You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

GOTONG ROYONG PERDANA LORONG ILMU &


KECERIAAN SEKOLAH
Peringkat Sekolah
27 September 2014
Anjuran:
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LUI
72120 BANDAR SERI JEMPOL , NEGERI SEMBILAN

Dengan Kerjasama

PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)


SK SUNGAI LUI

1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor
yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang
kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan
sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan
dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana
bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang
betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping
itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan
kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Pejabat Kesihatan Jempol yang akan dijemput
hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di sekitar sekolah.
Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK Sungai Lui akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 OBJEKTIF
2.1

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.

2.2

Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3

Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.

2.5

Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan


aktiviti.

2.6

Menjadikan Sudut Ilmu sebagai pusat untuk para pelajar menambah ilmu pengetahuan.

2.7

Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian
terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN


Tarikh cadangan

: 27 September 2014 (Sabtu)

Tempat

: Kawasan sekitar SK Sungai Lui

Masa

: 8.00 pagi 12.30 tengahari

Pakaian

: Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS


4.1

Pembersihan Longkang

Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air
yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha
untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan
kepada murid khususnya yang berada di sekolah.

4.2

Kolam

Kedudukan kolam ikan yang berada di antara pejabat dan dan bilik guru merupakan
kawasan tarikan bagi murid dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui kerja
gotong-royong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para murid akan
membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya.

4.3

Tapak perhimpunan

Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah,


menyusun atur pasu bunga, menanam pokok bunga atau menukar bunga-bungaan
di sekitar kawasan tapak perhimpunan.

4.4

Mengecat dan Memasang papan tanda

Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga
di sekitar pondok keselamatan dan pondok bacaan berhampiran bilik guru akan dicat
menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah
ditempah akan dipasang di kawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.

4.5

Surau

Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti pokok
bunga dan bahagian dalaman surau itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung
(sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan).

4.6

Laluan iqra & Pondok Bacaan

Setiap sudut mata pelajaran akan diagihkan mengikut guru-guru dan akan dibantu
oleh beberapa kumpulan murid dari beberapa kelas untuk membersih dan
menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

4.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN


MENGIKUT AGIHAN KAWASAN
BIL.
1.

KAWASAN
Longkang
1.Di bahagian sekitar kuarters
guru dan kantin sekolah

KETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT


1. En. Razanizam Iruam Abd Razak
2. En.Mohd Yusuf Ismail
3. En.Alwi Abu
4. Murid Tahun 6

2.

Kolam & Lanskap

1. En. Ismail Sidek


2. En.Zulkafli Udin
3. En. Khairuddin
4. Murid Tahun 5

3.

Tapak Perhimpunan dan

1. Pn. Fauziah Mohd

Kawasan Koridor

2. Pn. Junaidah Ismail


3. Pn.Rusiah Mansor
4. Murid Tahun 4

4.

Mengecat Dan Memasang

1. Tn. Syed Zulkafli Syed Abd Karim PJK

Papan Tanda

2. Nor Aisah Yahya


3. En.Jamal Baba
4. Murid Tahun 3

5.

Surau

1. Pn. Akmaruljannah Zainuddin


2. Pn.Hamidah Khamis
3. Pn.Miaah Abd Aziz
4. Wakil murid 4 orang

6.

Laluan

Iqra

dan

pondok

Rujuk jadual dibawah

bacaan

Agihan Tugas mengikut mata pelajaran di Laluan Iqra& Pondok Bacaan


Bil

Sudut M/P

Ketua dan Kumpulan Terlibat

Bahasa Malaysia
1. Pn Mazlina Abdullah
2. Murid 2 orang

1.

2.

Bahasa Inggeris

1. Pn. Siti Mariam Mohammad


2. Murid 2 orang
1. En. Noraidil Paiman
2. Murid 2 orang

3.

Matematik

4.

Sains

1. Pn. Normasliza Zakaria


2. Murid 2 orang

5.

Pendidikan Islam

1. Pn. Zulhidayah Md.Sehat


2. Murid 2 orang

Pondok Bacaan 1
( Pemulihan/ LINUS )

1. Cik Siti Zunita Zulkifli


2. Murid 10 orang

6.
Pondok Bacaan 2
( Bahasa Arab/ j-qaf )

1. Pn. Mariya Ali


2. Murid 5 orang

7.0

TENTATIF PROGRAM
MASA

AKTIVITI

8.00 pagi

Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah

8.15 pagi

Taklimat agihan tugas

8.30 pagi

Gotongroyong bermula

11.30 pagi

Fogging Jabatan Kesihatan Jempol

12.00 pagi
12.30 petang

8.0

Hadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan


dari YDP PIBG.
Jamuan ringan dan majlis bersurai

SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG

= RM850.00

b) Keperluan pembiayaan/sumbangan

= RM850.00

Jumlah Keseluruhan
9.0

= RM850.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
a) Murid

= 81 orang

b) Ibu bapa

= 40 orang

c) Guru

= 16 orang

d) AJK PIBG

9 orang
__________

Jumlah

= 146 orang

9.1 Makan dan minum untuk makan tengahari


a)

Makan = Bihun goreng + kuih ( 1 orang = RM2.00)

b)

Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)


Jumlah = RM3.00
Keseluruhan : 146 x RM2.50 = RM 365.00

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 365.00

9.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan


Jumlah
(RM)

Bil

Peralatan

Harga

1.

Tin Cat (Batu perhiasan)

3 unit x RM50.00

150.00

2.

Tin Cat ( pondok bacaan


tepi bilik guru )

2 unit x RM20.00

40.00

3.

Berus Cat

20 unit x RM5.00

100.00

4.

Plastik Beg Sampah

5 unit x RM2.00

10.00

10 unit x RM2.50

25.00

5.

Berus Sabut

6.

Sabun Pencuci

3 unit x RM10.00

30.00

7.

Berus Kolam

5 unit x RM6.00

30.00

8.

Sarung Tangan

20 unit x RM2.00

40.00

10

Runcit

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM485.00


JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN
(Makanan + Peralatan)
RM365.00 + RM485.00 = RM850.00

60.00

10.0

JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat
Pengerusi
Pengerusi Bersama
Naib Pengerusi

:
:
:
:

Penyelaras
Bendahari

:
:

Pn. Siti Amrah Ismail, Guru Besar


Tn Syed Zulkafli Bin Syed Abd Karim PJK, GPK HEM
En. Jaafar Bin Sulaiman YDP PIBG
En. Zahari Awang, GPK Pentadbiran
En.Aliyas Idris , GPK Kokurikulum
Pn. Maimon Yunusr NYDP
Pn. Mazlina Binti Abdullah, Penyelaras 3K
Pn. Asnidah Binti Jamal, Bendahari PIBG

Juruacara Majlis

Tn. Syed Zulkafli Bin Syed Abd Karim PJK

Buku Program

Pn. Siti Mariam Binti Mohammad


Pn. Fauziah Binti Mohd

Pendaftaran

Cik Siti Zunita Binti Zulkifli


Pn. Mariya Binti Ali

Makanan

Pn. Junaidah Binti Ismail


Pn. Zanariah Mansor
Pn.Rabiah Bakar

Peralatan

En. Noraidil Bin Paiman


Pn. Normasliza Zakaria
Pn. Salina

PA System

En.Razanizam Iruam Bin Abd Razak


En.Shahrul Nizam Bin Selamat

Disiplin dan
Keselamatan

En. Ismail Bin Sidek


Pn. Zulhidayah Binti Md Sehat
Pn. Patimahzahra Binti Abd Karim

Cenderahati

Pn.Akmaruljannah binti Zainuddin


Pn.Norlela

Disediakan oleh

...
(PN.MAZLINA BINTI ABDULLAH)
Penyelaras J/K 3K,
SK Sungai Lui
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Disemak oleh

....
(TN SYED ZULKAFLI BIN SYED ABD KARIM PJK. )
GPK HEM,
SK Sungai Lui
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Disahkan oleh,

....
(PN. SITI AMRAH BINTI ISMAIL)
Guru Besar
SK Sungai Lui
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

You might also like