You are on page 1of 2

Nama : ____________________________

SULIT

Tingkatan : 4_______
1103/1

1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BARU MIRI
PEPERIKSAAN SEMESTER 1
BAHASA MELAYU KERTAS 1 ( 2 Jam)
TINGKATAN 4 2016

Guru Subjek :
Cg Mohd Nasir Bin Sopin (4 Sains 1)
Cg Chong Yuk Wen
(4 Sains 2)
Cg Eniza Binti Jani
(4 Arif)

Cg Siti Nur Aidah Binti Md Ayob (4 Bestari)


Cg Regina Anak Langar
(4 MPV)

1. Kertas ini mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab Soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan antara aspek pembangunan dan kesannya terhadap alam sekitar. Huraikan
pendapat anda tentang implikasi pembangunan terhadap alam sekitar. Panjang huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

IMPLIKASI PEMBANGUNAN
TERHADAP ALAM SEKITAR

Bencana alam

Menghapuskan habitat flora dan fauna

Mencemarkan udara

Bahagian B

SULIT

1103/1

2
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah
perkataan.
1.

Anda ditugaskan untuk menulis sepucuk surat kepada seorang pegawai polis untuk menjemput beliau
datang ke sekolah bagi menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Masalah Buli dan Gengsterisme
di Sekolah dan Cara-Cara Mengatasinya.
Tulis surat jemputan tersebut selengkapnya.

2.

Berbagai-bagai krisis akhlak dan moral seperti vandalisme, sumbang mahram, ketagihan dadah dan
lumba haram kini terus menular dalam masyarakat kita, khasnya dalam kalangan remaja.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam menangani masalah sosial remaja masa kini.

3.

Isu perpaduan kaum merupakan antara isu yang sering mencuri perhatian masyarakat dunia.
Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini.
Berikan pendapat anda tentang peranan masyarakat dalam memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.

4.

Malaysia kaya dengan seni warisan bangsa seperti pelbagai tarian, seni bina, perayaan, makanan dan cara
berpakaian yang menunjukkan identiti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Jelaskan kepentingan seni warisan negara bangsa kepada negara pada masa kini

5.

Peribahasa Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan bermaksud jika terlanjur dalam
melakukan sesuatu perbuatan yang salah, eloklah menginsafinya segera.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh,

_______________

Disemak oleh,

___________________

Disahkan oleh,

__________________

(Cg Siti Nur Aidah Md Ayob)

(Cg Chong Yuk Wen)

(Cg Ratnawati Binti Yarabi)

Guru Subjek Bahasa Malaysia

Ketua Panitia Bahasa Malaysia

Guru Kanan Bidang Bahasa

1103/1 @2016 Hak Cipta SMK Baru Miri


SULIT

You might also like