengamalkan sikap saling hormat-menghormati antara jiran kerana banyak
mendatangkan manfaat.

______________________________________________________________

[2 markah]

7
3. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Menara tinggi banyak bertingkat,
Di sana tiada bilik bersekat,
Tiada bertangga naik melekat,
Mata-mata menjaga segenap pangkat.

Yang ada sedia panji-panji bendera,

Hingga sampai ke kemuncak menara,
Banyak ada ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.

Selalu dipandang dilihat adanya,

Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.

Ikatnya licin di luar di dalam,

Gelapnya di dalam seperti malam,
Air tak tiris seperti kolam,
Ikat tingkatnya tak nampak alam.

Dipetik daripada "Syair Pohon Buluh',

antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

Pesan Tangan Kepada Jari

I II

Pilihlah ketuamu Perkukuhkanlah letakmu

untuk bersatu untuk menentu
mencipta sejarah barisan diri
kemanusiaan. kesuburan budi.

Kira kau memegang Sekali kau bergerak

peganglah kebaikan seluruh jasad
yang berkembang ikut bertindak
di dusun hati. melentur mimpi
Nescaya tak akan terlepas kehidupan.
pancaran mesra
yang menetas
di persada iman.

8
1 Nyatakan maksud bagi rangkap kedua Syair Pohon Buluh. [3 markah]

___________________________________________________________________________________________________________

2 Nyatakan dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [3 markah]

_________________________________________________________________________________________________________

3 Masyarakat kini dikatakan kurang menghiraukan kepentingan hidup bersatu padu.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menyatupadukan masyarakat yang
berpecah belah? [4 markah]

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

9
4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F.I

(ii) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
(iii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iv) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman

Latar masyarakat merupakan keadaan masyarakat yang digambarkan oleh penulis dalam
sesebuah novel melalui pelbagai peristiwa.

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan

mengemukakan contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap latar masyarakat yang telah ditetapkan.
[10 markah]

NOVEL LATAR MASYARAKAT

Sejambak Bakti ➢ Masyarakat yang berdendam
➢ Masyarakat yang bersikap terburu-buru
➢ Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang
Pelari Muda ➢ Masyarakat yang berbakat dalam bidang olahraga
➢ Masyarakat yang mudah lupa daratan
➢ Masyarakat yang prihatin
Destinasi Impian ➢ Masyarakat yang ceria dan cergas
➢ Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran
➢ Masyarakat yang cepat berputus asa
Formula Termodinamik ➢ Masyarakat yang mengamalkan semangat gotong-royong
➢ Masyarakat murid
➢ Masyarakat yang tidak senang hati dengan kejayaan orang lain

______________________________________________________________________________________________________________

11
Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

Pilih satu soalan sahaja. Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PERANAN PERANAN PIHAK

MEDIA MASSA KERAJAAN
LANGKAH-LANGKAH
MEMUPUK SEMANGAT
PATRIOTIK

PERANAN INSTITUSI PERANAN KELUARGA

PENDIDIKAN – IBU BAPA

-IBU BAPA

12
2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
tentang usaha-usaha untuk menghidupkan semangat kejiranan. Panjangnya rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutamanya

jiran bersebelahan dalam menjalani kehidupan seharian. Pada zaman dahulu, hubungan
sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah hidup sandar-menyandar seperti aur dengan
tebing. Kini, hubungan sesama jiran semakin renggang sehingga menimbulkan pelbagai isu
semasa pula. Oleh itu, pelbagai usaha harus dijalankan untuk memastikan semangat ini
berterusan kerana semangat kejiranan ini ada kepentingannya.
Usaha pertama yang harus dijalankan ialah masyarakat perlu menghidupkan semula
konsep rukun tetangga di kawasan perumahan terutamanya pada malam hari. Di samping itu,
semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang melibatkan orang
ramai. Majlis sedemikian akan mengeratkan ikatan silaturahim sesama jiran tetangga.
Kerajaan turut memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran tentang
semangat kejiranan. Penggunaan media massa dengan iklan yang menarik tentu dapat
menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Pada masa yang sama, sikap dan pandangan
masyarakat perlu berubah. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang
ingin dilakukan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baharu ini memastikan semangat
kejiranan akan terus mekar dalam kalangan masyarakat.
Di kawasan bandar, ketua penduduk perlulah memastikan penduduk hidup dalam
keadaan harmoni. Tidak kira apa-apa kaum sekalipun, ikatan kejiranan akan menjadi kukuh
sekiranya mereka saling menghormati dan bekerjasama. Ketua kampung mestilah sentiasa
mengambil berat tentang hubungan jiran-jiran yang bermasalah. Sebagai contoh, jika dua
buah keluarga sering bergaduh, ketua penduduk mestilah memikirkan kemungkinan-
kemungkinan yang berlaku kelak jika masalah tersebut tidak diatasi secepat mungkin. Ketua
kampung juga perlu memikirkan cara-cara mengukuhkan hubungan kejiranan di kawasan
yang ditanganinya.
Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah
disimpulkan bahawa terdapat beberapa usaha yang dapat dipraktikkan untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini, sikap
mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan
menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Dipetik dan diubah suai daripada rencana

‘Memantapkan Hubungan Kejiranan’
oleh M. Jasni Majed, Utusan Malaysia

13

~~~~~~~~~~ KERTAS SOALAN TAMAT ~~~~~~~~~~

14

You might also like