You are on page 1of 13

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM (SET 1) BAHASA MELAYU Kertas 2 Masa: 2 Jam 30 Minit

1. Kertas ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi.

Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkahlangkah untuk menyekat remaja daripada terlibat dengan dadah dan cabarancabaran dalam melaksanakannya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan perhatian berat kepada masalah dadah. Perdana Menteri sendiri mengetuai jawatankuasa di peringkat kabinet untuk membanteras dadah. Banyak agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan telah diberi tanggungjawab untuk menangani masalah dadah. Strategi kerajaan dalam aspek pencegahan, pemulihan dan rawatan, penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama antarabangsa sudah lama dilaksanakan. Semua langkah itu nampaknya berjaya mengekang kes dadah yang lebih besar tetapi kurang berkesan untuk menyekat anak bangsa kita daripada terus menjadi mangsa. Nampaknya semua mekanisme tidak mampu menyekat penawaran dadah. Kita tidak mampu menyekat perkembangan teknologi, perubahan gaya hidup dan kreativiti manusia. Faktor tersebut mendorong dadah dicipta dan dijual dengan mudah, menjadikan semua anak remaja sebagai sasaran. Namun kita masih menaruh harapan untuk membanteras dadah melalui strategi menyekat permintaan terhadap dadah. Hanya pendidikan pencegahan dadah mampu membina modal insan yang dengan tegas menolak permintaan terhadap dadah. Pihak polis harus diberikan kuasa secukupnya untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan dibantu oleh pihak Kastam. Kementerian Pelajaran harus diberikan tanggungjawab utama dalam skop pendidikan pencegahan untuk menyekat permintaan terhadap dadah. Kementerian, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang lain boleh membantu mengikut kepakaran masing-masing. Kementerian Kesihatan pula perlu memberikan fokus kepada rawatan dan pemulihan penagih dadah sama ada menggunakan modul terapi kemasyarakatan mahupun kaedah perubatan. Satu bahagian khusus perlu ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan untuk membuat kerja konsultasi dan pengawasan kepada penagih dan pusat pemulihan dadah. Kalau perlu, pegawai kebajikan yang ada dalam Agensi Antidadah Kebangsaan sekarang perlu diserapkan dalam Kementerian Kesihatan.
Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Sementara program dalam masyarakat digerakkan secara bersama oleh semua agensi setempat. Dalam skop mendidik modal insan bebas dadah, mekanisme dan program pencegahan seharusnya terancang dan berterusan dalam jangka masa panjang. Pendidikan pencegahan dadah perlu bermula di peringkat sekolah rendah dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi. Program pencegahan dadah di sekolah perlu ditumpukan mengikut kumpulan sasaran yang berbeza. Paling penting setiap program pencegahan dadah terutamanya untuk pelajar terpilih, memerlukan tindakan susulan yang berterusan. Hal ini boleh dilakukan oleh guru yang sememangnya sentiasa berdamping dengan pelajar. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Sistem Pencegahan Dadah Perlu Diubah dalam Utusan Malaysia, 1 Ogos 2006.) Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a): Petikan Umum Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut menggunakan perkataan anda sendiri. (i) (ii) Berikan maksud rangkai kata nampaknya berjaya mengekang. [2 markah]

Berdasarkan petikan, bagaimanakah program pencegahan dadah di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah remaja terjebak dengan najis dadah? Berikan empat sebab. [4 markah]

Soalan 2(b): Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Aku pernah mendakap mama erat lantas mengucup tangan sejuk mama apabila kata-kata itu menghanyutkan aku ke alam keharuan. Rasanya aku ingin sentiasa dalam pelukan keibuan mama yang tersangat kurasakan darjah perlindungannya. Siapakah aku tanpa mama? Di manakah aku tanpa mama? Kita harus buktikan kepada semua orang yang kita boleh terus survive tanpa lelaki dalam hidup Zel. Buktinya mama tak pernah larang Zel daripada berjumpa dengan abah. Tapi dalam keadaan yang menghimpit dan kita terasa dihimpit oleh peristiwa yang berlaku, kita wajar bersikap optimistik: Kita mesti kuat demi untuk terus hidup, untuk terus berjaya. Ma hampir dapat buktikan yang ma dapat teruskan hidup, dapat mencipta
Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

kejayaan, dapat didik Zel, hingga kini Zel hampir dapat melanjutkan pelajaran ke U.K. Ma bangga dengan kejayaan kita. Ma bangga dengan Zel, sayang. Aku hampir terkedu. Pernah dulu sebakku berbaur dengan perasaan yang menghenyak pundak apabila ma menyongsong kotak Apple Macintosh Powerbook 165c dengan berat kurang lebih 3 kg pada 27 Februari lepas. Ini bukan hanya lambang kasih sayang ma pada Zel sempena hari lahir Zel. Tapi ma mahu lambang kecanggihan ini dapat Zel jadikan gerakan untuk terus berjaya dalam pelajaran, dalam hidup. Selamat hari lahir, sayang mama. (Dipetik daripada Virus Zel untuk Abah oleh Mawar Shafei dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan bukti-bukti yang menunjukkan mama boleh hidup tanpa suami. [3 markah] Pada pendapat anda, bagaimanakah hubungan dalam kekeluargaan dapat dieratkan? Berikan tiga cara. [3 markah]

(ii)

(iii) Huraikan satu perwatakan Zel berdasarkan petikan dan dua perwatakan Zel daripada keseluruhan cerpen. [3 markah] Soalan 2(c): Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah sudah tinggi hari, maka budak itu pun datanglah hendak mengambil bayan itu. Maka segala bayan itu pun bermatikan dirinya. Maka pada hati budak itu, Sungguhlah mati bayan ini, oleh sebab aku lambat datang, lubangnya pun aku tutup; itulah sebabnya maka ia mati. Lalu dibuangkan ke tanah segala burung bayan itu. Maka tinggal seekor lagi bayan yang tua itu. Arkian, setelah bayan yang banyak itu habis jatuh ke tanah berkaparan, maka terbanglah sekaliannya. Setelah dilihat oleh budak itu akan kelakuan bayan itu, maka ia pun marahlah, lalu turun ke tanah, katanya, Binatang haram jadah ini, ditipunya kita, pura-pura mematikan dirinya. Aku lontarkan ke tanah berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis. Tetapi baiklah yang tinggal ini kubunuh juga, baharu puas rasa hatiku.

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya. Maka kata bayan itu, Hai budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku yang sekepal ini, melainkan engkau jualkanlah aku ini dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai anak cucumu! Bawalah aku ini kepada raja di dalam negeri ini. Kudengar ada penyakit sopak pada kaki raja itu dan tangannya. Aku tahu ilmu tabib. Akulah mengubati dia. (i) (ii) Berikan maksud berkaparan seperti bangkai. [2 markah]

Apakah helah bayan tua untuk mengelakkan diri daripada dibunuh oleh budak itu? [3 markah]

(iii) Budak itu tidak sewajarnya mengambil tindakan untuk membunuh bayan tua. Berikan tiga alasan anda. [3 markah] Soalan 2(d): Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur benih menerima kehadiran warga kota lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati. Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi kebosanan menggigit pangkal rasa. Demikian etika di perjalanan budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan. Memacu menghimpun pangkal kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan
Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

fitrah sang manusia peradaban kota masa kini. Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim. ZAM ISMAIL Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berikan maksud kemanusiaan semakin mandul / pada penghujung musim. [2 markah] Penyajak menjelaskan bahawa jalan raya telah menjadi gelanggang kebuasan. Nyatakan tiga sebab pengguna jalan raya bersikap sedemikian. [3 markah]

(ii)

(iii) Huraikan persoalan sajak di atas. [4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan pada perkataan tersebut. (i) alamat (ii) segar (iii) melucutkan [6 markah] (b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan di bawah. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Jangan dikenang perkara yang telah lalu. Emak memasak gulai ikan bawal untuk makan tengah hari. Siapakah yang mengambil buku di atas meja ini? Aduhai, malang sungguh nasibku ini! Minta tunggu sebentar di sini. Jemput datang ke majlis hari jadi saya. [6 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

(c)

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) (ii) Para guru diseru agar menguasai kemahiran teknoloji maklumat agar tidak ditinggalkan dalam era globalisasi ini. Perjalanan yang kami tempoh untuk sampai ke puncak Gunung Ledang berliku-liku dan penuh dugaan yang cabaran fizikal dan mental.

(iii) Azira dianggap sebagai remaja yang anti sosial kerana dia tidak mahu menghadiri majlis jadi yang dianjur oleh rakannya, Julia. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Beberapa biji kereta terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara Selatan petang semalam. Oleh kerana hujan turun dengan kuatnya pada petang itu, mereka tidak dapat bermain bola sepak.

(ii)

(iii) Farid berkunjung ke siber kafe untuk mencari dokumen tentang teknik-teknik perubatan tradisional melalui internet. [6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. (i) (ii) Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. Berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

(iii) Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. [6 markah]

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan mana-mana novel yang berikut. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (a) Terminal Tiga karya Othman Puteh Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusuf Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said Bukit Kepong karya Ismail Johari Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah Julia karya Abu Hassan Morad Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

Terdapat pelbagai cara pengarang menyelesaikan novel mereka. Nyatakan penyelesaian bagi sebuah novel yang anda kaji. Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam setiap novel.

(b)

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

JAWAPAN

Soalan 1: Rumusan Pendahuluan Petikan menjelaskan cara-cara untuk menghalang remaja daripada terjerumus dengan najis dadah. Isi Tersurat 1. Pendidikan pencegahan dadah mampu membina modal insan yang dengan tegas menolak permintaan terhadap dadah. 2. Pihak polis harus diberikan kuasa secukupnya untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan dibantu oleh pihak Kastam. 3. Kementerian Pelajaran harus diberikan tanggungjawab utama dalam skop pendidikan pencegahan untuk menyekat permintaan terhadap dadah. 4. Kementerian, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang lain boleh membantu mengikut kepakaran masing-masing. 5. Kementerian Kesihatan pula perlu memberikan fokus kepada rawatan dan pemulihan penagih dadah 6. Satu bahagian khusus perlu ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan untuk membuat kerja konsultasi dan pengawasan kepada penagih dan pusat pemulihan dadah. 7. Program dalam masyarakat perlu digerakkan secara bersama oleh semua agensi setempat. 8. Pendidikan pencegahan dadah perlu bermula di peringkat sekolah rendah dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi. Isi Tersirat 1. Segelintir masyarakat bersikap tidak peduli tentang masalah penagihan dadah yang berlaku di sekeliling mereka. 2. Remaja yang bermasalah mudah terpengaruh dengan dorongan rakan-rakan yang terlibat dengan dadah. 3. Terdapat ibu bapa yang lebih banyak menghabiskan masa untuk mencari rezeki daripada mengawasi anak-anak mereka. Penutup Semua pihak perlu bekerjasama untuk menghalang remaja daripada terlibat dengan dadah agar dapat melahirkan generasi masa depan yang berwibawa.

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Soalan 2(a): Petikan Umum (i) ... kelihatan berupaya menghalang (ii) ... ditumpukan mengikut kumpulan sasaran yang berbeza. ... ditumpukan kepada pelajar terpilih ... memerlukan tindakan susulan yang berterusan .... dijalankan oleh guru yang sentiasa berdamping dengan pelajar.

(iii) ... terpengaruh dengan rakan sebaya ... mengalami masalah keluarga ... kurang didikan agama dan moral ... pada mulanya hanya ingin mencuba Soalan 2(b): Petikan Cerpen (i) ... dia tidak pernah melarang Zel daripada berjumpa dengan bapanya ... mama telah dapat mencipta kejayaan dalam kerjayanya ... dapat mendidik Zel sehingga Zel hampir dapat melanjutkan pelajaran ke U.K.

(ii)

... ibu bapa meluangkan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak ... ibu bapa juga mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka ... keluarga boleh bercuti dengan melancong ke mana-mana tempat menarik. (iii) Petikan ... amat menyayangi mamanya - dia berasa sebak apabila dihadiahi komputer riba oleh mamanya pada hari lahirnya. Keseluruhan cerpen ... seorang yang pendendam - dia berhasrat untuk memusnahkan Program ZQ 1308 yang sangat penting kepada ayah dan keluarganya ... mendengar nasihat orang lain - dia mendengar nasihat Win supaya membatalkan hasrat untuk memusnahkan Program ZQ 1308. Soalan 2(c): Petikan Prosa Klasik (i) (ii) ... bergelimpangan seperti binatang yang telah mati ... menyatakan bahawa dagingnya yang sekepal tidak akan mengenyangkan budak itu ... memberikan cadangan kepada budak itu agar dia dijual dengan harga dua ribu dinar ... menyatakan bahawa dia sepatutnya dijual kepada raja yang berpenyakit sopak kerana dia boleh mengubati raja tersebut

(iii) ... budak itu tidak sewajarnya berdendam kepada bayan yang telah tua ... budak itu sepatutnya mengasihani binatang dan tidak membunuh binatang dengan sengaja ... lebih baik jika dia menjual bayan tua kepada raja kerana hasilnya lebih lumayan
Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Soalan 2(d): Sajak (i) (ii) ... nilai-nilai murni dalam diri manusia akhir zaman ini semakin hilang ... hilang kesabaran apabila berada di jalan raya yang sesak ... ingin pulang ke rumah dengan segera setelah penat bekerja ... ingin menunjukkan kehebatan semasa berada di jalan raya

(iii) ... kehidupan di kota besar penuh dengan dugaan dan masalah ... penduduk kota mementingkan diri dan mengabaikan sikap toleransi ... nilai kemanusiaan masyarakat kota semakin luntur ... jalan raya di kota dijadikan tempat untuk menunjukkan kehebatan

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) - Awan mendung alamat hari hendak hujan. - Jazni menuliskan alamat rakannya pada sampul surat itu. (ii) - Saya berasa segar setelah mandi pada waktu tengah hari yang panas itu. - Emak hanya memilih sayur-sayuran yang segar untuk membuat pecal. (iii) - Fazli melucutkan kakinya yang terbelit oleh tali. - Encik Jalal telah melucutkan jawatan pegawainya yang tidak berdisiplin. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (i) Ayat perintah / Ayat larangan Ayat penyata Ayat tanya Ayat seruan Ayat perintah / Ayat permintaan Ayat perintah / Ayat silaan (i)

(b)

(c)

teknologi teknologi ditinggalkan ketinggalan (ii) tempoh tempuh cabaran mencabar (iii) anti sosial antisosial dianjur dianjurkan biji kereta buah kereta petang semalam pada petang semalam (iii) oleh kerana oleh sebab kuatnya lebatnya (iii) siber kafe kafe siber dokumen maklumat (i)

(d)

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

10

(e)

(i) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat (ii) mencari jalan (iii) yang lama dikelek, yang baharu didukung

Soalan 4: Novel (a) Terminal Tiga Kepulangan Rimpa ke Sabah semasa cuti semester bertemu ayahnya yang telah menghilang selama sepuluh tahun Rimpa mendapat berita Ruzaimi telah lari dari rumah mengikut pendakwah Rimpa berasa sunyi dan kembali ke Akademi Seni Kebangsaan walaupun cutinya belum habis Di Akademi Seni Kebangsaan dia bertemu dengan Jasmin dan Azlina mendapat tahu berita perpindahan Akademi Seni Kebangsaan Perlumbaan Kedua Tuk Kura memenangi perlawanan Suku-sakat kura-kura insaf dan menyesal kerana memulaukan Tuk Kura Tuk Kura telah memberikan nasihat kepada suku-sakatnya Di Hadapan Pulau Penduduk mula berpindah dari kampung kerana kemelaratan hidup Aziz, Afidah dan Mak Ketong memikirkan masa depan mereka Mak Ketong masih berhasrat untuk ke pulau misteri Mereka semakin lali dengan azab perang Bukit Kepong Pihak polis mengalami kekalahan balai polis terbakar Pengebumian mangsa pertempuran Limah melahirkan anak menjadi tidak siuman Othman berhenti daripada perkhidmatan polis hidup melarat Konserto Terakhir Hilmi meninggal dunia tanpa mengetahui bahawa Datuk Johari ialah bapanya Datuk Johari meninggal dunia apabila mengetahui Hilmi meninggal dunia Datin Salmah menyesali perbuatannya yang kasar Azizah berasa berdosa kerana mensia-siakan Hilmi Seteguh Karang Anita tidak diterima oleh keluarga kandungnya Anita mengambil keputusan untuk hidup berdikari Awanis kembali ke ITM, Arau lebih awal setelah bertengkar dengan kakaknya Kak Maysarah, Anis dan Anita bersatu semula

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

11

Julia Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Julia Julia muncul sebagai wanita yang cekal, berdedikasi dan berwawasan Julia hidup bahagia bersama-sama dengan Jun Syarikat BMPRO Holdings bertambah maju Putera Gunung Tahan Tuan William terbunuh dalam serangan yang dirancang untuk membunuh Ratu Bongsu dan rakyatnya Kapal perang penceroboh yang telah memusnahkan istana Ratu Bongsu cuba untuk mendarat tetapi telah terhempas Balu Tuan William yang cedera telah dirawat oleh Ratu Bongsu Balu Tuan William terus tinggal di Gunung Tahan dan berkahwin dengan Ratu Bongsu (b) Zon 1 Bukit Kepong Kampung Keladi tempat Othman dilahirkan dan dibesarkan Balai Polis Bukit Kepong peristiwa serangan komunis terhadap anggota pasukan polis yang berjuang bermati-matian Hospital Kulim Othman Yusuf melawat isterinya, Limah yang mengalami sakit mental Konserto Terakhir Rumah Datuk Johari Hilmi bekerja sebagai tukang kebun dengan gigih dan rajin Rumah Encik Bakar Hilmi belajar muzik dan berkenalan dengan anak Encik Bakar, Azizah Dewan Tunku Canselor Konsert Perdana diadakan Hilmi yang sepatutnya mengendalikan konsert tidak hadir Hayati mengambil alih tempatnya Zon 2 Terminal Tiga Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur Rimpa melanjutkan pelajaran mengalami pelbagai peristiwa berbincang dengan rakan-rakan sekuliah Terminal 3, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang Rimpa bertemu dengan Cikgu Ahmad Ibrahim Rumah Bang Maily Rimpa melihat Bang Maily melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim dengan patuh membangkitkan kesedaran dalam dirinya

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

12

Seteguh Karang Kampus ITM cawangan Arau tempat Awanis belajar dalam bidang pengurusan ladang Rumah Cikgu Rushda Awanis bertemu dengan adiknya, Anita Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Hulu Paka, Terengganu Awanis menjalani latihan praktikal di ladang kelapa sawit Zon 3 Di Hadapan Pulau Shelter Tuk Marzuki meninggal dunia kerana dibom Jepun Kawasan perkuburan Afidah sering ke kubur arwah Tuk Marzuki untuk meluahkan perasaannya Kem tentera Inggeris dan Australia Aziz mengajak Afidah mencari makanan Putera Gunung Tahan Perkampungan orang Sakai tempat tinggal orang Sakai di dalam hutan yang juga tempat tinggal perempuan tua Melayu yang sudah lama menetap di situ Puncak Gunung Tahan istana Ratu Bongsu terdapat di sini Gua batu tempat Tuan Robert danTuan William berlindung daripada hujan lebat Zon 4 Perlumbaan Kedua Paya tempat Sang Kura-kura tinggal Lereng bukit tempat Tuk Kura menghumbankan dirinya semasa perlumbaan Kawasan tanah lapang tempat Sang Arnab Putih bermain dengan gembira Julia Hidayah Islamic College Julia melanjutkan pelajaran dan mempelajari agama Islam Syarikat BMPRO Holdings Sdn. Bhd. syarikat peninggalan ayah Julia yang telah dimajukannya Kapal terbang tempat Jun dan Julia bertemu buat pertama kali dalam penerbangan ke Australia

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

13

You might also like