You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS PROJEK
PROJEK PENGHASILAN TAMAN GANTUNG

ANJURAN :
Guru Pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam

TEMPAT :
Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom (A), Banting.
TARIKH :
21-25 Julai 2014

1.0

PENDAHULUAN

Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan
yang menghargai alam sekitar. Ini kerana hanya di sekolah keperibadian dan persepsi
manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah dewasa
atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik seperti
kata pepatah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Bagi memupuk nilai kelestarian
di sekolah, kami akan menerapkan usaha menghargai alam sekitar dalam kalangan
warga sekolah. Justeru, projek penghasilan Taman Gantung akan dilaksanakan bagi
mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra alam.

2.0

MATLAMAT
2.1 Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.
2.2 Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan.
2.3 Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

3.0

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG

: Encik Muhammad Saian Bin Non

PENASIHAT

: Puan Hendon Binti Alias

KETUA PROJEK

: Noor Zafirah Binti Mohamad Fauzi

TIMBALAN KETUA PROJEK

: Nur Amalina Syamimi Binti Azman

SETIAUSAHA

: Mariatulqibtiah Binti Samsudin

AJK ALATAN

: Nadiatul Azwa Binti Mohamad Khalidi

AJK DOKUMENTASI

4.0

: Mariatulqibtiah Binti Samsudin

ASAS PEMBINAAN (RASIONAL)

Asas pembinaan bagi pelaksanaan Projek Taman Gantung adalah seperti berikut:
4.1

Memenuhi tugasan internship iaitu menyediakan sebanyak tiga buah


projek di sekolah yang telah ditempatkan.

4.2

Mewujudkan

sekolah

yang

mengutamakan

pelestarian

alam

sekitar.
4.3

Menceriakan kawasan sekolah dengan menghasilkan Taman Gantung


menggunakan bahan terbuang daripada botol minuman.

5.0

CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI


5.1
Perincian Masa Dan Tempat
Tarikh
: 21-25 Julai 2014
Tempat
: Laluan ke kantin

6.0 CARA MEMBUAT TANAMAN GANTUNG


Rujuk lampiran A

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Rujuk lampiran B
8.0 BAHAN DAN ALATAN
Rujuk lampiran C
9.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
Projek yang dilaksanakan ini melibatkan guru-guru pelatih serta sokongan daripada
warga sekolah iaitu dalam kalangan murid Tahun 4 dan 5, guru-guru dan staf-staf
sokongan di SK Bukit Tadom(A).
10.0 PENUTUP
Diharapkan seluruh warga sekolah dapat memperolehi manfaat daripada projek yang
dijalankan ini. Ilmu yang diperolehi juga boleh dikongsi bersama masyarakat dalam
menyedarkan masyarakat tentang pelestarian alam.

Disediakan oleh,
...................................................
(Mariatulqibtiah Binti Samsudin)

Setiausaha Projek,
IPG Kampus Pendidikan Islam
Selangor.
Disemak oleh,
...............................................
( Puan Hendon Binti Alias)
Penasihat Projek,
SK Bukit Tadom (A)

Disokong oleh ,
..............................................
(Encik Muhamad Saian Bin Non)
Guru Besar,
SK Bukit Tadom (A)

LAMPIRAN A
Bahan-bahan:
1. Botol minuman (guna semula)
2. Media tanah
3. Tanaman

4. Tali
Teknik:
1.
2.
3.
4.
5.

Tebuk 4 lubang keliling muncung botol menggunakan paku.


Tebuk satu lubang di setiap hujung bontot botol sebagai lubang pengairan.
Potong tepi kiri dan kanan botol
Masukkan media tanah.
Masukkan tanaman.
LAMPIRAN B

Anggaran Kos:
ITEM

HARGA

JUMLAH

JUMLAH
KESELURUHAN

Tanah tanaman

RM3

RM6

Tanah hitam

RM3

RM6

Dawai

RM3

RM6

JUMLAH KESELURUHAN

RM18

Sumber kos projek:


1) Sumbangan Guru Pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam

LAMPIRAN C
BAHAN DAN ALATAN
BAHAN
Botol air kosong 500 ml
Tanah tanaman
Tanah hitam
Pokok hiasan
Dawai

KUANTITI
10 botol
1 kampit
2 kampit
10 pokok
2 gulung

Gunting
Pisau
Paku

2 bilah
2 bilah
2 batang

You might also like