You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PERKHEMAHAN 2019


(UNIT KELAB DAN PERSATUAN )
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BELAH, KLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BELAH, JALAN RANTAU PANJANG, 42100 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

TAJUK AKTIVITI : Program Perkhemahan SK Batu Belah 2019


PEGAWAI MEJA : Penolong Kanan Ko-kurikulum
KOD : 2019/PKKK/ 01(SKBB-800-2/1/7)

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Guru Besar untuk menimbang dan
bersetuju :

a. Mengadakan aktiviti Perkhemahan Perdana (Kem Bina Insan) bagi unit Kelab
dan Persatuan tahun 2019 pada 31 Oktober 2019 hingga 02 November 2019
(Khamis,Jumaat dan Sabtu).
b. Tempoh pelaksanaan program adalah selama 3 hari 2 malam dan bertempat di
Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Ampang Pecah.
c. Anggaran perbelanjaan yang akan digunakan adalah sebanyak RM 12,700.00.

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada takwim perancangan pelaksanaan aktiviti Unit Kokurikulum
pada mesyuarat unit Kokurikulum SK Batu Belah pada Disember 2018 telah
memutuskan untuk melaksanakan aktiviti perkhemahan unit beruniform 2019.
b. Guru-guru penasihat unit Kelab dan Persatuan 2019 telah
dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk melaksanakan aktiviti
tersebut.

3. OBJEKTIF
Program perkhemahan Unit Kelab dan Persatuan 2019:

1. Membentuk murid yang mampu berdikari, berkeyakinan diri serta pandai


menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
2. Memupuk sikap kepimpinan, toleransi dan bertanggungjawab dalam kalangan
guru dan juga murid serta meningkatkan kemahiran berkhemah.
3. Memupuk semangat bekerjasama di antara guru dan murid serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.

4. ASAS PERTIMBANGAN
1. Menarik minat guru dan murid untuk terlibat dengan lebih aktif dalam aktiviti
GERKO dan perkhemahan serta menyemai perasaan sukakan aktiviti GERKO.
2. Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
bersama-sama rakan dan jurulatih.
3. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
4. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
5. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran
matang.

1
5. KUMPULAN SASARAN

80 Murid lelaki dan perempuan (tahun 4, 5 dan 6) SK Batu Belah, Klang, Selangor.

6. YURAN PENYERTAAN

RM130.00 setiap peserta

7. IMPLIKASI KEWANGAN
a. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan aktiviti perkhemaha Unit Kalab dan
Persatuan 2019 berjumlah RM 13,500.00.
b. Sumber kewangan :
I. Bayaran peserta sebanyak RM130.00 seorang.
(80 peserta X RM130.00) = RM 10,400.00
II. Peruntukan sekolah sebanyak = RM 2,500.00
III. Sumbangan Guru = RM 200.00
-------------------
Jumlah keseluruhan = RM 12,700.00
-------------------

c. Rujuk Lampiran 1 (Pendapatan dan Perbelanjaan)

8. JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI


Rujuk lampiran 2

9. STRATEGI PELAKSANAAN

a. Taklimat ringkas tentang latar belakang dan aktiviti Kelab dan Persatuan oleh :
1. Encik Asraf Bin Mohamad selaku Penyelaras Kelab dan Persatuan
Perkhemahan Perdana Kem Bina Insan ,SK Batu Belah
bagi tahun 2019.
2. En Hamdan b. Busu selaku Ketua Program Perkhemahan, SK Batu Belah,
Klang
3. Encik Muhammad Amirul Shafiq b. Ahmad Zaini, selaku Ketua Bahagian
AJK Khemah.

b. Aktiviti di dalam kumpulan :


1. Pemasangan khemah dan khidmas.
2. Jungle Tracking.
3. Malam Kebudayaan.
4. Aktiviti Ikhtiar hidup.
5. Aktiviti Repeling .
6. Aktiviti kecergasan.

10. PELAN PENGURUSAN RISIKO


Rujuk Lampiran 3

2
11. KAEDAH PEMANTAUAN
a. Pelaporan Jawatankuasa
b. Soal selidik
c. Pengumpulan data

12. PENUTUP
Kertas cadangan untuk mengadakan aktiviti Perkhemahan Perdana Unit Kelab dan
Persatuan (Kem Bina Insan) 2019 dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan
Guru Besar.

13. SYOR
Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan aktiviti Perkhemahan Perdana Unit Kelab dan Persatuan (Kem Bina
Insan) 2019 dan;
b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 2,500.00 daripada peruntukan sekolah.

Disediakan oleh,

………………………………………………………..
(HAMDAN BIN BUSU)
Ketua Program Perkhemahan SK Batu Belah

Disahkan oleh,

………………………………………………………..
(ENCIK AYOB BIN MUNADE)
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………………………………..
(PUAN HASMAWATI BINTI MAHMUD)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang

Cop :

Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan

You might also like