You are on page 1of 5

PUSAT SUMBER SK PALONG 12(F)

KERTAS KERJA
KOLEKSI SETEMPAT: MASAK LEMAK CILI API

DISEDIAKAN OLEH:
SITI SURAYA BT ABD RAHMAN
GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA SK PALONG
12(F)
1.0 Pengenalan

Sudut Koleksi Setempat ini merupakan suatu tempat dimana murid-murid


dapat belajar dan melihat bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan juadah
tradisi masyarakat tempataan di negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Api. Koleksi
ini dipilih bagi memastikan semua murid dan warga sekolah dapat menguasai
kemahiran memasak juadah tradisi ini. Ini kerana ia merupakan juadah wajib di
setiap rumah, kantin, kedai-kedai makan, dan di kenduri atau jamuan di mana-mana
sahaja di kawasan ini.

2.0 Matlamat

Matlamat utama pembinaan Sudut Koleksi Setempat adalah untuk berfungsi


sebagai tempat rujukan kepada semua warga sekolah amnya dan murid-murid
khasnya. Kewujudan sudut dan taman ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan
murid tentang bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan juadah masak
lemak cili api dan mempelajari proses menghasilkannya. Diharap sepanjang koleksi
setempat ini diwujudkan di sekolah, semua warga sekolah dapat mempelajari proses
menanam bahan-bahan masakan ini, mempelajari nama-nama bahan yang
digunakan, dan memasak juadah masak lemak cili api ini.

3.0 Objektif

1. Melahirkan warganegara yang cintakan akan tradisi dan budaya


masyarakat setempat.

2. Mengamalkan tradisi dan budaya masyarakat setempat dalam kehidupan.

3. Memahami proses menghasilkan juadah tradisi masyarakat setempat.

4. Menghasilkan juadah tradisi masak lemak cili api.


4.0 Tarikh/ Tempoh

Jun 2020 – Disember 2023

5.0 Tempat

1. Perpustakaan SK Palong 12(f)

2. Taman Koleksi Setempat SK Palong 12(F)

6.0 Sasaran

Semua murid, guru, kakitangan, dan pekerja SK Palong 12(f)

7.0 Sumber Kewangan

1.0 Pusat Sumber

2.0 Sumbangan Peribadi

8.0 Perbelanjaan

1. Banner Koleksi Setempat : 8’ x 3’ = RM 48

2. Bahan – bahan pameran : RM 30

3. Ikan Talapia : RM 30

4. Benih Tumbuhan : RM 20

5. Lain-lain : RM 30

JUMLAH : RM 158

9.0 Anjuran

Pusat Sumber bersama Unit Kokurikulum


10.0 Ahli Jawatankuasa Projek

PENGERUSI : En. Shamsudin B. Salleh


TIMB. PENGERUSI : Pn. Rosidah Bt Said
NAIB PENGERUSI 1: Pn. Azizah Bt Sanin
NAIB PENGERUSI 2: Pn. Normanisah Bt Khalid
PENYELARAS: Pn. Siti Suraya Bt Abd Rahman
PENGURUS PROJEK: Pn. Siti Suraya
SETIAUSAHA : Cik Munirah Bt Kamarudin
BENDAHARI : Cik Afiqah Bt Mahmad
AJK :
En. Mohd zahari B. Ahmad
En. Mohd Kamalrull Azmey B. Abdullah
En. Khairul Akmar B. Amran
Pn. Norain

11.0 Strategi Pelaksanaan Program

BIL. PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN


1 Penyediaan Kertas Kerja Program Setiausaha
2 Membentang kertas Kerja dan mendapatkan persetujuan daripada Penyelaras
pihak sekolah
3 Mesyuarat AJK Program dan pelantikan AJK program secara rasmi Penyelaras
4 Pelaksanaan Program AJK
5 Pengumpulan bahan/ fotografi untuk dokumentasi Penyelaras
11.2 Jadual Pelaksanaan Program

Bil. Tarikh/Masa Aktiviti AJK


1 Jun – Mengumpul Bahan- Bahan di Penyelaras & AJK
Disember Taman Koleksi
2023
2 September Dokumentasi Penyelaras

12.0 Pengisian

12.1 Pembentangan oleh penyelaras program

12.2 Pengagihan tugasan kepada semua guru

12.3 Ajk program bertindak mengikut agihan tugas yang telah dirancang.

13.0 Penutup

Projek yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama
para guru dan murid. Projek ini juga menjadi tempat lawatan serta pameran bagi warga
sekolah dan pelawat yang hadir.

Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh:

……………………………………….. ….……………………………..

SITI SURAYA BT ABD RAHMAN SHAMSUDIN BIN SALLEH


GURU PERPUSTAKAAN MEDIA GURU BESAR
SK PALONG 12(F) SK PALONG 12(F)

You might also like