You are on page 1of 2

Soalan 1

PROSEDUR OPERASI STANDARD: AKTIVITI PERKHEMAHAN.


1. RASIONAL
Menyediakan satu tatacara panduan perkhemahan yang seragam,sistematik serta boleh digunapakai
bagi semua aktiviti perkhemahan samada di dalam atau di luar Pusat Kokurikulum Negeri.

2. MATLAMAT
Memantapkan pengendalian dan pelaksanaan aktiviti perkhemahan.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan satu tatacara pengendalian aktiviti perkhemahan secara jelas,selamat dan sistematik.

3.2 Menyediakan satu tatacara panduan melaksanakan perkhemahan berpandukan arahan dan
peraturan sedia ada yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.3 Melahirkan jurulatih yang cekap,efisien,bermaklumat dan berpengalaman dalam mengendalikan


perkhemahan.

4. PERALATAN
  Khemah
  Peralatan sokongan aktiviti.
 Set peti pertolongan cemas.
5. PERSONEL
 Ketua Jurulatih
  Ketua Aktiviti
  Pembantu jurulatih

6. PERSIAPAN AWAL
  Penyediaan draf kertas kerja.
  Mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti
 Mengenalpasti lokasi perkhemahan
 Menempah lokasi perkhemahan
 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa
 Memperincikan peraturan-peraturan keselamatan 
 Makluman bertulis kepada PPD, Ibu Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan lain-lain pihak berkuasa
jika berkenaan.
 Memberi taklimat kepada semua guru pengiring / guru pemimpin
 Memastikan nisbah guru dan murid menepati peraturan
 Memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan
 Menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid.
 Surat pelantikan kepada jurulatih terlibat
 Memastikan keperluan lojistik mencukupi.
7.PELAKSANAAN

7.1 Sebelum aktiviti


 Memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan selamat untuk beraktiviti.
  Menentukan lokasi penempatan khemah,kemudahan fasiliti dan lain-lain keperluan khusus bagi
peserta lelaki dan perkhemahan.
 Menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi. 
 Memastikan keperluan lojistik mencukupi dan dalam keadaan sedia digunakan.

7.2 SEMASA AKTIVITI


 Mempastikan keselamatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan sepanjang perkhemahan
dilaksanakan.
  Menentukan semua peserta mengambil bahagian di dalam aktiviti yang telah dirancang.
 Membuat pemantauan supaya aktiviti dilaksanakan mengkut jadual yang telah ditetapkan.

7.3 SELEPAS AKTIVITI


 Mengemas peralatan yang digunakan
  Memulangkan semua peralatan dan lojistik yang dipinjam.
  Meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih.

You might also like