You are on page 1of 8

2

SOALAN 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
kegiatan kokurikulum dan punca-punca kegiatan kokurikulum tidak mendapat sambutan.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik
darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam,
serta kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya sekurang-kurangnya menyertai satu
daripada setiap aktiviti tersebut. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum secara aktif akan
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar. Sebagai satu kegiatan kumpulan, penyertaan
yang aktif dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran sosial mereka. Dengan
kemahiran sosial yang baik, tahap interaksi dan integrasi dalam kalangan generasi kini dapat
ditingkatkan lagi. Dalam pasukan pakaian seragam, misalnya, aktiviti berkumpulan ini akan
meningkatkan semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat patriotik,
serta tahap disiplin selain kemahiran dalam kalangan pelajar.
Penyertaan dalam kelab mata pelajaran pula akan membantu mengukuhkan dan
meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang. Peningkatan peranan kokurikulum
sebagai pelengkap kepada kurikulum akan mengelakkan kurikulum daripada terus terbeban.
Penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan pula akan meningkatkan tahap kesihatan fizikal
dan mental, selain membudayakan cara hidup sihat. Dengan bimbingan, prasarana, dan
pendedahan yang mencukupi, aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan minat, bakat, kemahiran,
dan semangat bersaing pelajar ke tahap kecermerlangan seperti kejayaan pasukan pancaragam
Sekolah Alam Shah dan pasukan F1 Technology Challenge Sekolah Menengah Convent Bukit
Nanas pada peringkat antarabangsa.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga melihat pentingnya peranan
kokurikulum dalam mengeratkan perpaduan dalam kalangan anak kita. Untuk itu, pihak KPM
akan melancarkan program Perancangan Integrasi Murid untuk perpaduan (Rimup) berasaskan
pertandingan F1 in Schools dan Robotik. Dalam pertandingan ini, setiap pasukan F1 in Schools
dan Robotik ini terdiri daripada murid Melayu, Cina dan India. Anggota setiap pasukan terdiri
daripada murid sekolah yang berlainan aliran (Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan(Cina atau Tamil)). Melalui pendekatan ini, generasi muda negara akan lebih toleran
dan reseptifdalam mengharungi kehidupan di negara majmuk seperti Malaysia. Pihak KPM
yakin bahawa jika kita dapat merancang dan melaksanakan kegitan kokurikulum ini dengan baik,

kegiatan ini dapat membantu untuk meningkatkan bina upaya anak selain menjadikan
persekitaran sekolah menyeronokkan.
Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah
pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum,
kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Oleh
itu, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan
kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada
para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak,
terutamanya ibu bapa, harus diperkukuhkan supaya segala aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan.

(Dipetik dan diubah suai daripada teks temu bual bersama dengan Menteri Pelajaran,

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengenai isu


Kokurikulum Wadah Bentuk Modal Insan, Berita Minggu, 1 Julai 2007)

SOALAN 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata tahap interaksi dan integrasi?
[2 markah]

(ii) Huraikan tujuan program Perancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (Rimup) yang
dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
[3 markah]

(iii)

Kemukakan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu diambil untuk


memartabatkan kegiatan kokurikulum di sekolah.
[4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Prosa Moden


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kau harapan keluargamu. Tidak inginkah kau membantu keluargamu dan kaummu?
Bapa tidak menghalang kehendak saya. Ibu cakap, saya boleh buat apa yang saya suka
asalkan tidak menganiaya orang lain."
Betul cakap orang tuamu itu. Tetapi sebagai anak, kau wajar membela merek. Jika ada
pelajaran, boleh dapat pekerjaan yang lebih besar. Mungkin dapat jadi pegawai, ahli
perniagaan.... macam anak penghulu. Adik-adikmu itu dapat disekolahkan. Engkaulah bunga
bangsa belantara ini, suara Jo sambil menatap wajah daneng yang sugul.
Daneng memperbaiki kailnya sambil melihat ke dalam tin yang berisi dua ekor ikan
haruan perang yang besar. Anak matanya yang keperangan memancar dalam genangan air mata.
Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perlu berterus
terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menara gading. Kau bijak,
Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin akan membantu kaummu. Setakat ini, Cuma
ada lebig 50 atau 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu di universiti.

(dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau


Karya Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut, hlm. 94)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa bunga bangsa belantara?

[2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah Cikgu Jo bersungguh-sungguh untuk melihat Daneng
berjaya dalam pelajaran?
[3 markah]
(iii)

Huraikan dua perwatakan Cikgu Jo dalam petikan dan dua perwatakan Cikgu Jo
dalam cerpen tersebut.
[4
markah]

5
Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah Sura Pandaki berkata demikian maka ia pun menggerak-gerak dirinya
dengan seketika itu jadi seorang perempuan terlalu baik rupanya. Maka ia pun berjalan pada
tempat Seri Rama diam itu. Maka ia pun berdiri di hadapan Seri Rama maka pelbagai ia
menjadikan dirinya dan rupanya hendak akan Seri Rama. Maka kata Seri Rama, Hai perempuan
muda, aku telah beristeri jika engkau hendak bersuami ada saudarakuy Laksamana di balik bukit
ini, pergilah engkau ke sana! mendengar kata demikian maka Sura Pandaki pun pergi
mendapatkan Laksamana ke sebelah bukit itu. Maka didapatinya Laksamana lagi bertapa maka
Sura Pandaki pun membuat dirinya berbagai-bagai dan barang lakunya, di hadapan Laksamana.
Jangankan ditegur Laksamana dilihatnya pun tiada. Maka Sura Pandaki pun menggerakkangerakkan dirinya dengan seketika itu juga ia jadi seperti rupa raksasa lalu ditangkapnya
Laksamana. Setelah sudah ditangkapnya maka diterbangkannya ke langit. Tatkala itu Laksamana
pun melihat ke bawah maka dilihatnya dunia ini seperti sebuah telur juga besarnya. Mala
Laksamana pun menghunus pedangnya maka ditetaknya hidung Sura Pandaki lalu rompong.
Merasai tetak itu maka Laksaman pun dilepaskannya daripada tangannya tatkala itu laksamana
dan Sura Pandaki pun gugur ke bumi. Tatkala itu anak Badia dari minta doa menelentangkan
tangannya dengan minta akan Laksamana, Ya tuhanku, sejahterakan kiranya Laksamana itu
seperti ia terletak di atas tali mati. Maka Laksamana pun dengan Sura Pandaki sama-sama
gugur ke bumi, Sura Pandaki terbaring di tanah Laksamana berdiri di atas dadanya Sura Pandaki.
Sudah itu maka Laksamana pun kembali pulang mengikut tapak seperti dahulu juga. Maka Sura
Pandaki pun bangun perlahan-lahan lalu kembali dengan darah mukanya itu.
(Dipetik daripada cerita Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah
dalam antologi Anak Laut, hlm. 48-49)

(i) Apakah tindakan Seri Rama untuk menolak godaan perempuan jelmaan Sura Pandaki?
[2 markah]
(ii) Nyatakan reaksi Laksamana setelah diterbangkan oleh Sura Pandaki ke angkasa?
[3 markah]
(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah Sura Pandaki digambarkan dapat menjelmakan


diri dengan rupa pelbagai?
[3
markah]

Soalan 2 (d) petikan puisi.


Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN
Kelelahan kita semakin parah tenatnya
Beserta kekejaman mengatasi kedamaian
Titik pertemuan menjadi tentangan
Tak siapa mau beralah
Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
Janjikan harapan semanis janji orang bercinta
Setiap perbicaraan tanpa persatuan
Kejujuran mati di hati
Hari ini tak payah parau bertanya
Ketuaan dunia akan tenggelam juga
Dalam kebodohan manusia
Yang kian bermuka dua
Demi kelak dewasa anakku
Kau bikinlah perhitungan sendiri
Untuk menjengah neraka kecintaan manusia
Mencucuri bahan api neraka
Tambah mengimbau sorotan kitab
MUHAMMAD!
Tambah mengimbau sorotan kitab ESA!
Hanya kesejahteraan membunga api

SALMI MANJA
(dipetik daripada antologi Anak Laut, hlm. 9)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa bikinlah perhitungan?

[2 markah]

(ii) Pada pandangan anada, apakah kesan yang akan berlaku jika sifat kejujuran tidak
lagi diamalkan oleh manusia?
[3 markah]
(iii)

Huraikan tema dan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak.


markah]

[4

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]
Jawab semua soalan.

(a)

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) antarabangsa
(ii) kakitangan
(iii)
setiausaha
(iv)tandatangan
(v) tanggungjawab
(vi)warganegara
[6 markah]

(b)

Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan.


(i) Puan Ruslah berasal dari utara semenanjung.
(ii) Amboi, sopan sungguh percakapan pemuda itu!
(iii)
Mengapa kamu tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan?
(iv)Kamu jangan bermain di rumah yang usang itu.
(v) Rosli sanggup memutuskan persahabatannya dengan Meor kerana berebut
jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Matang Jaya.
(vi)Pergilah cari maklumat berkaitan dengan kerjaya yang kamu minati daripada guru
kaunseling.
[6 markah]

(c)

(d)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)

Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin


yang besar dan amat penting dalam penghidupan.

(ii)

Kesihatan merupakan satu anugerah tuhan yang tidak bernilai harganya serta tiada
galang ganti.

(iii)

Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka


dihargai oleh masyarakat.
[6 markah]

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Setelah puas mencari di bawah pokok itu, akhirnya bola tersebut dijumpai ke
dalam longkang.
(ii) Setelah bangun tidur, dia terus ke padang untuk menjalani latihan bola sepak
secara insentif.
(iii)

(e)

Semua peserta-peserta yang menyertai ekspedisi itu telah sampai ke


destinasi yang telah ditetapkan.
[6 markah]

Nyatakan maksud peribahasa di bawah.


(i) Bagai melepaskan batuk di tangga.
(ii) Seperti ikan pulang ke lubuk
(iii)
Bagai melukut di tepi gantang
[6 markah]

Soalan 4 (a) : Novel


[15 markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel Terminal Tiga karya Othman Puteh.

a) Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji

[7 markah]

b) Apakah perwatakan watak sampingan dalam novel yang anda kaji boleh diteladani?
[8
markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like