You are on page 1of 11

1103/2 SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Mei 2011 2 jam 30 minit

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR ___________________________________________________________ PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 5 BAHASA MELAYU


Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.Kertas soalan ini mengandungi empat soalan 2. Jawab semua soalan 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. _______________________________________________________________________________
1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah ...........

SULIT

1103/2 Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

SOALAN 1 RUMUSAN (30 MARKAH) Baca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata. Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu, remaja merupakan satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan . Dalam hal ini remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan perasaan kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, sehingga seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran. Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat maka remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan,keagamaan dan ekonomi. Selain itu, remaja boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila dewasa kelak. Namun begitu, pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja. Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih peka akan konsep kejiranan. Pada masa yang sama, Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja demi kemaslahatan jiran tetangga. Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata peribahasa sepakat membawa berkat. Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu faktor utama kelunturan semangat kejiranan. Tindakan seterusnya ialah kesediaan pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004
1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah ...........

SULIT

1103/2 diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan masyarakat. Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak polis demi keselamatan jiran mereka. Sementara itu, Gagasan 1Malaysia yang sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka demi pemupukan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan masyarakat. Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jika media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam hidup mereka. Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota masyarakat perlu berganding bahu. (dipetik dan diubah suai daripada ,Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat Oleh Juliana Mansor Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)

SOALAN 2 (35 MARKAH ) Soalan 2(a) Petikan Umum 1. Berikan maksud rangkai kata satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan berdasarkan dalam petikan. ( 2 markah ) 2. Mengapakah kejiranan yang akrab penting dalam hidup bermasyarakat? ( 3 markah ) 3. Pada pendapat anda mengapakah golongan remaja dianggap sebagai satu entiti penting di sebuah kawasan kejiranan. ( 4 markah )

1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah

...........

SULIT

1103/2 Soalan 2(b) Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. MAN BENGAP tercengang-cengang melihat telatah SABARIAH yang resah seperti kucing hendak beranak. SABARIAH bergerak perlahan-lahan ke arah emaknya dan terus memeluk kaki emaknya. SABARIAH: Emak... Sabarlah minta maaf. (Sayu) Sabariah sudah lukakan hati emak. (Menangis) . Sabariah sanggup potong jari ini untuk menebus salah Sabariah ,mak. JIMAH menguis kakinya supaya pelukan SABARIAH terlepas. JIMAH: Pergi balik ke kota London engkau. SAHRUL: Shahrul minta ampun, mak. JIMAH melemparkan pandangnnya ke arah lain. SANI Cuma mampu memandang telatah abang dan kakaknya. SALMAH: Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah mak. Sal pentingkan perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa. Semua mata tertumpu pada JIMAH. JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya menahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap. JIMAH: Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah, menggembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja? Ratus ribu? Huh tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk gembirakan kami? Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang tua. Kami tak perlu duit ringgit kamu. ( Berhenti seketika, menahan sebak di dada ). Kamu tak malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku tapi dia lebih dekat dengan aku, dengan bapa kamu, daripada kamu semua ini. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tapi dia hambakan dirinya untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini aku dan bapa kamu beri. SANI: Emak, cukuplah itu, emak. Emak penat. SANI cuba mengendurkan ketegangan emaknya. ( dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung
1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah ...........

SULIT

1103/2 Oleh Suriani Mohd. Yusof, Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010) i. ii. iii. Apakah harapan Jimah terhadap anak-anaknya ketika dia menghadapi musibah? ( 2 markah ) Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh anak-anak jika ibu bapa ditimpa malapetaka. ( 3 markah ) Berikan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran dari keseluruhan drama. ( 3 markah )

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sebermula adapun akan isteri saudagar itu, telah dilihat kelakuan raja demikian itu katanya, Hai Raja, kepada hati raja, hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu malu dan sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba mengerjakan pekerjaan yang demikian itu dan tiada diperkenankan oleh Allah sebagai lagi tiada pada segala makhluk, muka yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan apalah jawab tatkala di Padang Mahsyar di hadapan penghulu hamba Yang Maha Mulia itu. Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan mahsyur juga akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya. Syahadan lagi jika perempuan yang tiada berbudi lagi hina zahil akalnya itu redalah ia mendapat malu dianya, tiada takut azab Allah Taala di dalam neraka jahanam lima ratus ribu tahun lamanya itu, tiada ia takut asalkan ia dapat. Demikianlah hamba dengar perihal orang orang yang menduakan suaminya itu. Adapun raja jika hamba hendak berbuat khianat atas hamba raja dapat hamba perikan dia itu. Setelah didengar oleh raja kata isteri saudagar itu maka raja pun tersenyum lalu bertitah, Hai ibuku, bahawa sesungguhnya telah taubatlah hamba daripada pekerjaan yang jahat itu! Maka emas yang dibawa itu habislah diberi raja kepada isteri saudagar itu. Hari itu juga raja kembali ke negerinya diiringkan oleh orangnya yang empat itu. Setelah sudah sampai maka raja itu pun menyuruh saudagar itu masuk ke dalam istana. Maka saudagar pun datang menghadapnya. Seketika duduk maka titah raja, Hai bapaku, bahawa sungguh telah aku ambillah akan bapa kepada aku dan isterimu pun aku ambilkan ibuku! ( dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun
1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah ...........

SULIT

1103/2 Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. ii. iii. Berikan maksud rangkai kata tidak diperkenankan berdasarkan konteks petikan di atas. ( 2 markah ) Apakah yang diperkatakan oleh isteri saudagar kepada raja? ( 3 markah ) Pada pendapat anda, mengapakah nasihat perlu diberi kepada seseorang dengan cara bijak dan berhemah? ( 3 markah )

Soalan 2(d) Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. MENGINTAI RUANG INSAF Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar kulitku tercalar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang Sekadar songsong aksara kata
1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah ...........

SULIT

1103/2 tanpa kembali ke tunjang makna, Apakah dalam saraf khilaf dianugerahkan keinsafan? Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala Syukri Abdullah Sesudah Hujan Dahlia, 2002 Utusan Publications &Distibutors Sdn. Bhd.
(Dipetik daripada ANTOLOGI HARGA REMAJA Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i.

Berdasarkan sajak di atas , berikan maksud rangkai kata, Apakah dalam saraf khilaf dianugerahkan keinsafan? ( 2 markah )

ii. iii.

Mengapakah seseorang itu sering memandang ringan perintah dan ajaran agama? ( 3 markah ) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. ( 4 markah ) SOALAN 3 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA (30 MARKAH )

a. Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa sebagai peribahasa atau kata nama khas. i. ii. iii. iv. v. vi. bahasa asing bahasa hidup bahasa ibunda bahasa kebangsaan bahasa peraga bahasa rojak
1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah ...........

SULIT

1103/2 ( 6 markah ) b. Teliti ayat-ayat di bawah dan susun semula menjadi AYAT SUSUNAN SONGSANG. i. ii. iii. iv. v. vi. Mi kari dimasak oleh ibu. Sampah sarap yang banyak itu saya buang . Aminah dan Amnah akan menyertai pertandingan melukis. Buku itu dibaca oleh Ali kerana peperiksaan sudah hampir tiba. Jalil berasa gembira apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini. Aqlima diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling berwibawa. ( 6 markah )

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan tanpa perlu menyalin semula ayat-ayat tersebut. Anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan bagi setiap ayat. i. ii. iii. Setelah penat menalaah buku, Rajan bersantai di beranda rumah untuk merehati mindanya. Aerofonik ialah kaedah menanam tumbuh-tumbuhan yang digantung di persekitaran rumah hijau dengan menyembur larutan nutrien pada akar yang terjulur di udara. Ikhtisad negara perlu dibangunkan oleh rakyatnya sendiri malah penggantungan terhadap tenaga kerja asing perlu diminimumkan. ( 6 markah )

( d ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya tanpa perlu menuli semula ayatayat tersebut.Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 3 kesalahan penggunaan kata atau istilah dan 3 kesalahan bahasa Pada bulan Mac 2000, Thailand muncul sebagai negara keenam dunia dalam penciplakan haiwan bila berjaya melahirkan anak lembu bernama Ing. Kejayaan ini ditempa hasil dari idea inovatif pensyarah Fakulti Sains Haiwan, Chulalongkorn Universiti, Dr. Rangsai Polpai. Sejak dari itu, kejayaan dalam bidang bioteknologi ini mencetuskan
1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah ...........

SULIT

1103/2 pelbagai pertengkaran pendapat kerana dianggap bertentangan dengan nilai keagamaan dan moral manusia. ( 6 markah ) (e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam petikan ini. Anda tidak boleh mengemukakan lebih daripada tuga peribahasa. Lam See Tong berada dalam keadaan serba salah. Dia tidak tahu sama ada mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan yang merupakan pilihan ibunya atau dalam bidang seni bina yang merupakan pilihan ayahnya. Lam See Tong sendiri amat meminati bidang kejuruteraan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu membantah kemahuan mereka berdua. Kedua-dua ibu bapanya telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Segala keperluannya semasa belajar akan dipenuhi oleh kedua-dua ibu bapanya. Bagi mengatasi kekusutan ini, Lam See Tong mengajak kedua-dua ibu bapanya berbincang. Hasil daripada perbincangan , kedua-dua ibu bapanya bersetuju agar Lam See Tong memilih jurusan yang diminatinya iaitu kejuruteraan. ( 6 markah ) Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang berikut: i. ii. Melunas Rindu Kabus Di Perbukitan karya Hartini Hamzah karya Mohammad Kholid Hamzah

(a) Jelaskan cara-cara yang digunakan oleh watak-watak untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sesama mereka. [7 markah] (b) Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot dalam menghasilkan novel mereka. Satu daripada teknik plot yang lazim digunakan ialah teknik Imbas Kembali. Berdasarkan novel yang anda baca, kemukakan peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali itu. [8 markah] ------- Kertas Soalan Tamat------

1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah

...........

SULIT

1103/2

1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah

...........

SULIT

10

1103/2

1103/2 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru Lihat sebelah

...........

SULIT

11

You might also like