You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN MENCIPTA
KERIS
Program Panitia Sejarah
Sempena
Minggu Pusat Sumber Sekolah
2019

2019/PK1/14

SK (1) TENGKU BENDAHARA AZMAN


LORONG SABAH, PANDAMARAN,
42000 PELABUHAN KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

1
KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN MENCIPTA KERIS
SK (1) TENGKU BENDAHARA AZMAN,
LORONG SABAH, PANDAMARAN,
42000 PELABUHAN KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TAJUK AKTIVITI : Pertandingan Mencipta Keris Program Panitia


Sejarah Sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah
2019
PEGAWAI MEJA : FAEZ BIN MOHD JAWAWI
KOD : 2019/PK1/14

Minggu Pusat Sumber Sekolah 2019 SK (1) Tengku Bendahara Azman dicadangkan
untuk dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 17 April 2019


Hari : Rabu
Masa : 11:10 pagi – 12:10 tengah hari
Tempat : Dewan Thuraya,
SK (1) Tengku Bendahara Azman.

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Puan Guru Besar untuk menimbang
dan bersetuju :
a. mengadakan Program Panitia Sejarah Sempena Minggu Pusat Sumber
dan
b. dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 50.00

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada mesyuarat Pusat Sumber Bil 1/2019, keputusan
mesyuarat memutuskan untuk melaksanakan Minggu Pusat
Sumber peringkat sekolah.
b. Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran telah dipertanggungjawabkan
sebagai urus setia untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

2
3. OBJEKTIF
a. Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan suatu
masalah.
b. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid.
c. Memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

4. ASAS PERTIMBANGAN
a. Menggalakkan budaya penglibatan menyeluruh dalam pengurusan
aktiviti atau acara rasmi sekolah.
b. Merealisasikan kecemerlangan mengurus acara dengan cekap dalam
kalangan warga sekolah.
c. Menghargai warga sekolah yang berusaha gigih bagi mencapai
kecemerlangan untuk diri mereka dan organisasi.

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun 4 – Tahun 6

6. IMPLIKASI KEWANGAN
a. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program Panitia Sejarah
sempena Minggu Pusat Sumber berjumlah RM 50.00
b. Sumber kewangan :
i. Wang PCG Panitia Sejarah

c. Rujuk Lampiran 1

7. JAWATANKUASA AKTIVITI
Rujuk Lampiran 2

8. STRATEGI PELAKSANAAN
a. Murid berkumpul di dalam dewan mengikut kelas.
b. Murid diedarkan dengan bahan dan alatan yang diperlukan.
c. Murid mencipta keris mengikut kreativiti mereka.
d. 3 orang murid yang dapat mencipta keris yang menarik dan kreatif dikira
sebagai pemenang.

9. PELAN PENGURUSAN RISIKO


Rujuk Lampiran 3

10. KAEDAH PEMANTAUAN


a. Pelaporan Jawatankuasa
3
11. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Panitia Sejarah Sempena
Minggu Pusat Sumber 2019 ini dikemukakan untuk pertimbangan dan
keluluasan.

12. SYOR
Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan Program Panitia Sejarah Sempena Minggu Pusat Sumber
2019; dan
b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 50.00

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

…………..…………………
( NORLIZA BINTI IDRIS)
Guru Besar
SK (1) Tengku Bendahara Azman,
Pelabuhan Klang, Selangor.

Cap :

Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan

You might also like