You are on page 1of 7

SK RANCANGAN PERUMAHAN RAKYAT

Jalan Astana , 93050 Petra Jaya Kuching

DOKUMEN AKUAN KONTRAK


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
2009

GURU PENASIHAT:

MOHAMAD OTHMAN BIN NARUDIN


AWANG ZAINAL ABIDIN BIN AWANG MADIAN
YATI BINTI MORTADA
SITI AMINAH BINTI AWANG
1 : PEMBERI KONTRAK
A. Bahawa saya ENCIK MOHAMAD OTHMAN B NARUDIN, Guru Pembimbing
Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Rancangan Perumahan Rakyat Jalan
Astana dengan ini bersetuju untuk melaksanakan rangkaian aktiviti yang
relevan dengan tugas yang diamanahkan kepada saya.

B. Sila rujuk Lampiran 1 untuk ringkasan fokus dan aktiviti yanakan


Dikendalikan.

C. Bahawa saya sedia maklum serta akur untuk melangsaikan aktiviti berkenaan
sebagaimana yang dipersetujui (mengikut ketetapan saranan Kementerian
Pendidikan dan pihak Urus Tadbir Sekolah) dengan sebaik mungkin,mengikut
kesesuaian dan keupayaan kumpulan pelajar yang dipertanggungjawabkan
kepada saya.

D. Saya akui bahawa kumpulan yang dipertanggungjawabkan kepada saya itu


mempunyai keupayaan serta kecekapan yang berbeza. Bagi menjanjikan
situasi aktiviti yang selesa serta menyeronokkan, saya akan sedaya upaya
menggunakan segala kepakaran dan pengalaman mengikut kehendak
situasi melalui penggunaaan pendekatan/metode seperti yang diperturunkan:

1. Aktiviti secara berpasukan dan individu.


2. Penggunaan peralatan serta sumber yang bersesuaian.
3. Pertandingan Kawad Kaki
4. Perkhemahan Gabungan Unit beruniform

E. Dalam semua aktiviti bagi perlunasan kandungan kontrak, nilai-nilai murni


diterapkan sebaik mungkin dengan sentiasa berpaksikan kepentingan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Etika Perguruandengan
mengambil kira penerapan unsur KBKK.
F. Perlunasan aktiviti dalam kontrak ini berdasarkan daripada bahan rujukan
seperti berikut:

Buku Panduan Kadet Remaja Sekolah Dan Tunas Kadet Remaja


Sekolah.
( Di sediakan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia )

Kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah Malaysia (Tunas KRS ) .

2. PENERIMA KONTRAK (AHLI UNIT BERUNIFORM)

A. Bahawa kami, ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Rancangan


Perumahan Rakyat Jalan Astana telah menjalankan aktiviti seperti yang
termaktub di Bahagian 1 (A), Akuan Kontrak. Kami mengaku bahawa
keseluruhan kandungan aktiviti itu telah dilunaskan oleh guru pembimbing
kami, ENCIK MOHAMAD OTHMAN B NARUDIN dari tarikh 6 Januari
hingga 7 November 2009.

B. Diakui bahawa guru pembimbing pasukan kami itu juga telah menggunakan
pelbagai pendekatan/kaedah/teknik dalam menjalankan setiap aktiviti.

C. Bahawa prestasi kehadiran kami, ahli-ahli pasukan yang


dipertanggungjawabkan Kepada ENCIK MOHAMAD OTHMAN B NARUDIN
tercatat dengan tepat dan betul sebagaimana yang terdapat pada borang
Pemarkahan Kokurikulum yang dikepilkan dan kami sedia maklum serta
bersetuju markah berkenaan sebanyak 10%.Kami sedia maklum dan
bersetuju bahawa perolehan markah berkenaan adalah tertakluk dengan
ketetapan peraturan organisasi
(SK RPR Jalan Astana Petra Jaya Kucing)
Tandatangan Pemberi Kontrak

Nama Pemberi Kontrak

Tarikh Kontrak Ditandatangani

Tandatangan Pengurus Kontrak

Nama Pengurus Kontrak

Tarikh Tandatangan

Tandatangan Saksi

Nama Saksi

Cop/Mohor Rasmi

Tarikh Tandatangan

You might also like